March 2, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1


Project Alpha Season 1, Auranya masih Dirasai Sehingga Kini

Apakah perkara/cebisan yang menarik sepanjang Project Alpha Season 1? (Best Bits of Project Alpha Season 1). Inilah yang dapat saya berikan berdasarkan pengalaman saya menyaksikan dan menyertai Pertandingan 'Project Alpha Blogging Contest Season 1'.

1) 7 Bloggers Terpilih/Hebat

7 Bloggers terpilih ini sangat unik, berjaya, dan popular dengan cara mereka yang tersendiri.Cara mereka menulis cukup dikagumi, senang untuk difahami, dan menarik minat untuk membacanya lagi dan menjadi pembaca setia. Sesetengah daripada mereka boleh mencecah beratus-ratus ribu pembaca setiap bulan.Syabas dan tahniah buat mereka dan saya antara pembaca setia yang terus membaca blog mereka ini .7 bloggers terpilih untuk Project Alpha Season 1 adalah Sixthseal, BeautifulNara, Nicolekiss, Budiey, Redmummy, Fourfeetnine, dan Kennysia.


2) Penaja Utama adalah Adidas Action 3

Sebut nama Adidas saja pun sudah cukup mengujakan. Hadiah yang ditawarkan antara satu sebab aku menyertai blogging Contest yang dianjurkan.Taglinenya memang mengujakan iaitu ''''Adidas Best Defence Against Sweat With Triple Action". Aku mencubanya selama beberapa bulan sehingga kini dan hasilnya memang memuaskan.Baunya wangi ,selesa dipakai, dan yang paling penting Isteriku menyukainya.Selepas ini, bila dah habis stok, akan kubeli lagi produk ini. Apa yang saya boleh cakapkan, ''Saya Mesti Pilih''.

3) Pengacara Project Alpha Season 1 , Jojo Struys

Pengacaranya memang hebat dan mengancam. Cantik, cara tersendiri, boleh bergaul dengan pelbagai peringkat golongan dan disukai ramai.Selebihnya, bolehlah terjah di sini : The Cheerful Jojo Struys .Auranya telah membuatkan aku memenangi tempat keempat Project Alpha Blogging Contest Week 4.

4) Penaja-Penaja Yang Lain

Penaja-penaja yang lain tidak kurang hebatnya. Pengalaman di Sunway Lagoon sempena memenangi contest ini cukup hebat dan terima kasih tidak terhingga dariku. Tiket Ice Skating sebahagiannya kugunakan untuk Contest Pertama ku .Kegembiraan ini dapat kukongsikan dengan bloggers yang lain. Hadiah Rimmel pun turut digemari Isteriku, siap bertanya, ''Bila Abang Nak belikan lagi make-up Rimmel untuk Sayang".Nanti abang belikan lagi ye sayang. Kerjasama Nuffnang dengan Hitz.fm tidak kurang hebatnya juga.Sebut saja Project Alpha Season 1, mesti nama Nuffnang dan hitz.fm yang akan didengari.


5) Hadiah yang ku menangi

Sudah pasti, part yang paling teruja bagiku adalah memenangi blogging Contest Project Alpha dengan hadiahnya yang begitu lumayan. Rezekiku baik, aku mula menyertai contest ini mulai minggu ketiga dan bagaikan kebetulan, Minggu Ketiga aku menang tempat ketiga, Minggu Keempat aku memenangi Tempat Keempat, dan Minggu kelima aku memenangi hadiah saguhati. Minggu keenam dan ketujuh, aku tidak memenangi apa-apa.Hik3,Apapun hadiah-hadiah itu, bila dijumlahkan melebihi RM2 ribu.Cukup mengujakan dan lumayan.Inilah entry-entryku itu :


Project Alpha Season 1 memang best, teruja dan menghiburkan.Namun, jangan risau dan khuatir.Kepada yang tidak sempat menyaksikannya tahun lepas, tahun ini, tidak lama lagi, Project Alpha Season 2 akan menghebatkan persada blogging tanah air dengan bloggers-bloggers popular dan hadiah yang lebih menarik.

Untuk maklumat lebih lanjut,bolehla layari laman web http://projectalpha.com.my/ ataupun laman rasmi Facebook Project Alpha Season 2 di :


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

10 comments:

  1. hm...saya terlepas nak tgk...hak2...harap2 next season dapat tgk...or kalau dapat ,asukpun apa salahnya...kahkah2

    ReplyDelete
  2. br je lps terbaca fb projectalpha psl contest ni

    ReplyDelete
  3. Season 1 aku tengok mmg terbaik!..tapi season 2 tatau lagi cane hehe

    ReplyDelete
  4. baru jew pas post entry ni...
    mintak maaf sama eyriqazz eh;)
    ade cilok2 sikit;p
    ampun pak!!

    ReplyDelete
  5. sbb mamat nih menang adidas arr aku terjah blog dia dlu... x gitu?

    ReplyDelete
  6. xpenah tengok... sbb tak tau... hehehe ketinggalan zaman skit :)

    ReplyDelete
  7. aku pun x pnh tgk.. biasalah.. budak hingusan..

    baru je blogging jd baru tahu semua benda ni..

    ReplyDelete
  8. jojo struys....
    ermmmmmmmmm
    hot seyhh

    ReplyDelete
  9. salam...
    mas baru buat n3 pasal project alpha nie...
    kalau sudi2, eyriqazz review la yer...
    baru nak belajar... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails