Showing posts with label happy birthday nuffnang. Show all posts
Showing posts with label happy birthday nuffnang. Show all posts

February 19, 2012

Nuffnang 5th Birthday Bash : 5 Things To Do


Nuffnang bakal celebrate Birthday nya yang ke-5 pada 27 Februari 2012 nanti. For the past 2 years, memang eyriqazz tak pernah fail untuk wishkan birthday Buat Nuffnang yang telah banyak memberikan kegembiraan buat Eyriqazz :



How  you think the famous Nuffnang stick man should celebrate his 5th birthday?

Orite,  let's assume the Nuffnang Stick Man is :

Timothy Tiah @ Co-Founder Nuffnang

Inilah 5 cadangan dari Eyriqazz :

1) Insan Tersayang @ Audrey  need to be there to celebrate this 5th Birthday

2) Event yang menarik, mempesona dan menguja 

Of course, Event Nuffnang sudah semestinya menarik dan mempesona tapi yang ni kena buat extra special yang akan memberikan kenangan terindah bagi semua yang hadir malam itu. Jom sama berpeluang untuk joini Event ini  di : Nuffnang is Turning 5

Suggestion :
1) Hadiah lucky draw yang menarik i.e. IPAD 2, Blackberry, Laptop etc..
2) Makanan yang sedap
3) Artis jemputan 
4) 5 Best Dress Men & Women (let's make it extra special, instead of 1 each, let's make it 5)
5) Goody bag yang bestttt ( t-shirt Nuffnang, fridge magnet Nuffnang maybe?)

3) Bloggers Popular hadir sama

Yes, of course kehadiran bloggers popular di bawah Nuffnang akan memeriahkan lagi this celebration. Let's make it event ini dihadiri paling ramai bloggers popular di bawah Nuffnang seperti Hanis Zalikha, Redmummy, BeautifulNara, Kennysia, Audrey, Sixthseal, dan ramai lagi...

4) Persembahan Mantap dari Nuffies...Let's All Turn Blues that Night

Yup, Nuffies kena buat persembahan yang bertepatan dengan Tema Blue.... Ini wajib ni, special request from all of us bloggers di bawah Nuffnang, kan, kan?


5) Let's Turn Blue that Night....

Sangat sokong dengan cadangan dari CikLily Putih  seperti di entry nya INI , custome biru, blue concept, makanan biru, birthday cake dan blue ribbons dan membirukan suasana malam itu. 

Last but not least, let's make it extra special this year when The Nuffnang Stick turn 5 this year....Sebagai penutup, serangkap pantun dari saya :

5 Tahun Nuffnang Stick Man tak lama lagi
Pelbagai pengalaman sudah dialami
Pengalaman pahit dan manis ditempuhi
Eyriqazz gembira be part of it, sudah semesti

February 27, 2010

Happy Birthday Nuffnang

Happy 3rd Birthday Nuffnang

Entry kali ini, aku dedicatedkan khas buat Nuffnang .Hari ini masuklah Birthday Nuffnang yang ketiga. Hari ini juga, sudah hampir 6 bulan aku bersama Nuffnang. Pengalaman bersama Nuffnang memang mengujakan dan menawan.Walaupun hanya 6 bulan, pengalaman dan keterujaan yang ku perolehi memang akan sentiasa mekar di dalam memori.Bagaikan petir memanah jiwa dan ianya memang mengembirakan.

Apa Itu Nuffnang?

Akan ku kongsikan serba sedikit yang ku tahu pasal Nuffnang.Andai ada tersilap, minta perbetulkan ya?Inilah dia Nuffnang:

1) Syarikat pengiklanan blog komuniti. Iklan yang disiarkan boleh dilihat di 100,000 blog dan 3 juta orang sehari.

2)Nuffnang Malaysia dilancarkan pada 27 February 2007 dan selepas 3 hari, 300 bloggers menyertainya. Setakat July 2009, lebih 80,000 bloggers di Singapore, Filipina, dan Austaralia menyertai Nuffnang dan jumlahnya telah meningkat melebihi 100,000 sekarang dan jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari.

3)Beribu-ribu bloggers telah menyertai Nuffnang dan iklan dari pelbagai syarikat telah berjaya Nuffnang perolehi dan promosikan seperti Nike, Nokia, F&N, CIMB, Nestle, Proton, Samsung, Digi, Celcom dan banyak lagi.


Nuffnang telah ditubuhkan bersama oleh 2 orang anak muda yang tampan  iaitu Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen

Selebihnya, korang boleh terjah di  sini :

Apa Maksud Nuffnang?

"Nuff Nang" adalah perkataan Jafaikan (ayat yang digunakan oleh golongan muda di London UK) yang bermaksud  "Memang Bagus atau Memang Menawan'' ataupun dalam bahasa Inggerisnya "Real Good or Real Cool."



Nuffnang Logo


Nuffnang logo amatlah menarik dan ianya telah diperkenalkan secara rasmi di Acara Komuniti Singaura pada 9 Ogos 2007 yang mengancam dan melambangkan keharmonian dan jalinan hubungan yang lebih mesra antara Nuffnang dan bloggers. Memang ku akui, Nuffnang memang mesra bloggers?

Kenapa Nuffnang Menjadi pilihanku :

Tak perlulah aku bercerita panjang, aku telah bercerita mengenai di entry I Love Nuffnang .Lebih teruja bila, satu lagi hadiah lumayan bakal ku perolehi pada 1 March 2010 nanti iaitu sempena memenangi pertandingan Astro B.yond Bloggers Night Blogging Contest . Terimakasih Nuffnang menjadikan impianku satu realiti.Aku akan terus setia dengan Nuffnang kerana Nuffnang adalah yang terbaik bagiku dan aku gembira dengan Nuffnang sejak aku bersama Nuffnang.

Wishku buat Nuffnang

Inilah wishku buat Nuffnang :

1)Semoga Nuffnang terus berjaya dan hubungan antara Nuffnang dengan bloggers lebih erat .

2)Semoga Nuffnang berjaya mendapatkan projek/iklan yang lebih besar yang menguntungkan Nuffnang dan juga bloggers.Nuffnang untung, bloggers Nuffnang pun tumpang sekaki.

3)Semoga Nuffnang terus berkembang dan menjadi salah satu syarikat yang cemerlang di Malaysia.

4)Semoga usia tiga tahun Nuffnang lebih mematangkan Nuffnang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dan Nuffnang terus kekal sebagai pengiklan blog terhebat di Malaysia.

Cadanganku Buat Nuffnang

Inilah cadanganku buat Nuffnang daripada seorang bloggers yang belum pun setahun jagung dengan Nuffnang.Hanyalah pandangan peribadi :

1) Sesi bertemu antara Nuffnang dan bloggers. Lebih kurang macam talk/event. Jadi bloggers boleh mengenali Nuffnang dengan lebih dekat dan bertanya-tanya soalan.Faham, sudah ada helpdesk, namun face to face is better kan?Lebih banyak yang boleh dikongsi-kongsikan.

2)Ping Nuffnang di http://innit.nuffnang.com dapat diperbaiki. Rasanya perkhidmatan ping itu bagus cuma ianya boleh diperbaiki lagi.Contohnya, seperti ping di http://blog4ft.com ataupun http://blogged.my .Lebih mudah nak ping dan lebih mesra bloggers.

3)Lebih banyak acara menarik untuk bloggers.Cadangan saya mungkin Sport Carnival yang boleh bekerjasama dengan syarikat sukan di Malaysia seperti Puma, Adidas, dan lain-lain lagi dengan acara-acara yang menarik seperti futsal antara bloggers.

4)Top bloggers for the month. Mungkin Nuffnang boleh publishkan top bloggers bulan itu yang memperolehi jumlah pengunjung tertinggi ke blognya.Mungkin ianya berubah-ubah setiap bulan. Jadi, boleh dijadikan inspiras .Project Alpha salah satu inisiatif yang bagus cuma setengah-setengah daripada kami mempunyai line internet yang perlahan, jadi agak susah untuk access dan melayari Youtube.

5)Selection of Buffered Earning dan Advertorial Job.Mungkin Nuffnang boleh kasi tips kat bloggers apa yang dititik beratkan untuk mendapatkan Buffered Earning dan Advertorial Job.Selain daripada hits yang tinggi, apa faktor lain yang Nuffnang dan Advertorial tengok. Adakah cara penulisan yang menarik, Layout blog yang cantik, komen yang banyak, iklan mudah nampak atau tidak dan sebagainya.Sesetengah dari kami termasuklah saya terutamanya yang masih baru, masih blur-blur camna cara terbaik untuk dapatkan Income dari Nuffnang.Sambil menyelam sambil minum air, berblog bukanlah sebab utama namun siapa yang tidak mahukan duit kan?Jadi, dengan cara ini lebih ramai yang akan gembira dan terus setia dengan Nuffnang.


My Wish List

Sempena Birthday Nuffnang ni ,aku nak buat wish list. Manatau Nuffnang tergerak hati nak menunaikan permintaan aku ni.Hik3,blom cuba belum tahu kan?Kalau tak cuba, tak tahu kan?

Apa yang aku nak minta ye?Tiket wayang, umm,dah dapat dah.Hadiah Contest, umm,dah lebih 3 juga dah dapat. Inilah Wish List ku :

1)Income yang lebih mengancam dengan Nuffnang.Tambah-tambahkan dan promotekan blog aku kat Advertising Company supaya aku dapat lebih banyak Buffered Earning.hik3..

2)Advertorial Jobs. Hiks,hiks,cukup cemburu bila rakan bloggersku iaitu Zaid dan CikEpal dan dapat Advertial Jobs.Siap dapat Blackberry tu.Memang aku jealous, aku dah lama kepingin nak pakai Blackberry.Apapun,Tuah Ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahukan?HIk3, aku baruje 6 bulan dengan Nuffnang, masih banyak yang perlu belajar.Namun, kalau dapat Advertorial Jobs, fuhh,rasanya almost semua aku dah kecapi dengan Nuffnang.

3)Nak jumpa Kennysia.Hik3, masa event-event yang ada Kennysia, aku pula yang tak dapat menyertai eventtu. Kennysia memang blogger yang cukup ku kagumi.

4)Nak jumpa Rosyam Nor dan Fauziah Latiff (favourite artis ku dan isteriku).Azwan Ali dah jadi blogger untuk project Alpha Season 2, kot-kotla Azwan Ali ada buat event yang melibatkan kan Rosyam Nor dan Fauziah Latiff juga.

Cukup la tu.Kan cakap aku lebih-lebih pula.Hik3..

Apapun, Happy 3th Birthday Nuffnang. Semoga hari anda lebih gemilang.Semoga hari bloggers bersama Nuffnang juga cukup gemilang.Bagiku , susah dan senang Nuffnang, aku akan tetap bersama.Aku akan setia bersama Nuffnang selagi aku gembira dengan Nuffnang.I already make my decision, Nuffnang is my choice and I will stick with It. 6 bulan bersama Nuffnang, sudah lebih RM7 ribu aku perolehi denganmu Nuffnang (termasuk hadiah yang baru ku menangi). Terima Kasih Nuffnang, menjadikan hidupku lebih gembira denganmu.

Last but not least, I want to say , I Love You Nuffnang dan ''Saya Mesti Pilih".

P/s :Apa pula pandangan anda tentang Nuffnang?

P/s/s :Rezeki ada di mana-mana.Apa yang penting, jangan mudah putus asa. Yakinlah dengan pilihan yang dibuat,kan?
Related Posts with Thumbnails