Apakah korang ingat lagi iklan yang anak beranak nih? Sumpah lawak! Especially bila part anak lelaki dia tak tahan nak pegi kucil kat jamban! Kann.. !
Okeh, ini namanya Astro B.yond PVR (Personal Video Record).
Photo source: http://www.astro.com.my/byond/articles/art_3397.html
Sebelum tu Astro memang dah sedia ada Astro B.yond HD. Khas untuk pemilik-pemilik High Definition (HD) tv dan sekhufu dengan nya lah.. (Seyes, haku masih berangan nak memiliki Sony Bravia) . Rata-rata ramai yang setuju bila suscribe Astro B.yond HD nih, memang puas hati. Tengok cerita chef-chef dia tayang makanan (Lifestyle HD) makin membuak ko rasa lapar melihatkan melalui HDTV korang. Kalo ko tengok cerita bunuh-bunuh ke hantu-hantu ke, makin debor je ko rasa dengan sistem bunyi effect dah macam panggung wayang. Tibe-tibe je bole feeling Chucky Child’s Play duduk bertenggek kat atas sofa sebelah ko. HAHA. Tak tahu la kot memang umah ko berhantu ke hape kan!
Astro B.yond PVR. YE! Suatu pembaharuan! Napas baru kepada pemilik HD/LED TV (tetap kena ada tv beso-beso -_-“ )
Kalo dah namanya Personal Video Record, haruslah bole record kan!
Pandangan peribadi haku terhadap Astro B.yond PVR ni kan.. Ia sangat lah membantu untuk permasalahan seperti di bawah:
- Tak da lagi dah korang mengeluh terlepas siaran cerita feveret korang. Berebut tengok tv dengan anak / kakak / adik / abang (Kan dulu kes bergaduh adik beradik berebut remote sampai mati kena bunuh!)
- Tak da lagi dah korang skip kejap tengok AXN, sekejap tengok Starworld. Eh, lepas tu bukak channel lain, ralit pulak tengok Star Movie! Kendian korang patah balik bukak AXN nak check kot-kot iklan dah habes ke belom. Akhirnya cerita dalam ketiga-tiga channels ni ko x paham hujung pangkalnya kisah apa! (Kan??! Ngaku jela, Jahh!)
- Bila acu tang jiran kau bertandang nak mengadu domba kisah maid Indon dia lari dari rumah sekali dengan baju mahal dan barang kemas dia. Time tu pulak ko tengah syok-syok bergelimpangan laki-bini depan tv kan! Sebagai orang yang taksub dengan tv, memang haku paham sangat lah. Sama jugak lah kalo time tengok tv tu ada orang call, kan? Hayyoh!
Photo source: http://www.astro.com.my/byond/articles/art_3390.html
Dan tagline Astro B.yond PVR ni adalah: TV. Your time. Your way. Dia ada 4 buttons ajaib: Record, Rewind, Pause, dan Play. Fungsi keempat-empat buttons ni ko bole automatically paham sendiri bila tengok video ads kat atas tuh! (Memang sampai sudah haku dok replay aje YouTube tuh! Sangat comel hokehh!)
Manage lah channel Astro ikut sesuka hati korang selagi cerita-cerita yang korang record tu < 500GB. 500GB maksudnya sangat banyak bole record hokeh! Kira-kira bersamaan 100 jam untuk HD (High Definition) dan 290 jam untuk SD (Standard Definition).
Kalo dulu ada 5 channels aje untuk HD ni tapi sekarang dah upgrade kepada 12 channels. (Tetap rasa macam sikit, kan?)
Nak tahu details camne dan apa yang korang boleh dapat dengan Astro B.yond PVR nih, check sini: http://www.astro.com.my/byond/articles/art_3390.html#
Bagi haku sendiri yang pernah addicted dengan cerita-cerita Astro ni kan.. series cerita drama / movie / cerita-cerita dia sendiri banyak kali ditayang berulang-ulang. Selalu jugak lah haku bukak tv; “Alah, dah ulang dah cerita yang ini!”
Walaupun Astro ada super duper banyak channels tapi menjadi Qastalani, 3-4 channels je haku dok tengok: AXN, Star World, FOX, dan kadang-kadang DIVA Universal. Sesekali bukak lah NatGeo, History dan Discovery Channels. (Eh, TV3 , NTV 7, dan 8TV tak masuk list ke?? Memang terus dilupakan, hokeh! Sangat lupa daratan bila jumpa Astro nih! Hmmppfff! )
Jadi, dengan kes ulang tayang banyak-banyak kali ni, tak menjadi masalah besar untuk haku lah. Memang celah mana pun memang tetap dapat tengok cerita tuh. Walaupun tak tengok secara keseluruhan, tetap haku dapat pick up jalan ceritanya. Itu aje pun cukup dah.
Melainkan.. Kalo cerita dia dalam sebulan, 2 kali je ulang tayang. Haaa.. Memang menggelepor lah haku terpacak depan tv. Kalo terlepas tengok tu memang confirm lah ralat teramat-amat!
“Syarat utama untuk melanggan Astro B.yond, sila tukar tv kecik itu dahulu. Kalo tak, buek rugi ajo, Jangg!”
Dan jenis haku ni pulak, tak kesah lah tv jenis hape yang ada. HD ke.. SD ke.. Screen 40 inci ke, 16 inci ke. Asalkan haku bole tengok siaran kira Alhamdulillah la. Tapi sebenarnya sangat berbeza tau antara HDTV atau SDTV. Korang bole tengok perbezaannya di sini: http://beautifulnara.com/astro-b-yond-%E2%80%93-selamat-datang-ke-masa-depan-hiburan/
“Koman-koman kena ada TV macam ini”
(Abaikan keserepahan dan tong sampah di hall. Hmmppfff!)
Tapi kebanyakan orang yang letih penat bekerja dan mementingkan keseronokan serta kualiti menonton tv, Astro B.yond HD memang sesuai untuk korang. Lagi pulak sebenarnya HDTV tidak lah semahal mana kan? Makin lama makin banyak HDTV yang dijual murah!
Dengan pakej Astro B.yond HD korang hanya perlu tambah extra RM20 aje ke dalam bil bulanan korang, kan? Dan bila nak extra Astro B.yond PVR pulak, tambahkan lagi semaksimum RM10 kepada bil tersebut. Jadi kiranya, RM30/month untuk keseronokan berganda ketika menonton HDTV tidak lah semahal mana bagi rakyat Malaysia. Nak-nak pulak kalo isi rumah tu ada 5-6 orang ahli, memang Astro B.yond PVR ni adalah kemestian!
Cuma la kan.. Ada la 3 cadangan buat Astro.. Kalau:
- Bilangan channels HD tu ditambahkan, MESTI BEST!
- Ulang tayang yang banyak-banyak kali sehingga jenuh nak menonton dikurangkan ke tahap yang amat-amat kurang, memang ASTRO AKAN MENJADI PILIHAN PELANGGAN DENGAN LEBIH SENANG HATI! :: sekarang hanya Astro yang bermaharajalela, pengguna tiada pilihan lain ::
- “Service Currently Not Available” ketika musim hujan. HA HA HA. Dengan Astro B.yond dah tak da masalah ni kan??
Ha apa lagi.. Cepat-cepat la upgrade, nokks!
Tentang Penulis : Mama Qastalani , seorang ibu tunggal yang tabah dan telah berblogging lebih dari 3 tahun. Seorang tutor dan banyak berkongsi pengalaman peribadinya yang menarik. KaripapSayur nama blognya begitu menarik sekali.Ibu-ibu/bapa-bapa dan bakal ibu/bapa, blog ini sesuai untuk dijadikan contoh kecekalan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. Betulla kata pepatah "Tangan Yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia". Terimakasih dari Eyriqazz buat Mama Qastalani kerana sudi menjadi penulis jemputan di blog Eyriqazz ini.
memang best astro byond ni.kualiti sangat best.. :)
ReplyDeleteJom baca ni: Wow!!! Insurans $1 juta untuk Rambut Unik Bintang Sukan..Biar Betul..
o patut la skrg dh xde mslh tgk astro sbb pakai beyond
ReplyDeletehahh itu macam kaa astro b-yond..agak ketinggalan laaa daku nie...
ReplyDeleteya betul tu kualiti mmg cantik...& paling best sejak tukar ni biar hujan ribut petir pun dia still ok ja dah tak ada tu “Service Currently Not Available”..hehe
ReplyDeletetengah berkira2 ngan astro byond ni
ReplyDelete@Nur Hanani:yup...puas hati....
ReplyDelete@ckg.fidah :hik2..samalah kita..thanks astro sudi sponsor until akhir tahun ini
ReplyDelete@far_east:haa,macam itula...
ReplyDelete@Hot Mama:yup..part tu satu peningkatan yang agak bagus...
ReplyDelete