Showing posts with label astro pvr. Show all posts
Showing posts with label astro pvr. Show all posts

April 15, 2011

Maharaja Lawak Minggu 3 | Pandangan Saya

Mood agak kedaung.Pandangan Saya persembahan peserta Maharaja Lawak Minggu 3 tema minggu ini "Musical Comedy" .

1) Kumpulan Balas - As Usual, lawak double meaning. I.e. Bukan setakat bil api, bil air pun sudah dibayar

2) Alex - Persembahan pokok getah. Wahh, bukan main lagi komen dari Ahmad Idham, persembahan terbaik dari Alex setakat ini. 
3) Amir - Nak undi diri sendiri? Saya jahat? Mencarut? Umm, Personal view - Hampeh as usual..Don't like him..Ni peserta favourite AC Mizal ni...
4) Jihan - Just Ok. Persembahan better dari minggu 1 dan ke 2.
5) R2 - Just ok juga. Minggu 1 dan 2 lebih baik. Umm, kecewa dengan persembahan mereka.
6) Nabil - Memang terbaik. Tak sangka Nabil mampu buat Musical Comedy bermain piano dengan begitu besst.Terhibur, antara lawak Nabil yang paling best pernah saya tgk.Hik3,..Congratz Nabil..
7) Jambu - Bagus namun agak sedikit kecewa dengan persembahan mereka. Persembahan minggu 1 dan 2 rasanya lagi bagus buat Jambu. 
8) Sepah - Persembahan terbaik. Terhibur dan antara persembahan terbaik minggu ini
9) Man - Persembahan Menghiburkan. Faizal Tahir versi Maharaja Lawak
10) Jozan - Agak kecewa dengan Persembahan Jozan . Tak rasa lawak sangat dgn persembahan mereka malam ini. Too many lagu yang cuba diselitkan. Macam tonton drama bersiri pula.

R2 tersingkir minggu ini. Ohh, kenapa bukan Amir?

P/s : Pandangan peribadi saja, lain padang,lain belalang kan? Overall, 3 Persembahan yang saya rasakan terbaik minggu ini adalah Nabil, Sepah, dan Balas.

Maharaja Lawak Minggu 3 | Wai dan XN3 Terkeluar

Maharaja Lawak Minggu 3, Wai Terkeluar

Wai terkeluar di Minggu ketiga, satu keputusan yang bijak kerana rasanya lawaknya pun yang biasa. Tak berapa suka bila first week lawak mereka agak kasar apabila bapa keluar jadi hantu. Saya ada bapa yang baru meninggal dunia dan rasanya lawak itu agak "kasar" dan kurang saya gemari.

Jom layan Maharaja Lawak. Baru semalam subscribe Astro Mustika , one of the reason coz Maharaja Lawak dan isteri suka tgk cerita Hindustan.

Apa? Ada dua penyingkiran? Siapa lagi ya?

XN3 turut terkeluar

Oh, I wish Amir yang terkeluar. Lawak XN3 much more better than Amir

Di akhir rancangan akan diumumkan sekiranya Juri mahu menyelamatkan salah seorang yang terkeluar. Hak3, tetiba dok layan pulak Maharaja LAwak ni.

October 21, 2010

P. Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti



P. Ramlee Nama diberi
Seniman Agung , disebut-sebut sehingga kini
Bakatnya memukau sukar dicari ganti
Lakonannya mantap tidak bosan menontonnya berkali-kali

Tan Sri P. Ramlee nama yang cukup sinonim dengan Industri hiburan Malaysia. Walaupun dia telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, namun lakonannya masih ditonton dan digemari sehingga kini. Kenangan Saya Bersama RTM sebelum ini, Setiap kali ada filem P. Ramlee , memang saya akan tonton jika berkesempatan. Cerita-cerita P. Ramlee memang best dan menusuk kalbu seperti Madu Tiga, Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapuk, Labu Labi dan banyak lagi. Bukan saya saja, malah anak buah saya yang baru berumur 8 tahun turut menggemari filem-filem P. Ramlee.

Syabas diucapkan buat Astro kerana baru saja melancarkan kempen yang menarik di Bulan Oktober ini yang bertajuk " P Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti" . Oh, bolehla terjah di sini : Astro P. Ramlee . Sedikit preview berkenaan laman web ini dan apa yang ada di sini :


Laman Utamanya . Apa yang ada di sini ?

Informasi Berkenaan Tan Sri P.Ramlee 

Antara yang menarik lagi di laman web ini adalah Klip Video "Di Mana Kan Ku Cari Ganti " , Di Ambang Kerjaya Seni P. Ramlee , Konsert " Di Mana Kan Ku Cari Ganti" dan Jadual Program . Memang sesuatu yang menarik dipamerkan di laman web ini mengembalikan nostalgia bersama P. Ramlee.

Bukan setakat di laman web saja, di Channel Astro Ria, Channel 104 turut dipaparkan kempen ini :


Tekan Saja Untuk Lebih Informasi

Pilih Saja yang mana menarik di hati
Antara yang dipaparkan Biodata P. Ramlee (Ohh, baru sekarang saya tahu yang nama sebenar P. Ramlee adalah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh)
Karya dan Anugerah turut dipaparkan

Selebihnya bolehla layari sendiri di Channel 104 dan juga laman web yang disediakan oleh Astro iaitu Astro P.Ramlee

Tahniah dan terimakasih buat Astro kerana mengingati Seniman Agung P. Ramlee yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan di Malaysia. Jasamu dihargai. Sebut pasal Astro pula, sayapun mempunyai pengalaman yang manis yang ingin saya kongsikan di sini. Antaranya :

Sungguh mengujakan bersama Astro B.yond dengan gambar HDTV yang lebih cantik, menarik dan menawan. Pengalaman Menyaksikan World Cup 2010 bersama Astro B.yond/HDTV akan terus mekar dalam memori. Memang lebih menarik bila menyaksikan rancangan kegemaran bersama Astro B.yond.

Ditambah lagi, sekarang ini saya lebih teruja dan bercadang untuk bertukar ke :


Astro B.yond PVR

Gara-gara menghadiri Astro B.yond PVR Roadshow beberapa bulan yang lepas membuatkan saya lebih teruja untuk memilikinya. Yerlah, kesibukan masa dan berblogging membuatkan saya banyak miss rancangan kegemaran saya seperti CSI, Gelora di Hati Sara 2 (kegemaran Isteri), Premier League Highlights/Live dan pelbagai lagi. Tengah bercadang untuk bertukar kepada Astro PVR dan dengannya saya dapat merakam,rewind,pause dan play mana-mana rancangan kegemaran saya yang tak sempat saya tontoni .

Bagi saya, Astro telah memberi satu cara baru yang menarik dalam menonton rancangan kegemaran sendiri dan seperti taglinenya "Astro, Making Your Life Richer" . Lebih kaya dengan pengetahuan, informasi, pengalaman, dan rancangan menarik yang ditontoni.

Tepuk dada, tanya selera. Give and take itulah sebaiknya. Selain memberikan kepuasan dalam menonton, jasa Seniman tidak dilupakan .Syabas buat Astro kerana menghargai jasa Tan Sri P. Ramlee dengan kempen ini. Diharapkan ianya berterusan dan saya cadangkan mungkin selepas ini boleh buat berkenaan Sudirman, Yasmin Ahmad, Aznil Hj Nawawi dan juga Rosyam Nor (ehh,apa salahnya buat bagi yang masih hidup juga kan? )

P. Ramlee, pemergiaanmu sukar dicari ganti. Dimanakah kan kami cari ganti? Bakatmu sukar ditandingi, sehingga kini ku menonton Industri Hiburan, belum ada rasanya yang mampu menyaingi kehebatanmu. Oh P. Ramlee, akan kutontoni lagi lakonanmu yang tak jemu ditelan zaman. 

P. Ramlee jasamu dihargai peminat dan pelbagai kategori
Bakatmu memukar sukar dicari ganti
Astro muncul dengan kempen 'P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti’ 
Terimakasih Astro banyak informasi yang ku pelajari tentang Seniman Agung ini

P/s : Apa pandangan anda tentang Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee?

P/s/s : Apa pula pandangan anda tentang kempen yang dibuat oleh Astro ini?Adakah ianya bagus dan perlu diteruskan di masa depan?
Related Posts with Thumbnails