Showing posts with label berbuka puasa dengan charity home. Show all posts
Showing posts with label berbuka puasa dengan charity home. Show all posts

September 7, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku

Bulan lepas, 25 August 2011 saya dan keluarga telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku. Lokasinya yang tidak jauh dari rumah eyriqazz :

Rumah Amal Permata Hatiku
No. 413, Lorong Haji Idris, Batu 4 1/2,
Jalan Gombak ,53000 Kuala Lumpur
Official Website : http://www.raudhatulikhwani.org.my/?page_id=51

Rumah Amal ini menempatkan anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik. Sempat saya bertanya kepada beberapa orang anak-anak di sini, ada yang ibu bapa kerja kilang, dan gaji/pendapatan di paras kemiskinan. 
Anak-anak Sabar menanti waktu berbuka puasa
Terpancar keriangan di anak-anak ini waktu berbuka puasa

Juadah Berbuka Puasa hari itu telah disponsor Oleh Mamee Double Decker Group . Mamee turut sponsorkan barangan Mamee untuk anak-anak i.e. Mamee Monster(kegemaran Alisya), Corntoz dan pelbagai lagi.



Seronok melihat wajah gembira anak-anak ini

Memang suatu kelainan bila berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik ini. Yup,sayapun dari keluarga yang susah dan saya rasa saya boleh faham perasaan mereka bila dijamu berbuka puasa dengan makanan yang enak-enak yang bukan menjadi hidangan mereka setiap hari.


Alisya pun bukan main gembira berjumpa dengan kakak-kakak di Rumah Permata Hatiku ini

Pelbagai Juadah disediakan, diservekan sendiri oleh Staff Mamee. Juadahnya memang sedap especially Mee Goreng dan Nasi berlauknya
Kaum Wanita makan di dalam rumah, Alisya dan Isteri join sekali

Special appearance di malam itu, kemunculan :



Maskot Mamee Monster. Meriah
Bergambar bersama

Selain sponsorkan berbuka puasa, Mamee turut :



Duit raya+Goody Bag turut diberikan kepada setiap anak-anak di Rumah Amal Permata hatiku ini
Terpancar kegembiraan di wajah mereka
Alisya pun turut dapat duit raya dan Goody Bag dari Mamee. Thanks Mamee

Produk Mamee memang ada Sijil Halal. Bolehla terjahi Laman Web Jakim dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD” atau Kilang Makanan Mamee. Daripada situ bolehla tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Tiada lagi keraguan tentang status halalnya kerana ianya telah diiktiraf oleh institusi yang diyakini.

Eyriqazz Sekeluarga bersama Maskot Mamee Monster

Bergambar kenangan ramai-ramai

Bergambar bersama Staff Mamee


Once again ,terimakasih Mamee. Satu inisiatif yang bagus sempena Bulan Ramadhan yang mulia . Corporate Social Responsibility tidak dilupakan. Tidak kiralah apapun agama, bangsa, dan usia, sikap tolong menolong sesama kita patut diterapkan.


Memang tersentuh hati saya especially bila bercakap dengan anak-anak di sini. Yup, Rumah Amal Permata Hatiku ini bernafas dengan sumbangan dari pihak luar. Tanpa sumbangan, semakin sukarlah anak-anak ini meneruskan perjalanan hidup mereka. Penerapan pembelajaran bukan sahaja dari sudut materialnya sahaja tetapi yang penting terbela dari sudut pendidikan agama dan insaniahnya. 

" Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa " - Credit Here -

Jadi, sama-samalah kita membantu dan menghulurkan sumbangan. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan sama kepada Rumah Amal Hatiku, sumbangan bolehla dibuat melalui :


Akaun Maybank : PENGURUSAN PERMATA HATIKU ( 564221623120)

"Sharing Is Caring, Percayalah, Sumbangan Ikhlas Anda, InsyaAllah, lebih murah rezeki anda di masa hadapan "

August 23, 2011

Jemputan Berbuka Puasa Bersama Mamee & Charity Home



Renyuk,Goncang, Makan. Mamee.... Snek ringan dari Mamee memang antara kegemaran saya sejak dari kecil lagi. Ingat lagi kalau tak silap dulu kecil-kecil satu pekni kalau beli kat kedai runcit harganya RM0.20 . Sekarang ni, Alisya dah berumur 2 tahun, dia pula yang menggemari Pek Mamee Monster ini. Hik3, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Sebut pasal Mamee, salah satu produk Mamee kegemaran saya adalah :

Mamee Sllrrrp Kari Berapi

Fuhh, memang terangkat dan sedap. Makanan pedas memang kegemaran eyriqazz. Rasanya yang pedas dan kaww memang menyelerakan dan menjadi pilihan eyriqazz. Yummylicious...Try it and experience it yourself.

Mamee Sllrrrp Kari Berapi nama diberi
Kegemaran eyriqazz sudahla pasti
Rasanya lazat dan Sllrrrp sudah semesti
Cuba sekali pasti nak lagi

* Mamee Double Decker Group turut menawarkan makanan ringan serta minuman seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

Apapun, kadang-kadang dalam memilih pemakanan untuk anak-anak especially makanan ringannya, tertanya-tanya akan status halalnya. Di Peknya, nampak ada Logo Halal. Setahu saya, brand Mamee ini sudah wujud sejak saya belum lahir lagi (sudah 40 tahun dan produknya memang diiktiraf halal ). Tapi, betulke halal? Umm, Jom kita Semak :



Brand Mamee diregisterkan under Syarikat Pacific Food Products Sdn Bhd. Taip dan Cari..



Jumpa pun. Jom Klik Icon di bawah syarikat itu

Senarai lebih dari 30+ Produk Mamee yang mendapat Sijil Halal, termasuklah Mamee Monster kegemaran saya/Alisya dan Mamee Sllrrrp Kari Berapi

Lega hati ini. Yerlah, sekarang ni banyak produk yang diragui status halalnya. Makanan inilah yang akan menjadi darah daging diri dan anak-anak dan Status yang Halal amatlah penting .



Jom Snek Time lepas berbuka nanti bersama Mamee . Nyam2...

Sempena dengan Bulan Puasa dan Raya tak lama lagi, terimakasih diucapkan buat Mamee Double Decker Group kerana telah menjemput saya Berbuka Puasa bersama Charity Home pilihan saya. Majlis Berbuka Puasa dan goodies Bag untuk Charity Home pilihan saya itu turut  akan disponsor oleh Mamee Double Decker Group.

Tersentuh hati saya bila menerima jemputan dari Mamee Double Decker Group ini. Yerlah, sekarang ni boleh dikatakan banyak syarikat hanya pentingkan keuntungan dan terlupa untuk "Give Back to the Society". Tahniah diucapkan buat Mamee Double Decker yang tidak lupa untuk meraikan sama dengan mereka yang kurang bernasib baik.Dan juga terimakasih kerana menjemput saya untuk turut serta merasai sendiri pengalaman bertemu mereka yang kurang bernasib baik dan Berbuka Puasa bersama .

 InsyaAllah, sudah pasti akan saya bawa Isteri dan Alisya sekali. Kata pepatah, melentur buluh biarla dari rebungnya kan? Saya mahu tanamkan sikap tolong menolong ke atas mereka yang memerlukan ke atas diri Alisya sejak dia kecil lagi ini.

Charity Home yang menjadi pilihan saya untuk berbuka puasa :


Rumah Amal Permata Hatiku
No. 413, Lorong Haji Idris, Batu 4 1/2,
Jalan Gombak ,53000 Kuala Lumpur
Masa : 25 August 2011, 7 malam
InsyaAllah, dapatlah saya Berbuka Puasa bersama mereka dan Mamee Double Decker Group . Tak sabar pula rasanya, honestly, ini pengalaman pertama saya bakal berbuka Puasa dengan Charity Home pilihan saya.

Once again, terimakasih buat Mamee Double Decker Group atas peluang yang diberikan. Corporate Social Responsibility tetap tidak dilupakan dan patut dijadikan contoh buat syarikat-syarikat di luar sana. Konsep Hidupkan untuk Memberi patut dicontohi dan diikuti lebih-lebih lagi di bulan yang Mulia ini. 

Last but not least :

Mamee Double Decker Group nama diberi
Pelbagai pilihan,rasanya enak dan terimakasih jutaan kali
Jemputan berbuka Puasa bersama Charity Home saya terima dengan berbesar hati
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahi

Corporate Social Responsibility  patut dicontohi
Di Bulan Ramadhan, Bulan yang Mulia ini
Nampak simple, tapi Besar maknanya bagi Charity Home ini
Sudah pasti, mereka gembira dan berbesar hati berbuka Puasa bersama nanti
Related Posts with Thumbnails