Showing posts with label kak jie. Show all posts
Showing posts with label kak jie. Show all posts

October 31, 2011

Blog Pilihan Oktober 2011

Final day di bulan Oktober 2011, inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk Bulan ini :



1) Kak Jie - Hidup Biar Sedap. Penulisannya memang santai dan menjadi terjahanku hari-hari. Banyak juga berkongsi tips yang menarik yang boleh dipraktikkan oleh bloggers. Sifu dan Seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia blog. Kalau mahu belajar apa itu erti sebenar dan etika seorang blogger, blogger ini memang saya rekomenkan. 
P/s : Kak Jie, bila nak jemput ke rumah?

2) ZackZukhairi - Realiti Konspirasi. Apa yang saya boleh katakan, penulisannya mampu menarik ratusan komen dan menggiurkan Sang Pria. Salah seorang blogger yang cukup berpengaruh. Tengok sajalah followernya, berpuluh2 ribu. Sayang, dah lama tak update namun saya tahu tentu ramai yang menanti-nanti entry terbarunya termasukla eyriqazz sendiri.


3) Marya Hana - Eyriqazz cukup kagum dengan gambar-gambar yang diambil di blognya. Membuatkan saya semakin teruja untuk turut memiliki DSLR. Perkongsian entry pun bersahaja, membuatkan santai membacanya.

P/s : Kalau eyriqazz nak beli DSLR, jenama apa yang Marya rekomenkan ya?

Hazman Fadzil @ http://hazmanfadzil.com

4) Hazman Fadzil  - Seorang blogger yang tengah mengumpul duit untuk meminang Lisa Surihani or Rozita Che Wan. Food blogger, melihat entry-entry dan gambar makanan di blognya cukup untuk membuatkan terliur dan terasa lapar. Juga salah seorang yang membuatkan hati saya makin teruja untuk memiliki DSLR.

P/s : Saya cadangkan bro tukar header, kasi lebih "Ummph" n nampak lebih menggiurkan...Alaaa,Je Jai sure terror redesign balik.

Lilianna Mardiana @ http://www.dangobunny.com/

5) Lilianna Mardiana  -Skema Itu Hot.Umm,memang hot orangnya. No wonderla Cimon@rakan seofis eyriqazz selalu terjah blog ini. Masa mula-mula singgah blog ini, mati-mati eyriqazz ingatkan Si Lilianna ini ada talian persaudaraan dengan Hanis Zalikha. Banyak berkongsi tips kecantikan dan "Beauty with The Brain".


P/s : "Skema Itu Hot, Tak Skema Hot juga tak?

June 21, 2011

Bila Perasan "Popular"


Situasi : Pasar Malam, Section 1, Wangsa Maju, terjahi bersama Isteri dan Alisya
Waktu : Around 7 malam

Sambil jalan-jalan lepas parking kereta , on the way ke tempat pasar malam, ada seorang Mat Motor lambai-lambai tangan. Ehh, dia kenal eden ke? Mula-mula tu buat dekk je, yerla,tak pernah nampak mamat ni.Nampak serius pulak tu.

Dah semakin dekat, dia panggil lagi, Meh sini, katanya. Ummm, tertanya-tanya dalam hati. Siapa dia ni? Dia nak Paww aku ke? Ada gaya juga...Nak pi taknak pi ni? Kan sesaje aku kena paww ni..

Psst, pi la Abang, mungkin dia kenal abang dari blog kot..Kata isteri.Saje nak bertegur sapa. Hik3, Perasan "Popular" kejap. Kat Pasar Malam pun ada orang kenal eyriqazz? Senyum lagi, mulala timbul rasa riak dalam hati..Fuhh,larikan rasa itu jauh-jauh...Tak baik.

Curious, eyriqazz pun pergi la dekat Mat Motor tu..Muka memang serius. Seserius Je Jai bila dia nak mengorat Fasha Sandha. Sampai je dekat Mamat tu :

" Bang, Zip Seluar Abang tak tutup"

Adusssshhh, malunyaaaaaaa..Malu,Malu...Mana nak nyorok muka ni?? Huk3, nasib baik time tu tak jalan jauh lagi dan belum ramai orang. Kalau tak, sah-sah kena gelak ngan pengunjung pasar malam tu....

Terimakasih buat Mat Motor tu...Betoi kata pepatah "Don't judge book by it cover". Mat Motor tu, nampak macam kaki Paww tapi hatinya baik.Nasib baik dia tegur eyriqazz.Kalau tak, "lebih memalukan" eyriqazz lepastu..


Samalah juga bila jumpa 1st time blogger yang kita tak berapa kenal in real life, i.e. Kak Jie, nampak gaya penulisan macam garang dan tak boleh main-main dengan dia ni. Dah jumpa dia [ Jumpa Anak Isteri Blogger].Umm, bukan main peramah lagi. Suara lembut, senyuman manis menguntum, dan siap boleh sakat-menyakat lagi. Dapat ole-ole/minyak wangi lagi dari Kak Jie.Besttt. Hik3, nice meeting u Kak Jie, Hidup Biar Sedap.



P/s : "Don't Judge Book by it Cover" dan dah terkena tu pandai-pandai la Cover Malu tu ya...Hik3....That's Life,ianya mematangkan kehidupan, tak gitu?
Related Posts with Thumbnails