Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts

August 5, 2012

Restoran Johnny's Menjadi Pilihan Ramai Berbuka Puasa

Plan asal semalam, memang nak berbuka puasa di Restoran Johnny's AEON Wangsa Maju, punyalah excited terjahi around 4pm. Sampai-sampai je, sorry ,dah fully booked. Umm, memang menjadi pilihan ramai restoran ini yang menyediakan menu ala-ala steamboat. Rasanya pun sedap dan salah satu restoran kegemaran Isteri.

Around 8pm semalam, saya dah habis berbuka puasa di di The CRS pun masih ramai yang beratur nak makan di sini...

P.s : Khabarnya, Presiden Kelab Fatin Liyana nak belanja berbuka puasa kat sini minggu depan. Haa,kalau nak join cepat-cepat pergi bodek Mr. Presiden. Rasanya Fatin Liyana pun bakal dijemput sama...Hik3...

July 30, 2012

Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop, AEON Wangsa Maju

Weekend lepas, sempatlah berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop, AEON Wangsa Maju. Restoran yang sentiasa menjadi pilihan kami setiap tahun untuk berbuka puasa setiap tahun. 


Nasi Ayam. Campurkan lada + bawang putih, memang terangkat
Ayam. Bahagian dada utk saya, peha untuk Isteri

Rasanya bean sprout Chicken rice shop antara yang terbaik cara ianya dihidangkan dan rasanya

Minta extra kicap. Baru kaww
Pai Tee , kegemaran Isteri

Kerabu mangga. Boleh tahan juga

Pencuci Mulut. Sejuk-sejuk gitu

Air soya dan Pepsi untuk 3 orang

Jom berbuka puasa

Aiseh, kepenatan agaknya

Papa, Alisya nak juga

Full house

Total, RM52.14 selepas tax utk tiga orang. Umm, makan pun kena tax kan?

Overall, menepati citarasa kami. Chicken Rice shop antara pilihan terbaik bagi kami untuk pekena Nasi Ayam. Indah khabar, Indah rupa.

July 28, 2012

Buffet Ramadhan Makanan Melayu Tradisional di The Apartment

2 hari lepas, sempatla berbuka Puasa di The Apartment, The Curve. Menu berbuka puasa makanan melayu tradisional yang bertemakan "An Oasis of Delights" yang akan berlangsung sehingga 16 Ogos 2012. 

Nasi Putih, Nasi Hujan Panas
Rendang Tok
Rendang Daging. Nampak menyelerakan
Sayur-sayuran
Nampak Yummy
Ala-ala kebab
Spageti. Nampak mendapat sambutan menarik dari pengunjung
Buah-buahan n desert
Suka tengok warnanya yang berwarna-warni
Yang ni desert paling saya suka. Apa namanya ya? Serius sedap
Rambang mata
Kuih muih tradiosional
Bubur kacang
Daging Panggang. Aiseh, melepas, tak sempat nak try
Cuba air soya dan sirap selasih. Sedap
Mee Bandung

"An Oasis of Delights, menyediakan menu bufet yang berbeza setiap minggu dengan pelbagai pilihan masakan melayu antaranya kerabu soo hoon, kerabu sotong, ulam-ulaman, gado-gado, rendang tok, ikan masak tempoyak, dan pelbagai lain. Tepuk dada,tanya selera.

The Apartment memberikan pengalaman berbeza dengan konsep santap pangsapuri moden dan pelanggan boleh memilih untuk bersantap di bahagian "ruang tamu, bilik tidur, ruang mandi, atau ruang perpustakaan". Umm,satu keunikan yang berbeza.


For us, ruangan luar. Lebih selesa dan santai. Angin bertiup sepoi-sepoi
Manager Kak Ina KL masih keliru untuk memilih
Inginkan kelainan, spageti menjadi pilihan saya. Saya suka, kena dengan citarasa
Berselera isteri dan rakan-rakan bloggers menjamu selera.
Check out entri dari Kak Ina KL , Kak Ida Koleksi 1001 Resepi dan MummyCute
Terliur pula tengok Cucur Ikan Bilis. Terus angkat
Menjamu selera sambil borak-borak, memang layan juga kan?
Harga Buffet : Dewasa - RM69.90++
Kanak-kanak - RM26.90++
Untuk tempahan : 
The Apartment The Curve : 03-77278330
The Apartment KLCC : 03-21662257

Once again, terimakasih buat pihak The Apartment dan RAPR Mileage Communications Sdn Bhd kerana menjemput kami sekeluarga berbuka puasa. Kenyang perut puas hati. Most of the makanan yang disediakan kena dengan citarasa kami.

Buffet Ramadhan Makanan Melayu Tradisional di The Apartment kami singgahi
Berbuka puasa senang hati
Pelbagai pilihan santapan di sini
Tepuk dada, tanya selera pelbagai pilihan menanti

July 22, 2012

Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam

Semalam, sempat bawa Isteri ke Gedung Telekung Ekslusif lagi yang terletak di Seksyen 7,Shah Alam. As dah sampai dah agak petang, plan terus berbuka puasa area situ terus. Plan asal nak berbuka di Restoran Ayam Penyet Wong Solo, apakan daya tutup pula. Tak banyak kedai makan dibuka semalam, jadi Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam.


Siakap Bakar, Size kecil, RM40

Pandangan peribadi, rasanya biasa-biasa saja tapi harganya agak mahal bagi Ikan Siakap Siakap bakar bersaiz kecil .Normally range harge Ikan Siakap Bakar hanyalah dalam lingkungan RM25-RM35. 


Ayam Bakar Bubu, RM8

Ini special di Restoran Ikan Bakar Bubu katanya. Kuahnya sedap tapi ayamnya bagi eyriqazz tetap biasa juga. 


Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak, RM4.50
Sotong Celup Tepung,RM22

Isteri cakap sedap. Tapi eyriqazz tetap tak puas hati. Masa tempah dah tanya berapa 100g? Dia cakap 100g RM5.20. Eyriqazz cakap nakla 200 gram, tapi bila tengok bil, umm, kena ketukla pula. Malas nak gaduh-gaduh bulan puasa, berlalu pergi dengan muka hampa. 
Air Tembikai RM3.50, Sirap Selasih RM2

Airnya sedap. Yup, kalau sedap, kata sedap. Kalau tidak memang akan dikata juga. 
Jermput Makan

Biasanya kalau lauk sebegini time dinner, memang habis licin kami makan. Tapi semalam walaupun lapar, Sotong Celup tepung dan separuh ayam bubu ditapau bawa balik. Dah cukup kenyang dengan most makanan yang rasanya bagi kami biasa-biasa saja.

Umm, no wonder tak penuh orang berbuka puasa di sini semalam.
Datang pukul 7 lebih pun, masih ada tempat
Total harga, RM89.50
Serius, rasa macam kena "ketuk" di Hari Pertama Berpuasa
Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam.Mungkin ini kali terakhir saya singgah

September 7, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku

Bulan lepas, 25 August 2011 saya dan keluarga telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku. Lokasinya yang tidak jauh dari rumah eyriqazz :

Rumah Amal Permata Hatiku
No. 413, Lorong Haji Idris, Batu 4 1/2,
Jalan Gombak ,53000 Kuala Lumpur
Official Website : http://www.raudhatulikhwani.org.my/?page_id=51

Rumah Amal ini menempatkan anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik. Sempat saya bertanya kepada beberapa orang anak-anak di sini, ada yang ibu bapa kerja kilang, dan gaji/pendapatan di paras kemiskinan. 
Anak-anak Sabar menanti waktu berbuka puasa
Terpancar keriangan di anak-anak ini waktu berbuka puasa

Juadah Berbuka Puasa hari itu telah disponsor Oleh Mamee Double Decker Group . Mamee turut sponsorkan barangan Mamee untuk anak-anak i.e. Mamee Monster(kegemaran Alisya), Corntoz dan pelbagai lagi.



Seronok melihat wajah gembira anak-anak ini

Memang suatu kelainan bila berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik ini. Yup,sayapun dari keluarga yang susah dan saya rasa saya boleh faham perasaan mereka bila dijamu berbuka puasa dengan makanan yang enak-enak yang bukan menjadi hidangan mereka setiap hari.


Alisya pun bukan main gembira berjumpa dengan kakak-kakak di Rumah Permata Hatiku ini

Pelbagai Juadah disediakan, diservekan sendiri oleh Staff Mamee. Juadahnya memang sedap especially Mee Goreng dan Nasi berlauknya
Kaum Wanita makan di dalam rumah, Alisya dan Isteri join sekali

Special appearance di malam itu, kemunculan :



Maskot Mamee Monster. Meriah
Bergambar bersama

Selain sponsorkan berbuka puasa, Mamee turut :



Duit raya+Goody Bag turut diberikan kepada setiap anak-anak di Rumah Amal Permata hatiku ini
Terpancar kegembiraan di wajah mereka
Alisya pun turut dapat duit raya dan Goody Bag dari Mamee. Thanks Mamee

Produk Mamee memang ada Sijil Halal. Bolehla terjahi Laman Web Jakim dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD” atau “Kilang Makanan Mamee”. Daripada situ bolehla tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Tiada lagi keraguan tentang status halalnya kerana ianya telah diiktiraf oleh institusi yang diyakini.

Eyriqazz Sekeluarga bersama Maskot Mamee Monster

Bergambar kenangan ramai-ramai

Bergambar bersama Staff Mamee


Once again ,terimakasih Mamee. Satu inisiatif yang bagus sempena Bulan Ramadhan yang mulia . Corporate Social Responsibility tidak dilupakan. Tidak kiralah apapun agama, bangsa, dan usia, sikap tolong menolong sesama kita patut diterapkan.


Memang tersentuh hati saya especially bila bercakap dengan anak-anak di sini. Yup, Rumah Amal Permata Hatiku ini bernafas dengan sumbangan dari pihak luar. Tanpa sumbangan, semakin sukarlah anak-anak ini meneruskan perjalanan hidup mereka. Penerapan pembelajaran bukan sahaja dari sudut materialnya sahaja tetapi yang penting terbela dari sudut pendidikan agama dan insaniahnya. 

" Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa " - Credit Here -

Jadi, sama-samalah kita membantu dan menghulurkan sumbangan. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan sama kepada Rumah Amal Hatiku, sumbangan bolehla dibuat melalui :


Akaun Maybank : PENGURUSAN PERMATA HATIKU ( 564221623120)

"Sharing Is Caring, Percayalah, Sumbangan Ikhlas Anda, InsyaAllah, lebih murah rezeki anda di masa hadapan "

Related Posts with Thumbnails