Showing posts with label nokia e7 review. Show all posts
Showing posts with label nokia e7 review. Show all posts

April 1, 2011

Nokia E7 Menjadi Milkku Akhirnya|Thanks Maxis10


Hari ini menerima berita gembira. Check e-mail pukul 12malam+, terima e-mail dari Maxis10. Alhamdulillah, Maxis10 Nokia E7 Review dari saya diterima baik oleh pihak Maxis dan sebagai ganjarannya selepas tempoh 2 minggu berakhir,Nokia E7 ini menjadi milik saya. Alhamdulillah, rezeki berblogging.

Jutaan terimakasih buat Maxis especially buat April Yim dan Fiona kerana memilih saya sebagai salah seorang Maxis 10 Nokia E7 Reviewer . Juga kepada Miza Yusof yang telah menjadi penulis jemputan review Nokia E7 ini di blog saya. Akhirnya buat pembaca blog eyriqazz, tanpa sokongan anda, ianya tentu tidak akan menjadi kenyataan. InsyaAllah, akan saya kongsi-kongsikan rezeki nanti.

Kepada yang belum mencuba, boleh mencuba nasib menjadi reviewer di Maxis10 : http://apps.facebook.com/maxis_ten/ . Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Ada kelapangan nanti saya kongsikan tips untuk increase ur chance to be selected as one of the reviewer for Maxis10.

Nokia E7 Menjadi Milkku Akhirnya
Saya teruja saya gembira
Thanks Maxis10 dari saya
Teruskan program ini, program yang amat berjaya

March 26, 2011

Pandangan Saya tentang Maxis10 Reviewers Programme


First of all, jutaan terimakasih buat Maxis especially buat April Yim dan Fiona kerana memilih saya sebagai salah seorang Maxis 10 Nokia E7 Reviewer . Satu pengalaman yang amat berharga sebagai seorang blogger yang boleh dikatakan masih baru dengan dunia Smartphone ini. 

Overall, program Maxis10 ini adalah satu inisitif yang amat bagus dan patut diberikan pujian kerana ianya memberikan peluang buat bloggers especially merasai sendiri review smartphone/gadget dalam tempoh yang diberikan. 

Ditambah pula, No strings attached, means review adalah bebas dan pujian, kritikan, kelebihan,kekurangan dan apa saja bebas dilontarkan. Jadi bloggers tidak terikat dan akan ada reward iatu Smartphone/gadget itu akan menjadi milik reviewer sekiranya review yang diberikan memuaskan dan menepati citarasa. Setakat ini, boleh dikatakan semua reviewer membawa pulang Smartphone/Gadget itu yang bernilai Ribuan ringgit, antaranya IPhone 4, Blackberry Torch, Nokia N8 dan pelbagai lagi. 

Minggu ini, genap 2 minggu tempoh review program saya, jadi saya ingin membuat cadangan tentang Program Maxis10 ini :

Suggestion/Cadangan

1) Tempoh review mungkin boleh dipanjangkan i.e. 3 minggu. 2 minggu rasanya terlalu singkat especially for us yang bekerja full time dan bekeluarga. 

2) Selection of Reviewer - Saya perhatikan most reviewer yang dipilih adalah blogger yang menulis tentang gadget/technology. Mungkin boleh dipelbagaikan lagi coz on technical term/specification of product/ users can google it online. Myself, saya lebih teruja membaca review dari pengguna baru, dan hand on experience. Most people don't understand much on technical jargon, jadi selection yang lebih pelbagai akan membolehkan pembaca selesa dan memahami tentang sesuatu produk itu.


3) Survey/Application Form http://www.surveymonkey.com/s/Maxis10BBT

Antara main point yang perlu ditulis adalah Unique Visitors, aktif di Social Media, Write a short paragraph on why you consider yourself influential. Suggestion mungkin selain dari form ini, bolehla meminta blogger buat satu entry di blog sendiri kenapa mahu terpilih dalam program ini . Selain dapat create "More Buzz" , gaya penulisan, kreativiti dapat dinilai dalam membuat pilihan .

4) Special Website on Maxis10 reviewer program
- Currently compilation/review on it diletakkan di http://apps.facebook.com/maxis_ten/ , integrated dengan Facebook. Umm, apa yang saya perhatikan, loading page/website ini agak perlahan jika dibandingkan dengan Facebook sendiri. Tidak pasti adakah ianya kerana My Broadband Connection? Website lain ok ,apa pula pengalaman anda?. Agak sayang kerana bila slow ni, biasanya pembaca akan close/tekan X dan tidak dapat membaca review yang lain tentang sesuatu produk untuk membuat penilaian sendiri.

5) More Reviewers if Possible
- The more, the merrier kan? Sebabnya semakin ramai yang berminat untuk jadi reviewers+More Buzz+lebih banyak idea,review,feedback yang dilontarkan. In turn, ianya akan menjadi win-win situation for both Maxis, Reviewer, dan Pengeluar Gadget itu. 

6) Tips/Tricks to become Reviewers
- Mungkin Maxis 10 boleh kasi sedikit tips apa yang diperlukan untuk terpilih sebagai reviewers. Myself, apply 3-4 kali juga sebelum terpilih. Feedback yang saya terima dari wakil Maxis dan juga rakan-rakan yang pernah jadi reviewers adalah Keunikan sesuatu blog, Visitors, gaya penulisan, niche blog, dan pelbagai lagi. Nanti kalau sempat saya buat satu entry pandangan peribadi berkenaan Tips untuk terpilih Sebagai Reviewers.

Maxis 10 Reviewers Programme menarik dan menguja
Peluang buat bloggers review produk yang mempesona
Teruskan ia, satu program yang berjaya
Best of Luck dan Terimakasih dari Saya

Orang Berbudi Kita Berbahasa
Orang Memberi Kita Merasa
Tak salah ada Wish, tuah manusia siapa yang menduga
Oh, alangkah indah kalau berpeluang Review Iphone 5 di masa hadapan pula

P/s : Umm, kalau dapat menang IPAD 2 , best juga kan?


P/s/s : Apa pula pandangan anda tentang Maxis10 Reviewers Programme?

March 25, 2011

Nokia E7 Review| Pandangan dari Miza Yusof/Guest Writer

Assalamualaikum. Hai! Saya Miza Yusof. Miza merupakan blogger jemputan di blog Eyriqazz.com yang dijemput untuk menceritakan pandangan peribadi tentang Nokia E7. 

Nokia E7

Seperti yang kita semua ketahui, baru-baru ini Nokia telah melancarkan telefon pintar atau “Smartphone” terbaru  iaitu model Nokia E7. Pasti ramai penggemar gadjet akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. Jika diperhatikan reka bentuk Nokia E7 seakan-akan menyerupai Nokia N8 namun pasti ada kelebihan masing-masing.

Antara kelainan Nokia E7 ialah rupa luaran/reka bentuknya yang seakan-akan menyerupai mini laptop. Ini juga sebagai salah satu alternatif peganti kepada laptop.

Pandangan peribadi tentang Nokia E7 ?


Pertama kali Miza memandang Nokia E7 terus jatuh cinta pandang pertama, “WOW”.  Kagum dan teruja melihat reka bentuknya yang seakan-akan laptop mini. Dari segi rupa luaran Nokia E7 sememangnya kelihatan seperti laptop mini namun sebenarnya Nokia E7 merupakan sebuah telefon pintar. Melalui pemerhatian Miza, reka bentuk Nokia E7 kelihatan sangat professional dan eksklusif.

Papan kekuncinya pula direka khas dengan butang penuh “full QWERTY”. Butang-butangnya juga kelihatan sangat lembut atau “soft keys”. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pengguna Nokia E7 sekiranya ingin menaip. Semestinya keselesaan diutamakan selain daripada aplikasi kemudahan skrin sentuh yang disediakan.

Saiz atau diameter Nokia E7 juga kelihatan sedikit tebal ini juga satu kelebihan sekianya dipegang. Saiznya yang tidak leper seperti sesetengah telefon bimbit yang lain, pasti memberikan kepuasan kepada pengguna semasa memegangnya.

Kelebihan dan kekurangan Nokia E7 pada pandangan Miza ?

Setiap benda ciptaan manusia pastinya tidak terlepas dengan kelebihan dan kekurangan sesuatu produk tersebut, begitu juga dengan Nokia E7. Nokia E7 tampil dengan ciri-ciri yang menarik. Antara kelebihan dan kekurangan Nokia E7 ialah:

Kelebihan:

 Sebagai peganti laptop. Reka bentuknya yang professional dan menyerupai laptop mini. Skrin bersaiz 4 inci yang mendongak pada sudut pandang yang semulajadi akan memberikan keselesaan sebenar kepada pengguna. Nokia E7 juga dilengkap dengan papan kekunci berbutang penuh “full QWERTY” yang akan memudahkan kerja-kerja menaip. Disamping itu juga butang-butang pada papan kekunci kelihatan lembut atau “soft keys”.

Nokia E7 dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel dengan zoom digital. Ini satu kelebihan dimana pengguna dapat merakam foto dan video yang berdefinisi tinggi (HD). Pakej penyambungan terus ke televisyen juga disediakan dengan menggunakan kabel HDMI.

Nokia E7 disediakan dengan perisian multimedia terkini dimana pengguna boleh melindungi data-data penting dengan F-Secure Anti-Theft

Kamera flash Nokia E7 boleh digunakan sebagai peganti kepada lampu suluh sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Nokia E7 flashlight – Cahayanya yang terang dan bersinar. Sebagai alternatif peganti lampau suluh.

Kekurangan Nokia E7:

Disebabkan Miza belum berpengalaman menggunakan Nokia E7, Miza sendiri belum pasti apa kekurangannya. Tapi berdasarkan kajian yang Miza buat dengan membaca beberapa ulasan tentang Nokia E7 ramai mengatakan menunya yang sedikit serabut, seringkali “hang” jika banyak aplikasi dibuka dalam sesuatu masa. Kekurangan Nokia E7 pada pandangan Miza pula ialah:


Memori dalaman yang tersedia 16gb,  malangnya tidak boleh ditambah. Penggunaan kad memori juga tidak disediakan. Sekiranya seseorang pengguna Nokia E7 yang suka merakamkan aksi bergambar atau rakaman video sebagai kenangan pastinya memori yang tersedia tidak mencukupi. Oh, ini agak mengecewakan.


Oleh kerana Nokia E7 merupakan telefon berkamera 8 megapiksel, mungkin reka bentuknya boleh ditingkatkan lagi dengan mereka penutup pada bahagian kamera. Ini juga penting untuk melindungi/menggelakkan kamera bercalar atau rosak dan sebagainya.


Nokia N79 dilengkapi dengan penutup kamera.

Nokia E7 tanpa penutup kamera

Antara 3 faktor utama yang boleh membuatkan Miza memilih Nokia E7 ini ?

1.      Operating Syatem (OS) Symbian ^3
Nokia E7 menggunakan OS Symbian ^3. Semestinya ini satu kelebihan dan juga tarikan kepada Miza untuk memilikinya.

Jika sebelum ini Miza hanya menggunakan telefon yang menggunakan Symbian OS Series 60., rasanya tak salah sekiranya Miza beralih kepada Nokia E7 yang menggunakan Symbian ^3.

Sejujurnya Miza teringin juga untuk merasai sendiri apa kelebihan dan perbezaan Symbian ^3 dengan Symbian OS Series6 60. Pasti banyak yang telah dipertingkatkan dalam Nokia E7.

  S   Saiz kamera 8 mp dan kualiti gambar.


iz  Saiz kamera juga memainkan peranan penting dan kualiti gambar yang dihasilkan juga amat dititkberatkan sekiranya kita jenis yang suka bergambar dan belum mampu untuk memiliki kamera DSLR.

Ji   Jika sebelum ini Miza hanya menggunakan telefon berkamera 3.2 mp kini Nokia E7 menawarkan kamera bersaiz 8 mp. Semestinya gambar yang terhasil daripada Nokia E7 akan berjaya membuat Miza tersenyum lebar.

 Kelebihan untuk Miza jika menggunakan Nokia E7, sekiranya tidak puas dengan paparan skrin bersaiz 4 inci, Miza boleh membuat penyambungan terus ke televisyen dan menyaksikan segala rakaman foto dan video yang berjaya direkodkan.

Kualiti gambar diambil tanpa menggunakan flash
Kualiti gambar diambil dengan menggunakan flash

3.      Reka bentuk yang menyerupai mini laptop
Yaa, pertama kali melihat Nokia E7, Miza terus jatuh cinta pandang pertama. Jika sebelum ini Miza melayari laman sosial sambil memegang telefon bimbit, namun dengan Nokia E7, Miza boleh letakkan diatas meja atau dimana-mana saja.

Paparan skrin bersaiz 4 inci direka dengan skrin yang mendongak pada sudut pandang semulajadi akan memberikan keselesaan kepada pengguna.

Pandangan Miza tentang Nokia E7 ?


Selepas membaca ulasan-ulasan tentang Nokia E7, ternyata Nokia E7 banyak kelebihan dan kekurangannya. Terpulang pada diri kita sendiri bagaiman untuk menilainya.

Pada pandangan Miza, Nokia E7 merupakan telefon pintar 2 dalam 1. Ianya direka khas untuk pengguna yang mementingkan kecanggihan dan reka bentuk telefon pintar pada masa kini.

Seperti apa yang Miza katakan, Nokia E7 direka yang mana bentuk luarannya seakan-akan laptop mini. Ini salah satu daya tarikan Nokia E7. Ianya juga dilengkapi dengan skrin sentuh dan juga papan kekunci berbutang penuh “full QWERTY”.

Disini juga Nokia E7 memberikan kemudahan kepada para pengguna untuk memudahkan proses membalas email, melayari internet dan sebagainya.

Tak tumbuh tak melata, tak suruh Miza tak kata, kesimpulannya Miza suka dengan ciri-ciri telefon pintar Nokia E7 yang menggunakan kelainan daripada segi sistem operasi Symbian ^3. Dari segi kamera pula ianya hasilnya merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan bagi seseorang yang gila bergambar macam Miza. Jika berpeluang, insyaAllah pasti Nokia E7 juga akan menjadi milik Miza.

Tentang Penulis : Miza Yusof, seorang blogger baru yang semakin meningkat naik. Rajin join Contest, rajin mengomen dan semakin menampakkan potensi dalam menulis. 

My 9 to 5 With Nokia E7

Umm,agak pening juga mula-mula mahu menulis entry ini. Tambah-tambah lagi bila kena letak video. One of my weakness ialah saya tidak begitu pandai dalam editing the video (Newbie in video editing). Plus masa yang mencemburui ditambah pula my "Editing Video" software iaitu Pinnacle Studio buat hal pula. Nak install kembali, CD pula entah simpan di mana. So, video dibuat without further editing/touch up/tambahkan ayat etc. Maafkan dari saya namun saya akan tambah ayatnya di entry ini.

Well, My 9 to 5 with Nokia E7. Nokia E7 ini mostly the target users adalah golongan Profesional/pekerja di pejabat i.e. cam sayalah (banker ke teacher?hik3...). Polisi syarikat membataskan saya mengambil video/gambar di dalam pejabat, jadi saya rakamkan di waktu malam ,some of the feature yang saya gunakan ketika my 9-5 or lebih tepat lagi, my 8-6pm (including bfast as well). Inilah video saya :


Details/Description :

1) 8-830 pagi - Kebiasaanya, breakfast di Cafeteria di Pejabat. Sambil breakfast :

- Surf internet especially news I.e. The Star, perkembangan terkini (Ohh, kecoh Isu Video Seks Pemimpin Pembangkang tu ya? )

-Check to do list/Calendar for this week. Bagusla Nokia E7 ni, mudah saya nak letakkan my main to do list di Main Screen, so bolehla semak aktiviti minggu ini yang penting i.e meeting, Bayar bil, wife kursus etc.

-Check email. umm, auto push to my phone.So mudahla nak semak email. Apa yang lebih saya suka, ianya boleh baca/open applikasi seperti Microsoft Office,PDF word etc...Microsoft word download n open dalam bentuk Quickword. So, alertla juga latest email sebelum memulakan kerja kan?

2)830pagi - 6petang (Ofis time)
Umm, bekerja di pejabat, takdela boleh guna phone sepanjang masa kan? But it help me a lot especially on certain applikasi i.e Office part yang terdapat pada Nokia E7 :

- Calculator. Namapun banker. Kenalah guna calculator. Hik3, kadang-kadang tersilap letak calculator, so boleh gunakan phone ni as a back up calculator. Umm, most phone ada calculator kan?

- Dictionary - Yiezaa, Selain dictionary bolehla semak di handset apabila kurang pasti tentang maksud sesuatu perkataan. Penerangannya pun mudah, senang difahami.

Selain tu, time lunch, bolehla snap gambar menarik untuk diupdatekan di blog di malam hari, i.e. Makanan yang best dimakan time lunch. Rasa malu la pulak kalau bawa kamera pi lunch kan? Dengan kualiti kamera Nokia E7, yiezaa, killing 2 birds with one Stone. Means dpt tangkap gambar n boleh update more entry.


Oh, Check this Cool Video too :



Overall, saya rasa ini antara phone yang sesuai untuk golongan yang bekerja di pejabat. Selain nampak lebih profesional, banyak applikasi yang berguna boleh digunakan di pejabat. So, menjimatkan masa, lebih produktif, means kualiti kerja dapat ditingkatkan, tak gitu?

March 24, 2011

Kelemahan dan Kekurangan Nokia E7


Entry Nokia E7 Review saya sebelum ini banyak berkongsi tentang kelebihan dan keunikan phone ini. Tidak adil rasanya jika saya tidak berkongsi tentang kelemahan dan kekurangan Nokia E7 ini. Inilah kelemahan dan kekurangan Nokia E7 pada pandangan saya yang masih baru dalam dunia Smartphone ini :

1) At first, slidingnya agak susah untuk dibuka/ditolak. Namun,along the way, alah bisa, tegal biasa.Almost 2 weeks menggunakannya, ia bukan lagi menjadi masalah.

2) Internet access. Jika dibandingkan dengan iPhone 4, access ke internet menggunakan wifi,broadband etc, ianya lebih perlahan. Apapun, ianya turut bergantung kepada kelajuaan wifi itu sendiri juga. Well,pandangan peribadi, masih memuaskan hati.

3)Sometimes ianya Hang apabila terlalu banyak applikasi dibuka. Along the way, masalah ini semakin kurang dialami. Mungkin ianya perlukan adaptasikan dulu kot?

4) Tak dapat menggunakan Nokia Ovi Map sekiranya tiada internet connection + sometimes it take too long to detect GPS ( perbetulkan sekiranya saya silap), i still found it is easier menggunakan Normal GPS. Anyway, i need to explore it more, dengar khabar Nokia Ovi Map ni reliable dan not bad juga.

5) Interface - Mula-mula agak keliru dan confius dengan interfacenya. Kat mana nak check application, katne nak buat panggilan, which part nak tengok gambar n etc.For people yang biasa menggunakan phone Nokia, tiada masalah sangat rasanya..Along the way, bila dah biasa menggunakannya u will know where to look at.

6) Bateri life - Umm,normalla kan? Especially kalau access internet, bertweet, ambil gambar dan aktif menggunakan phone ini, bateri memang cepat abis. Lagi byk applikasi digunakan,lagi cepatla baterinya 'kong'. Apapun, comparing to iPhone 4, kuasa bateri Nokia E7 lebih tahan lama.

7) Wifi/WLAN - Umm, still wondering how to turn off the wifi. Usually, ianya akan auto connect dan bila connection wifi tu kurang memuaskan/to turn back to normal broadband connection i.e. using Maxis Line, unable to do it. Any suggestion on it?

Anyhow, pandangan peribadi Kelebihan > kekurangan untuk Nokia E7 ni. Tepuk dada,tanya selera, kan?

March 23, 2011

FAQs on Nokia E7

FAQs on Nokia E7

Ini antara soalan-soalan yang diajukan oleh pembaca blog eyriqazz.com berkenaan Nokia E7 beserta jawapan dari eyriqazz ( Jika ada yang tersalah, tolong perbetulkan ya? ) :


 
1) warghhhhhhhhhh smart gile nokia e7. lebih stylo 2..adoi.. btw bro, nokia ne kualiti gambar n video dia cemane yer?ingat nk bertukar lg.. :) -Darkbatman-
Jawapan :  Kualiti gambar dan videonya memang memuaskan bagi saya. Untuk menilai sendiri, bolehla terjahi entry INI : Nokia E7 Review |Kualiti Gambar dan Video

2) NOKIA OVI STORE TU APE YER?TAK TAHU SGT FUNGSI DIA.. - Zuhaiza-
Jawapan : Nokia Ovi Store ni khas buat pengguna Nokia yang membolehkan user download applications, games, map, dan pelbagai lagi. Some are free, some kena bayar. More info terjahi SINI

3)btw kamera berapa pix ye?? -yanmie-
Jawapan : Kamera ini specificationnya : 8MP Camera and HD Video

4) ko cari kelemahan dan kekurangan yek.... - Sumijelly-
Jawapan : Saya akan buat satu entry pasal ini nanti ye Sumi...

5) henpon ni...os die ape ye?symbian ke maemo ke android(uuuuuuuuu...)? - alongxp-
Jawapan : Operating systemnya Powered by Symbianˆ3


6) ada function tuk receive fax tak? - Mama Yatie-
Jawapan : Rasanya tiada.


7) Apa yang istimewa tentang Nokia E7 berbanding Nokia N95? - yangbaik-
Jawapan: Oh, susah nak jawab tu. Saya tidak pernah menggunakan Nokia N95. Apapun, untuk perbandingan boleh terjahi Link INI dan comparekan ia.

8) berapa harge henfon ni ye? -Myaby-
Jawapan : Retail price around RM1,995. For Maxis Plan with contract around RM1,499-RM1,799. More info HERE

9) bro, processing time dia laju ke lambat? sbb kdg2 bila aku smartphone nokia ni, jari jemari ku lagi laju drp penampilan huruf-huruf di skrin.. -JMR-
Jawapan :Processing in term of menaip ke? Kalau menaip ikut kelajuan tangan. Alah bisa, tegal biasa. In term of internet connection depend on package u are using i.e. wifi,broadband,etc.

10) handphone ni guna symbian 0S ker? version bape -apisv2-
Jawapan :Yup, Powered by Symbianˆ3


11) ni henfon ke?.. hehe..nampak macam mini laptop je.. soalan pastinya tentang camera.. dah ada dalam list tu.. -nur-
Jawapan:Yup, ini handphone. Tapi bila saya bawa jalan-jalan ramai yang ingat mini lappy.Cool...Tentang kamera boleh terjahi review saya sebelum ini Nokia E7 Review |Kualiti Gambar dan Video . Featurenya terjah SINI

12) kalau dari pandangan kau mana lagi senang update blog..Nokia E7 atau iPhone 4? -Myvitrd-
Jawapan :In term of updating blog, Nokia E7 lagi mudah update blog coz dia ada QWERTY. Takla lenguh sangat tangan compare to touch screen.

13) cantik sangat, kualitinya memang bagus macam guna kamera dslr pulak... kiranya macam hp all in one, berbaloi baloi ngan harganya kan? huhuhu kalah Nokia N95 aye.. -yangbaik-
Jawapan:Yup, memang berbaloi-baloi. Fall in love with it.

14) Photo nya nice and the video too.. Bila record or selalu snap photo, macam mana dgn the battery life bro? - Bella Enveeus-
Jawapan : Lagi banyak applikasi yang dipakai, lagi cepatlah habis baterinya. In term of kualiti bateri, rasanya it much more better compare to iPhone 4.

15) not bad la kan? 8 megapixel... good enough 4 compact,klu zoom camne lak? -alongxp-
Jawapan :Kualiti zoomnya boleh tahan. Cuma, bila zoom kualiti gambarnya akan lebih berkurangan/kurang sharp. Apapun, still ok. Some of the picture yang saya ambil di entry Nokia E7 Review|Kualiti Gambar dan Video

(P.s: tak sempat nak linkkan semua, later on akan saya editkan dan letakkan link buat yang bertanya, thanks ya..)

Nokia E7 bagiku bagaikan gambar di atas (Cantik,Look Profesional, dan ramai mata yang menjeling-jeling/teruja sama)

Overall, tepuk dada tanya selera. Mana-mana phone yang dipilih tentu akan ada Pro & Cons nya. Pilih yang bersesuaian ngan citarasa. Umm, personally both me & Wife love this phone. SIap wifey cakap,kalau abang nak beli phone baru nanti-nanti, Nokia E7 ni kasi kat sayang kalau Papa dapat phone ni .

Hopefully, menjawab persoalan. Kalau ada silap, silala teguri ya?

March 18, 2011

Nokia E7 Review | Kualiti Gambar dan Video

Nokia E7 Review kali ini ingin berkongsi kualiti gambar dan video yang diambil. No editing, just kecilkan saiz gambar jadi anda boleh menilainya sendiri kualiti gambar yang diambil dengan Nokia E7 ini ( 8 megapixel camera + MORE ) :


Mandi Manda di Sunway Lagoon
Terpukau dengan Air Terjun Buatan
Oh, Really Love this Picture..Ayu nya anak Papa
Like Mother, Like Daughter
Gambar Malam diambil dengan Flash...Not Bad..
Pemandangan Malam
French Macarons
Video bersama Nokia E7 di Sunway Lagoon. Saiz lebih kurang 100MB dan mengambil masa lebih kurang 30 minit+ untuk diuploadkan di Youtube dengan Streamyx Combo 

So far, saya berpuas hati dengan kualitinya gambar dan video yang diambil menggunakan Nokia E7. Sebagai blogger tegar dan pekerja full time, bolehla gunakan kemudahan kamera ini bagi memudahkan aksi bergambar dan merakamkan detik-detik menarik. Banyak gambar menarik yang saya ambil dan gunakannya untuk blog saya ini.

P/s : Apa pandangan anda tentang kualiti gambar/video Nokia E7 ini dari gambar/video di atas?

March 13, 2011

Nokia E7 Review|Other Reviewers Feedback

Jom terjah apa yang menarik/kata reviewers yang lain tentang Nokia E7   Maxis10 :


Obefiend - Nokia and Me ( Credit Picture to Obefiend )

What more I can say? Obefiend pengguna setia Nokia phone. Love the way, dia menceritakan sejarah dia bersama Nokia Phone. Myself, all the phones that i bought is Nokia Phone. My Current Phone, LG Cookies Fresh i got it via Lucky draw. Read more of his story HERE
HanieHidayah - The Introduction  (Credit Picture to HanieHidayah)

Suka cara dia membuat review dan kategorikan dari segi "The Look, The Feel, The Friendliness, The Internet, The Fun and The Ugly" . Perspektif dari seorang yang agak berpengalaman di dalam Smartphones. Read more of her story HERE
Joegrimjow - Perkara Paling Cool Nokia E7 Boleh Buat (Credit Picture to Joegrimjow)

Cool, especially for gamers dan juga melihat video yang sudah diambil di TV. tak perlula nak transferkan dulu mana-mana untuk melihatnya.Read More HERE

Mr Piratz  - Spesifikasi Teknikal Nokia E7 (Credit Picture to Mr Piratz )

Aspek teknikal pun perlu dititikberatkan dalam pemilihan handphone. Pandangan peribadi, lain padang lain belalang,lain orang, lain kriteria yang mereka sukakan. Apapun, usually teknikal part antara yang paling dititikberatkan.

Yieza, this is the beauty of Maxis 10 Reviewers Programme. Kita boleh membaca dari pelbagai perspektif reviewer. Teknikal, Newbie(like me), Cool feature, not so cool feature. Hey, the more the merrier kan? Kepelbagaian inilah yang membuatkan pembaca boleh membuat pilihan dengan lebih berkesan, tak gitu?

March 12, 2011

update blog via nokia e7

di hotel pyramid tower,sunway. So far,so good.tadi baru balik dari keenduri kahwin. Minggu depan plan nak pi bercuti di melaka.nak pekena umbai lagi.umm,letih juga tgn update blog guna smartphone ni..better than never kan,plus i can update it anytime i like....

Ceriakan Malam Jumaat Anda Dengan Nokia E7

Apa Yang Bersinar di bilik tidur itu?
Semakin Bersinar
Terangnya/Pedih mata tgk direct

Yiezaa, Ceriakan Malam Jumaat Anda Dengan Nokia E7

One of the Coolest feature that I Like About Nokia E7 is the camera flash can be used as a flashlight. Yup, selain boleh menceriakan malam jumaat anda (just kidding) ianya berguna :

1) Bila blackout. Tak perlula sibuk2 mencari lampu suluh 
2) Emergency bila driving,camping, or di tempat gelap. I.e. bagi ibu/bapa yang bangun malam2 nak buatkan susu untuk anak.

3) Melambatkan dan melindungi diri. I.e. Pencuri (Yiezaa, flashlightnya memang terang n buat rasa annoying). That y dalam User Guide nya ada tulis "Do Not Shine the flashlight in anyone's eye). Rekomen to wanita bekerjaya yang selalu pulang lewat dari tempat kerja.
4) Enough said...tak banyak phone yang ada features sebegini

For Newbie like me di dunia Smartphone, feature ini antara daya penarik untuk saya.  Suasana yang lebih romantik bersama Nokia E7. Action speak for itself..Hik3...

P/s : Apa pula pandangan anda? Cool tak feature "Flashlight" ni?

Related Posts with Thumbnails