January 11, 2010

Digi Internet Pimp My Day Final Challenge

Acara yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.Digi Internet Pimp My Day Final Challenge telah diadakan bermula di Mardi Gras, One Utama pada 9 January 10.Kami tiba lebih kurang pukul 240 petang.Inilah team kami yang di beri nama :


Digi Star Team

Team kami dianggotai oleh JAI, Mie, Aku dan ARC13. Secara ringkas nya team kami dianggotai oleh 3 bapa-bapa dan seorang bujang lapok popular. Sambil-sambil menunggu acara dimulakan,sempatlah berbual-bual dengan bloggers yang lain.Sempat berbual juga dengan :


BeautifulNara dari Team Red Nara

Aku memang respek dan kagumla dengan Abang Nara ni.Walaupun dia antara top blogger dia Malaysia,sikapnya memang peramah,mudah ditegur,dan dibawa berbual.Memang mudah mesra dengan semua orang.Patutla blognya disukai ramai,sikapnya ke atas pembacanya tidak pernah berbelah bagi.Gayanyapun sempoi dan Cool saja,baginya tiada istilah popular atau tidak,semuanya sama dan bermula dari bawah.Dapat la juga personal tips dari Abang Nara.Terimakasih ya Abang Nara.


Saudara Melromeo @ Melz

Saudara Melz ni kurasakan antara bloggers muda yang tengah meningkat naik.Walaupun tak sampai 6 bulan berblogging, hits mencecah hampir seribu unique visitors sehari dan followers nya pun dah nak cecah 1,000.Syabas la Melz.Satu lagi,dia ni tak lokek ilmu,blognya memang menarik untuk disinggahi.

Tak lama lepas tu ucapan alu-aluan dimulakan oleh :


Ucapan aluan-aluan dan taklimat berkenaan acara ini oleh wakil Digi


Khusyuk saudara Mie mendengar

Secara ringkasnya, acara Digi Pimp My Day Challenge ni lebih kurang cam treasure hunt/Amazing Race.Setiap pasukan dikehendaki melakukan 8 cabaran dan satu cabaran terakhir (menulis blog) dalam masa yang diberikan hanya 2 jam setengah dan lebih kurang sejam untuk menulis blog.Mencabartu.Apa cabarannya?Tunggu,cabaran-cabaran nya boleh dilakukan secara rawak,tidak perlu ikut nombor nya.Sebelum cabaran dimulakan,aku :

Menyusun Strategi

Kami dapatkan peta One Utama dan kami tandakan semua tempat-tempat yang bakal disinggahi jadi mudahlah nak target yang mana dulu.Dah siap tanda dan tulis,kami memulakan perjalanan kami.Kamilah pasukan terakhir yang meninggalkan tempat berlepas,namun bak kata pepatah ,"Biar Lambat ,Asal Selamat".Hehehe...

2 acara yang kami mula pilih adalah di Rainforest.Acara pertama adalah :



Bull Eye Challenge

Ala,menyumpit menggunakan sumpit.Hehehe,adalah yang miss namun best juga.First time menyumpit sampai b***** JAI disumpit ku(just kidding!!).Nasib baik ada Bro JAI ni,kalau dah nama orang Sarawak,kalau tak pandai menyumpit,baik pi main guli aje..Jangan marah ye,nanti kena jual...

Lepas tu kami pergi ke acara kedua.Acara kedua lebih kurang cam memecahkan puzzle/teka teki.Mula-mula tu pening juga,namun nasib baik si Specialist berjaya memecahkan kod tersebut.Rasanya jawapan lebih kurang ni kot :

Broadband/Internet Done Right

Selesai je selesaikan puzzle tu, kami pi singgah Mardi Gras balik.Adoi,acara ni susah skit.Kena menarik ,gaya athletic pula tu.Ditambah pula kena menari di poles dance .Lebih kurang camni lah :

Poles Dance Challenge

Last-last,kami main hentam je.Asalkan nampak gaya menari.Almaklumlah,abang2 dua orang lagi tu menari dangdut terror la.Si aku pula tak pernah menari.Si ARC tuh pula suruh dia menari hip-hop mungkin dia pandai.Hehehe..

Penat juga ye.Tapi mengujakan.Buat otak berfikir-fikir dan semangat kerja berkumpulan tu yang penting.Kalau kapal byk kapten susah juga kan?Mujur si JAI ni pandai jadi kapten yang berjaya.Kami teruskan perjalanan dan acara seterusnya adalah :

Switch Watch Challenge

Cabaran ni menghendaki membuat video selama 30 saat berkenaan Switch Watch dan Digi.Adushh,brainstorm lama sangat,last-last kami buat keputusan pergi tempat lain dulu dan datang lagi ke sini sekiranya sempat.Kami meneruskan perjalanan dan tempat yang dituju adalah :


Digi Music Challenge

Yang ni lah yang paling mudah.Hanya perlu LOGIN, SEARCH, ADD TO PLAYLIST.Tak sampai 5 minit siap.Terimakasih Digi.Oh ya,byk juga lagu-lagu menarik di dalam tu yang boleh di download oleh pengguna Digi dengan kadar yang berpatutan dan ada pengguna yang ditawarkan percuma untuk setahun.Menarik,lepas ni balik rumah nak kena cuba ni.Aku dapat langganan internet Digi percuma selama tiga bulan sempena memenangi Digi Pimp My Broadband blogging contest dulu.

Penat juga,cabaran seterusnya adalah :


QuickSilver Challenge

Fuhh,kena jadi model QuickSilver acara ni.Inilah pose terbaik kami.Rasanya boleh kot untuk iklan bapa-bapa sporting .Hehehe,cabaran diteruskan dan cabaran seterusnya betul-betul menguji minda dan stamina.Cabaran tersebut adalah Cabaran :

Celebrity Fitness Challenge

Fuhh,acara ni menghendaki semua peserta dalam kumpulan menamatkan larian 0.8km.Tak kisah la berapa lama pun masa diambil,tapi lagi cepat,lagi bagus dan lagi mudah nak menang la...Meh kita tengok aksi :


Team X ini..

Fuhh,dah berbulan-bulan tak jogging,penat juga.Nasib baik sempat kuhabiskan dalam masa kurang 7 minit.Oklah tu,jogging pakai sluar slack lagi..Hihihi,tapi memang seronok juga,keluar peluh dan menyihatkan..

Seterusnya pergi ke tempat Home Run iaitu bermain baseball.Namun,sudah ramai menunggu dan masa sudah suntuk.Jadi kami ambil ubah fikiran dan pergi semula ke acara Switch Challenge tadi.Fuhh,kelam-kabut juga,namun sempat kami siapkan 5 minit sebelum masa berakhir.Untuk videonya boleh tengok di sini :
Entry Team Digi Star

Habis-habis je,dapat task terakhir pula.Yang ni kami serahkan kepada saudara ARC kerana dia yang paling berbakat dan cepat menaip.Dia ni pun bagus juga,penulisannya boleh tahan dan memang kupuji.Bertuah kami dapat dia dalam kumpulan kami.Masa diberikan hanyalah sejam dan inilah suasananya :



Cepat,cepat...Masa itu Emas...

Nasib baik sambil menulis tu,hidangan sudah disediakan.Biasalah,ladies first.Mengujakan dan sedap juga makanannya.Tengoklah sendiri :


Lazatkan ?

Aku sedang makan namun ada insan lain yang tengah sibuk menaip dan memikirkan idea disebabkan masa semakin suntuk :


Sambil Menyelam Sambil Minum Air

Atas tangga pun jadi(Group Melz)

Sambil menunggu dan diumumkan pemenang, aku pun pergi la terjah dan dapatlah bergambar dengan :



Selepas itu,acara yang ditunggu-tunggu telah tiba.Namun sebelum itu, Digi memberikan sedikit taklimat berkenaan Digi Internet :


Digi Internet

Wah2,Surf without fear dan tidak ''overpromise''.Digi memberikan kadar purata yang boleh diperolehi apabila menggunakan internet mereka.Tidak la seperti ada setengah-setengah internet provider, indah khabar dari rupa.Janji lebih namun tidak ditepati dan saya salah seorang yang sudah terkena.Tidak sampai 50% seperti dijanjikan.

Untuk menunjukkan betapa stabilnya Digi Internet Connection, satu 'hot ' show ditunjukkan dan kestabilannya adalah seperti :

Penari Poles Dancer berpengalaman menari (tidak jatuh etc)

Selepas itu, upacara pembahagian hadiah bagi Pimp My Broadband Contest yang diadakan di website http://www.pimpmybroadband.com.my/ (untuk pelanggan baru ) yang diadakan pada akhir tahun lepas dan hadiahnya sangatlah menarik iaitu :

Fuhh,bestnya hadiahnya.Bila nak buat Contest ni lagi?

Selepas itu,pihak Digi mengumumkan bahawa ,penyertaan menulis blog untuk setiap kumpulan dilanjutkan tarikh tutupnya sehingga 1200malam ,10/01/2010.Bukan itu saja,ditambah lagi satu kategori iaitu kategori individu yang melayakkan memenangi telefon bimbit.Ni la entry untuk tujuan itu.

Namun,hadiah untuk ''Best Dress" dan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan turut diberikan malam itu juga.The Best Dress seri dan kamilah yang perlu menyorak siapa yang bakal menang,nasib baik pasukan yang kusorak itu menang iaitu  :

Kababoom Team

Mereka memenangi voucher membeli belah dari Levis bernilai RM300 setiap seorang.Selain daripada itu ,untuk setiap acara ada hadiahnya juga seperti voucher QuickSilver, Adidas, mp3,hard disk dan sebagainya.Memang bestlah namun pasukanku tidak menang apa-apa.Kababoom ni menang lagi,memang rezeki diorang betullah Kababoom,nama pun dah Kababoom.

Namun, kami tidak pulang dengan tangan kosong.Semua membawa pulang :


Limited Edition Digi Prepaid Internet

Ini adalah produk baru yang telah berada di pasaran.Produk ni cam prepaid card untuk internet,modem kena beli sendirila.Purata speed yang ditawarkan adalah untuk download :384kbps,upload :128kbps.Kad reload nya boleh didapati di semua Digi Outlet dan convenient store yang terpilih.Jadi,apa tunggu lagi,kalau sesiapa yang pakai internet tu kadang-kadang kali ataupun tidak suka bayaran bulanan setiap bulan,bolehlah gunakan produk ini.Menarik kan?

Tak sabar menanti team manalah yang bakal memenangi hadiah utama event ni.Doa-doakan team aku menang ye?Inilah hadiah nya :

1st prize – Personalized laptop + Speaker + Modem + Headphones
2nd prize – Router + External hard drive + Headphones + Modem
3rd prize – Modem + External hard drive

Fuhh,Lumayan.Baguslah Digi ni.Hadiah hebat dan menawan.

Sebelum pulang,sempatlah bergambar dengan satu team ni :

Fizamastar and The Gang

Adushh,mataku akan menjadi Sepet bila bergambar dengan ramai gadis cun.Sorryla Fiza,tidak disengajakan.Keseluruhannya event ni memang meriah ,best dan mengujakan.Bolehlah diadakan lagi di lain kali.Inilah salah satu contoh syarikat yang menghargai pelanggannya.Syabas buat Digi dan juga Nuffnang.Berjumpa lagi di lain kali.

SYABAS DIGI

SYABAS NUFFNANG
Berjumpa Lagi
Semoga aku dan Team Menang

41 comments:

  1. gagagga ade gmba aku yg xde dlm laptop nih...laptop ni pon da nak pulangkan da kt akak aku

    harap2 menang ar bole aku save dwet beli laptop nak fly neh

    ReplyDelete
  2. waah, teruja baca entry blogger yang masuk challenge ni..bila dapat tahu resultnya??
    good luck to your team;-)

    ReplyDelete
  3. aku suka poles dance. aku suka tulis blog. aku suka menyumpit. aku suka menari. aku suka kalau ada lagi esok.

    ReplyDelete
  4. bro.
    malu la kena puji.
    i nie pemalu orangnya.
    hehe.
    thanks hari tue lepak dan borak2.
    nanti kita jumpa lagi sabtu nie
    sambung borak.

    ReplyDelete
  5. haha ketinggian ku tiba-tiba menyerlah pada hari itu hehe . kau cool la Eyriqazz Serious walaupun jarak umur kita sangat berbeza . tapi aku enjoy berborak ngan kau hehe

    Thnx :)

    ReplyDelete
  6. hihi atas tangga pun jadilah T__________T

    ReplyDelete
  7. omg BEST nya menyesal xjoin tskkk T_____T btw. good luck to ur team, cool papa :)

    ReplyDelete
  8. cukup seronok..tak menang takpe..janji dapat jumpa blogger-blogger..penat wehhh..sakit tengkuk bila bercakap dengan mel..huhuhuhu..jadik waiter untuk ARC lak tuh..layan khas pasal jari jemari dia none stop menaip tuhh..tabik bro..ewah-ewah bro eyriqazz bergambo sakan..bestlah

    ReplyDelete
  9. mn gmbar poles dance digi star??? ade video lag gempak..hehehe

    ReplyDelete
  10. Tetibe terasa seperti di sana :) wuhuu

    ReplyDelete
  11. hehe.. akhirnya jumpa juga eh.. peramah je team awak.. saya je yang pemalu skit.. hohoho..

    :D

    ReplyDelete
  12. HAHAHA dh la gambar ats tangga tapak kaki hitam pulak, ni kes pkai wedges tapi bukak wedges jalan kaki ayam sekitar OU KAH KAH KAH ;p

    ReplyDelete
  13. meriah betul bila tengok event nih. dengan para blogger2 lagi. pastinya berbagai gelagat direkodkan di situ.

    ReplyDelete
  14. ah mengapekah cool papa ween?gua single lagi

    ReplyDelete
  15. Amboi2 sepet mata di kelilingi gadis cun ya. Hati kembang tak? Hihihiiii ... semoga menang!

    ReplyDelete
  16. beautifulnara memang peramah orangnya!! tu sebab dia tak kisah i pijak bahu dia. huhu.

    eh yeke dia tak kisah? ke terpaksa? ;-/

    ReplyDelete
  17. haha.mata sepet ehh? tkpe..i paham..semua pun penat dh kan..bukan senang nak buat cabaran tu semua..tapi enjoy! klu ada lg mmg i nak join :)

    ReplyDelete
  18. tgk pic pon dah leh feel cam berada di tempat kejadian..ekekeke~

    ReplyDelete
  19. oh...begitu ceritanya..
    mesti seronok kan...
    ishk...tingin nak pergi kalu melibatkan events yg reramai..
    tp tu la..susah gak..sbb si kecik kene ikut jer selalu..
    nampaknya x dapat la nak bersuka ria selagi si kecik masih menyusu badan..hahaha

    ReplyDelete
  20. terbaik la bro.
    saya x pernah lagi attend mana2 event dalam tenet..
    nak kena try gak sekali nnt..

    =)

    ReplyDelete
  21. tak lenguh kaki ke bro??? saye sampai arini sakit2 sana sini :-(

    ReplyDelete
  22. haah..aku nk nari ngan penari pole dance tuuu..ko menang adiah pa je??

    ReplyDelete
  23. gud luck bro
    semoga mendapat hadiah utama
    chayook!!!

    erk888.blogspot.com
    dizisgude.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. poles dance tu cam besh..
    ngeehh..
    milo 1 utk teacher..

    ReplyDelete
  25. eyriqazz aku tatau pasal samsung corby wahhh aku nak join siut :(

    ReplyDelete
  26. joegrimjow:hehehe,menarik2..

    ARC:harap2 menang...Ko memang cool la ARC...

    zailamohamad:resultnya minggu ni kot...tunggu digi announce..

    hbz :nanti2 ada lagi rasanya..

    beautifulnara :Sabtu ni?Samsung Corbyke?Cunlaa,abang nara pun join..ble tembak bang nara camni...Ko mmg cool la Bang Nara...Berbudi pekerti dan tidak sombong...suka borak2 ngan kau..

    ReplyDelete
  27. Melz :jauh berbeza?Cam dah tua je..aku baruje nak masuk 23 tahun..hehehe...

    kancilbiru :meriah2..

    zihnun :yup,meriah

    rara :hehe,takpe..usaha tak teamwork tu yang penting..biar tak menang,pengalaman tu yang penting...bestt...


    ween :thanks...Nuffnang N Digi mmg best..

    ReplyDelete
  28. ms. somebody :seronok2..

    JAI:Hehehe,memang best...Melz antara insan tertinggi pernah ku jumpa..ble jadi model tu..rambut pun dah macam faizal tahir..hehehe..

    Dahlia :x sempat nak amik gambar..kalau tak ble tgk JAI dan Mie berdangdut...hehehe

    Cik epal :best,bila cik epal nak dtg event nuffnang?

    cik eykameow :berada disana bestt..

    ReplyDelete
  29. Rabiatul :xper...team u cool...terutamanya zaid tu..kusyuk dia layan poles dance..hahaha..

    Liyanaa :pengalaman yg tak dpt dilupakan,kan?

    beliamuda:beliamuda bila nak join?

    Sharinginfoz :yup,really good time..

    ARC :Haah,dia masih single tapi sudah ramai peminat...

    ReplyDelete
  30. PreciousH:kembang2...hehehe..

    mya :dia tak kisah..jgn dipijak2 kepala sudahle..hehehe...

    Kaseh Nazlieza :terimakasih..

    fiza mastar :Hehehe,good luck to u...

    Nurmala Mazlan :terimakasih

    ReplyDelete
  31. Nafiraa :salam kenal...

    sumijelly :xpe..byk lagi event2 nuffnang yg boleh disertai...

    zack ;tryla...best...terbaik dari ladang..

    phatgurl:lenguh la juga..tapi arini mc kurangla skit..cabut gigi..adushh...sakitt lagi...

    Hemy :aku tak menang apa2...harap2 menang yg ni..heheh..

    deusXmachina® :thanks...Amin..

    fyka :best..hehehe..

    ReplyDelete
  32. bestnye leh jumpe famous blogger...
    redmummy xde??

    ReplyDelete
  33. meriah sungguh this blog post. ada harapan nak menang ni...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails