MasterChef Malaysia saya tontoni
Dari Episod 1 sehinggalah kini
Semakin hari semakin menambat hati
Tak sempat tengok memang saya rakamkan dengan Astro B.yond PVR mudah sekali
Yess, semakin hari semakin menarik hati. Lebih-lebih lagi apabila pengacara jemputan yang cukup saya gemari kini sudah menjadi pengacara utama. Siapa lagi kalau bukan :
Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan (Sebelah kiri)
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Anak kepada Chef Wan, salah seorang Chef @ Pengacara masakan yang cukup popular di Malaysia ini. Memang nampak kelainan apabila dia turut menjadi pengacara utama rancangan MasterChef Malaysia ini.
Kritikan yang bernas dan berkesan
Memang seronok tengok cara Chef Riz di MasterChef Malaysia ini. Menambahkan keyakinan dan juga kelebihan. Quote sikit kata-katanya " Memasak ini kenalah dengan hati yang ikhlas, kanak-kanak ini sensitif, jangan hidangkan makanan yang mentah, nanti mudah keracunan, siapa susah? "
Memang kagum dan lebih berselera untuk menonton rancangan MasterChef ini dengan kehadiran Chef Riz, pengacara kegemaran saya untuk rancangan MasterChef Malaysia ini.Walaupun masih muda, namun nampak kehebatannya dalam bidang pengacaraan, memikat hati peserta, dan juga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang bakal dikatakannya.
Peserta kegemaran saya? Ada 2 peserta kegemaran eyriqazz di MasterChef Malaysia ini :
1) Danial Firdaus
Peserta paling muda. Tengok gaya dia, teringat dekat Whitney Miller, Juara MasterChef USA musim pertama. Yup, sikapnya yang berani mencuba, tidak takutkan cabaran dan usia bukannya halangan untuk berjaya. Keep it up Danial, saya sentiasa sokong kamu.
2) Saiful, Penoreh getah
Saya pun berasal dari keluarga miskin. Saya faham dan boleh rasa kesusahan yang dialami dan cabaran yang dihadapinya. Nampak keikhlasan wajahnya dan jawapan yang diberikan setiap kali menyediakan masakan membuatkan hati ini tersentuh. Yup, Masakan akan lebih sedap apabila "Hati Kita Ikhlas". Nampak Innocent kan si Saiful ni? Good Luck Saiful.
Antara masakan kegemaran yang menjadi favourite saya, of course laa yang dimasak oleh peserta kegemaran saya, antaranya :
Bubur bersama "Schichuan" Ikan Stim
Yiezaa, saya bukan penggemar bubur. Tapi bila melihat bubur ini, hati saya memang teruja untuk merasanya lebih-lebih lagi apabila mendapat pujian dari Ketua Chef @ Chef Jo. Masakan Danial ini bikin saya tidak keruan.
Burger Kambing Kuala Penyu masakan Saiful
Fuhh, meleleh air liur ini apabila melihat masakan ini especially dengan namanya yang unik.Kuala Penyu? Memang kreatif, siapa sangka, Penoreh getah boleh menghidangkan masakan yang menggiurkan sebegini.
Up and down, memang semakin terasa debaran MasterChef Malaysia ini. Antara detik yang tidak dapat dilupakan :
Both Peserta kegemaran saya hampir tersingkir di Episod 17
Nasib baik Danial dan Saiful tidak tersingkir. Kalau tak, mahu juga kesedihan melanda. Yey, my favourite Contestant still bersaing untuk merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia yang pertama.
Turut tak dapat dilupakan apabila Zeri 'mensabotajkan' dirinya sendiri bagi menyingkirkan dirinya dari MasterChef Malaysia. For me, itu bukannya semangat juang, kalau ada masalah, biarlah keluar dengan terhormat. Apapun, mungkin dia ada sebab tersendiri yang membuatkan dia bertindak sedemikian.
Apakah Harapan saya untuk Episod MasterChef Malaysia yang akan datang
Umm, antara harapan saya yang saya rasakan mungkin boleh menghangatkan lagi dan lebih teruja untuk menontonnya antaranya :
1) Chef Wan sebagai Chef Jemputan. Pertembungan bapa dan anak. Tentu lebih meriah Chef paling popular di Malaysia turut memeriahkan MasterChef Malaysia ini.
2) Pemenang Blogger MasterChef Malaysia dijemput dan mendapat undian masuk untuk turut serta. Nampak gaya masakan pemenang pertama dan kedua turut menguja hati. Pluss, it will create more buzzz in blogging community...
3) Contest untuk memenangi hak ekslusif untuk menonton MasterChef Malaysia final.
4) Contest bersama MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik. Sambil menonton, sambil berpeluang menang hadiah, sure lebih seronok kan?
MasterChef Malaysia semakin menarik hati
Pukul 9 malam, Astro Ria Sabtu hingga Rabu rancangan ini
Melihat masakan menguja menjilat jari
Ohh, bilakah nak jemput saya dan Isteri menjadi Juri? ( Hik3, tak dapat jadi contestant, dapat merasa masakan yang lazat-lazat pun Jadi...)
Oh ya, Contest Facebook MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik antaranya Cash Prize,Pendrive, IPAD, dan pelbagai lagi sedang dijalankan bermula 19 November sehingga 21 Dec 2011 . Jom sama-sama kita sertai, Tuah Ayam nampak di kaki, tuah kita maybe di Contest Facebeook MasterChef Malaysia ini?
More info : https://apps.facebook.com/masterchefmy/
http://wanwidget.com
ReplyDeletebro, aku dari episode pertama sampai yg terbaru ni x pernah ketinggalan menonton, serius best rancangan ni lagi lagi aku memang suka bidang masakkkan ni
ila siap nangis2 ok tgk cite nieH
ReplyDeletesemalam lagik nangis bila nik michael tinggal sorang2..sib baik tak terkeluar..sob sob...
ada gak sesekali tgk masterchef nih..:)
ReplyDeleteSelalu terlepas..
ReplyDeletetak pernah miss tgok MasterChef dari episod pertama lagi.rancangan yg sgt bagus! keep it up!
ReplyDeletewaaaa.. pandai kan diorang masak..
ReplyDeletejom bacer kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html
hampes tul... tiba2 nak cari burger kambing.. bro masakkan leh tak? hohoo
ReplyDeleteaku pun suka tengok bro.. kalau ada masa memang aku tonton punya
ReplyDeletememang betul, masterchef semakin menarik tapi tengok 5 minit terakhir aja malam ni sebab layan bola
ReplyDeleteHehe Chef Wan sibuk dengan AFC Celebrity Chef competition kot.. Yum2 makanan2 tu.. *drool*
ReplyDeleteBoleh untuk refensi memasak at home just for my wife bro...
ReplyDeleteberkesempatan tengok sekali jer... di rumah xdak astro.. ;)
ReplyDelete