Showing posts with label juadah berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label juadah berbuka puasa. Show all posts

August 8, 2012

Berbuka Puasa di Restoran Wong Solo : Penangan Jus Poligami

Weekend lepas, berbuka Puasa di Restoran Wong Solo lagi. Kali kedua tahun ini. Alang-alang temankan Isteri shopping Tudung D'Haja dan beberapa tudung pilihannya sempena raya yang bakal menjelma nanti. Inilah juadah berbuka puasa kali ini :

My favourite : Ayam Penyet,Complete satu Set
Ikan Keli Penyet. Rangup
Tambah buah-buahan la pula kali ini. Menyegarkan
Dapat juga pekena Jus Poligami. Tertunailah hasrat di hati. Sangat sedap
Penangan Jus Poligami. Isteri dah mula menjeling.
"Papa berani ke? " Hik3, mungkin itu yang cuba diperkatakan
Jemput makan. Jangan malu-malu
Sentiasa penuh. This time booking pukul 4 petang pun almost dpt seat kat luar
Muka tak puas hati Suami order Jus Poligami
Nadot kata, nanti nak orderkan untuk suaminya sekali.
Abang Ensem pula, terus nak terjah nak order Jus ini saja
Total , RM53.40. Puas hati,gembira hati

Penangan Jus Poligami Isteri menjeling tak henti-henti
Rasanya sedap enak sekali
Agak-agak beranikah golongan Isteri mencuba menu ini?

July 30, 2012

Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop, AEON Wangsa Maju

Weekend lepas, sempatlah berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop, AEON Wangsa Maju. Restoran yang sentiasa menjadi pilihan kami setiap tahun untuk berbuka puasa setiap tahun. 


Nasi Ayam. Campurkan lada + bawang putih, memang terangkat
Ayam. Bahagian dada utk saya, peha untuk Isteri

Rasanya bean sprout Chicken rice shop antara yang terbaik cara ianya dihidangkan dan rasanya

Minta extra kicap. Baru kaww
Pai Tee , kegemaran Isteri

Kerabu mangga. Boleh tahan juga

Pencuci Mulut. Sejuk-sejuk gitu

Air soya dan Pepsi untuk 3 orang

Jom berbuka puasa

Aiseh, kepenatan agaknya

Papa, Alisya nak juga

Full house

Total, RM52.14 selepas tax utk tiga orang. Umm, makan pun kena tax kan?

Overall, menepati citarasa kami. Chicken Rice shop antara pilihan terbaik bagi kami untuk pekena Nasi Ayam. Indah khabar, Indah rupa.

September 1, 2011

Juadah Berbuka Puasa Terakhir 2011

Juadah Berbuka Puasa Terakhir 2011, masakan ibuku dan juga Bazaar Ramdhan Marang :


Keropok Lekor, Kuih Muih...Sedap

Mee Rebus Terengganu masakan ibuku..Sudah semestinya terbaikk

Jemput Makan....

P/s : Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin..Jangan lupa, raya ke 10 nanti ada rumah terbuka di Rumah Je Jai...Artis jemputan yang bakal hadir antaranya Fasha Sandha, Hattan dan Kumpulan Sepah....

August 10, 2011

Berbuka Puasa Percuma bersama Kenny Rogers

Teringin Berbuka Puasa Percuma bersama Kenny Rogers?

Tahniah buat Kenny Rogers kerana take positively komen dari saya seperti entry sebelum ini --> Berbuka Puasa di Kenny Rogers . Main course sampai lewat almost setengah jam dari waktu berbuka puasa. Saya tinggalkan feedback di official websitenya : Feedback to Kenny Rogers

Dipendekkan cerita, Branch Manager Kenny Rogers Jusco AU2 , Suraya telefon saya beberapa hari yang lepas. Katanya hari itu dia tidak bekerja dan memohon maaf atas apa yang berlaku hari itu. Yup, memang standard diorang, kelewatan sebegitu bukan polisi mereka. So, sebagai tanda maaf/appreaciate my feedback, dia tawarkan berbuka Puasa Percuma buat kami sekeluarga. Just kasitau tarikhnya.

Bolehla order 1/4 Quarter Chicken + 3 Side dishes

Haa, camnilah yang pengguna mahukan. Feedback dipandang positif,improve on it and make customer happy. Barula rasa lepas ni mahu menerjah lagi dengan muka yang lebih berseri-seri.

Tahniah diucapkan buat Kenny Rogers especially Suraya, Manager di sana kerana mengambil tindakan yang bijak. Win-win situation for both Customer & Restoran.

Well, tak salah kasi feedback asalkan feedback yang kita berikan itu adalah benar. Constructive feedback adalah penting untuk improvement for both customer & restaurant,tak gitu?

August 9, 2011

Juadah Berbuka Puasa dari Bazaar Ramadhan Danau Kota

Juadah Berbuka Puasa dari Bazaar Ramadhan Danau Kota semalam, mudah dan cepat bagi both yang bekerja macam kami dan tak sempat nak masak.

Laksa Kelantan Kuah Masak Lemak
Yummy, memang sedap

Sudah a few Bazaar Ramadhan yang saja terjahi, first time jumpa Laksa Kelantan Masak lemak ni. Memang sedap dan puas hati. Next time bolehla terjahi lagi .For wifey n adik ipar, saya belikan nasi kerabu, okla kata mereka.
Ayam Kebab. RM5 .Sedap juga. Abang-abang "Macho" yang berniaga
Murtabak ayam. RM3. Of course untuk Alisya. Kegemarannya
Kuih Muih. Bolehla...Tak sesedap kuih muih di Bazaar Ramadhan di Terengganu or Kelantan
Kuih Cara. Umm, Indah rupa dari rasa...Nyesal beli...Huk3...

P/s : Hari ini nak terjahi Bazaar Ramadhan mana pula? Any suggestion?

August 6, 2011

Berbuka Puasa di Kenny Rogers

Dua hari lepas, sempatlah bawa family Berbuka Puasa di Kenny Rogers. Isteri dan Mak mertua teringin nak makan di sini. So, pagi tu, isteri bookingkan tempat dan petangnya kami terjahi Kenny Rogers di Jusco AU2 :



Kenny Rogers Roasters, Jusco AU2. Sampai sini dan order lebih kurang pukul 7.10 malam

Isteriku yang Comel dan Jelita Selalu

Kami Order 1/4 Quarter Chicken + 3 Side dishes setiap seorang

Nyam,nyam, sedap dan juga mahal. Hik3,satu set ni dalam RM16+ rasanya tak termasuk tax dan service charge. Ohh, lepas ni bila introduction of GST tax, nampak gaya, kena masak di rumah selalu la hendaknya.


Soft drink boleh refill, Umm, kenapa Ice Lemon Tea tak boleh refill?
Well,well, that's the Power Of Coke, etc...Mesti dah sign contract etc ni...

Banana dan Vanilla pilihan kami
Desert : My Choice
Pilihan Isteri

Desert . Umm, Oklah rasanya. Secret Recipe or di Kedai Kek taste better . Total habis RM140+ untuk 5 orang makan + desert+ air . Takpelah, untuk orang tersayang, apa salahnya kan?

The only part yang kurang puas hati
Berbuka Puasa pukul 729 malam, makanan sampai lebih kurang pukul 8 malam.
Umm, did i deserve a service charge rebate? Or at least say Sorry??
Nah , the reason diberi ayam tengah masak....Ummm,WTAyammm?

Apapun, overall experience still best. Biasalah, bulan puasa ni kan? Pekerja pun penat juga.Pengunjung pun ramai juga. So, give and take laa kan?

P/s : Jom menternak lemak. #PayungEpal  mahu belanja berbuka puasa. Anyone Interested? Hik3...

September 7, 2010

Sesi Berbuka Puasa Digi Angels di The Apartment, KLCC


Semalam, saya telah menghadirkan diri Sesi Berbuka Puasa Digi Angels (Evangelist) yang telah diadakan di The Apartment, KLCC.

Banner Berbuka Puasa The Apartment, KLCC
Juadah Berbuka Puasa

Sudah lapar, jadi tak banyak gambar makanan yang sempat diambil. Makanan di sini, boleh tahan rasanya dan menepati citarasa saya.
Kusyuknya Je JAI and the Gang Makan . Anakperak siap menyor0k muka di belakang Keropok Keping. tak lupa juga, Birthday Girl, Cik Lily Putih . Happy Sweet 32 Cik Lily .Bro Beautifulnara nampak muka sipi2je. Hik3..
Digi Crew memberikan Ucapan Alu-Aluan
I Won Limited Edition Prepaid Internet + Reload worth RM100 during "Sesi Berkenalan" Session
I Won Digi Mifi too...Hak3, I wishh...Congratz Hamid memenangi Digi Mifi
I Won HTC Aria Handphone too. Ohh, I wish too. Congratz to Bro Sawanila, salah seorang yang berpeluang review  dan mungkin memenangi/dapat special price untuk Phone ini. (Jealous2)
Digi Minus to come, projek terbaru dari Digi  (Satu Inisiatif yang bagus bagi menghijaukan alam,..Congratz Digi)
Bersama Ceeramoon (One of Malay top Blogger).
Bersama Viruspadu (top blogger too, kakak Ceeramoon). Juga gilerkan pink macam Wife saya.
Digi Evangelist and The Gang
Yang Paling tengah, Aizad Nuffies/Staff Nuffnang yang senyum selalu. Rambut bro Cool la, senang nak recognize.
Digi Evangelist/Nuffnang/Wakil Digi Yang hadir

Sesi Berbuka Puasa meriah sekali
Saya seronok dan suka hati
Di lain kali adakanlah lagi
Jangan lupa jemput saya sekali

Last but not least, terimakasih buat Digi Evangelist dan Nuffnang kerana menjemput saya. Event ini memang meriah dan best dan banyak informasi berkenaan Digi yang saya perolehi.

P/s : Bila pula nak jemput saya buat review produk Digi? Kecil tapak tangan, lori saya tadahkan. Teruja juga untuk review produk Digi dan dapatkan special prize untuk produk-produk yang begitu menarik hati.

Selingan : Milik Siapakah Tangan Yang Lembut INI? . Promote tadahkan tangan untuk saya. Hik3..
Related Posts with Thumbnails