Showing posts with label alexa eyriqazz. Show all posts
Showing posts with label alexa eyriqazz. Show all posts
July 11, 2012
July 27, 2010
Alexa Ranking Below 150K In 3 Months
Salam dari Eyriqazz,
Blog ini berdomainkan Eyriqazz.com pada 2/5/2010. Dalam masa 10 hari, ranking Alexa di bawah 1 juta dan selepas hampir 3 bulan, saya cuba menerjah kembali apakah ranking Alexa saya. Inilah hasilnya :
125, 594 as at 26 July 2010 ( Yey, Alexa Ranking Below 150K In 3 Months)
Actually, sampai skang masih belum faham mana pasal fungsi Alexa Ranking ni. Tapi teruja nak letak juga di blog coz saya ni suka tengok-tengok nombor. Namapun banker, hik3. Namun, ada terbaca di AriffShah.com yang Alexa Ranking – Bukan Kuantiti Tapi Kualiti .Patutlah, kalau ikutkan Hits, suam-suam kuku aja. Cuma masih pelik juga kerana hits saya dari Search Engine pun takdela banyak mana. Around 100-400 je sehari.
Terbaca juga di YanmieOnline cara untuk perbaiki Alexa ranking 20 Ways to Increase Your Alexa Ranking . Umm, saya buat yang No. 2 saja rasanya setakat ini coz bagi saya Alexa Ranking ini bukannya motif utama saya dalam berblog.
Dulu tak puas hati sebab masa pakai blogspot ranking alexa 200K+ .
Bila dah tukar ke dot com ranking pun naik mencanak naik 3 juta...lagilah saya tak puas hati.
Bila dah turun ke bawah 2 juta pun masih tak puas hati.
Sekarang lagi dah tak kisah kerana tak lama lagi mungkin nak berhostingkan sendiri dan Alexa Ranking bakal mencanak naik lagi. Hak3...
Apapun, tepuk dada tanya selera. Pilihan masing-masing dan kepuasan pun lain-lain. Cuma bagi saya, Alexa Ranking bukannya daya pengukur kepopularan ataupun kehebatan blog itu. Contoh terdekat bagi saya ialah Blog Hanis Zalikha dan Mat Gebu @ TiffinBiru yang Alexa Ranking nombornya lagi tinggi dari saya tapi Hits mereka 3-5 kali ganda lagi byk dari saya Blogger Cap Ikan Ayam ni.
Sekadar berkongsi pandangan peribadi, Ini yang saya nampak mengenai Alexa Ranking ini (salah silap tolong tegur-teguri ya? )
1) Alexa Ranking lebih cepat turun bagi blog yang ada domain sendiri ataupun domain+hosting sendiri.
2) Lebih cepat turun bila lebih banyak update dibuat.
3) Lebih cepat turun bila link itu dishare-sharekan dan dilinkkan oleh orang lain i.e. Facebook, twitter,backlink and etc.
4) Lebih cepat turun bila bercerita kisah isu semasa I.e. World Cup, Paul Si Sotong,Jadual Berbuka Puasa, Juara Lagu, Piala Thomas, Fasha Sandha dan Je Jai nak kahwin, dan macam-macam lagi.
5) Lebih cepat turun bila sudah jatuh ditimpa tangga ataupun bila menggunakan lif/fast track (hak3, yangni saya saje melawak)
Sifu saya, Melromeo pernah cakap, Alexa Ranking ini boleh dimanipulatekan. Sebab tu saya tidak menjadikan ranking ini sebagai pengukur diri saya dalam berblog. Tapi, bila dia turun teruja juga kan? (Number count). Korang bolehla check alexa rank di SINI
Apapun, selesalah dengan diri sendiri. Tulisla mengikut gerak hati dan apa yang terbaik bagi kita. When you have passion in it, you will write better quality entry and in turn attracting more visitors to your blog. For me, saya main redah saja coz "Saya Menulis Bukan Kerna Nama". Hak3...
Alexa Ranking nama diberi
Makin rendah makin dicari-cari
Tepuk dada jangan pula ketuk kepala nanti
Tinggi atau rendah ada kelebihan masing-masing yang tersendiri
P/s : Apa pula pandangan anda? Pentingke Alexa Ranking ini untuk kepuasan diri sendiri?
Subscribe to:
Posts (Atom)