Showing posts with label maharaja lawak astro. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak astro. Show all posts

June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak

UPDATED - Tekaan saya salah, Sepah dinobatkan Juara Maharaja Lawak. A Well deserve win. Persembahan mereka memang terbaikkk....

Jozan Juara Maharaja Lawak. Ummm, biar betul? . Maharaja Lawak 2011 bakal melabuhkan tirai malam ini, namun sudah kedengaran kencang , Juara Maharaja Lawak kali ini bakal dirangkul oleh Kumpulan Jozan gandingan hebat dari Johan dan Zizan .

Final Maharaja Lawak bakal dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam malam ini, 24 June 2011 dan finalist yang lain jangan dipandang ringan seperti Sepah, Nabil dan Jambu.

Namun, secara peribadi, saya meramalkan Jozan bakal bergelar Juara Maharaja Lawak malam nanti dan ini dan inilah pandangan saya kenapa mereka Bakal dinobatkan sebagai Juara untuk Maharaja Lawak yang ulung-ulung diadakan kali ini :

1) Vote tertinggi Konsisten sepanjang Maharaja Lawak
- Dari Minggu Pertama sehingga minggu sebelum final, Jozan konsisten mendapat undian paling tinggi. Alahai, dah namapun realiti show, normally yang konsisten mendapat undian tertinggi, dialah yang bakal menang. Tengok saja pada Nabil dan Mawi. So, Juara Maharaja Lawak sudah sebelah tangan di tangan Jozan.

2) Populariti Jozan
- Zizan yang baru-baru ini mengalahkan Nabil & Saiful Apek untuk Pelawak Paling Popular ABPBH 2010. Tak lupa juga, Johan yang memang cukup popular dan berlakon Filem Hantu Mak Limah Balik Rumah. Juara? Populariti mereka akan memudahkan mereka bergelar juara. 50% Markah dari Vote kan?

3) Markah Hakim
- Umm, bagi eyriqazz, selama menonton Live Maharaja Lawak, sudah nampak yang Mamat Khalid agak memihak kepada kumpulan Jozan. Ahmad Idham umm sukar diramalkan. Apek sudah semestinya seteru dengan Nabil.  Markah hakim ni pun penting, 1/3 banyak tu, so, memang tak salah dikatakan Juara Maharaja Lawak bakal menjadi milik Jozan.

4) The Only Team yang tidak pernah tercalon untuk "Terkeluar"
- Jozan the Only Team yang tidak pernah tercalon untuk undian keluar. Nabil, berkali-kali. Jambu ,pernah juga, Sepah pun a few times juga. So,mee di sebalik udang, agak cerah peluang mereka untuk bergelar Juara Maharaja Lawak 2011.

5) Pengacara Raja Lawak untuk 4 Musim
- Johan dan Zizan sudah menjadi pengacara Raja Lawak selama 4 musim.So, sudah pasti ianya memberikan kelebihan yang besar, peminat yang semakin bertambah dan setia terutamanya yang menonton Raja Lawak. 

6) Populariti Zizan
- Populariti Zizan yang berasal dari terengganu ini bolehla dikatakan berada di kemuncak kali ini. Berjaya menewaskan Nabil dan Saiful Apek untuk Pelawak Paling Popular ABPBH dan juga menjadi pengacara Melodi , salah satu rancangan hiburan yang paling popular di Malaysia. Jadi, memang besar kemungkinan Jozan bakal bergelar Juara Maharaja Lawak.

7) Best Team Win
- Overall, boleh dikatakan persembahan Jozan agak konsisten dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Walaupun saya amat meminati Nabil dan Sepah, namun kredit should be given when it due. Mereka berdua kurang kontroversi "Panas" dan dengan Gelaran Juara Maharaja Lawak milik mereka mungkin boleh menaikkan ranking dan Realiti Show sebegitu. Faktor sebegini pun biasanya diambil kira untuk memilih pemenang.

Maharaja Lawak 2011 pilihan denaihati jawapan yang agak berkias-kias,siapakah pilihan dia agaknya? Cikgu Dahlia pula pun sama meramalkan Jozan bergelar Juara Maharaja Lawak


Saya mungkin tak dapat tengok Live Final Maharaja Lawak Malam ni , nak preparekan persiapan untuk Birthday Alisya besok. Apapun, thanks too Astro B.yond PVR, bolehla rekodkan ia dan tonton bila pulang or berkesempatan nanti. 

Inilah tekaan dari eyriqazz berkenaan Keputusan Akhir/Final Maharaja Lawak malam nanti:

Johan/Juara Maharaja Lawak : Jozan
Naib Johan Maharaja Lawak : Sepah
Ketiga : Nabil
Keempat : Jambu

JeJaibu (ahli terbaru kumpulan jambu) mungkin akan buat live update Final Maharaja Lawak malam nanti.Siapa pula pilihan anda?. Siapakah yang bakal bergelar Juara Maharaja Lawak? Adakah Jozan , Sepah, Nabil or Jambu?

April 23, 2011

Siapa Cakap Amir Maharaja Lawak Takde Peminat??

Siapa Cakap Amir Maharaja Lawak tiada Peminat?? Haa, ni buktinya :


Tak Sampai Sepuluh Minit entry Ini dikeluarkan...

Dan Inilah antara peminat Utama Amir yang berjaya dikenal pasti...

Peminat No. 1 : AC Mizal..Umm, setakat mengundi untuk Amir no problemo
Kutipan Jual Gelang pun berjuta-juta

Peminat seterusnya : #JejaiLy Team (yang tengah tak de kena mengena ya...)

Umm, nampak gaya kalau pengundian mereka ini berterusan, masuk Final Amir di gelanggang Maharaja Lawakni... Oh Tidak... 

P/s : Inilah dia pengganti Jozan dan Nabil tak lama lagi. Nantikan kemunculannya di kaca tv tak lama lagi...Hik3, bukan Mr Bean, Ini Bean Moreno..Dia tak buat lawak lagi pun korang dah ble gelak...Hik3...Jangan mrah bro,justtt kidding...

Video Persembahan Nabil Minggu 4 Maharaja Lawak

Video Persembahan Nabil Minggu 4 Maharaja Lawak

Persembahan Nabil tetap mantap, ideanya kreatif dan selalu ternanti-nanti lawak yang bakal dilakukannya.Inilah Calon Maharaja Lawak namanya, mampu berinteraksi dan selalu muncul dengan idea-idea kreatif.

Go, Go Nabil..Saya sokong kamu...KLCibil?? 

April 22, 2011

Saya tahu Kenapa Amir Belum terkeluar daripada Maharaja Lawak|Undian Mantap dari JeJaiLy


Hebat penangan Amir di Maharaja Lawak. Ramai yang dah menyampah dan mahukan dia terkeluar. Tup2, dah tiga penyingkiran, dia masih berdiri kukuh. Siasat punya siasat, akhirnya eyriqazz dah jumpa punca kenapa dia belum terkeluar. Rupa-rupanya mendapat undian dan sokongan mantap daripada :

Team #JeJaily (Je Jai + Sumijelly, yang tengah tiada kena mengena ya...)

Dua orang inilah yang dikatakan telah mengundi tanpa henti buat Amir Maharaja Lawak. Seorangtu baruje menang Blackberry, nak test power katanya. Seorang lagi, towkey Ikan Siakap, habis dia suruh geng2 dan siapa yang makan Ikan siakap undi sekali. No wonder laa sampai skang ni tak terkeluar lagi.

Dahla tu korang..toksah la Undi Amir lagi...Baik korang Undi Sepah ke, Jozan ke, Nabil ke,bermaknalah juga undian tu....

On the other notes, malam ni boleh layan Maharaja Lawak Minggu 4 lagi. Tak perlu risau terlepas, coz dah ada Astro B.yond PVR, youtube versi TV.

P/s : Harap2 terkeluar laa Amir malam ni. Kalau tak terkeluar juga, Siapla korang Team #JeJaily....Ini mesti kerja korang lagi...

April 15, 2011

Maharaja Lawak Minggu 3 | Pandangan Saya

Mood agak kedaung.Pandangan Saya persembahan peserta Maharaja Lawak Minggu 3 tema minggu ini "Musical Comedy" .

1) Kumpulan Balas - As Usual, lawak double meaning. I.e. Bukan setakat bil api, bil air pun sudah dibayar

2) Alex - Persembahan pokok getah. Wahh, bukan main lagi komen dari Ahmad Idham, persembahan terbaik dari Alex setakat ini. 
3) Amir - Nak undi diri sendiri? Saya jahat? Mencarut? Umm, Personal view - Hampeh as usual..Don't like him..Ni peserta favourite AC Mizal ni...
4) Jihan - Just Ok. Persembahan better dari minggu 1 dan ke 2.
5) R2 - Just ok juga. Minggu 1 dan 2 lebih baik. Umm, kecewa dengan persembahan mereka.
6) Nabil - Memang terbaik. Tak sangka Nabil mampu buat Musical Comedy bermain piano dengan begitu besst.Terhibur, antara lawak Nabil yang paling best pernah saya tgk.Hik3,..Congratz Nabil..
7) Jambu - Bagus namun agak sedikit kecewa dengan persembahan mereka. Persembahan minggu 1 dan 2 rasanya lagi bagus buat Jambu. 
8) Sepah - Persembahan terbaik. Terhibur dan antara persembahan terbaik minggu ini
9) Man - Persembahan Menghiburkan. Faizal Tahir versi Maharaja Lawak
10) Jozan - Agak kecewa dengan Persembahan Jozan . Tak rasa lawak sangat dgn persembahan mereka malam ini. Too many lagu yang cuba diselitkan. Macam tonton drama bersiri pula.

R2 tersingkir minggu ini. Ohh, kenapa bukan Amir?

P/s : Pandangan peribadi saja, lain padang,lain belalang kan? Overall, 3 Persembahan yang saya rasakan terbaik minggu ini adalah Nabil, Sepah, dan Balas.

Maharaja Lawak Minggu 3 | Wai dan XN3 Terkeluar

Maharaja Lawak Minggu 3, Wai Terkeluar

Wai terkeluar di Minggu ketiga, satu keputusan yang bijak kerana rasanya lawaknya pun yang biasa. Tak berapa suka bila first week lawak mereka agak kasar apabila bapa keluar jadi hantu. Saya ada bapa yang baru meninggal dunia dan rasanya lawak itu agak "kasar" dan kurang saya gemari.

Jom layan Maharaja Lawak. Baru semalam subscribe Astro Mustika , one of the reason coz Maharaja Lawak dan isteri suka tgk cerita Hindustan.

Apa? Ada dua penyingkiran? Siapa lagi ya?

XN3 turut terkeluar

Oh, I wish Amir yang terkeluar. Lawak XN3 much more better than Amir

Di akhir rancangan akan diumumkan sekiranya Juri mahu menyelamatkan salah seorang yang terkeluar. Hak3, tetiba dok layan pulak Maharaja LAwak ni.
Related Posts with Thumbnails