Showing posts with label pelaburan hartanah. Show all posts
Showing posts with label pelaburan hartanah. Show all posts

November 28, 2012

Mega Hartanah Bumiputera - Evolusi Kekayaan Menerusi Pelaburan Rumah Subsale

Sambungan dari entri (Teaser) Mega Hartanah Bumiputera. Mega Hartanah Bumiputera yang julung kali diadakan ini sempat saya hadiri weekend yang lepas. Speaker yang pertama adalah Pakcik goyang dengan tajuknya Evolusi Kekayaan Menerusi Pelaburan Rumah Subsale :


Bikin goyang dibuatnya Pakcik goyang dengan kehadiran lebih dari 200+ Peserta Seminar

AE : Sebelum saya berikan seminar, izinkan saya menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk " Ramalanku Benar Belaka"

As usual, trademark unik dia yang menampilkan gaya ala-ala gatal. Sebenarnya tidak, inilah salah satu caranya bagi menarik perhatian audiance yang pelbagai usia.

14 Buah Rumah yang dimilikinya kini..Idea tercetus sejurus menamatkan pengajian di Uitm.

Jadi student, rumah semestinya suatu kemestian ketika belajar kan? Bijak merebut peluang, itulah yang dilakukan oleh AE.



Kenapa Hartanah?

Suka cara AE berkongsi pengalaman peribadi berkongsikan pengalamannya yang pernah Invest in Gold, saham, dan pelbagai lagi. Instrument hartanah adalah instrument yang paling sesuai dengannya dan mampu memberikan hasil yang lebih memuaskan dan kenapa dia memilih hartanah.


Matlamat & Strategi Pelaburan Hartanah

Mudah je konsep yang diberikan oleh AE. Mahu kaya, gunakan konsep flipping (beli dan jual). Mahu Senang, gunakan konsep beli dan sewa. Mahukan kedua-duanya, lakukan kedua-duanya. Eyriqazz? Masih baru nak berjinak-jinak, baru ada 1 rumah yang disewakan .


Tiada Modal?

Pinjam awek? Hutang Ah Long? Join MLM? Banyak cara lain bagi kumpulkan modal, misalnya :

1) Gunakan duit EPF (Rumah pertama boleh keluarkan akaun 2 duit EPF)
2) Pinjam dengan Ibubapa macam apa yang AE dan Eyriqazz lakukan.
3) Simpanan dan tabungan. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian
4) Praktikkan Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal


Jeng,jeng.... Yang tiada boleh diadakan
Kenapa SubSale? (beli rumah dah siap )

Banyak kelebihan beli rumah subsale jika dibandingkan dengan beli rumah lelong ataupun Under Construction. Rumah kedua eyriqazz, misalnya, beli under subsale. Sign agreement, terus minta pindah rumah.  

WTF? Where, What & When to Find?

Lokasi strategik nak beli rumah sekarang, antaranya di lokasi "Laluan Naga". Boleh refer entri sebelum ini. 



Harga Berpatutan? Boleh dapatke? 

Boleh, jika rajin mencari dan tidak cepat putus asa. Network pun penting.


Teknik pun kena ada untuk membeli rumah. Saya ada praktikkan di rumah kedua. Berhasil

Site viewing. Antara part paling penting dalam membeli rumah

Sistem perparitan,sistem pengaliran air, keadaan dalam dan luar rumah perlu diambil kira juga.


Bank : "Yes, we Are Ah Long with a License One"
Peminjam : "Please approve my loan"

Teknik mendapat kelulusan pinjaman bank turut dikongsikan oleh AE antaranya kedudukan kewangan yang baik (CCRIS), kemampuan membayar, debt service ratio, dan pelbagai lagi.Bolehla hadiri Seminar Hartanahnya in future kalau nak tahu lebih lanjut.


Kemampuan Membayar - Antara Part paling Penting untuk loan diluluskan

So, make sure CCRIS anda cantik. Bagi yang tiada pinjaman langsung, disarankan ambil kredit kad (use it wisely or guna pada amount yang minimum). At least, adalah rekod. Bank sekarang ni agak reluctant utk kasi pinjaman perumahan dekat individu yang tiada rekod pinjaman langsung macam apa yang terjadi dekat adik ipar Eyriqazz.

Overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk talk dari Abang Ensem ini. Banyak tips dan informasi berkenaan Pelaburan Hartanah yang dikongsikan. Juga kagum dengan Peserta Seminar. Lebih kurang dalam 30 orang peserta seminar yang sudah memiliki 4 buah rumah ke atas namun masih menghadiri seminar sebegini. Yup, mereka pun dahagakan ilmu dari Otai-Otai Hartanah seperti AE ini. 

P.s : What's Next? Kenalah Praktikkan Ilmu yang dipelajari. Bak kata Ariff Shah, Tak Guna Belajar Teori Kalau tak Praktikkan

November 27, 2012

Rumah atau Kereta Dahulu?

Andaikan anda bakal berkahwin atau baru saja beberapa bulan berkahwin. Membuat pilihan, mana satu yang perlu didahulukan :



Beli Rumah Dahulu
Atau Kereta Dahulu?

Mana dahulu yang perlu didahulukan? Pandangan eyriqazz, utamakan beli rumah dahulu , lebih-lebih lagi sekarang ini, kelulusan pinjaman perumahan dikira berdasarkan gaji bersih dan bukan lagi gaji pokok ditambah pula semakin strict untuk membuat pinjaman. 

Tapi, rumah sekarang mahal la eyriqazz?Camne? Umm, Bak kata Dr. Shah Razali, ukur baju pada badan sendiri. Belilah rumah yang mampu milik dahulu. Bila sudah lebih berkemampuan, upgradela rumah tersebut. Itulah yang kami lakukan. Alhamdulillah, 2 Property berjaya kami miliki pada market value sekarang around RM700K.

Kereta? Hik3, lucky us. Kereta sekarang ini loan atas nama bapa mertua. So, rasanya memang lepas lagi kalau nak beli dua buah rumah lagi bawah RM200K, cuma modal je belum cukup. Nampak gaya, time sebeginilah boleh praktikkan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

P.s : Apa pandangan anda? Rumah atau kereta dahulu ? Apa pula sebabnya?

P.s.s : Eyriqazz masih lagi menggunakan motosikal Lagenda 110z , motosikal pertama yang dibeli sejak bujang sehinggala sekarang untuk ke tempat kerja.

November 25, 2012

(Teaser) Mega Hartanah Bumiputera

Semalam sempat menghadiri Mega Hartanah Bumiputera. Ramai otai-otai Hartanah memberikan talk di sesi ini. Teaser dulu sebelum entri penuh minggu depan :



Kehadiran memang di luar jangkaan, lebih dari 200 orang yang turut hadir di sesi ini.
#Speaker 1 - Abang Ensem 
- Teknik Pelaburan Hartanah Subsale-

Seorang bekas banker yang sanggup berhenti kerja yang menawarkan konsisten bonus 6+ bulan setahun demi meneruskan minat menjadi Pelabur Hartanah sepenuh masa dan menyampaikan ilmu kepada generasi muda yang mula berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah. "Tips Memilih Penyewa yang Cun dan Hot" membuatkan ramai yang tak kering gusi dibuatnya.


# Speaker 2 - Tuan Bri
-Teknik Pelaburan Hartanah Lelong

Bekas external auditor yang berhenti kerja dan rasanya sudah berjaya lari dari "Rat Race". Berkongsikan teknik pelaburan Hartanah Lelong. Membuatkan audiance berinteraksi dan lebih aktif dengan soalan-soalan yang diajukan dan case study yang menarik. "Ulat Lelong, antara topik menarik dikongsikan di sini"

#Speaker 3 - Azri Nasruddin
- Tips Pelaburan Hartanah-


Bercakap laju, berfikir laju, pantas dalam mengorak langkah. Antara anak murid Dr. Shah Razali yang cukup berjaya. Masih bekerja fulltime sebagai Pharmacist namun berjaya Pelaburan Hartanah melebihi RM1.5 juta. Kagum, antara talk yang agak menarik kerana dikongsikan pengalaman peribadi dan cara percakapan yang pantas. Antara speaker yang tidak memerlukan slide presentation untuk bercerita.


# Speaker 4 - Fauzi Ahmad
- Cukai Berkaitan Hartanah-

Bekas Assistant Vice President di salah sebuah bank terkemuka dan Presiden Kelab Hartawan Hartanah. Fuhh, banyak rupanya tax berkenaan hartanah ni. 



#Speaker 5 - Dr. Shah Razali ( Ikon Jutawan Pelaburan Hartanah Malaysia)
- Rahsia Pelaburan Hartanah-


The best speaker of the day. Cara persembahannya yang unik dengan kes study yang menarik di samping cara penyampaian yang turut memberikan reward kepada peserta. Peserta yang berjaya menjawab soalan dan merebut peluang berjaya membawa pulang wang tunai dari RM1 sehinggalah RM50. Lebih dari RM200 juga rasanya diberikan. Antara tips menarik yang dikongsikan antaranya "Laluan Naga"

#TipsHartanah : Kata Dr Shah Razali (pelabur hartanah terulung di Malaysia) "Kalau anda ingin melabur di area Lembah Kelang, belilah hartanah di laluan Kepala (Damansara Perdana) sehingga ke Ekor Naga (Dengkil) sementara menunggu kehadiran Naga2 lain" dan apa yang dapat aku fahamkan, 'Laluan Naga' yang dimaksudkannya merupakan samaada laluan lebuhraya atau pun laluan LRT/MRT. Jadi korang rasa di manakah 'Laluan Naga' yang berikutnya? Renung-renungkanlah. - Credit Facebook AbangEnsem-



Alhamdulillah, banyak ilmu yang berjaya dipelajari semalam. Kagum, rupanya ramai kaum bumiputera yang sudah berjaya memiliki lebih dari 4+ buah rumah. InsyaAllah, plan rumah ke-3 dan ke-4 tahun depan. Akan dikongsi-kongsikan ilmu yang dipelajari tentang Mega Hartanah Bumiputera ini  nanti.

October 18, 2012

Ebook Review - Pelaburan Hartanah Tanpa Modal


Fuhh, finally, sempat juga habiskan baca Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal dari Saufi Karim. Giler gigih,107 muka surat dibaca lebih kurang dalam seminggu.  Yerlah, dah pasang niat nak miliki rumah ketiga tahun depan. Impian kena ade kan, barula lebih ke hadapan.

Inilah review dari saya, pandangan peribadi dari seorang "Banker, Part Time Blogger, pemilik 2 buah rumah dan Ex Ah Long with a license one "

#Tajuk Ebook
- Agak catchy dan menarik. Tengok tajuknya pun, terus terasa nak beli. Honestly, this ebook saya beli. RM50 dari JomNiaga. "Invest in knowledge is one of the best Investment"

# Pengenalan/Pendahuluan 
- Pandangan peribadi, agak panjang pengenalannya. 20 muka surat menceritakan tentang jenis-jenis pelaburan yang terbaik di Malaysia, Apa itu Aset, Apa itu Liabiliti, dan Objektif Utama Pelaburan Hartanah. Hik3, I blame u Abang Ensem for this (knowing about this earlier coz hadiri seminar hartanah AE)... Apapun, bagi sesiapa yang masih baru dalam bidang hartanah, this part boleh dijadikan panduan kenapa mahu terlibat dalam bidang hartanah.


#Main Point - Pengenalan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal dan Kelebihannya (PHTM)
1) Case study dan pengalaman peribadi Tuan Saufi Karim diterangkan di sini. Pengalaman pertama beli rumah tanpa modal, beli dari bapa dan mark up kan harganya. COntoh : Rumah dibeli pada harga RM90K, tapi di S&P di mark upkan ikut harga pasaran i.e. RM100K. Buat loan 90% , dapatla loan 90K. So, 100% loan kan? . Sebagai contoh, bukan value sebenar .

2) Everyone can buy home la. Yup, everyone can buy but not everyone berjaya to do it. Kisah AirAsia diselitkan di sini beserta kelebihan Pelaburan Hartanah tanpa modal. Rasanya, almost everyone 'dream' nak beli rumah tanpa modal kan? Including myself. Yerlah, both rumah pertama dan kedua, rasanya kitorang keluarkan lebih dari RM30K untuk memiliki kedua-dua rumah tersebut.

 .
#Teknik-Teknik Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
- Di bab seterusnya diceritakan teknik-teknik pelaburan hartanah tanpa modal. Some ada yang saya dah tahu, some saya baru tahu dari ebook tersebut. Ada 6 teknik yang diterangkan. Dalam 6 teknik tersebut, 3 teknik yang sesuai dan boleh eyriqazz praktikkan in future. Bling ,bling..wish me luck...

# Potential Return dari PHTM/ Kes Study PHTM Yang berjaya
- Diterangkan tentang dan case study dari Pelaburan hartanah tanpa modal. Huk3, kalau camni, tak perlu jual rumah first, bolehla praktikkan tips untuk rumah ketiga. Yup, it is not easy tapi tidak mustahil .  This part, turut diterangkan, peguam memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pelaburan hartanah tanpa modal ini. So, choose ur lawyer carefully. Jangan main serkap jarang je...

# Kenal Pasti Lokasi PHTM
- Fuhh, dalam pelaburan hartanah, apa yang penting? "Location,location ,location". 

# Bonus Part 
- Cara mengira pinjaman perumahan yang anda mampu secara kasar
- Kenal pasti lokasi yang strategik
- Tips Mudah Lulus Pinjaman Rumah
- Tips bagi yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah
- Strategi menjadi Pelabur Hartanah

- Lokasi-lokasi strategik untuk Pelaburan Hartanah. Yieza, tempat eyriqazz salah satu kawasan strategik . umm, no wonder harga melambung-lambung sekarang ni .

# Gaya Penulisan 
- Gaya bahasa yang mudah difahami dan agak jelas. Cuma, kekurangan gambar. Kalau letak gambar, mungkin lebih menarik. Just personal opinion.

# Overall Feedback
- 107 muka surat, agak panjang la juga bagi sebuah ebook. Kalau nadot, mungkin dalam masa setengah jam dah boleh habiskan, eyriqazz makan seminggu dua baru habiskan membaca. 
- Banyak tips menarik , ada yang boleh dipraktikkan, ada yang kurang sesuai dan eyriqazz tidak layak
- Possible to do it tapi tidak mudah untuk melakukannya. "No Pain, No Gain kan?

- Still perlukan modal rasanya walaupun dapat loan 100% i.e. untuk legal fees, stamp duty, valuation report etc. Some bank may absorb the cost but base on experience, tak semua akan di absorb oleh bank.Unless, can mark up the harga at around 15% dari harga yang dipersetujui dan mark up tersebut kena dengan harga pasaran.
- Not easy to find buyer yang tak perlukan at least 2% deposit sebelum Sign S&P. Unless desperate seller dan dia sanggup tunggu. Yup, tak mustahil..."Usaha tangga kejayaan"

#Value for Money
- Tepuk dada, tanya selera. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia hartanah, rasanya ini ebook yang agak sesuai. Juga, bagi yang ingin menambahkan ilmu pelaburan hartanah. "The more, the merrier" ilmu yang dipelajari, kan? Kalau tak masakan my sifu, Abang Ensem @ Jutawan Hartanah pun turut rekomenkan ebook ini....


Lebih lanjut pasal Ebook ini, boleh la singgahi --> SINI


July 2, 2012

Tips Beli Rumah dari Faizul Ridzuan

Sambungan entri Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan , bolehla praktikkan tips sambungan ini untuk beli rumah idaman anda. Samada untuk Pelaburan ataupun untuk masa hadapan. Sebelum itu :


Tahniah buat Faizul Ridzuan, Buku WTF? 23 Properties by 30 di featuredkan di Majalah Personal Money edisi July 2012

Ok, inilah sambungannya :

Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan : Part 3

Key Points 
1. Carilah Sifu yang boleh membimbing dalam Pelaburan Hartanah. Eyriqazz tambah, salah satu Sifu Eyriqazz adalah Abangensem dan juga belajar dari Ebook Hartanah sifu saya ini.
2. Fikirkan Long term. Disarankan hold rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun.

Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan : Part 4

Key Points 
1. Rancang Perbelanjaan Anda. Biar Tak Bergaya, Asal Berharta. Kenapa perlu beli kereta mahal-mahal sekiranya ianya akan membantutkan usaha dalam membeli rumah @ Pelaburan Hartanah?
Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan : Part 5 (Final part)


Key Points
1. Jangan berhenti belajar. 
2. Network itu penting. Carilah Network . "Kalau nak dapat Awek Rusia, kenalah belajar Bahasa Rusia". 
3. Jangan takut untuk bertanya walaupun mungkin soalan yang kita nak ditanya difikirkan agak bodoh. Stay Foolissh, jangan malu bertanya. 
4. Ambil Contoh dari "Kisah Steve Job". Stay Hungry ,Stay Foolish.Jangan berhenti Belajar. Belajar dan Praktikkan apa yang diajar...

P.s : Kalau tak mampu pergi Seminar Hartanah berbayar bernilai Ratusan/ribuan ringgit, Eyriqazz rekomenkan Ebook Hartanah yang cukup menarik yang dihasilkan oleh AbangEnsem untuk belajar tentang Pelaburan hartanah --> http://bit.ly/MJMYhC . Feedback Eyriqazz, Ebook ini telah banyak membantu dalam memiliki dua buah hartanah di Kuala Lumpur (Combine Nilai semasa lebih kurang RM700K) dan dalam perancangan untuk membeli Hartanah ketiga. InsyaAllah, kalau ada rezeki, tak ke mana kan?

July 1, 2012

Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan

Special thanks buat AbangEnsem, semalam sempatlah joini sesi bersama Faizul Ridzuan, berkongsi Tips Pelaburan Hartanah. Faizul Ridzuan adalah pemilik Buku WTF? 23 Properties by 30. Cukup kagum, diusia 30 tahun, sudah membeli 23 buah rumah yang jumlahnya bernilai jutaan ringgit.


Faizul Ridzuan dan AE, Pelabur Hartanah yang agak berjaya di Malaysia

Ilmu yang diperolehi, elokla dikongsi-kongsi. Sempatlah rakam video perkongsian ini. Memang memberikan kesan untuk menambah koleksi rumah peribadi. No. 3 dalam planning.

Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan : Part 1

Key Points 
1. Hadiri Seminar Hartanah dan praktikkan ilmu yang dipelajari. Most people yang pergi belajar dan hadiri seminar, tidak mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan mengharapkan "Bulan Jatuh ke Riba"
2. Practise make Perfect. Amalkan dengan konsisten ilmu yang dipelajari untuk lebih berjaya. Contoh Lionel Messi yang terus berlatih walaupun sudah cukup hebat di arena bolasepak.

Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan : Part 2

Key Points 
1. No Pain, No Gain. Luangkan masa untuk belajar ilmu hartanah dan praktikkan ia. Cam Faizul Ridzuan, dia meluangkan 2-3 jam sehari di Internet untuk belajar ilmu hartanah. Pengorbanan itu perlu.
2. Tersalah beli rumah boleh mengundang bahaya . Risiko yang amat merugikan .
3. Cuba cari cara untuk Increasekan Income. Side Income etc. Contoh mudah, kaum Cina yang sangat rajin dalam menambah pendapatan dan berusaha keras untuk lebih berjaya. Eyriqazz tambah, blogging pun boleh menjana Income yang memuaskan sekiranya kita rajin berusaha dan rajin belajar.
4. Fokus kerja fulltime kerja walaupun ada Side Income. It must go hand in hand.


P.s : Yup, Usaha tangga kejayaan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya....



October 3, 2011

Seminar Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem

Sabtu lepas, 1 October 2011 saya telah menghadiri Mini seminar Sembang Sub-Sale/Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem yang diadakan di Mindstation Sdn Bhd,Shah Alam dari pukul 8.30pagi-1 tengah hari.

A little bit about Abang Ensem dan seminar ini :

Biodata Abang Ensem : Seorang banker, pelabur hartanah yang memiliki 13 biji buah rumah mostly di Sekitar Shah Alam dari low/medium cost. Total kesemua rumahnya bernilai RM2 juta+ ( Perbetulkan saya kalau tersilap). Seorang yang humble, happy go lucky, dan kini berkongsi informasi supaya makin ramai yang berjaya di bidang hartanah sepertinya. Oh ya, pernah di Featured kan di Personal Money Magazine beberapa tahun yang lepas. 

About Mini Seminar . Seminar membincangkan antaranya :

  • Apa itu pelaburan hartanah?
  • Tips dan panduan membeli rumah subsale.
  • Tips mudah lulus pinjaman.
  • Sesi bersama Peguam AE.
Kusyuk peserta mendengar penerangan dari Abang Ensem
Intro Skit...

Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Kenapa Pelaburan Hartanah?
Nak Senang ke, Nak Kaya? Tepuk dada, tanya selera...Yess, u can have both..

Antara kes study yang dibincangkan, adalah kes Study Eyriqazz sendiri. Keputusan eyriqazz? Umm, lepas bincang-bincang ngan Isteri, we prefer Nak Senang Dulu...



Serius Panjang...Apa yang panjang tu Bro?
Hak3, korang rasa apa?
Strategi Pelaburan Hartanah

Nak Kaya, Flipping...Maksudnya, beli dan jual..Cam kes study eyriqazz, kalau eyriqazz jual rumah eyriqazz tu, boleh untung dalam RM100K . A very good return for 3 years investment.... Nak senang, Buy & Hold and dapatkan return yang konsisten.



Faktor Memilih Rumah...Location, Location, Location....
Plus, better kalau anda mahir dengan kawasan itu

Percaya tak kalau saya cakap, Mamat berkacamata di gambar di atas, sudah memiliki 6 biji buah rumah yang ditotalkan bernilai jutaan ringgit? Umm, dah ada 6 buah rumah pun datang seminar lagi ke? Inilah kata orang,ilmu itu akan sentiasa dicari especially buat yang mahu maju ke hadapan.



Site Viewing itu penting. ..Especially part terakhir tu..Jangan pandang enteng ya...

Makan-makan dan catch up time dulu...Makanan serius sedap..Beli kat mana bro?

Sesi Bersama Peguam

Tahukah anda?

1) Sebagai pembeli, anda berhak di dalam S&P untuk memanjangkan tempoh jual beli i.e. dari 3+1(bulan) ke ikut suka anda.Why? Usually rumah yang sudah ada Strata Title akan mengambil masa yang lama untuk completion of the Sale...Pengalaman peribadi, normally memakan masa 6 bulan..Ada yang sampai bertahun2 pun ada..Plus, takdelah nanti anda terkena "late charges" di atas kesilapan yang bukan daripada anda.
2) Bumi Lot hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja.
3) Pastikan rumah yang anda beli tidak dicaveatkan...Apa itu caveat? Google it..



Antara Peserta yang hadir.Ramai yang minta tunda last minute atas faktor2 yang tidak dapat dielakkan

Overall, it is really worth it..Perkongsian dari pengalaman peribadi diselitkan dengan jenaka bersahaja memang best. Cam sekejap je masa berlalu.Saya kasi rating 8.5/10. Berbaloi dengan kosnya lebih kurang RM88 untuk mini seminar ini. Ilmu yang diperolehi akan membuatkan peserta lebih mahir untuk bergiat dalam pelaburan hartanah including myself...Kalau Abang Ensem mampu memiliki 13 buah rumah sebelum cecah 40 tahun, my target untuk memiliki 5 buah rumah by umur 35 tahun. Umm, another 6 years to go for another 3 house. Wish me luckk...

Anyway, kalau anda berminat untuk menyertai Mini Seminar ini di masa hadapan, bolehla registerkan di SINI.Kalau nanti anda pergi dan Indah Khabar dari Rupa, dipersilakan untuk hentam saya nanti.

P/s : Ramai peserta yang mengaku kehensemanan Abang Ensem setelah bersua muka dengannya face to face...
Related Posts with Thumbnails