Bulan lepas, 25 August 2011 saya dan keluarga telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku. Lokasinya yang tidak jauh dari rumah eyriqazz :
Rumah Amal Permata Hatiku
No. 413, Lorong Haji Idris, Batu 4 1/2,
Jalan Gombak ,53000 Kuala Lumpur
Official Website : http://www.raudhatulikhwani.org.my/?page_id=51Rumah Amal ini menempatkan anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik. Sempat saya bertanya kepada beberapa orang anak-anak di sini, ada yang ibu bapa kerja kilang, dan gaji/pendapatan di paras kemiskinan.
Anak-anak Sabar menanti waktu berbuka puasa
Terpancar keriangan di anak-anak ini waktu berbuka puasa
Juadah Berbuka Puasa hari itu telah disponsor Oleh Mamee Double Decker Group . Mamee turut sponsorkan barangan Mamee untuk anak-anak i.e. Mamee Monster(kegemaran Alisya), Corntoz dan pelbagai lagi.
Memang suatu kelainan bila berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik ini. Yup,sayapun dari keluarga yang susah dan saya rasa saya boleh faham perasaan mereka bila dijamu berbuka puasa dengan makanan yang enak-enak yang bukan menjadi hidangan mereka setiap hari.
Alisya pun bukan main gembira berjumpa dengan kakak-kakak di Rumah Permata Hatiku ini
Pelbagai Juadah disediakan, diservekan sendiri oleh Staff Mamee. Juadahnya memang sedap especially Mee Goreng dan Nasi berlauknya
Kaum Wanita makan di dalam rumah, Alisya dan Isteri join sekali
Special appearance di malam itu, kemunculan :
Maskot Mamee Monster. Meriah
Bergambar bersama
Selain sponsorkan berbuka puasa, Mamee turut :
Terpancar kegembiraan di wajah mereka
Alisya pun turut dapat duit raya dan Goody Bag dari Mamee. Thanks Mamee
Produk Mamee memang ada Sijil Halal. Bolehla terjahi Laman Web Jakim dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD” atau “Kilang Makanan Mamee”. Daripada situ bolehla tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Tiada lagi keraguan tentang status halalnya kerana ianya telah diiktiraf oleh institusi yang diyakini.
Eyriqazz Sekeluarga bersama Maskot Mamee Monster
Once again ,terimakasih Mamee. Satu inisiatif yang bagus sempena Bulan Ramadhan yang mulia . Corporate Social Responsibility tidak dilupakan. Tidak kiralah apapun agama, bangsa, dan usia, sikap tolong menolong sesama kita patut diterapkan.
Memang tersentuh hati saya especially bila bercakap dengan anak-anak di sini. Yup, Rumah Amal Permata Hatiku ini bernafas dengan sumbangan dari pihak luar. Tanpa sumbangan, semakin sukarlah anak-anak ini meneruskan perjalanan hidup mereka. Penerapan pembelajaran bukan sahaja dari sudut materialnya sahaja tetapi yang penting terbela dari sudut pendidikan agama dan insaniahnya.
" Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa " - Credit Here -
Jadi, sama-samalah kita membantu dan menghulurkan sumbangan. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan sama kepada Rumah Amal Hatiku, sumbangan bolehla dibuat melalui :
Akaun Maybank : PENGURUSAN PERMATA HATIKU ( 564221623120)
"Sharing Is Caring, Percayalah, Sumbangan Ikhlas Anda, InsyaAllah, lebih murah rezeki anda di masa hadapan "
Syukur.. Satu inisiatif yang perlu dicontohi.. Sama2 kita panjangkan amal jariah ini.
ReplyDeletebagusla ada mjlis macam ni..
ReplyDeletedapat kita mengingati ada org yg lbh susah dari kite..
sesekali berjumpa anak yatim bagus juga, dapat pahala bila buat baik... kerana dalam harta kita ada bahagian untuk mereka...
ReplyDeletemeriahnya raya :)
ReplyDeleteSelamat malam semua
http://batulesung.blogspot.com/2011/09/terujanya.html
en. mammee sungguh baik hati lah..
ReplyDeletewah besh nye..
ReplyDeleteado jgk zr beli set mamee ni kt stesen minyak kt melaka...
@KiD :yup..satu amalan yang patut dicontohi dan diamalkan...
ReplyDelete@CIK PARO!:betultu..hari ini hari mereka,mungkin suatu hari nanti hari kita...
ReplyDelete@yangbaik :setuju
ReplyDelete@CT:bukan raya..time ni berbuka puasa
ReplyDelete@fazilzura:oh ada jual ekks satu set camni?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Ini satu perkara yang baik.. Tapi harap dapat diteruskan bukan sahaja dibuat di bulan puasa tetapi di bulan2 lain juga.. Tak kira lah sama ada mereka yang bersedekah itu individu atau suatu organisasi
ReplyDeleteBila kita tengok kesusahan anak yatim akan buatkan kita rasa insaf..
ReplyDeleteMereka serba kekurangan..
seronoknya bila nampak muka diorang gembira
ReplyDelete