May 17, 2010

Pengalaman Saya Bersama Coffee With Nuffies

Salam dari Eyriqazz,

Hari Jumaat yang lepas saya mengambil cuti half day untuk menghadiri Coffee With Nuffies. Pengalaman yang begitu menarik,menyeronokkan dan teruja. Ini adalah sambungan entry My Wonderful Experience | Coffee With Nuffies . Jadi ,kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang di sana. Inilah serba sedikit ringkasan pengalaman saya di sana :

Nuffnang Footprints ( Anda dah hantar blom? Byk lagi ruangan kosong menanti!!)

5 orang bloggers dijemput semasa sesi ini. Namun, seorang tidak hadir, jadi apa lagi, saya pun jemput rakan blogger saya yang mantap dalam bidang finance ni  selepas minta kebenaran dari Robb Chew :


Mat Joe. Sesi ini turut dihadiri JackieLoi , Diese dan Joshuatly

Selepas di beri Minum Kopi yang sedap dari Nuffies, kami pun dibawa bersiar-siar sekitar pejabat Nuffnang. Aku memang kagum , staff tak sampai 30 orang tapi boleh handle projek jutaan ringgit setahun dan berpuluh-puluh ribu bloggers di bawahnya. Jom terjah ofis Nuffnang pula :

Rasanya mesti Pemilik Nuffnang ni sukakan pasukan Belanda, sebabtu la serba oren. Hik3...Team Orange yang happening....

View mengadap Menara KL begitu menarik pemandangan
Siap ada tempat untuk tidur atau baring-baring untuk pekerja sekiranya penat (Credit Picture to Submerryn). Terlupa nak snap gambar.
Kalau bosan boleh Main Games

Fuhh, I wish Opis saya camni. Boleh lepak sekejap kalau kepenatan, time lunch pun jadilah. Siap boleh tengok tv, main games, memang santai. Tengok suasana Nuffnang, teringat macam tempat kerja di Google. Nak buat apa buatlah ,asalkan kerja jalan dan siap. Dushh, besttnya...

Selepas dah puas jalan-jalan , tunggulah masa yang dinanti-nantikan :

Sesi Soal Jawab dan Beramah Mesra bersama Featured Nuffies iaitu Sara (Dialah yang incharge bahagian letak Ads di blog korang) dan turut dihadiri Robb dan Xin Xian

Memang meriah sesi ni, Nuffnangers tanya je apa soalan, Nuffies akan jawab. Apa yang saya dapat dari sesi ini ? Umm,bolehla tengok gambar ini lebih kurang :

Apa yang saya dapat di Sesi Ini

Banyak ilmu baru dan informasi yang dikongsikan oleh Nuffies seperti camne Nuffnang pilih blog untuk kasi Buffered Earning dan Advertorial Jobs, Trafik yang dilihat oleh Nuffnang, fraud klik, Mana yang Nuffies pentingkan antara Unique visitors vs Pageview Visitors, dan banyak lagi? Nak tahu ? Kenalah vote saya di sini dulu, nanti dah cukup 100 orang vote, saya revealkan satu persatu. Vote dan Klik Like di SINI

Action is better than word kan ? Jadi, dari sesi itu saya mendapat Inspirasi yang begitu berguna yang telah membantu meningkatkan visitors ke blog saya. Memang tak sia-sia pergi Coffee With Nuffies ni. Inspirasi itu saya olahkan di entry dan inilah hasilnya :

First time di hari itu juga Uniques visitors mencecah 3,000+ sehari dan hampir 10 ribu seminggu

Pertama Kali juga di Hari Weekend hampir 100 orang di blog saya di satu masa

Ehh, saya tak kedekut apa yang saya dapat di sana. Saya capai target saya dengan bantuan anda, saya kongsikan kesemuanya. Apapun, saya kongsikan sedikit dulu .Lebih lanjut akan saya kongsikan lagi bila vote saya sudah cecah 100.Hak3, giler glamour betul. Kalau tak cecah juga, takpe, saya tetap akan revealkan perlahan-lahan. Jadi, kalau nak saya revealkan cepat semua rahsia tu, faham-fahamla. Kalau setiap seorang visitors blog saya mengundi dan vote, rasanya 100 tu bukan perkara yang susah. Register, Log In, dan tekan Like. Hendak atau tidak saja.

Ok, inilah serba sedikit yang mahu saya kongsikan dulu :

1) Project Alpha Contest hadiah harian, anda hanya layak menang sekali saja. 5 pemenang setiap hari tu. Jadi, cam eyriqazz yang dah menang ni takde can nak menang lagi. Jadi, kepada yang belum Menang lagi, bolehla join Contest tu sambil-sambil vote eyriqazz sekali. Hadiah nya menarik juga.

2) Youthsays adalah Competitor Nuffnang. Jadi, anda mungkin akan kehilangan status Gliterati anda sekiranya letak Ads dari Youthsays.

3) Semua staff di Nuffnang rajin-rajin semua untuk kepentingan bloggers. Most of them balik ofis pukul 8-9 malam namun mereka stay up kerana mereka happy dan bukannya dipaksa. Mereka diberi kebebasan untuk pulang lebih awal. Wah,seronoknyaaa... Nak juga...

4)Klik-Klik Nuffnang. Berkongsi informasi, Nuffnang tahu sesiapa yang buat fraud Klik dan mereka juga tahu jika anda sendiri klik Ads di Blog anda. Pernah ada satu bloggers yang punya 30 blog copy paste di ban oleh Nuffnang. Pukul 12 malam , dia buka semua blog dia dan klik semua Ads yang kluar hari-hari.

5) Tips Mendapat Buffered Earning dan Camne Nuffnang kasi Buffered Earning kat blog anda. Ummm, tunggguu....Cukup 100 Vote saya kasitau..Hik3....Takpun bila tarikh vote ditutup  iaitu 6 June 2010 saya blom achieve 100 vote,  saya akan revealkan juga. Hik3, mahu cepat atau lambat?

Last but Not least, bergambar bersama :

Nuffies dan Nuffnangers yang Hadir

Coffee With Nuffies mengujakan hati
Saya suka saya rasa nak pergi lagi
Sayang seribu  sayang sekali
Peluang hanya sekali yang diberi

P/s : Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sesi Coffee With Nuffies lain kali. Memang puas hati. Sebulan sekali ianya diadakan.

P/s/s : Nuffnangers, rasa teruja tak nak pi Sesi Ini ?

27 comments:

  1. macam mana nak hantar footprints ke nuff??

    ReplyDelete
  2. Tak boleh jadi nie..kena pegi gak...Wahai penyokong GTO..tompang sekaki VOTE aku wehhh..nak glemer gak macam GTO..ahaks..ahaks..VOTE!VOTE!..GTO baik hang realese comment nie..ahaks..ahaks..

    ReplyDelete
  3. kagum dan teruja tngok unique visitor tue :P

    ReplyDelete
  4. mak aih... gila tinggi mendadak naik traffic! nak sikit!

    ReplyDelete
  5. ooo cam tu ker..tq sudi bagi info.

    ReplyDelete
  6. bagus ni. nanti jangan lupa kongsi mengenai tips buffered earnings ya.

    Bayaran Balik Cukai, $$$

    ReplyDelete
  7. sangat mengujakan.... best....masa kak tash pergi pon terasa sgt akan kesantaian dorg bekerja.... best2...

    ReplyDelete
  8. ofis nuffnang macam ala2 ofis google. ada tempat ofis, ada tmpt riadah apa sume..:D baru sempoiiii

    ReplyDelete
  9. memang best la visitor semalam... aku tngk pun online ramai giler....
    ni mesti pasal badminton ni..hehehe
    tapi memang mantap

    ReplyDelete
  10. hebat. 3k sehari. memang berbaloi pakai dot com

    ReplyDelete
  11. fuh! beribu visitor sehari...orang nak cecah ratus pun tk dpt bang...

    ReplyDelete
  12. banyak tu...kalau hari hari camtu ...meletop la GTO.

    ReplyDelete
  13. iman, tak leh klik ad sendiri ke?? su tak de la klik pun, kadang2 tu kita nak tgk gak apa iklan tu nak cite.hehe..

    ReplyDelete
  14. wah suka tgk trafik naik mendadak..tahniah!! harap dpt maintain :)

    ReplyDelete
  15. gambar last..susunan macam pyramid.

    ReplyDelete
  16. @kenwooi:sama3..byk learn from u ..

    @fikah mus :boleh poskan..alamatnya ada di website nuffnang..

    @JAI :dah releasekan?glamour?hak3...manade glamour nya bro...

    @QieFLy si Dolce :sesiapapun boleh...

    @Aidi-Safuan :bleh2...tgh berguru lagi..ptg ni saya revealkan guru2 saya

    ReplyDelete
  17. @kak ina kl :camtulah akak...hik3...

    @Sharinginfoz :akan dikongsi..nak cpt kenalah vote ramai2...hik3..

    @Natasha:itulah..rasa nak pergi sekali lagi..

    @~ ReD ~:haah..bila la ofis saya nak jadi camtu ye?hik3..

    ReplyDelete
  18. @NURUL :thanks..jom sama2 berusaha..

    @Propito.com :hik3..tahu takpe..tepuk dada tanya selera..

    @From The News :berbaloi2..kalau pakai domain+hosting mesti lagi berbaloi2..takperla..blajar2 dulu

    @Cik Norfa:boleh je cik norfa kalau kena caranya...petang ni saya kasitau camne..

    @Mr.K:kalau hari2 camni best juga..hik3..meletup?bommm..

    @Suliana:boleh klik kalau berminat ngan ads tu..tapi jgnla sampai everthing ads sama muncul, kita nak klik..nuffnang ble detect...

    @CikLilyPutih :haah,camtula cik lily..

    @yanmie;terimakasih..ni pun berkat berguru ngan kak yan..terimakasih..nak maintain tu yang susah..hik3..

    ReplyDelete
  19. uih..macam best je..
    eyriqazz dah ambil la sijil gatsby tu ek?

    ReplyDelete
  20. wah!! i can see my artwork doploh sen dekat nuffnang footprints itu!

    anyway, i got yg first invitation for coffee session ni dulu tapi kena decline sbb bos suruh pegi meeting. sobsobsobsob. skarang kena tunggu turn kalau nasib nuffnang nak panggil lagi. mesti banyak sekret reveal nih. :p

    ReplyDelete
  21. ko mmg pandai menulis isi2 penting....

    ReplyDelete
  22. wahh! thanx for the info bro eyriqazz~ :)

    ReplyDelete
  23. >_< muka tgh makan.... hahahaha

    ReplyDelete
  24. bestnya....mcm mana nak jd mcm eryqazz ni....hehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails