Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

February 2, 2012

Baucar Buku 1Malaysia Milik ...........


Yieza, Baucar Buku 1Malaysia dalam genggamanku. Yess, eyriqazz seorang pelajar Universiti/Kolej, beberapa tahun yang dulu. Umm, how come ia dalam genggaman ku? Beli Baucar Buku yang dilelong/dijual oleh pelajarke?. Oh tidak, saya tidak buat sebegitu. 

So, camne baucar buku 1Malaysia berada di tangan eyriqazz? Apa kata anda? Camna saya dapatkan baucar ini?

December 1, 2011

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Bakal Dibuka di Taman Setiawangsa,KL


Perkhabaran gembira, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia akan dibuka pada 2 December 2011 di Kompleks Centrum Setiawangsa . Lokasi nya hanyalah di belakang Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa. Projek dengan kerjasama big boss dari Restoran Sekinchan Ikan Bakar.

Seperti yang diberitahu ketika menghadiri majlis mereka semalam, Ikan segar bakal dipasarkan dengan harga yang berpatutan. Sama-samalah kita tengok nanti. Kalau ianya memberikan kebaikan kepada pelanggan, apa salahnya kita sokong kan? 

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, Ikan segar, berkualiti, dan berpatutan memang dinanti-nanti oleh pengguna.Semoga Indah Khabar, Indah Rupa bagi kebaikan bersama.

July 13, 2010

Tema Hari Kemerdekaan 2010 | 1Malaysia Menjana Tranformasi

Sungguh teruja bila mendapat tahu Tema Hari Kemerdekaan tahun 2010 iaitu 1Malaysia Menjana Transformasi (Sumber :Harian Metro). Sungguh bombastik dan enak mendengarnya.  

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya ingin mengucapkan :
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 | 31 August 2010 (Kredit Gambar kepada Mezain )

Persoalannya, adakah tema ini bertepatan dan mampu dicapai? Apakah transformasi yang mampu dan mahu dijanakan? Mengucapkan lebih mudah dari mengotakan dan bak kata pepatah "Action is Better than Word".

Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

Apa pula jiran di sebelah rumah kita? Di Bandar Raya KL ini terutamanya, bertegur sapakah kita sesama jiran? Saya sendiri pun tidak begitu mengenali jiran-jiran di sebelah rumah ditambah dengan baru berpindah.

Tema Hari Kemerdekaan begitu unik dan cantik sekali, namun pendekatan dan usaha bersama pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai penting bagi mereliasasikan tema tersebut. Kalau ditanya, mungkin ramai yang tidak mampu menjawab dengan betul apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia Menjana Tranformasi, termasuklah diri sendiri.

Namun, saya kagum dengan Nuffnang. Usaha berterusan yang dilakukannya terutamanya untuk event yang dianjurkan lebih ke arah dan berkonsepkan 1Malaysia. Berlainan agama dan bangsa berkumpul dan bersosial dalam satu platform. Sebab itu saya masih setia dan sayangkan Nuffnang. Inilah salah satu sebabnya, 1Malaysia dijanakan dengan begitu berkesan bersama Nuffnang. Terimakasih dan Congratz buat Nuffnang.

Tema Hari Merdeka/Kebangsaan 2010 menarik sekali
1Malaysia Menjana transformasi
Usaha berterusan perlu dan sudah semesti
Agar tema dapat dicapai dan tidak sekadar menyedapkan kata dan hati

P/s : Apa pula pandangan anda? Adakah tema ini mampu dicapai atau sekadar penyedap rasa?
Related Posts with Thumbnails