Showing posts with label guest writer. Show all posts
Showing posts with label guest writer. Show all posts

April 14, 2011

Semua pun boleh Dengan Astro B.yond PVR

Dalam kesibukan menjalani rutin dan kehidupan seharian, kita seringkali dihambat waktu sehingga tiada masa untuk menonton tv tapi, dengan adanya Astro B’yond PVR, segalanya menjadi mudah...lebih kurang macam anda tonton DVD, namakan apa saje cerita kegemaran, drama melayu? Tamil? Sinetron? China?Jepun?  mahupun korea? Kini semuanya boleh ditonton walaupun tak berkesempatan..hebat bukan??

Inilah produk terbaru Astro yg telah dilancarkan pada 2010 lepas, dan saya pasti sudah ramai yg telah memilikinya dan ada juga yang masih belum tahu tentangnya seperti saya sendiri..[baru explore hanya selepas diberikan tugasan ini] :P

Namun masih belum terlambat kepada mereka yg masih belum memiliki produk terbaru Astro b.yond PVR, segeralah ke kaunter2 perkhidmatan Astro seluruh Negara untuk melanggan dan merasai sendiri kehebatan 4 butang yg berkuasa iaitu :

Record
Rewind

Pause
&
Play .

Astro b.yond PVR adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga. Bak kata saya sendiri..hiburan tanpa henti dihujung jari. (^__^)”

Komen Ikhlas dari saya
Bagi saya sendiri, Terima Kasih Astro B’yond PVR in advance..selepas ini, pastinya kehidupan kami menjadi lebih ceria dengan kehadiranmu..pasti akan tiada lagi adegan rebut-merebut remote control anak-beranak dengan adanya Astro B.yond PVR, pada bila2 masa pun saya boleh menonton cerita korea dengan aman damai, tanpa gangguan dengan merakamnya disiang hari dan mainkan semula pada waktu malam selepas urusan kerja2 rumah selesai..semasa proses merakam, anak2 masih boleh layan kartun favourite masing2..maka, tak perlulah lagi saya nak sorokkan remote atas peti sejuk macam selalu..barulah fair & square..haha

Tak perlu sorok2 lagi macam selalu :P
Kritikan & komen berguna buat Astro
Walaubagaimanapun, sedikit kata2 hikmat buat Astro dari bekas pelanggan- astro-yg-setia, dengan kewujudan produk hebat sebegini, diharapkan Astro lebih peka dengan bayaran2 tersembunyi dan segala jenis yuran yang agak membebankan buat pelanggan2 Astro diluar Bandar..mereka bukannya nak sangat melanggan Astro sebenarnya tapi terpaksa melanggan kerana inginkan kualiti gambar..
maklumlah! duduk kampong yg kiri-kanan pokok petai dgn pokok durian bersimpang siur, signal pun segan nak masuk rumah.. :P
Diharapkan Astro tak mengejar keuntungan semata2, penambahbaikan dan kadar harga biarlah seiring dan tidak membebankan...tak salah membayar lebih tapi biarlah ada win-win situation..
Jadi, apa tunggu lagi?? Bertukarlah kepada Astro b’yond PVR sekarang jugak! (^__^)”

Kalau dulu Macam2 ada..tapi sekarang up sikit!

Dengan Astro b.yond PVR Semua Pun Boleh!

Sekadar gambar hiasan.mereka bukan pekerja Astro. (^__^)” tapi kalau betul pun takde sape yg tau..lalalalala
Tentang Penulis : MakDaraTerdiva,seorang Mama blogger yang happy go lucky. Banyak berkongsi kisah-kisah panas dan sensasi (just kidding) , pengalaman peribadi dan suka-duka seorang ibu. Kreatif dan suka coretan gambar berdialog di blognya. Jom singgah reramai http://bit.ly/aeCfIq ..

April 6, 2011

Astro B.yond HD atau PVR?


Apakah korang ingat lagi iklan yang anak beranak nih? Sumpah lawak! Especially bila part anak lelaki dia tak tahan nak pegi kucil kat jamban! Kann.. !

Okeh, ini namanya Astro B.yond PVR (Personal Video Record).

Sebelum tu Astro memang dah sedia ada Astro B.yond HD. Khas untuk pemilik-pemilik High Definition (HD) tv dan sekhufu dengan nya lah.. (Seyes, haku masih berangan nak memiliki Sony Bravia) . Rata-rata ramai yang setuju bila suscribe Astro B.yond HD nih, memang puas hati. Tengok cerita chef-chef dia tayang makanan (Lifestyle HD) makin membuak ko rasa lapar melihatkan melalui HDTV korang. Kalo ko tengok cerita bunuh-bunuh ke hantu-hantu ke, makin debor je ko rasa dengan sistem bunyi effect dah macam panggung wayang. Tibe-tibe je bole feeling Chucky Child’s Play duduk bertenggek kat atas sofa sebelah ko. HAHA. Tak tahu la kot memang umah ko berhantu ke hape kan!

Astro B.yond PVR. YE! Suatu pembaharuan! Napas baru kepada pemilik HD/LED TV (tetap kena ada tv beso-beso -_-“ )

Kalo dah namanya Personal Video Record, haruslah bole record kan!

Pandangan peribadi haku terhadap Astro B.yond PVR ni kan.. Ia sangat lah membantu untuk permasalahan seperti di bawah:

  1. Tak da lagi dah korang mengeluh terlepas siaran cerita feveret korang. Berebut tengok tv dengan anak / kakak / adik / abang (Kan dulu kes bergaduh adik beradik berebut remote sampai mati kena bunuh!)
  2. Tak da lagi dah korang skip kejap tengok AXN, sekejap tengok Starworld. Eh, lepas tu bukak channel lain, ralit pulak tengok Star Movie! Kendian korang patah balik bukak AXN nak check kot-kot iklan dah habes ke belom. Akhirnya cerita dalam ketiga-tiga channels ni ko x paham hujung pangkalnya kisah apa! (Kan??! Ngaku jela, Jahh!)
  3. Bila acu tang jiran kau bertandang nak mengadu domba kisah maid Indon dia lari dari rumah sekali dengan baju mahal dan barang kemas dia. Time tu pulak ko tengah syok-syok bergelimpangan laki-bini depan tv kan! Sebagai orang yang taksub dengan tv, memang haku paham sangat lah. Sama jugak lah kalo time tengok tv tu ada orang call, kan? Hayyoh!

Dan tagline Astro B.yond PVR ni adalah: TV. Your time. Your way. Dia ada 4 buttons ajaib: Record, Rewind, Pause, dan Play. Fungsi keempat-empat buttons ni ko bole automatically paham sendiri bila tengok video ads kat atas tuh! (Memang sampai sudah haku dok replay aje YouTube tuh! Sangat comel hokehh!) 
Manage lah channel Astro ikut sesuka hati korang selagi cerita-cerita yang korang record tu < 500GB. 500GB maksudnya sangat banyak bole record hokeh! Kira-kira bersamaan 100 jam untuk HD (High Definition) dan 290 jam untuk SD (Standard Definition).

Kalo dulu ada 5 channels aje untuk HD ni tapi sekarang dah upgrade kepada 12 channels. (Tetap rasa macam sikit, kan?)

Nak tahu details camne dan apa yang korang boleh dapat dengan Astro B.yond PVR nih, check sini: http://www.astro.com.my/byond/articles/art_3390.html#
 
Bagi haku sendiri yang pernah addicted dengan cerita-cerita Astro ni kan.. series cerita drama / movie / cerita-cerita dia sendiri banyak kali ditayang berulang-ulang. Selalu jugak lah haku bukak tv; “Alah, dah ulang dah cerita yang ini!”

Walaupun Astro ada super duper banyak channels tapi menjadi Qastalani, 3-4 channels je haku dok tengok: AXN, Star World, FOX, dan kadang-kadang DIVA Universal. Sesekali bukak lah NatGeo, History dan Discovery Channels. (Eh, TV3 , NTV 7, dan 8TV tak masuk list ke?? Memang terus dilupakan, hokeh! Sangat lupa daratan bila jumpa Astro nih! Hmmppfff! )

Jadi, dengan kes ulang tayang banyak-banyak kali ni, tak menjadi masalah besar untuk haku lah. Memang celah mana pun memang tetap dapat tengok cerita tuh. Walaupun tak tengok secara keseluruhan, tetap haku dapat pick up jalan ceritanya. Itu aje pun cukup dah.

Melainkan.. Kalo cerita dia dalam sebulan, 2 kali je ulang tayang. Haaa.. Memang menggelepor lah haku terpacak depan tv. Kalo terlepas tengok tu memang confirm lah ralat teramat-amat!

“Syarat utama untuk melanggan Astro B.yond, sila tukar tv kecik itu dahulu. Kalo tak, buek rugi ajo, Jangg!”

Dan jenis haku ni pulak, tak kesah lah tv jenis hape yang ada. HD ke.. SD ke.. Screen 40 inci ke, 16 inci ke. Asalkan haku bole tengok siaran kira Alhamdulillah la. Tapi sebenarnya sangat berbeza tau antara HDTV atau SDTV. Korang bole tengok perbezaannya di sini: http://beautifulnara.com/astro-b-yond-%E2%80%93-selamat-datang-ke-masa-depan-hiburan/

“Koman-koman kena ada TV macam ini”

(Abaikan keserepahan dan tong sampah di hall. Hmmppfff!)

Tapi kebanyakan orang yang letih penat bekerja dan mementingkan keseronokan serta kualiti menonton tv, Astro B.yond HD memang sesuai untuk korang. Lagi pulak sebenarnya HDTV tidak lah semahal mana kan? Makin lama makin banyak HDTV yang dijual murah!

Dengan pakej Astro B.yond HD korang hanya perlu tambah extra RM20 aje ke dalam bil bulanan korang, kan? Dan bila nak extra Astro B.yond PVR pulak, tambahkan lagi semaksimum RM10 kepada bil tersebut. Jadi kiranya, RM30/month untuk keseronokan berganda ketika menonton HDTV tidak lah semahal mana bagi rakyat Malaysia. Nak-nak pulak kalo isi rumah tu ada 5-6 orang ahli, memang Astro B.yond PVR ni adalah kemestian!

Cuma la kan.. Ada la 3 cadangan buat Astro.. Kalau:

- Bilangan channels HD tu ditambahkan, MESTI BEST!

- Ulang tayang yang banyak-banyak kali sehingga jenuh nak menonton dikurangkan ke tahap yang amat-amat kurang, memang ASTRO AKAN MENJADI PILIHAN PELANGGAN DENGAN LEBIH SENANG HATI! :: sekarang hanya Astro yang bermaharajalela, pengguna tiada pilihan lain ::

- “Service Currently Not Available” ketika musim hujan. HA HA HA. Dengan Astro B.yond dah tak da masalah ni kan??

Ha apa lagi.. Cepat-cepat la upgrade, nokks!

Tentang Penulis : Mama Qastalani , seorang ibu tunggal yang tabah dan telah berblogging lebih dari 3 tahun. Seorang tutor dan banyak berkongsi pengalaman peribadinya yang menarik. KaripapSayur nama blognya begitu menarik sekali.Ibu-ibu/bapa-bapa dan bakal ibu/bapa, blog ini sesuai untuk dijadikan contoh kecekalan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. Betulla kata pepatah "Tangan Yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia". Terimakasih dari Eyriqazz buat Mama Qastalani kerana sudi menjadi penulis jemputan di blog Eyriqazz ini.

March 25, 2011

Nokia E7 Review| Pandangan dari Miza Yusof/Guest Writer

Assalamualaikum. Hai! Saya Miza Yusof. Miza merupakan blogger jemputan di blog Eyriqazz.com yang dijemput untuk menceritakan pandangan peribadi tentang Nokia E7. 

Nokia E7

Seperti yang kita semua ketahui, baru-baru ini Nokia telah melancarkan telefon pintar atau “Smartphone” terbaru  iaitu model Nokia E7. Pasti ramai penggemar gadjet akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. Jika diperhatikan reka bentuk Nokia E7 seakan-akan menyerupai Nokia N8 namun pasti ada kelebihan masing-masing.

Antara kelainan Nokia E7 ialah rupa luaran/reka bentuknya yang seakan-akan menyerupai mini laptop. Ini juga sebagai salah satu alternatif peganti kepada laptop.

Pandangan peribadi tentang Nokia E7 ?


Pertama kali Miza memandang Nokia E7 terus jatuh cinta pandang pertama, “WOW”.  Kagum dan teruja melihat reka bentuknya yang seakan-akan laptop mini. Dari segi rupa luaran Nokia E7 sememangnya kelihatan seperti laptop mini namun sebenarnya Nokia E7 merupakan sebuah telefon pintar. Melalui pemerhatian Miza, reka bentuk Nokia E7 kelihatan sangat professional dan eksklusif.

Papan kekuncinya pula direka khas dengan butang penuh “full QWERTY”. Butang-butangnya juga kelihatan sangat lembut atau “soft keys”. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pengguna Nokia E7 sekiranya ingin menaip. Semestinya keselesaan diutamakan selain daripada aplikasi kemudahan skrin sentuh yang disediakan.

Saiz atau diameter Nokia E7 juga kelihatan sedikit tebal ini juga satu kelebihan sekianya dipegang. Saiznya yang tidak leper seperti sesetengah telefon bimbit yang lain, pasti memberikan kepuasan kepada pengguna semasa memegangnya.

Kelebihan dan kekurangan Nokia E7 pada pandangan Miza ?

Setiap benda ciptaan manusia pastinya tidak terlepas dengan kelebihan dan kekurangan sesuatu produk tersebut, begitu juga dengan Nokia E7. Nokia E7 tampil dengan ciri-ciri yang menarik. Antara kelebihan dan kekurangan Nokia E7 ialah:

Kelebihan:

 Sebagai peganti laptop. Reka bentuknya yang professional dan menyerupai laptop mini. Skrin bersaiz 4 inci yang mendongak pada sudut pandang yang semulajadi akan memberikan keselesaan sebenar kepada pengguna. Nokia E7 juga dilengkap dengan papan kekunci berbutang penuh “full QWERTY” yang akan memudahkan kerja-kerja menaip. Disamping itu juga butang-butang pada papan kekunci kelihatan lembut atau “soft keys”.

Nokia E7 dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel dengan zoom digital. Ini satu kelebihan dimana pengguna dapat merakam foto dan video yang berdefinisi tinggi (HD). Pakej penyambungan terus ke televisyen juga disediakan dengan menggunakan kabel HDMI.

Nokia E7 disediakan dengan perisian multimedia terkini dimana pengguna boleh melindungi data-data penting dengan F-Secure Anti-Theft

Kamera flash Nokia E7 boleh digunakan sebagai peganti kepada lampu suluh sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Nokia E7 flashlight – Cahayanya yang terang dan bersinar. Sebagai alternatif peganti lampau suluh.

Kekurangan Nokia E7:

Disebabkan Miza belum berpengalaman menggunakan Nokia E7, Miza sendiri belum pasti apa kekurangannya. Tapi berdasarkan kajian yang Miza buat dengan membaca beberapa ulasan tentang Nokia E7 ramai mengatakan menunya yang sedikit serabut, seringkali “hang” jika banyak aplikasi dibuka dalam sesuatu masa. Kekurangan Nokia E7 pada pandangan Miza pula ialah:


Memori dalaman yang tersedia 16gb,  malangnya tidak boleh ditambah. Penggunaan kad memori juga tidak disediakan. Sekiranya seseorang pengguna Nokia E7 yang suka merakamkan aksi bergambar atau rakaman video sebagai kenangan pastinya memori yang tersedia tidak mencukupi. Oh, ini agak mengecewakan.


Oleh kerana Nokia E7 merupakan telefon berkamera 8 megapiksel, mungkin reka bentuknya boleh ditingkatkan lagi dengan mereka penutup pada bahagian kamera. Ini juga penting untuk melindungi/menggelakkan kamera bercalar atau rosak dan sebagainya.


Nokia N79 dilengkapi dengan penutup kamera.

Nokia E7 tanpa penutup kamera

Antara 3 faktor utama yang boleh membuatkan Miza memilih Nokia E7 ini ?

1.      Operating Syatem (OS) Symbian ^3
Nokia E7 menggunakan OS Symbian ^3. Semestinya ini satu kelebihan dan juga tarikan kepada Miza untuk memilikinya.

Jika sebelum ini Miza hanya menggunakan telefon yang menggunakan Symbian OS Series 60., rasanya tak salah sekiranya Miza beralih kepada Nokia E7 yang menggunakan Symbian ^3.

Sejujurnya Miza teringin juga untuk merasai sendiri apa kelebihan dan perbezaan Symbian ^3 dengan Symbian OS Series6 60. Pasti banyak yang telah dipertingkatkan dalam Nokia E7.

  S   Saiz kamera 8 mp dan kualiti gambar.


iz  Saiz kamera juga memainkan peranan penting dan kualiti gambar yang dihasilkan juga amat dititkberatkan sekiranya kita jenis yang suka bergambar dan belum mampu untuk memiliki kamera DSLR.

Ji   Jika sebelum ini Miza hanya menggunakan telefon berkamera 3.2 mp kini Nokia E7 menawarkan kamera bersaiz 8 mp. Semestinya gambar yang terhasil daripada Nokia E7 akan berjaya membuat Miza tersenyum lebar.

 Kelebihan untuk Miza jika menggunakan Nokia E7, sekiranya tidak puas dengan paparan skrin bersaiz 4 inci, Miza boleh membuat penyambungan terus ke televisyen dan menyaksikan segala rakaman foto dan video yang berjaya direkodkan.

Kualiti gambar diambil tanpa menggunakan flash
Kualiti gambar diambil dengan menggunakan flash

3.      Reka bentuk yang menyerupai mini laptop
Yaa, pertama kali melihat Nokia E7, Miza terus jatuh cinta pandang pertama. Jika sebelum ini Miza melayari laman sosial sambil memegang telefon bimbit, namun dengan Nokia E7, Miza boleh letakkan diatas meja atau dimana-mana saja.

Paparan skrin bersaiz 4 inci direka dengan skrin yang mendongak pada sudut pandang semulajadi akan memberikan keselesaan kepada pengguna.

Pandangan Miza tentang Nokia E7 ?


Selepas membaca ulasan-ulasan tentang Nokia E7, ternyata Nokia E7 banyak kelebihan dan kekurangannya. Terpulang pada diri kita sendiri bagaiman untuk menilainya.

Pada pandangan Miza, Nokia E7 merupakan telefon pintar 2 dalam 1. Ianya direka khas untuk pengguna yang mementingkan kecanggihan dan reka bentuk telefon pintar pada masa kini.

Seperti apa yang Miza katakan, Nokia E7 direka yang mana bentuk luarannya seakan-akan laptop mini. Ini salah satu daya tarikan Nokia E7. Ianya juga dilengkapi dengan skrin sentuh dan juga papan kekunci berbutang penuh “full QWERTY”.

Disini juga Nokia E7 memberikan kemudahan kepada para pengguna untuk memudahkan proses membalas email, melayari internet dan sebagainya.

Tak tumbuh tak melata, tak suruh Miza tak kata, kesimpulannya Miza suka dengan ciri-ciri telefon pintar Nokia E7 yang menggunakan kelainan daripada segi sistem operasi Symbian ^3. Dari segi kamera pula ianya hasilnya merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan bagi seseorang yang gila bergambar macam Miza. Jika berpeluang, insyaAllah pasti Nokia E7 juga akan menjadi milik Miza.

Tentang Penulis : Miza Yusof, seorang blogger baru yang semakin meningkat naik. Rajin join Contest, rajin mengomen dan semakin menampakkan potensi dalam menulis. 
Related Posts with Thumbnails