Showing posts with label kes bunuh. Show all posts
Showing posts with label kes bunuh. Show all posts

September 14, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya | Pandangan Saya


Agak terperanjat, ketika berada di kampung ketika beraya dan temankan Isteri shopping di hari raya keempat , terbaca berita di Kosmo  Sosilawati, tiga lagi mati disah dibunuh . Cukup terkedu dan sedih di hari raya apabila membaca kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang lain. Kes ini turut menjadi bualan hangat saudara mara yang datang berkunjung ketika raya.

Balik KL, banyak entry pasal kes bunuh Datuk Sosilawati ini, dan ini antara kupasan/entry bloggers di luar sana yang sempat saya baca :



Pandangan saya sebagai seorang ketua keluarga, di manakah nilai kemanusiaan sehingga sanggup diseksa,dibunuh,dibakar dengan begitu kejam? Jenayah terancang? Entah berapa ramai lagi yang menjadi mangsa mereka agaknya. Tentu keluarga mangsa begitu sedih di atas kehilangan orang tersayang.

Jadi kaya pun bukannya mudah. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Dah senang pun , makin ramai yang tak senang dengan diri dan didengki sana dan sini. Memang kejam dan tidak berperikemanusian, rupanya, ketika Syaitan dirantai di bulan puasa, masih banyak Iblis bertopengkan manusia yang berkeliaran mencari mangsa.

Semakin hari, semakin tidak aman negara Malaysia ini. Belum lagi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerana wang dan harta, adik beradikpun sanggup berbunuhan kini. Semakin risau dalam membesarkan anak dan memegang amanah keluarga.

Semoga pihak yang bersalah menerima hukuman yang setimpal dan semoga pihak polis dan semua pihak bekerjasama dalam membendung kes jenayah yang semakin berleluasa.

P/s : Kes Bunuh, Kes Rogol, Kes Culik, Kes Penipuan semakin berleluasa. Apakah yang boleh kita lakukan bersama untuk membendung perkara ini? Cadang-cadangkan untuk kebaikan bersama. I Love My Family dan saya tidak mahu perkara sebegini menimpa keluarga tersayang. 

August 4, 2010

Kes Bunuh,Bunuh Diri Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat | Pandangan Saya

Agak terperanjat juga bila harini tiba-tiba keyword "Siti Rohana Ismat" keluar dari histats keyword blogku. Pelik juga, tak buat pun entry ni. Godek punya godek, jumpalah, rupanya terkena tempias dari entry JARD : Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat Mati Ditembak dan dikategori ‘bunuh, bunuh diri’

Takziah diucapkan buat ahli keluarga Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat

Sedikit info dari The Malaysian Insider :

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.
Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri.

Kredit Picture to JARD

Pandangan saya yang memang tidak gemarkan politik ini, sukar untuk dikatakan sebab/Misteri kematian ini. Adakah betul bunuh/bunuh diri pun saya tidak dapat membuat andaian.

Dunia politik ini penuh teka teki yang sukar dirungkaikan dengan daya pemikiran orang seperti saya ini. Apa jua boleh terjadi di dalam politik dan saya pernah membaca Novel Sidney Sheldon/Jeffrey Archer, salah satu kata yang menarik hati saya " The Biggest Con in the World is Politics". Betulke?

 Sayapun tak pasti. Pengalaman peribadi saya membuatkan saya serik dan loya untuk masuk campur pasal politik ini. Contohnya negeri saya sendiri, Terengganu, salah satu negeri yang cukup sensasi dengan politik, sampaikan Menteri Besarpun...Opss...malasla nak cakap banyak, faham-fahamla..

Apapun, biarlah polis membuat siasatannya. Tentu ada sebab di sebalik sesuatu perkara/kejadiankan? Cuma sedih, dah dekat dengan bulan Puasa/Ramadhan dikejutkan dengan berita sebegini.

P/s : Doa-doakanlah kesejahteraan kepada yang telah pergi . Kita yang masih hidup, teruskan perjuangan dan perbaiki diri ini. Sayapun masih banyak yang perlu diperbaiki diri ini, cukup kagum dengan tatasusila dan budi pekerti Imam Muda.
Related Posts with Thumbnails