January 16, 2012

Restoran Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam | Serius Sangat Sedap

Weekend lepas, dapatla tunaikan hasrat Isteriku yang mengidam masakan ketam . Kami terjahi Restoran Mee Ketam di Seksyen 7, Shah Alam . Lokasinya di belakang UNISEL dan tak jauh dari I-City Shah Alam dan Rumah Jejaka Hensem.

Special thanks to Myvitrd ( Sesi Terjah Restoran Mee Ketam ) yang rekomenkan Restoran ini. Lebih berselera nak singgahi bila baca pula entri  Mee Ketam INI . Lepas booking dan telefon Ubai (0192496054), lebih kurang pukul 8.30 malam,sampailah di Restoran Mee Ketam ini. 

Mee Kari Ketam + Ketam Biasa, RM8

Fuhhh, tengok saja pun sudah menggiurkan dan menyelerakan
Berselera sungguh Isteriku menjamu selera

Kata dulang, paku sepih. Kata orang dia yang lebih

Serius, sangatlah sedap. Antara Mee Kari paling sedap pernah saya rasa. Ketamtu pulak dipotong elok, tarikje bahagian badannya bolehla makan isinya. Fuhh, rasa macam tak cukup je semangkuk ni. So, dipendekkan cerita :



Tambah Ketam besar = RM5, ketam kecil RM3
Tapi, bossnya sangat baik hati. As kami dapat yang dah last ni, so RM3 each. Wahh, ni yang buat nak singgah lagi ni

Bawa Adik yang belajar di Uitm dengan temannya sekali
Bukan main berselera lagi Ibu mengandung mengidam meratah ketam

Papa nak sikit? Tak boleh..Ni Mama punya

Menu dan harga makanan di Restoran Mee Ketam

Selain Mee Kari ketam ,antara hidangan lain yang boleh didapati di sini adalah Mee Hun Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah (fuhhh, terliur), Udang/Ketam Nipah masak cili/black pepper, Nasi Goreng Ketam, Mee Olio Ayam, dan Bawal Goreng. Fuhh, semua menu nampak sedap, kena terjahi lagi ni next time.

Restoran Mee Ketam kami singgahi
Indah Khabar, Indah rupa sangatlah sedap sekali
Sudah pasti akan kami terjahi lagi
Next time, maybe Mamat ini yang akan ku Poww belanja kami

Restoran Mee Ketam KL pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan juga rupanya
Memang sentiasa penuh orang. Suggestion kalau nak singgah, bookingla dulu so takdela kecewa menunggu lama

Serius sangat sedap. Memang saya rekomenkan, Salah Satu Tempat Makan Menarik di Selangor dan wajib diterjahi. Harga berpatutan, masakan sedap, suasana pun santai.

Restoran Mee Ketam
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7, Shah Alam,Selangor.
Buka 12:30tgh - 10:00mlm  (ISnin  CUTI)
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556

P/s : Amcam, menggiurkan tak Mee Kari Ketam ni?

16 comments:

  1. yg lecehnya mkn ketam ni sbb nak kena kopek tu...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Risau juga rekomen orang bab makan ni.. kalau tak sedapkan.. sebab setiap anak tekak rasa lain-lain.. hehehe.. tapi bila eyriqazz kata sedap.. so tekak kita samalah nikan.. hehehe..

    Tahun 2012 pasti akan diterjah lagi mee ketam ni.. ini bukan janji tapi pasti.. hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau GTO kata sedap mmg confirm sedap la ni....sedap kalau tak sedap dia akan hentam punya...hehe

    ReplyDelete
  4. memang terliur...
    lebih2 mak buyung cam sy ni...

    ReplyDelete
  5. nampak mengiurkan.....tp.....bab ketam x buang kulit luar yang mengandungi perut2 tu yg buat selera terbantut... :( x suke...xsuke...xsuke... :(

    ReplyDelete
  6. Hurmm....kalau makan kat sini sure boleh jumpa ramai awek Uitm nie...hehehehe

    ReplyDelete
  7. awat tak ajak i bro? dah sekangkang kera je dgn umah i ni.. ish.. ish... next time jgn lupa ajak i kalau nk layan mee ketam ni lagi yek..

    ReplyDelete
  8. sedap sehh. buat laa pop up utk komen. haha,

    ReplyDelete
  9. Saya dtg tghri lbh kurang kul 2lbh tak ramai, mlm mmg ramai.. Tp mmg sedap ahh... Siap tapau bw balik lg.. Hebe

    ReplyDelete
  10. saya penah pegi sini sekali bawak famili tapi quality ketam dia sangat menyedihkan...gak nye kebetulan hari tu kot...dah la kecik tapi tak fresh pulak tu..so rasanye tak pegi lagi

    ReplyDelete
  11. wow..kna try nih..thanks ya.great idea nk bwk hubby mkn sempena befday hari ni..tq ye

    ReplyDelete
  12. Memang sedap bro tempat ni. Was there a few weeks back.

    ReplyDelete
  13. ada satu lagi tempat jual mee kari/ketam sedap. Kat depan speedmart 99 jalan kristal seksyen 7 shah alam. Must try!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails