Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

November 16, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju

Pengalaman pertama mencuba Burger Kaw Kaw Wangsa Maju bulan Jun 2012 yang lepas. Time ni memang burger bakar ni tengah hot selepas keluar Jalan-Jalan Cari Makan dan mendapat publisiti meluas dari media massa dan juga bloggers.

Inilah pengalaman saya untuk dikongsi bersama :

Burger Bakar Beef Single, Cheezy Baconizer , RM13 satu set
1st Burger Bakar in Malaysia. Kaw ke?
Harga burger Bakar Kaw Kaw. Order, rileks, n tunggu ianya sampai
Alamat : Jalan 4A/27A, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53100 Kuala Lumpur
Official Website : http://burgerbakar.com
Boleh tahan juga ramai yang beratur time ni
Boleh tahan cara masakannya
Amcam, nampak menggiurkan tak?
Sosej nya pun sedap. Favourite Alisya
Jemput makan, jangan malu-malu
Amboi-amboi, bukan main lagi my lovely Wife & Princess
Yummy, Sedap. Met my expectation
Habis Licin
Bukan main suka lagi Alisya

Overall, testimoni saya, burger bakar kaw kaw wangsa maju ni sedap juga.Satu kelainan dan rasanya pun lain dari yang lain. Cara masakannya pun agak unik. Cuma, sedikit cadangan dari eyriqazz :

1) Signature Drink tu mungkin boleh dipelbagaikan. Mojitos tu tak berapa sedap dan kenala makan dengan burger bakar. Saya lebih prefer minuman tu Teh Ais ke, Milo Ais ke, Milo Dinosaur, etc.
2) Kadar kebersihan. Yerlah, sebelah longkang dan tepi jalan. Pernah terserempak tikus besar di sebalik longkang tersebut. 
3) Special harga untuk regular customer. Barula rasa nak singgah selalu
4) Roti tu rapuh sangat. Makan sekejap, dan berderai-derai.


Selepas heboh burger bakar ni, rasanya sepanjang bulan June-Nov 2012, burger bakal yang lain muncul bagaikan cendawan selepas hujan.Berlambak-lambak dan bersepah-sepah. So, bila dah banyak camni, keunikan asal bagaikan hilang dan aura "wow" faktor nya makin berkurang. Last time terjah bulan lepas, Queuenya pun sudah tidak sepanjang masa terjah bulan June 2012.

Overall, we have fun and enjoy the Food
Overall Rating = 8/10, InsyaAllah, next time singgah lagi

May 29, 2012

Mee Bandung Muar Jalan Masjid India

Semasa jadi "Bujang Sementara" sempatla Sahabat Single dan Available bawa saya dinner pekena Mee Bandung Muar di Jalan Masjid India. 

Fuhh, tengok Mee Bandungnya pun sudah cukup menggiurkan. Tuh belum makan lagi
One of the best Mee Bandung Muar i ever taste
Senyum,senyum. Model Mee Bandung tak sabar menjamu selera
Jemput Makan. Jangan Malu-malu
Bro, Sambil makan, sambil usha awek best juga kan?
Yang ni aku punya..Ko jangan nak paww aku punya pula
Sambil pekena Air Buah Mangga dan belimbing. Memang terangkatt
Kalau singgah di Masjid India, tryla cuba...Gerenti puas hati
Harga pun berpatutan...Total makan 2 orang tak sampai RM20
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts