Showing posts with label astro b.yond pvr. Show all posts
Showing posts with label astro b.yond pvr. Show all posts

May 8, 2011

Pengalaman Saya Bersama Astro B.yond PVR


Pengalaman Saya Bersama Astro B.yond PVR selepas almost 3 bulan bersamanya :

Kelebihan Astro B.yond PVR 

1) Menonton TV, My Time , Anytime. Dengan adanya fungsi, Play,Record, Rewind, dan Stop, bolehla rakam dan menontonnya di masa kelapangan. Mudah dan menyenangkan.
2) Lebih selesa menonton walaupun ketika hujan

3) External Harddisk or All in One Astro B.yond PVR box, space yang agak besar. Boleh merakamkan beratus-ratus rancangan kegemaran anda or equivalent to beberapa ratus jam .

4) Merancang masa dengan lebih senang. Bolehla merancang masa dan tak perlu lagi bergaduh berebut remote. Sambil shopping pun boleh rakamkan, pergi bercuti pun boleh rakamkan, as long as preset kan rancangan yang ingin dirakam dan On kan Astro B.yond PVR box.Tak perlu nak on kan TV.

5) Make ur life easier and happier. Enough said, memang teruja sampaikan saya tambah lagi Disney Channel ( untuk Alisya) dan Mustika Channel (untuk saya dan Wifey)

Kekurangan Astro B.yond PVR

1) Timing record akan follow exactly masa sebenar. Jadi, kalau rancangan itu diawalkan or dilewatkan, mungkin ada part yang missing tapi jarangla berlaku. Dah rakamkan almost 100 rancangan, baru 1 drama yang tak habis rakam coz rancangantu start lewat,so part ending tak sempat rakam. Ohh, Drama Isteriku Zulaikha, 109.

2) Hanya boleh rakamkan 2 rancangan pada satu masa yang sama. Or, tonton rancangan yang dirakam 1, dan juga rakamkan rancangan yang lain satu. So,kalau ada 3 rancangan menarik pada masa yang sama, sorry, ianya terbatas kepada 2 saja.

3) Ramai yang query/bertanya pasal harga Astro B.yond PVR ini. Dari pakej asal  ke Astro B.yond PVR, kena tambah RM20 untuk upgrade ke Astro B.yond dan another RM10 untuk upgrade ke Astro B.yond PVR + untuk kualiti menonton lebih menarik, kena ada at least HDTV. So, overall, tambahan RM30 sebulan untuk upgrade ke Astro B.yond PVR dan juga membeli TV baru. Umm, to some people, tambahan RM30 sebulan dalam bil bulanan mereka, agak besar juga especially bila kos sara hidup semakin meningkat kini. Apapun, suggestion akan menyusul nanti. 

Cadanganku Buat Astro untuk Astro B.yond PVR

Cadangan saya :

1) Features untuk merakamkan lebih rancangan pada satu masa. Lagi banyak Channel yang di subscribe, sure lagi banyak yang mahu ditonton. Rasanya dalam 5 rancangan dalam satu masa, sound good to me.

2) Installation Fee. For Astro B.yond PVR All in one , memerlukan lebih kurang RM1,100 untuk Customer sedia ada dan RM1,200 untuk Customer sedia ada. Umm, rasanya tak ramai yang mampu bayar RM1,000+ dalam satu masa. Even myself. Teruja memang teruja, tapi inilah antara faktor yang membuatkan ramai Customer berfikir banyak kali sebelum beralih kepada Astro B.yond PVR. Mungkin Astro boleh buat easy payment dibayar dalam 12 bulan ataupun harganya boleh dikurangkan lagi. The more people can afford, means lebih bagus for long term kan?

3) Make an Offer They Can't Refuse ( pinjam ayat dari cerita The GOdfather). Kasi something yang win-win situation buat pengguna, i.e. Lucky Draw buat subscriber ke X, special diskaun untuk good paymaster, pelbagai pakej yang affordable untuk semua golongan dan " pelbagai lagi"

4) Promosi - Promosi sudah gempak . Banyak nampak di TV, website, radio, poster, banner dan pelbagai lagi. Pelbagaikan entry/contest seperti di Nuffnang ini kerana feedback dua hala dapat diterima. Satu inisiatif yang bagus dengan buat Contest di Nuffnang dan pemenang review/mendapat Astro B.yond PVR ini. Patut diteruskan dari masa ke semasa. 2 way feedback is a good way to improve di part yang terkurang. Customer is Always rite, kan?

5) Buat survey to Current Astro Subscriber. Umm, target audiance/market for Astro B.yond PVR, of course pengguna Astro kan? So, maybe Astro boleh buat survey. Nahh, people love survey kalau ada habuan utk mereka juga, i.e. Hadiah menarik bila isi survey itu. Di survey itu bolehla dapatkan dari feedback apakah faktor yang boleh membuatkan mereka subscribe to Astro B.yond PVR i.e. harga, kualiti, expectation dan pelbagai lagi.

Well, almost 3 bulan bersama Astro B.yond PVR, I Love it dan jika dimurahkan rezeki, InsyaAllah akan ditambahkan lagi channel yang menarik i.e. Discovery Channel dan Movie.

Last but not least, special thanks to Astro dan Nuffnang for the opportunity given reviewing Astro B.yond PVR

P/s : Apa pandangan anda pula tentang Astro B.yond PVR?

April 24, 2011

Small Give Away | Strawberry White Coffee Genting Highlands Lagi

As sambutan Contest Small Give Away | Strawberry White Coffee Genting Highlands sebelum ini agak menggalakkan, so kali ini ia muncul lagi :
Strawberry White Coffee Genting Highlands (Serius sedap, saya beli 5 kotak, 2 kotak for me, 3 lagi, as a gift termasuk yangni)

Small Give Away, Dua Sachet Each untuk 6 pemenang

Syarat-Syaratnya :

1) Buat satu entry bertajuk "Saya Mahu Strawberry White Coffee Genting Higlands dan Teruja untuk memiliki Astro B.yond PVR" beserta dua daripada gambar di atas (Satu Coffee, satu Astro PVR)
2) Di entry itu, lengkapkan Slogan ini " Saya Teruja Untuk Memiliki Astro B.yond PVR kerana ......................... (tidak lebih dari 30 patah perkataan)
3) Linkkan permalink entry ini dan komen di entry ini.
4) 2 entry terpantas dan 4 entry yang mempunyai Slogan terbaik akan memenangi 2 Sachet Strawberry White Coffee Genting Highlands ini "
P/s : Slogan yang paling terbaik antara 4 itu akan turut memenangi RM10 Cash/Top Up.
5) Tarikh tutup 30 April 2011 .
P/s : Buat sesiapa yang pernah memenangi Contest/Give Away di Eyriqazz.Com tapi hadiah tidak diterima/tidak sampai sila informkan ya....Saya gantikan dengan hadiah lain jika hadiah itu sudah tiada. (Sedih bila ada hadiah yang saya poskan dengan Pos Ekspress tak sampai...mb ada a few yang turut tercicir/tak sampai juga..All hadiah sudah diposkan)
**Alhamdulillah,murah rezeki bulan ini dan terimakasih atas sokongan anda semua. InsyaAllah, akan saya kongsi-kongsikan lagi rezeki in the future.

April 22, 2011

Saya tahu Kenapa Amir Belum terkeluar daripada Maharaja Lawak|Undian Mantap dari JeJaiLy


Hebat penangan Amir di Maharaja Lawak. Ramai yang dah menyampah dan mahukan dia terkeluar. Tup2, dah tiga penyingkiran, dia masih berdiri kukuh. Siasat punya siasat, akhirnya eyriqazz dah jumpa punca kenapa dia belum terkeluar. Rupa-rupanya mendapat undian dan sokongan mantap daripada :

Team #JeJaily (Je Jai + Sumijelly, yang tengah tiada kena mengena ya...)

Dua orang inilah yang dikatakan telah mengundi tanpa henti buat Amir Maharaja Lawak. Seorangtu baruje menang Blackberry, nak test power katanya. Seorang lagi, towkey Ikan Siakap, habis dia suruh geng2 dan siapa yang makan Ikan siakap undi sekali. No wonder laa sampai skang ni tak terkeluar lagi.

Dahla tu korang..toksah la Undi Amir lagi...Baik korang Undi Sepah ke, Jozan ke, Nabil ke,bermaknalah juga undian tu....

On the other notes, malam ni boleh layan Maharaja Lawak Minggu 4 lagi. Tak perlu risau terlepas, coz dah ada Astro B.yond PVR, youtube versi TV.

P/s : Harap2 terkeluar laa Amir malam ni. Kalau tak terkeluar juga, Siapla korang Team #JeJaily....Ini mesti kerja korang lagi...

April 14, 2011

Semua pun boleh Dengan Astro B.yond PVR

Dalam kesibukan menjalani rutin dan kehidupan seharian, kita seringkali dihambat waktu sehingga tiada masa untuk menonton tv tapi, dengan adanya Astro B’yond PVR, segalanya menjadi mudah...lebih kurang macam anda tonton DVD, namakan apa saje cerita kegemaran, drama melayu? Tamil? Sinetron? China?Jepun?  mahupun korea? Kini semuanya boleh ditonton walaupun tak berkesempatan..hebat bukan??

Inilah produk terbaru Astro yg telah dilancarkan pada 2010 lepas, dan saya pasti sudah ramai yg telah memilikinya dan ada juga yang masih belum tahu tentangnya seperti saya sendiri..[baru explore hanya selepas diberikan tugasan ini] :P

Namun masih belum terlambat kepada mereka yg masih belum memiliki produk terbaru Astro b.yond PVR, segeralah ke kaunter2 perkhidmatan Astro seluruh Negara untuk melanggan dan merasai sendiri kehebatan 4 butang yg berkuasa iaitu :

Record
Rewind

Pause
&
Play .

Astro b.yond PVR adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga. Bak kata saya sendiri..hiburan tanpa henti dihujung jari. (^__^)”

Komen Ikhlas dari saya
Bagi saya sendiri, Terima Kasih Astro B’yond PVR in advance..selepas ini, pastinya kehidupan kami menjadi lebih ceria dengan kehadiranmu..pasti akan tiada lagi adegan rebut-merebut remote control anak-beranak dengan adanya Astro B.yond PVR, pada bila2 masa pun saya boleh menonton cerita korea dengan aman damai, tanpa gangguan dengan merakamnya disiang hari dan mainkan semula pada waktu malam selepas urusan kerja2 rumah selesai..semasa proses merakam, anak2 masih boleh layan kartun favourite masing2..maka, tak perlulah lagi saya nak sorokkan remote atas peti sejuk macam selalu..barulah fair & square..haha

Tak perlu sorok2 lagi macam selalu :P
Kritikan & komen berguna buat Astro
Walaubagaimanapun, sedikit kata2 hikmat buat Astro dari bekas pelanggan- astro-yg-setia, dengan kewujudan produk hebat sebegini, diharapkan Astro lebih peka dengan bayaran2 tersembunyi dan segala jenis yuran yang agak membebankan buat pelanggan2 Astro diluar Bandar..mereka bukannya nak sangat melanggan Astro sebenarnya tapi terpaksa melanggan kerana inginkan kualiti gambar..
maklumlah! duduk kampong yg kiri-kanan pokok petai dgn pokok durian bersimpang siur, signal pun segan nak masuk rumah.. :P
Diharapkan Astro tak mengejar keuntungan semata2, penambahbaikan dan kadar harga biarlah seiring dan tidak membebankan...tak salah membayar lebih tapi biarlah ada win-win situation..
Jadi, apa tunggu lagi?? Bertukarlah kepada Astro b’yond PVR sekarang jugak! (^__^)”

Kalau dulu Macam2 ada..tapi sekarang up sikit!

Dengan Astro b.yond PVR Semua Pun Boleh!

Sekadar gambar hiasan.mereka bukan pekerja Astro. (^__^)” tapi kalau betul pun takde sape yg tau..lalalalala
Tentang Penulis : MakDaraTerdiva,seorang Mama blogger yang happy go lucky. Banyak berkongsi kisah-kisah panas dan sensasi (just kidding) , pengalaman peribadi dan suka-duka seorang ibu. Kreatif dan suka coretan gambar berdialog di blognya. Jom singgah reramai http://bit.ly/aeCfIq ..

April 7, 2011

MasterChef Malaysia | KakInaKL dan Mat Gebu Bakal Berentap....

Sambil-sambil layan drama bersama Astro B.yond PVR, terperasan iklan MasterChef Malaysia. Wah, gempak ni, saya memang minat sangat-sangat MasterChef USA yang dimenangi si Whitney tu, memang best dok tengok masakan yang sedap-sedap dan skills memasak yang gempak habis.


MasterChef Malaysia dibawakan khas oleh Astro tak lama lagi 

Agak-agak kalau Eyriqazz join ada chance terpilih tak?

Dream on eyriqazz. Setakat masak Maggi dan Air Masak boleh la...Hik3, namun ura-ura dunia blogger semakin kuat mengatakan dua pakar masakan blogger yang saya cukup kagumi bakal menyertai MasterChef Malaysia ini, tak lain tak bukan ianya adalah :
1) Kak Ina KL ( kredit picture to Kak Ina KL )
Tengok Masakannya pun sudah kecur air liur ini
2) Mat Gebu @ TiffinBiru ( Credit Picture to Mat Gebu)

2 orang ni memang tak perlu disebut lagi. Memang cukup terkenal di dunia blogging dengan masakannya yang menggiurkan. Saya sendiri pernah merasa masakan Kak Ina KL, memang sedap. Mat gebu belum lagi, tapi kalau Kak Ina KL sendiri yang cakap sedap, memang confirm la sedap. Umm, tak sabar melihat mereka berentap di Gelanggang MasterChef Malaysia. Boleh kecur perut Chef-chef di Malaysia ni. Hik3, gurauje, sekadar cabaran buat mereka. Memang teringin nak tengok mereka beraksi di MasterChef Malaysia. Korang setuju tak kalau mereka join?

Apapun, kalau berminat nak join MasterChef ni bolehla terjah sini :


Entri berkaitan MasterChef Malaysia



P/s : Suggestion buat Astro, kalau MasterChef Malaysia ni turut ditayangkan di Channel HD, tentu lebih mengujakan. 

P/s/s : Korang sokong tak kalau Kak Ina KL dan Mat Gebu join MasterChef Malaysia ni?

April 6, 2011

Astro B.yond HD atau PVR?


Apakah korang ingat lagi iklan yang anak beranak nih? Sumpah lawak! Especially bila part anak lelaki dia tak tahan nak pegi kucil kat jamban! Kann.. !

Okeh, ini namanya Astro B.yond PVR (Personal Video Record).

Sebelum tu Astro memang dah sedia ada Astro B.yond HD. Khas untuk pemilik-pemilik High Definition (HD) tv dan sekhufu dengan nya lah.. (Seyes, haku masih berangan nak memiliki Sony Bravia) . Rata-rata ramai yang setuju bila suscribe Astro B.yond HD nih, memang puas hati. Tengok cerita chef-chef dia tayang makanan (Lifestyle HD) makin membuak ko rasa lapar melihatkan melalui HDTV korang. Kalo ko tengok cerita bunuh-bunuh ke hantu-hantu ke, makin debor je ko rasa dengan sistem bunyi effect dah macam panggung wayang. Tibe-tibe je bole feeling Chucky Child’s Play duduk bertenggek kat atas sofa sebelah ko. HAHA. Tak tahu la kot memang umah ko berhantu ke hape kan!

Astro B.yond PVR. YE! Suatu pembaharuan! Napas baru kepada pemilik HD/LED TV (tetap kena ada tv beso-beso -_-“ )

Kalo dah namanya Personal Video Record, haruslah bole record kan!

Pandangan peribadi haku terhadap Astro B.yond PVR ni kan.. Ia sangat lah membantu untuk permasalahan seperti di bawah:

  1. Tak da lagi dah korang mengeluh terlepas siaran cerita feveret korang. Berebut tengok tv dengan anak / kakak / adik / abang (Kan dulu kes bergaduh adik beradik berebut remote sampai mati kena bunuh!)
  2. Tak da lagi dah korang skip kejap tengok AXN, sekejap tengok Starworld. Eh, lepas tu bukak channel lain, ralit pulak tengok Star Movie! Kendian korang patah balik bukak AXN nak check kot-kot iklan dah habes ke belom. Akhirnya cerita dalam ketiga-tiga channels ni ko x paham hujung pangkalnya kisah apa! (Kan??! Ngaku jela, Jahh!)
  3. Bila acu tang jiran kau bertandang nak mengadu domba kisah maid Indon dia lari dari rumah sekali dengan baju mahal dan barang kemas dia. Time tu pulak ko tengah syok-syok bergelimpangan laki-bini depan tv kan! Sebagai orang yang taksub dengan tv, memang haku paham sangat lah. Sama jugak lah kalo time tengok tv tu ada orang call, kan? Hayyoh!

Dan tagline Astro B.yond PVR ni adalah: TV. Your time. Your way. Dia ada 4 buttons ajaib: Record, Rewind, Pause, dan Play. Fungsi keempat-empat buttons ni ko bole automatically paham sendiri bila tengok video ads kat atas tuh! (Memang sampai sudah haku dok replay aje YouTube tuh! Sangat comel hokehh!) 
Manage lah channel Astro ikut sesuka hati korang selagi cerita-cerita yang korang record tu < 500GB. 500GB maksudnya sangat banyak bole record hokeh! Kira-kira bersamaan 100 jam untuk HD (High Definition) dan 290 jam untuk SD (Standard Definition).

Kalo dulu ada 5 channels aje untuk HD ni tapi sekarang dah upgrade kepada 12 channels. (Tetap rasa macam sikit, kan?)

Nak tahu details camne dan apa yang korang boleh dapat dengan Astro B.yond PVR nih, check sini: http://www.astro.com.my/byond/articles/art_3390.html#
 
Bagi haku sendiri yang pernah addicted dengan cerita-cerita Astro ni kan.. series cerita drama / movie / cerita-cerita dia sendiri banyak kali ditayang berulang-ulang. Selalu jugak lah haku bukak tv; “Alah, dah ulang dah cerita yang ini!”

Walaupun Astro ada super duper banyak channels tapi menjadi Qastalani, 3-4 channels je haku dok tengok: AXN, Star World, FOX, dan kadang-kadang DIVA Universal. Sesekali bukak lah NatGeo, History dan Discovery Channels. (Eh, TV3 , NTV 7, dan 8TV tak masuk list ke?? Memang terus dilupakan, hokeh! Sangat lupa daratan bila jumpa Astro nih! Hmmppfff! )

Jadi, dengan kes ulang tayang banyak-banyak kali ni, tak menjadi masalah besar untuk haku lah. Memang celah mana pun memang tetap dapat tengok cerita tuh. Walaupun tak tengok secara keseluruhan, tetap haku dapat pick up jalan ceritanya. Itu aje pun cukup dah.

Melainkan.. Kalo cerita dia dalam sebulan, 2 kali je ulang tayang. Haaa.. Memang menggelepor lah haku terpacak depan tv. Kalo terlepas tengok tu memang confirm lah ralat teramat-amat!

“Syarat utama untuk melanggan Astro B.yond, sila tukar tv kecik itu dahulu. Kalo tak, buek rugi ajo, Jangg!”

Dan jenis haku ni pulak, tak kesah lah tv jenis hape yang ada. HD ke.. SD ke.. Screen 40 inci ke, 16 inci ke. Asalkan haku bole tengok siaran kira Alhamdulillah la. Tapi sebenarnya sangat berbeza tau antara HDTV atau SDTV. Korang bole tengok perbezaannya di sini: http://beautifulnara.com/astro-b-yond-%E2%80%93-selamat-datang-ke-masa-depan-hiburan/

“Koman-koman kena ada TV macam ini”

(Abaikan keserepahan dan tong sampah di hall. Hmmppfff!)

Tapi kebanyakan orang yang letih penat bekerja dan mementingkan keseronokan serta kualiti menonton tv, Astro B.yond HD memang sesuai untuk korang. Lagi pulak sebenarnya HDTV tidak lah semahal mana kan? Makin lama makin banyak HDTV yang dijual murah!

Dengan pakej Astro B.yond HD korang hanya perlu tambah extra RM20 aje ke dalam bil bulanan korang, kan? Dan bila nak extra Astro B.yond PVR pulak, tambahkan lagi semaksimum RM10 kepada bil tersebut. Jadi kiranya, RM30/month untuk keseronokan berganda ketika menonton HDTV tidak lah semahal mana bagi rakyat Malaysia. Nak-nak pulak kalo isi rumah tu ada 5-6 orang ahli, memang Astro B.yond PVR ni adalah kemestian!

Cuma la kan.. Ada la 3 cadangan buat Astro.. Kalau:

- Bilangan channels HD tu ditambahkan, MESTI BEST!

- Ulang tayang yang banyak-banyak kali sehingga jenuh nak menonton dikurangkan ke tahap yang amat-amat kurang, memang ASTRO AKAN MENJADI PILIHAN PELANGGAN DENGAN LEBIH SENANG HATI! :: sekarang hanya Astro yang bermaharajalela, pengguna tiada pilihan lain ::

- “Service Currently Not Available” ketika musim hujan. HA HA HA. Dengan Astro B.yond dah tak da masalah ni kan??

Ha apa lagi.. Cepat-cepat la upgrade, nokks!

Tentang Penulis : Mama Qastalani , seorang ibu tunggal yang tabah dan telah berblogging lebih dari 3 tahun. Seorang tutor dan banyak berkongsi pengalaman peribadinya yang menarik. KaripapSayur nama blognya begitu menarik sekali.Ibu-ibu/bapa-bapa dan bakal ibu/bapa, blog ini sesuai untuk dijadikan contoh kecekalan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. Betulla kata pepatah "Tangan Yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia". Terimakasih dari Eyriqazz buat Mama Qastalani kerana sudi menjadi penulis jemputan di blog Eyriqazz ini.

March 31, 2011

Menonton TV Ketika Hujan Bersama Astro B.yond PVR


Salah satu part yang buat "Spoil" bila menonton tv dengan Astro adalah time hujan. Mesti siaran terganggu dan tak dapat menonton rancangan kegemaran. Lagi spoil bila rancangan yang ditonton tu dah nak tamat/memang kita tengah layak syok gilerr.Pernah berlaku for me bila tengok live bola, drama, Konsert dan pelbagai lagi.

Apapun, agak terkejut bila dapat satu komen di entry Welcome to Eyriqazz Family Astro B.yond PVR  :

Maka bermula siri rakam dan rekod cite kegemaran seisi keluarga...gambar maintain clear kan walaupun hujan.... - Hazman Fadzil-

Jawapan saya ketika itu :

#hazman aka species1980:ohh,waktu hujan tu tak sempat pula buat eksperimentasi...so far,so good


Selepas entry itu sehingga hari ini, sempatlah saya tengok TV ketika time hujan. Yupp, terbukti memang masih clear. Gosok-gosok mata macam tak percaya. Time hujan yang kurang lebat dan sederhana lebat, time lebat, tak sempat nak test lagi coz wifey bising suruh tutup TV takut-takut ada kilat yang bakal menyusul. One day mungkin saya boleh try. Before this, hujan skit je, mesti line dah tak brape clear dan takble tgk.Umm, a good improvement.


Bolehla layan Hindustan time hujan-hujan nanti..Ehem,romantik

Satu problem solve. Dapat menonton dengan lebih "happy" thanks to Astro B.yond PVR
Dah lama juga tak layan citer Hindustan ni...
Ehh,ehh, Malam ni Malam Jumaat kan? 

Ok2, time temankan Isteri layan cerita Hindustan sekali.Sambil menyelam sambil minum air..Hik3....

March 17, 2011

Kelebihan Astro B.yond PVR



Sudah hampir sebulan Astro B.yond PVR menjadi sebahagian daripada keluarga eyriqazz. Honestly, kehadiran Astro B.yond PVR ini betul-betul mengujakan. Banyak rancangan kegemaran dapat saya record,tonton dan nikmati bersama keluarga. Tonton bila free dan keadaan mengizinkan. Now, I can Record, Rewind, Pause, and Play. TV, My Time , My Way.

Kali ini mahu berkongsi pengalaman, Kelebihan Astro B.yond PVR :


1) Record/Play/Menonton Rancangan kegemaran yang dirakamkan

Dengan disk space lebih kurang 500GB, lebih dari 100 rancangan kegemaran dapat direcordkan. Tambahan pula, untuk merakamkannya tidakla susah, tanpa baca User Guide pun boleh tekan-tekan dan meng'xplorasikan sendiri' merakam Rancangan kegemaran. Umm, anak buah saya berumur 9 tahun pun mampu rakamkannya.

2) Forward Rancangan Kegemaran


Yieza,dah rakam bolehla fast forwardkan mana-mana part yang tidak digemari especially iklan yang agak annoying or part yang tidak digemari. Hik3, save time kan?

3) Rewind


Alamat, sudah Miss la detik dia menjaringkan gol. Tuhla, kacau lagi abang tengok tv.No more, bolehla tgk kembali aksi itu.

4) Pause

Adussh,sakit perutla..Laa, penalti la pula. Hik3, pausekan aja..Dah lepaskan hajat, bolehla tonton kembali.
5)Nak rakam pun mudah/tekan TV guide
dan pilih rancangan kegemaran

Other option, rancangan yang tengah ditonton, tekan je Button Record. Donee..

Furthermore, walaupun di ofis/shopping, as long as Astro di Onkan dan tiada gangguan cuaca, bolehla merakam rancangan kegemaran tanpa On kan TV. Dish Astro On pun dah cukup memadai. So, bolehla tengok drama petang2 yang best or time shopping tak perlula risau,boleh tgk kembali.
6) Delete je mana2 rancangan yang tidak mahu tengok lagi

Pandaila plan, banyak pula kartun Hagemaru ni. Ni Anak tengok or Papanya yang tengok? Hik3...kantooii...

7) Pilihje Mana-mana rancangan yang sudah dirakamkan

Sudah merakamkan lebih dari 20 rancangan kegemaran, tapi masih banyak lagi space i.e. 263 jam free lagi. Bolehla subscribe Discovery and Movies Channel lepasni.

Itu antara kelebihan Astro B.yond PVR. Memang best dan menggembirakan kami sekeluarga. 

More Info Pasal Astro B.yond PVR, terjah SINI

Astro B.yond PVR menggembirakan hati
Lepas berblogging boleh menonton rancangan kegemaran sendiri
Tak perlu berebut "remote control" dengan Alisya dan Isteri
My time, bila mereka dah tidurpun saya masih boleh menonton seorang diri

February 23, 2011

Welcome to Eyriqazz Family Astro B.yond PVR

Welcome to Eyriqazz Family Astro B.yond PVR [ I Want to Record... with Astro B.yond PVR ]

Upgrading from Current Astro B.yond to Astro B.yond PVR
Walaupun tengah hujan, technician begitu gigih memasangnya

Follow je Step,  A Quick Guide to Astro B.yond PVR : Easy as ABC

New Astro B.yond dish for me

Dah boleh start record my favourite show. 500GB Hard disk, fuhh, banyak tu boleh Record..
Remote Control Sudah ditangan
Now, I can Record, Rewind, Pause, and Play. TV, My Time , My Way.

Special thanks to Nuffnang dan Astro for giving me this opportunity. Saya akan cuba berikan constructive feedback dan entry yang terbaik dari saya. Thanks Astro, selepas Astro B.yond dan 32" LG HDTV menjadi milikku, welcome to Eyriqazz family Astro B.yond PVR.

Astro B.yond PVR kami teruja
Dapat merakam dan menonton rancangan kegemaran sudah semestinya
Masa dapat dirancang dengan lebih selesa
Thanks to Astro B.yond PVR, menjadikan hidup kami lebih senang dan mempesona

P/s : Apa 1st Impression anda tentang Astro B.yond PVR?
Related Posts with Thumbnails