Showing posts with label majlis kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label majlis kenduri kahwin. Show all posts

March 19, 2010

Kenduri Kahwin Adik Yang Serba Oren

Salam dari kampung. Sekitar gambar majlis kenduri kahwin adik dan persiapan pada 13/3/2010 :

Bertemakan Oren
Pengantin Baru disambut Gembira
Akupun Sibuk juga
Adik dan Adik Iparku
Atuk ku antara orang paling Sibuk
P. Ramlee tengah mencari 6 orang ini (Serba Oren juga)
Bergambar sebelum Pengantin Lelaki tiba (sebelah pagi)
Inilah Lelaki Gentleman namanya
Bergambar bersama Pengasuhku semasa kecil

Sedikit apa yang sempat berbual dengan Pengasuhku. Pengasuhku kata aku ni nakal semasa kecil dan Alisya comel macam mamanya.Ishh,papanya tak comel ke? Tersipu-sipu malu aku dibuatnya bila pengasuhku berkata di depan Isteri.

Adik Perempuan dan Adik Lelakiku (Abangnya lagi hensemkan?)
Mak bersama Mak Angkat adikku
Papa dan Alisya
Pok Mat sibuk dengan lauk pauk
Pengantin Muda bersama keluarga pengantin lelaki
Makan beradat
Alisya bersama bapa mertua,kakak ipar, isteri, upin dan ipinku

2 rangkap pantun buat raja/ratu sehari :

Pengantin baru tersipu malu
Hari bahagia ditunggu-tunggu
Teringat aku kenangan dulu
Bergelar raja sehari gembiranya aku

Pengantin melayu serba oren susah dilihati
Kelainan dari adikku sudahlah pasti
Onak dan duri sama dilalui
Semoga berbahagia sehingga mati

P/s : Amcam, cantik tak baju pengantin tema oren?

P/s/s : Siapa mahu kahwin? Jangan lupa jemput eden.
Related Posts with Thumbnails