June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak

UPDATED - Tekaan saya salah, Sepah dinobatkan Juara Maharaja Lawak. A Well deserve win. Persembahan mereka memang terbaikkk....

Jozan Juara Maharaja Lawak. Ummm, biar betul? . Maharaja Lawak 2011 bakal melabuhkan tirai malam ini, namun sudah kedengaran kencang , Juara Maharaja Lawak kali ini bakal dirangkul oleh Kumpulan Jozan gandingan hebat dari Johan dan Zizan .

Final Maharaja Lawak bakal dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam malam ini, 24 June 2011 dan finalist yang lain jangan dipandang ringan seperti Sepah, Nabil dan Jambu.

Namun, secara peribadi, saya meramalkan Jozan bakal bergelar Juara Maharaja Lawak malam nanti dan ini dan inilah pandangan saya kenapa mereka Bakal dinobatkan sebagai Juara untuk Maharaja Lawak yang ulung-ulung diadakan kali ini :

1) Vote tertinggi Konsisten sepanjang Maharaja Lawak
- Dari Minggu Pertama sehingga minggu sebelum final, Jozan konsisten mendapat undian paling tinggi. Alahai, dah namapun realiti show, normally yang konsisten mendapat undian tertinggi, dialah yang bakal menang. Tengok saja pada Nabil dan Mawi. So, Juara Maharaja Lawak sudah sebelah tangan di tangan Jozan.

2) Populariti Jozan
- Zizan yang baru-baru ini mengalahkan Nabil & Saiful Apek untuk Pelawak Paling Popular ABPBH 2010. Tak lupa juga, Johan yang memang cukup popular dan berlakon Filem Hantu Mak Limah Balik Rumah. Juara? Populariti mereka akan memudahkan mereka bergelar juara. 50% Markah dari Vote kan?

3) Markah Hakim
- Umm, bagi eyriqazz, selama menonton Live Maharaja Lawak, sudah nampak yang Mamat Khalid agak memihak kepada kumpulan Jozan. Ahmad Idham umm sukar diramalkan. Apek sudah semestinya seteru dengan Nabil.  Markah hakim ni pun penting, 1/3 banyak tu, so, memang tak salah dikatakan Juara Maharaja Lawak bakal menjadi milik Jozan.

4) The Only Team yang tidak pernah tercalon untuk "Terkeluar"
- Jozan the Only Team yang tidak pernah tercalon untuk undian keluar. Nabil, berkali-kali. Jambu ,pernah juga, Sepah pun a few times juga. So,mee di sebalik udang, agak cerah peluang mereka untuk bergelar Juara Maharaja Lawak 2011.

5) Pengacara Raja Lawak untuk 4 Musim
- Johan dan Zizan sudah menjadi pengacara Raja Lawak selama 4 musim.So, sudah pasti ianya memberikan kelebihan yang besar, peminat yang semakin bertambah dan setia terutamanya yang menonton Raja Lawak. 

6) Populariti Zizan
- Populariti Zizan yang berasal dari terengganu ini bolehla dikatakan berada di kemuncak kali ini. Berjaya menewaskan Nabil dan Saiful Apek untuk Pelawak Paling Popular ABPBH dan juga menjadi pengacara Melodi , salah satu rancangan hiburan yang paling popular di Malaysia. Jadi, memang besar kemungkinan Jozan bakal bergelar Juara Maharaja Lawak.

7) Best Team Win
- Overall, boleh dikatakan persembahan Jozan agak konsisten dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Walaupun saya amat meminati Nabil dan Sepah, namun kredit should be given when it due. Mereka berdua kurang kontroversi "Panas" dan dengan Gelaran Juara Maharaja Lawak milik mereka mungkin boleh menaikkan ranking dan Realiti Show sebegitu. Faktor sebegini pun biasanya diambil kira untuk memilih pemenang.

Maharaja Lawak 2011 pilihan denaihati jawapan yang agak berkias-kias,siapakah pilihan dia agaknya? Cikgu Dahlia pula pun sama meramalkan Jozan bergelar Juara Maharaja Lawak


Saya mungkin tak dapat tengok Live Final Maharaja Lawak Malam ni , nak preparekan persiapan untuk Birthday Alisya besok. Apapun, thanks too Astro B.yond PVR, bolehla rekodkan ia dan tonton bila pulang or berkesempatan nanti. 

Inilah tekaan dari eyriqazz berkenaan Keputusan Akhir/Final Maharaja Lawak malam nanti:

Johan/Juara Maharaja Lawak : Jozan
Naib Johan Maharaja Lawak : Sepah
Ketiga : Nabil
Keempat : Jambu

JeJaibu (ahli terbaru kumpulan jambu) mungkin akan buat live update Final Maharaja Lawak malam nanti.Siapa pula pilihan anda?. Siapakah yang bakal bergelar Juara Maharaja Lawak? Adakah Jozan , Sepah, Nabil or Jambu?

15 comments:

  1. dak eina ckp jozan jugak menang!! =)

    ReplyDelete
  2. x sabo nk tgk petang ni kul 5ptg waktu doha

    ReplyDelete
  3. x jugak..Jozan pernah jugak tercalon tok di keluarkan tpi x pasti dalm minggu ke brape...dan x sume minggu jozan dapat rankig undi yg tertinggi...dalam silen week Jambu dapat undian paling tinggi...so tok Juara Maharaja lawak ni....sukar tok diramalkan......

    ReplyDelete
  4. Saya rasa Sepah mungkin juara.
    Sebab persembahan Sepah agak konsisten dan lawak pun menarik sebab ada ciri kemelayuan.
    Tapi iyelah, ada jugak yang jadi kontroversi sikit2.

    Apa-apa pun, saya sokong Jozan & Sepah!!
    XDD

    ReplyDelete
  5. jozan


    http://azrijohan.blogspot.com/2011/06/follower-bawah-200-ishhhmeh-sini.html

    ReplyDelete
  6. baru langgan Mustika.. boleh la tengok malam nih.. sebelum ni layan youtube jekk ha ha

    ReplyDelete
  7. aku minat nabil juga.. samalah tak dapat menonton juga.. sebab aku astro Mustika tak langgan

    ReplyDelete
  8. rasanya point no 4 tu perlu pembetulan. kalau tak silap saya, Sepah yang tak pernah jatuh ke bottom three. Jozan pernah sekali masa minggu kat Penang tu. Nabil, Jambu pernah bottom three.

    correct me if i'm wrong too :)

    ReplyDelete
  9. akak dok tepi je..
    jadi tukang tepuk...
    nak ramal2 ni tak pandai..
    sebab selama ni pun tengok yang orang dok upload kat youtube je..hehhe..

    ReplyDelete
  10. setuju..jozan terbest bg aku..heheh

    ReplyDelete
  11. saya mmg nak sepah menang
    masin mulut saya heheh

    ReplyDelete
  12. Hip Hip Horey Hip Hip Horey. Esok Cuti Peristiwa Negeri Johor sebab SEPAH menang.hahah


    http://ishy77.blogspot.com/2011/06/sy-membangkang-jozan-memang-maharaja.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi