Showing posts with label hari kemerdekaan 2010. Show all posts
Showing posts with label hari kemerdekaan 2010. Show all posts

August 31, 2010

Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia Yang ke53

Itulah Tema Hari Kemerdekaan Tahun Ini
Namun adakah ianya sekadar mimpi?
Kata-kata dan tema yang indah namun sukar untuk dijadikan realiti

53 Tahun Negaraku Merdeka
Namun Patriotik kah kita, Patriotik kah saya?
Bila ditanya apakah erti merdeka?
Saya terduduk, saya tidak mampu menjawabnya dengan penuh berselera

Namun, Kita Harus bergembira
Negara Aman, Makmur dan rakyat berbilang kaum dapat hidup dengan selesa
Kemerdekaan itu banyak makna
Tepuk dada tanya selera

Hajat dan Wishlist sempena Merdeka Ini
Hapuskan Rasuah, hapuskan Kroni
Agar Rakyat dapat meraih sumber hasil bumi 
Agar hidup lebih selesa untuk menampung anak dan bini

Hari-hari pelbagai cerita yang didengari
Masalah sosial makin berleluasa aku gusari
Dalam membesarkan anak yang masih kecil lagi
Adakah mampu melawan arus kemodenan Ini?

Kemerdekaan Membawa Seribu Satu Erti
Kebahagian dan Kejayaan yang mahu diraih dibumi sendiri
Semoga 1 Malaysia Menjana Transformasi menjadi Realiti
Saya Nanti-Nanti dengan teruja hati

Selamat Hari Kemerdekaan dari saya di sini
Merdekakan diri, bukakan hati
Jangan asyik menuding jari
Cerminlah diri sendiri sebelum mahu mengata itu dan ini

Kejayaan ke Hadapan yang ku harapi
Semoga tercipta suatu hari nanti
Negara Merdeka Kekayaan dan Kejayaan dapat dikecapi bersama-sama nanti
Barulah Kemerdekaan yang sebenar buat semua itulah Makna Kemerdekaan bagiku , apa pula kata anda semua saya pun tak pasti

Bersama-sama Mengejar Mimpi
Mimpi Indah Sudahlah Pasti
Bersama-sama berganding bahu bangunkan diri ini
Agar Kemerdekaan yang sebenar dapat dikecapi

P/s : Apa pula kata anda ? Apakah erti kemerdekaan bagi diri anda pula?

July 13, 2010

Tema Hari Kemerdekaan 2010 | 1Malaysia Menjana Tranformasi

Sungguh teruja bila mendapat tahu Tema Hari Kemerdekaan tahun 2010 iaitu 1Malaysia Menjana Transformasi (Sumber :Harian Metro). Sungguh bombastik dan enak mendengarnya.  

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya ingin mengucapkan :
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 | 31 August 2010 (Kredit Gambar kepada Mezain )

Persoalannya, adakah tema ini bertepatan dan mampu dicapai? Apakah transformasi yang mampu dan mahu dijanakan? Mengucapkan lebih mudah dari mengotakan dan bak kata pepatah "Action is Better than Word".

Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

Apa pula jiran di sebelah rumah kita? Di Bandar Raya KL ini terutamanya, bertegur sapakah kita sesama jiran? Saya sendiri pun tidak begitu mengenali jiran-jiran di sebelah rumah ditambah dengan baru berpindah.

Tema Hari Kemerdekaan begitu unik dan cantik sekali, namun pendekatan dan usaha bersama pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai penting bagi mereliasasikan tema tersebut. Kalau ditanya, mungkin ramai yang tidak mampu menjawab dengan betul apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia Menjana Tranformasi, termasuklah diri sendiri.

Namun, saya kagum dengan Nuffnang. Usaha berterusan yang dilakukannya terutamanya untuk event yang dianjurkan lebih ke arah dan berkonsepkan 1Malaysia. Berlainan agama dan bangsa berkumpul dan bersosial dalam satu platform. Sebab itu saya masih setia dan sayangkan Nuffnang. Inilah salah satu sebabnya, 1Malaysia dijanakan dengan begitu berkesan bersama Nuffnang. Terimakasih dan Congratz buat Nuffnang.

Tema Hari Merdeka/Kebangsaan 2010 menarik sekali
1Malaysia Menjana transformasi
Usaha berterusan perlu dan sudah semesti
Agar tema dapat dicapai dan tidak sekadar menyedapkan kata dan hati

P/s : Apa pula pandangan anda? Adakah tema ini mampu dicapai atau sekadar penyedap rasa?
Related Posts with Thumbnails