Showing posts with label hadiah menarik. Show all posts
Showing posts with label hadiah menarik. Show all posts

September 7, 2010

Saya Sudah Angkat Xpax | Anda Bila Lagi?

Sambungan entry Reload & Wow | Hadiah Bernilai RM20 Juta Untuk DiMenangi , weekend yang lepas saya mengambil keputusan untuk :
Membeli Celcom Xpax
Selamat sudah diletakkan di phone 2ndku

Starter packnya tak mahalpun,RM10 saja. Dah siap ada RM5 credit. Kata orang, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu. Dah siap reload RM20 minggu lepas untuk syarat minimum melayakkan memenangi hadiah yang cukup menarik. Takpelah, walaupun pakai postpaid, bolehla juga pakai yang ni juga once in a while. Dah kreditnya kalau masih tidak diguna, bolehla ditransferkan kepada adik bongsu saya ataupun Mak yang memang pakai prepaid.So, takdelah rugikan?

P/s : Saya sudah angkat Xpax, Anda bila lagi? Hik3, manatau ada rezeki memenangi wang tunai RM1,000 ataupun Vodafone handset.

September 4, 2010

Reload & Wow | Hadiah Bernilai RM20 Juta Untuk DiMenangi

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Reload & Wow | Hadiah Bernilai RM20 Juta Untuk DiMenangi


Wow, Berita Baik dan Gembira Buat Pengguna Xpax, UOX, SOX, Celcom Blues dan juga Celcom Success. Promosi terbaru dari Xpax yang begitu mengkagumkan dengan Hadiah bernilai RM20 Juta untuk dimenangi. Apa Yang Perlu Anda Buat bagi pengguna di atas? Mudah Saja :


Terus Aktif dan Reload sekurang-kurangnya RM20 seminggu dari 18 August Sehingga 10 Oktober 2010 dan anda berpeluang untuk memenangi :
Hadiah Bernilai RM20 Juta Untuk Dimenangi

Antara Hadiah Menarik Untuk Dimenangi dan Bakal Dimenangi Serta Tawaran Dari Promosi Ini Adalah :

RM20 Juta Untuk Dimenangi, Tunggu , Yang Menariknya :

1) Hadiah adalah 'sudah pasti' asalkan pengguna 'Reload' sekurang-kurang RM20 Seminggu bergantung kepada nasib anda

2) Antara hadiah yang menanti adalah :
- RM1,000 Wang Tunai ( 1,000 Pengguna sahaja)
- Handphone Vodafone (terhad kepada 100 Pengguna sahaja)
- Percuma 'Air Cash' RM5 (2,000 Pengguna sahaja)
- Percuma SMS ke Celcom Network ( dari 20 ke 3,000 sms, sah tempoh untuk sehari)
- Serta pelbagai hadiah menarik lagi ( Bolehla besarkan gambar ataupun Singgah di Sini : Reload & Wow Promotion )

3) Pengguna tidak akan menerima hadiah yang sama setiap minggu ( contohnya first week reload RM20, second week reload lagi RM20, pengguna akan menerima hadiah yang berbeza untuk first dan 2nd week)

4) Apa yang perlu dibuat adalah reload minimum RM20 seminggu dan nantikan hadiahnya (Tidak semestinya RM20 sekali reload, asalkan seminggu cecah RM20 sudah dikira dari Isnin hingga ke Ahad)

Oh, hadiah yang begitu mengujakan. Saya tergoda. Saya jatuh cinta. Hadiah kegemaran saya sudah pastilah RM1,000 Wang Tunai dan juga handphone Vodafone. Wang Tunai itu bolehla digunakan untuk Hari Raya yang semakin hampir, Handphone itu pula bolehla saya hadiahkan buat Ibu Tersayang sempena Birthdaynya yang bakal menyusul tak lama lagi.

Oh, saya teruja. Saya dulu adalah pengguna Xpax namun kerana tersangat berpuas hati dengan Perkhidmatan Celcom, saya upgradenya kepada Line Postpaid untuk both saya dan Isteri. Saya ada bercerita pasal Pengalaman Saya dengan Celcom di entry INI : BlackBerry® Storm™ 9520 Bagaikan Petir Memanah Jiwa 

Oh, saya mahukan Hadiah ini. Namun bagaimana ya? Saya sekarang ada dua handphone dan satu phone belum ada simcard lagi. Bila saya lihat kembali, Wahh, saya masih layak untuk memenangi hadiah ini , anda pun boleh juga jika anda bukan pengguna Xpax dan senarai di awal entry , inilah caranya :

Bukan Pengguna Xpax? Jadilah Pengguna Xpax, aktifkannya dan percuma Airtime RM5 lagi untuk 2 bulan bila reload RM30

Bukan susah pun kan? nak aktifkan Xpax, bolehla beli prepaid Card permulaan dan aktifkannya. Pelaburan yang memuaskan lebih-lebih lagi hadiah adalah dijamin. Mana tahu, kata pepatah untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Rezeki Ayam Nampak Di Kaki, Rezeki Kita Mungkin Bersama Promosi Xpax ini pula?

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Reload & Wow Promosi dan Hadiah Mempesona
Saya teruja, Alisya pun Sama
Apa tidaknya hadiah menarik belaka
Kalau Menang Cash RM1,000 Bolehla Tambahkan Duit Raya Buat Puteri Tersayang Sudah Semestinya

Lebih lanjut berkenaan Promosi Yang mengujakan Ini, boleh la refer di sini [ Click Here ]

P/s : Jom Sama-sama kejari Hadiah Menarik Ini, Hadiah Sudah Pasti, Manatau rezeki kita menjelma Nanti, Tentu Tersenyum Sampai Ke Pipi . Jangan Pula Menyesal Kemudian Hari, Bila Lihat Rakan Xpax menang hadiah menarik , kita pula kecewa kerana takut untuk mencuba peluang yang sudah ternanti dan terhidang di depan mata ini.

March 4, 2010

Aina Wedding Contest

Sejak mengenalimu, hatiku sudah bertaut.Itulah kata-kata Aus kepada Cik Aina .Itulah luahan hati dan persoalan siapakah gadis di entry Kalau Sudi Katakan Sudi,Tidak Aku ternanti-nanti terjawab. Takpe Aus, jangan merajuk hati, ramai lagi gadis cantik menanti di luar sana. Teruskan usahamu untuk memikat Si Eny, Cik Aina sudah berpunya dah bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hik3,selingan sat.Kali ini aku nak join Contest Cik Aina yang diberi nama :

Aina Wedding Contest : Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk Aina dan kenapa?

Inilah 7 hadiah yang kurasakan agak sesuai/paling ideal daripada kawan-kawan untuk Cik Aina dan mengapa?Rakan bloggers pun dikira juga kan?Ok,tanpa membuang masa, inilah hadiah-hadiah yang terfikir di fikiranku kini :

1) Buku yang bertajuk "Hadiah Untuk Pengantin"

Kenapa buku ini?Idea ini kuambil bila search Internet dan jumpalah artikel/entry dari link ini : Hadiah Buat Pengantin Baru .Inilah lebih kurang tentang buku ini yang diambil dari entry itu :

"Buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan."

Fuhh,aku pun kena carila buku ini untuk diriku juga.Teruja juga bila baca detail nya. Semoga dengan buku ini akan menjadi petunjuk dan membantu untuk rumahtangga yang lebih bahagia.
2)Buku Resipi Masakan

Oleh kerana Cik Aina tak pandai masak dan selalu saje makan luar (hik3), buku resipi ini amat bagus buat Cik Aina. Macam-macam jenis masakantu, barat, timur, nyonya ,sabah dan sebagainya.Kata orang, suami akan cair dengan masakan Isteri.Jadi Cik Aina, gunakanlah buku masakan ini sebaik-baiknya..Make sure Cik Aina pandai masak within 6 months ye (pandai-pandaije aku cakap Cik Aina tak pandai masak)


3)Microwave

Selain buku masakan, microwave pun bagus juga. Yerlah, Cik Aina kan sibuk dengan suami ditambah dengan berblogging lagi. Jadi, boleh saja tapau makanan dan panaskan balik menggunakan Microwave.Nanti eyriqazz ajarkan camne nak buat Baked Potato ye?Hik3,penting microwaveni.Menjimatkan masa dan menyenangkan kehidupan.


4)Buku Kamasutra Bergambar (Yang kartun-kartun sahaja)

Hik3,noty la eyriqazz ni. Issh,aku pun tak pernah beli buku ni.Sesuai tapi gambar-gambartu kena yang kartun sahaja dan bukan gambar betul.Dengan kehadiran buku ini akan memeriahkan aktiviti 'Bersukan' sepanjang siang dan malam. Hik3 lagi.

5)Katil yang Berkualiti/Kukuh

Sediakan payung sebelum hujan.Tergelak juga bila dengar radio iklan apa ntah.Inilah dialog si Suaminya "Aduh,patah lagi". Disebabkan Cik Aina dan tunang memang nampak aktif ketika di Gathering Paintball, hadiah ini memang sesuai untuk Cik Aina agar tidaklah mereka kesedihan andainya katil patah. Ada pengganti untuk meneruskan aktiviti 'Bersukan'.

6) LG High Definition TV

Dah penat bersukan dan bertarung, tentu nak luangkan masa menonton cerita kegemarankan?Jadi, LG HDTV ni memang sesuai. Gambar yang lebih jelas ditambah dengan sound sistem yang lebih mengujakan.Lagi mengujakan hadiahkan sekali dengan Astro B.yond subscription. Tentu nama anda akan disebut-sebut selalu.

7)Entry Khas

Dah nama pun bloggers,kenalah buat entry khas pasal perkahwinan ni.Kasi saham naik skit.For me, kalau dijemput,memang akan kubuat entry khas buat Cik Aina.Inilah hadiah yang paling kurang dapat diberikan.Hey, mata pena/mata bloggers lebih tajam dari mata pedang tau.

X lupa juga, 2 rangkap pantun buat Cik Aina yang bakal menjadi ratu sehari :

Cik Aina tahniah dariku
Perkahwinan bahagia dan mendapat restu
Di malam pertama tersipu-sipu malu
Di malam kedua, dia pula yang terjah dulu(hik3)

Cik Aina tidak sabar menanti
Bakal bergelar ratu sehari
Doaku yang terbaik sudahlah pasti
Semoga berbahagia dan dirahmati

Last but not least, pesananku buat Cik Aina dan bakal suami :
Good Luck!!Berhati-hati di atas Katil (hik3 lagi,Credit picture to http://syamsulum.blogspot.com/)

P/s : Apa tunggu lagi.Mehla sama-sama memeriahkan Contest ini. Cik Aina ni memang popular orangnya, followers pun beribu-ribu.Hadiah menarik bakal menanti.Jadi, jomla terjah dan join Contestnya sekali,gerenti puas hati.

P/s/s :Apa pula pandangan anda pasal Cik Aina? Kesian si Aus, sedih lagi.Takpe Aus, jodohmu bakal menanti.Teruskan usaha memikat si Eny.
Related Posts with Thumbnails