Showing posts with label pandangan saya. Show all posts
Showing posts with label pandangan saya. Show all posts

March 26, 2011

Pandangan Saya tentang Maxis10 Reviewers Programme


First of all, jutaan terimakasih buat Maxis especially buat April Yim dan Fiona kerana memilih saya sebagai salah seorang Maxis 10 Nokia E7 Reviewer . Satu pengalaman yang amat berharga sebagai seorang blogger yang boleh dikatakan masih baru dengan dunia Smartphone ini. 

Overall, program Maxis10 ini adalah satu inisitif yang amat bagus dan patut diberikan pujian kerana ianya memberikan peluang buat bloggers especially merasai sendiri review smartphone/gadget dalam tempoh yang diberikan. 

Ditambah pula, No strings attached, means review adalah bebas dan pujian, kritikan, kelebihan,kekurangan dan apa saja bebas dilontarkan. Jadi bloggers tidak terikat dan akan ada reward iatu Smartphone/gadget itu akan menjadi milik reviewer sekiranya review yang diberikan memuaskan dan menepati citarasa. Setakat ini, boleh dikatakan semua reviewer membawa pulang Smartphone/Gadget itu yang bernilai Ribuan ringgit, antaranya IPhone 4, Blackberry Torch, Nokia N8 dan pelbagai lagi. 

Minggu ini, genap 2 minggu tempoh review program saya, jadi saya ingin membuat cadangan tentang Program Maxis10 ini :

Suggestion/Cadangan

1) Tempoh review mungkin boleh dipanjangkan i.e. 3 minggu. 2 minggu rasanya terlalu singkat especially for us yang bekerja full time dan bekeluarga. 

2) Selection of Reviewer - Saya perhatikan most reviewer yang dipilih adalah blogger yang menulis tentang gadget/technology. Mungkin boleh dipelbagaikan lagi coz on technical term/specification of product/ users can google it online. Myself, saya lebih teruja membaca review dari pengguna baru, dan hand on experience. Most people don't understand much on technical jargon, jadi selection yang lebih pelbagai akan membolehkan pembaca selesa dan memahami tentang sesuatu produk itu.


3) Survey/Application Form http://www.surveymonkey.com/s/Maxis10BBT

Antara main point yang perlu ditulis adalah Unique Visitors, aktif di Social Media, Write a short paragraph on why you consider yourself influential. Suggestion mungkin selain dari form ini, bolehla meminta blogger buat satu entry di blog sendiri kenapa mahu terpilih dalam program ini . Selain dapat create "More Buzz" , gaya penulisan, kreativiti dapat dinilai dalam membuat pilihan .

4) Special Website on Maxis10 reviewer program
- Currently compilation/review on it diletakkan di http://apps.facebook.com/maxis_ten/ , integrated dengan Facebook. Umm, apa yang saya perhatikan, loading page/website ini agak perlahan jika dibandingkan dengan Facebook sendiri. Tidak pasti adakah ianya kerana My Broadband Connection? Website lain ok ,apa pula pengalaman anda?. Agak sayang kerana bila slow ni, biasanya pembaca akan close/tekan X dan tidak dapat membaca review yang lain tentang sesuatu produk untuk membuat penilaian sendiri.

5) More Reviewers if Possible
- The more, the merrier kan? Sebabnya semakin ramai yang berminat untuk jadi reviewers+More Buzz+lebih banyak idea,review,feedback yang dilontarkan. In turn, ianya akan menjadi win-win situation for both Maxis, Reviewer, dan Pengeluar Gadget itu. 

6) Tips/Tricks to become Reviewers
- Mungkin Maxis 10 boleh kasi sedikit tips apa yang diperlukan untuk terpilih sebagai reviewers. Myself, apply 3-4 kali juga sebelum terpilih. Feedback yang saya terima dari wakil Maxis dan juga rakan-rakan yang pernah jadi reviewers adalah Keunikan sesuatu blog, Visitors, gaya penulisan, niche blog, dan pelbagai lagi. Nanti kalau sempat saya buat satu entry pandangan peribadi berkenaan Tips untuk terpilih Sebagai Reviewers.

Maxis 10 Reviewers Programme menarik dan menguja
Peluang buat bloggers review produk yang mempesona
Teruskan ia, satu program yang berjaya
Best of Luck dan Terimakasih dari Saya

Orang Berbudi Kita Berbahasa
Orang Memberi Kita Merasa
Tak salah ada Wish, tuah manusia siapa yang menduga
Oh, alangkah indah kalau berpeluang Review Iphone 5 di masa hadapan pula

P/s : Umm, kalau dapat menang IPAD 2 , best juga kan?


P/s/s : Apa pula pandangan anda tentang Maxis10 Reviewers Programme?

September 14, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya | Pandangan Saya


Agak terperanjat, ketika berada di kampung ketika beraya dan temankan Isteri shopping di hari raya keempat , terbaca berita di Kosmo  Sosilawati, tiga lagi mati disah dibunuh . Cukup terkedu dan sedih di hari raya apabila membaca kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang lain. Kes ini turut menjadi bualan hangat saudara mara yang datang berkunjung ketika raya.

Balik KL, banyak entry pasal kes bunuh Datuk Sosilawati ini, dan ini antara kupasan/entry bloggers di luar sana yang sempat saya baca :



Pandangan saya sebagai seorang ketua keluarga, di manakah nilai kemanusiaan sehingga sanggup diseksa,dibunuh,dibakar dengan begitu kejam? Jenayah terancang? Entah berapa ramai lagi yang menjadi mangsa mereka agaknya. Tentu keluarga mangsa begitu sedih di atas kehilangan orang tersayang.

Jadi kaya pun bukannya mudah. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Dah senang pun , makin ramai yang tak senang dengan diri dan didengki sana dan sini. Memang kejam dan tidak berperikemanusian, rupanya, ketika Syaitan dirantai di bulan puasa, masih banyak Iblis bertopengkan manusia yang berkeliaran mencari mangsa.

Semakin hari, semakin tidak aman negara Malaysia ini. Belum lagi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerana wang dan harta, adik beradikpun sanggup berbunuhan kini. Semakin risau dalam membesarkan anak dan memegang amanah keluarga.

Semoga pihak yang bersalah menerima hukuman yang setimpal dan semoga pihak polis dan semua pihak bekerjasama dalam membendung kes jenayah yang semakin berleluasa.

P/s : Kes Bunuh, Kes Rogol, Kes Culik, Kes Penipuan semakin berleluasa. Apakah yang boleh kita lakukan bersama untuk membendung perkara ini? Cadang-cadangkan untuk kebaikan bersama. I Love My Family dan saya tidak mahu perkara sebegini menimpa keluarga tersayang. 

August 6, 2010

Nor Azita Osman Hina Johor | Pandangan Saya


Terbaca kisah ini di beberapa buat blog, Kisah Nor Azita Osman Hina Johor. Rasanya ramai yang dah tahu kisah ni kan, sampaikan Famous Amous  pun turut menjadi isunya. Kalau tak tahu bolehla refer entry [ INI , INI, dan juga INI ]

Kata orang, kerana mulut , badan binasa. Namun, bagi saya, dia sudah memohon maaf dan mungkin sudah menyesal dengan perbuatannya. Saya bukan mahu membelanya namun rasanya dia sudah cukup malu dengan apa yang dia lakukan dan sampaikan delete akaun Facebooknya. Rasanya lebih dari 100 blog yang membuat entry pasalnya dan mengutuknya.

Puasa dah nak dekat, elokla kita bermaaf-maafan kan? Saya tidak mengenali siapa Nor Azita Osman ini namun rasanya dia sudah menerima padah apa yang dilakukannya. Hampir satu Malaysia mengenalinya kini dan siap ada gambar lagi. Tentu dia pun tertekan dengan jiwa seorang wanita, ibu, dan Isteri. Yang salah tetap salah, tapi bagi saya Maafkanlah Dia. Maybe she already learn a lesson dan jenaka yang cuba dibuat olehnya bersama rakan-rakannya termakan diri sendiri.

Bermaaf-maafan sesama kita
Bulan Puasa bakal menjelma
Kita manusia hanyalah manusia biasa
Tidak lari dari melakukan kesilapan ,moga-moga Maaf yang dipinta Ikhlas dari hatinya


Saya suka JOHOR. Kredit Picture to Carl Samsudin

P/s : Saya sukakan Johor. Bandarnya yang tidak sibuk membuatkan saya jatuh Cinta walaupun baru pergi ke sana sekali. Namun sukakan keadaaan dan suasana. Ada juga part yang masih boleh diperbaiki lagi. Taknak komenla nanti saya pula yang kena serbu. Setiap tempat mesti ada daya tarikan tersendiri kan? Ambil yang jernih, buang yang keruh, itulah sebaiknya.

Dan saya sokong juga usaha seperti komuniti JOHO ini. Syabas saya ucapkan buat Carl Samsudin dan rakan-rakan di atas laman web yang memang bagus untuk mempromosikan dan memperkenalkan negeri Johor ini.

P/s/s :Adik ipar mungkin bakal beristerikan orang Johor. Yey, tahun depan dapat hantar rombongan ke Johor. Carl Samsudin, jangan lupa sediakan Carpet merah ya untuk kami? Hik3, gurau aje.

P/s/s/s : Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Moral of the Story : " Berhati-hati dalam meluahkan kata-kata, A lot of eyes and ears are watching"
Related Posts with Thumbnails