August 6, 2010

Nor Azita Osman Hina Johor | Pandangan Saya


Terbaca kisah ini di beberapa buat blog, Kisah Nor Azita Osman Hina Johor. Rasanya ramai yang dah tahu kisah ni kan, sampaikan Famous Amous  pun turut menjadi isunya. Kalau tak tahu bolehla refer entry [ INI , INI, dan juga INI ]

Kata orang, kerana mulut , badan binasa. Namun, bagi saya, dia sudah memohon maaf dan mungkin sudah menyesal dengan perbuatannya. Saya bukan mahu membelanya namun rasanya dia sudah cukup malu dengan apa yang dia lakukan dan sampaikan delete akaun Facebooknya. Rasanya lebih dari 100 blog yang membuat entry pasalnya dan mengutuknya.

Puasa dah nak dekat, elokla kita bermaaf-maafan kan? Saya tidak mengenali siapa Nor Azita Osman ini namun rasanya dia sudah menerima padah apa yang dilakukannya. Hampir satu Malaysia mengenalinya kini dan siap ada gambar lagi. Tentu dia pun tertekan dengan jiwa seorang wanita, ibu, dan Isteri. Yang salah tetap salah, tapi bagi saya Maafkanlah Dia. Maybe she already learn a lesson dan jenaka yang cuba dibuat olehnya bersama rakan-rakannya termakan diri sendiri.

Bermaaf-maafan sesama kita
Bulan Puasa bakal menjelma
Kita manusia hanyalah manusia biasa
Tidak lari dari melakukan kesilapan ,moga-moga Maaf yang dipinta Ikhlas dari hatinya


Saya suka JOHOR. Kredit Picture to Carl Samsudin

P/s : Saya sukakan Johor. Bandarnya yang tidak sibuk membuatkan saya jatuh Cinta walaupun baru pergi ke sana sekali. Namun sukakan keadaaan dan suasana. Ada juga part yang masih boleh diperbaiki lagi. Taknak komenla nanti saya pula yang kena serbu. Setiap tempat mesti ada daya tarikan tersendiri kan? Ambil yang jernih, buang yang keruh, itulah sebaiknya.

Dan saya sokong juga usaha seperti komuniti JOHO ini. Syabas saya ucapkan buat Carl Samsudin dan rakan-rakan di atas laman web yang memang bagus untuk mempromosikan dan memperkenalkan negeri Johor ini.

P/s/s :Adik ipar mungkin bakal beristerikan orang Johor. Yey, tahun depan dapat hantar rombongan ke Johor. Carl Samsudin, jangan lupa sediakan Carpet merah ya untuk kami? Hik3, gurau aje.

P/s/s/s : Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Moral of the Story : " Berhati-hati dalam meluahkan kata-kata, A lot of eyes and ears are watching"

50 comments:

  1. Kata-kata berdasarkan fakta
    palsu fakta. lokap jawabnya
    ekeke.
    mungkin puas yg menghina jhr itu ada konklusi bersama kekasihnya di jhr sehingakan hina jhr sebegitu sekali :)
    xpe2 dia dh terantuk tuh bermakna dh leh terima kenyataan dia dh terlajak kata.
    maafkan je :)


    New Entry Prof-Hariz
    Hampa Ingat Depa Tu Hamba ka?

    ReplyDelete
  2. taktau la. orang kita ni macam macam. orang yg tulis komen tu salah, orang yang buat pagefan tu salah dan orang yang komen perbuatan orang tu pun salah

    menyampah dah semua2 ni

    ReplyDelete
  3. ihik..
    tersama lak pemikiran kita post pasal ni dalam masa yg lebih kurang sama :)

    tu lah, bila kuar benda gini buat kita beringat, jaga2 dengan apa yg kita buat

    ReplyDelete
  4. uihhh tu la rasa nak ckp pape kene pikir banyak2 kali.jgn main lepas je.. ingat fb tu kite punye boleh ckp sesuka hati.. hmm itulah. kadg2 kita tak sedar pon apa kita ckp mngundang sensitiviti orang lain..

    ReplyDelete
  5. bahasa, sama ada percakapan atau penulisan kadang mewakili diri seseorang.. kalau dah menulis macam tu tak mustahil bercakap seharian pun macam tu juga.. apapun, kalau dah minta maaf, baguslah.. harap tak berulang..

    ReplyDelete
  6. ya. kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tulis di blog atau facebook. maafkan beliau. Beliau juga nampak awet muda. hehehe

    p/s: aku tak kenal menatang ape itu famous amous?? uhuk2. hinanya guek...

    ReplyDelete
  7. dia pun tak sedar kot kata2 dia tu boleh jadi kontroversi..maafkan jelah dia..

    ReplyDelete
  8. Betul Tu... Puasa Dah Dekat, Tak Elok Berdendam.... Peace No War

    ReplyDelete
  9. kesian die kan... tapi lepas ni ramai yg akan lebih hati2 bile taip status / komen kat fb :)

    ReplyDelete
  10. Bahaya FB, ramai yg sedang memerhati dan diperhatikan...

    ReplyDelete
  11. saya orang johor.taktau la nak kata apa.tapi saya percaya orang2 johor pemaaf2 belaka..

    ReplyDelete
  12. macam2 kan...... hmmm gunalah internet ni sebaik yang mungkin....

    Apa Yang Menarik di Zhaneez Craft

    ReplyDelete
  13. ayat nya patut lebih berlapik tak gitu

    ReplyDelete
  14. betul tu...
    maafkan je la..
    walaupun tersentap gak coz family n kg sy kt johor..huhu

    ReplyDelete
  15. hm...terlajak perahu boleh diundur,telajak dalam berkata2? satu keluarga dapat malu...pity her.

    ReplyDelete
  16. hrmm..sebab tu org tua2 pesan, cakap siang pandang..tapi dah takdirnya macam tu kan.kira ujian dari Allah..

    neway, saya bangga jadi orang johor walaupun duduk di butterworth!hehe

    ReplyDelete
  17. ooo dia dah delete yer FB dia? saya agak dah..kalau saya pun buat benda yg sama gak.. tp tu la kan.. org kata.. kalau nak ckp kena pikir dulu.. sama gak dgn menulis di mana-mana.. bahaya woo zaman skrg ni.. cepat jer tersebar kalau ada yg tak kena..

    ReplyDelete
  18. sekarang ni org suka2 letak status fb tulis macam2..mungkin dia pun tak terpikir benda ni jd isu besar..adoiiyai!

    ReplyDelete
  19. Kerana tulisan diri dicerca.. ohhhh.. zaman IT.. berita dan gosip bergerak lebih laju dari bullet train.. bak kata pepatah.. buat baik berpada².. buat jahat jangan sekali.. suka sesuatu.. jgn terlalu suka.. biler benci senyap² sidaaa.. ;)

    ReplyDelete
  20. Eyriqazz!! wah ngumpat Carl nampak. carl bru je smpai Jb dari Kl semalam. balik JB jek kecoh orang kat JB ni marah kat perempuan tu. yela kutuk negeri diorang kan. gila la. dekat facebook hebat bercerita pasal ni. btw thanks support JOHO. feel free datang JOHOR inform carl. nnt carl bawak jenjalan! ok! btw ni portal baru JOHO. JOHO.MY. we moving foward. so far kita dah ada lebih 3k JOHOLovers yang semangat!

    ReplyDelete
  21. dia dah mintak maaf eh bro
    ramai tak tau lagi ni
    tu pasal semua org dok kecam lagi

    ai sbg rakyat johor sgt marah dgn perbuatan dia tu
    dahlah makan gaji kt negeri org

    ReplyDelete
  22. @Hariz:belajar dari kesilapan..itulah sebaiknya..manusia tidak lari dari membuat silapkan?

    ReplyDelete
  23. @luth textile:banyak yang salahkan?

    ReplyDelete
  24. @DaHLia :setuju..hik3..nov baby memang camni ni...pemikiran tak jauh beza,sat saya teka..dahlia umur 27 kan?hik3...I'm 28

    ReplyDelete
  25. @IntanBerlian ;betultu...gunakan kemudahan teknologi sebaik2nya

    ReplyDelete
  26. @kulanz :betul tu bro...belajar dari kesilapan..namun rasanya tak patut dia dimalukan sebegitu rupa sampaikan ada facebook fan hate dia..dia pun manusia biasa..hanya meluahkan pandangan hati yang tak kena dengan tempat dan caranya

    ReplyDelete
  27. @Mat Pintu:ehh,apa kaitan awet muda pula?hik3..famous amous tu sejenis cookie/biskut yang sedap tapi mahal..100 gram RM7 ringgit lebih

    ReplyDelete
  28. @[z@ck]:itula yang sebaiknya...mungkin dia sekadar bergurau dengan rakan-rakannya

    ReplyDelete
  29. @aReaL :setuju bro..marilah sama2 bermaaf2an kan?

    ReplyDelete
  30. @LuVidA^^;betul tu..mata pena,mata penulisan lebih tajam dari mata pedang..berhati2 menggunakannya

    ReplyDelete
  31. @etomyam:setuju..kalau tak,takkan facebook menjadi website kedua popular di dunia kan?

    ReplyDelete
  32. @yenyenpreng :itula yang sebaiknya...orang johor pun manis2 dan hensem2 ramai juga

    ReplyDelete
  33. @Gen Fujita :thanks for the link

    ReplyDelete
  34. @Sharinginfoz:itula yang sebaiknya

    ReplyDelete
  35. @naz :yup..setuju..especially bila tgh mengandung tu

    ReplyDelete
  36. @♥S@R@♥ :haah,maaf memaafi budaya yang mulia kan?

    ReplyDelete
  37. @Lin:itula...bukan mudah menanggungnya...maafkanlah dia

    ReplyDelete
  38. @farhana_aziz:saya bangga jadi orang terengganu (eh,ada kaitan ke?)

    ReplyDelete
  39. @ratna ;betul2..berhati hati di dunia cyber

    ReplyDelete
  40. @makdara TERDIVA:haah,mungkin masatu dia fikir sekadar berkongsi dengan rakan3

    ReplyDelete
  41. @aiDieNa:setuju 100%...berhati2lah

    ReplyDelete
  42. @Carl Samsudin:orait..sampai JB saya roger..ble bro belanja kan?tapi no mamak pleasee...masih fobia lagi...oh dah ada website baru..cun,InsyaAllah, nanti saya usha n tolong2 promotekan

    ReplyDelete
  43. @Kie-yu:haah,kalau baca dari mediamalaya camtula sebelum dia tutup facebook dia...kata orang masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau,cpt2la cabut lari...

    ReplyDelete
  44. kita sama-sama ambik iktibar atas apa yang dah jadi ni kan. takut jugak, kadang2 kita niat bergurau, tiba-tiba orang lain terasa.

    ReplyDelete
  45. butuh this girl.........

    ReplyDelete
  46. Moral of the story:
    Kalau nak kutuk, kutuk rama-ramai. Lagi kesat bahasa kita guna, lagi ramai yang join kutuk sama.
    Menyedihkan, tapi itulah kenyataan :(

    ReplyDelete
  47. kesian dia ni... tp, makin lama sy perhatikan cerita ni dah mcm komedi... krn org lain pun skrg dah pandai bergurau mcm dia. tp, maaflah ye... sy hanya pandai menyindir, xde sense of humor pun. hehehehe

    ReplyDelete
  48. hish, org kulim pulak tu..saya sbgai org kulim yg kawen ngan org JB, sgt2 malu nak mengaku si hampehs nih org kulim..

    ReplyDelete
  49. Sungguh pun saya bukan lah orang JB. Tapi saya cukup2 terasa dengan statement makhluk tuhan yang saya rasa amat2 x berasas. Cakap lepas x menggunakan akal. Tuhan da kurniakan akal untuk dia berfikir. Tapi dia x gunakan sebaik - baiknya. Apa hak dia nak membeza - bezakan tempat sampai menghina macam tu sekali? Pulak tu, dia seorang ibu, sepatutnya kena menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dia. Well, terlajak perahu boleh di undur.. terlajak kata.. memang sangat2 buruk padahnya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails