Showing posts with label awesome food. Show all posts
Showing posts with label awesome food. Show all posts

January 16, 2012

Restoran Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam | Serius Sangat Sedap

Weekend lepas, dapatla tunaikan hasrat Isteriku yang mengidam masakan ketam . Kami terjahi Restoran Mee Ketam di Seksyen 7, Shah Alam . Lokasinya di belakang UNISEL dan tak jauh dari I-City Shah Alam dan Rumah Jejaka Hensem.

Special thanks to Myvitrd ( Sesi Terjah Restoran Mee Ketam ) yang rekomenkan Restoran ini. Lebih berselera nak singgahi bila baca pula entri  Mee Ketam INI . Lepas booking dan telefon Ubai (0192496054), lebih kurang pukul 8.30 malam,sampailah di Restoran Mee Ketam ini. 

Mee Kari Ketam + Ketam Biasa, RM8

Fuhhh, tengok saja pun sudah menggiurkan dan menyelerakan
Berselera sungguh Isteriku menjamu selera

Kata dulang, paku sepih. Kata orang dia yang lebih

Serius, sangatlah sedap. Antara Mee Kari paling sedap pernah saya rasa. Ketamtu pulak dipotong elok, tarikje bahagian badannya bolehla makan isinya. Fuhh, rasa macam tak cukup je semangkuk ni. So, dipendekkan cerita :



Tambah Ketam besar = RM5, ketam kecil RM3
Tapi, bossnya sangat baik hati. As kami dapat yang dah last ni, so RM3 each. Wahh, ni yang buat nak singgah lagi ni

Bawa Adik yang belajar di Uitm dengan temannya sekali
Bukan main berselera lagi Ibu mengandung mengidam meratah ketam

Papa nak sikit? Tak boleh..Ni Mama punya

Menu dan harga makanan di Restoran Mee Ketam

Selain Mee Kari ketam ,antara hidangan lain yang boleh didapati di sini adalah Mee Hun Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah (fuhhh, terliur), Udang/Ketam Nipah masak cili/black pepper, Nasi Goreng Ketam, Mee Olio Ayam, dan Bawal Goreng. Fuhh, semua menu nampak sedap, kena terjahi lagi ni next time.

Restoran Mee Ketam kami singgahi
Indah Khabar, Indah rupa sangatlah sedap sekali
Sudah pasti akan kami terjahi lagi
Next time, maybe Mamat ini yang akan ku Poww belanja kami

Restoran Mee Ketam KL pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan juga rupanya
Memang sentiasa penuh orang. Suggestion kalau nak singgah, bookingla dulu so takdela kecewa menunggu lama

Serius sangat sedap. Memang saya rekomenkan, Salah Satu Tempat Makan Menarik di Selangor dan wajib diterjahi. Harga berpatutan, masakan sedap, suasana pun santai.

Restoran Mee Ketam
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7, Shah Alam,Selangor.
Buka 12:30tgh - 10:00mlm  (ISnin  CUTI)
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556

P/s : Amcam, menggiurkan tak Mee Kari Ketam ni?

September 12, 2011

Isteri Mengidam Masakan Thai | Restoran Rumah Thai Diterjahi

Muka Orang Mengidam Masakan Thai. Restoran Rumah Thai kami terjahi

Last week Isteri mengidam/teringin nak makan tomyam/masakan thai. Baby yang nak katanya. Lepas kerja, terus kami terjahi Restoran Rumah Thai, Taman Melati.



Order Air Mangga dan Teh O Ais. Marvellous
Butter Prawn. Lazaattt..
Telur bungkus...Boleh Tahan
Ayam Pandan..Terbaikkk
Tomyam..Memang sedap..No wonder Isteri mengidam-idam
Slurrpp..Sedapnya Isteri menghirup Tomyam...Betoike baby yang nak ni sayang?Hik3..
Alisya suka udang...Crispy..
Saya Order set RM42. Mahal...Tapi puas hatii...
Kalau harga lagi murah, tentu saya akan terjahi lebih kerap lagi....

July 30, 2011

The Best Chicken Wing in Malaysia


Ehem,ehem, cuba teka di mana tempat ni?

P/s : My friend yang terjahi sekali suka "Bontot Ayam" panggang tu...Hik3..

July 21, 2011

Burger Sedap Jalan Langkawi, Setapak

Dua hari lepas, lepas pulang dari Sesi Latihan Chelsea di Bukit Jalil, perut berkeroncong la pula. Yerla, tak sempat nak dinner. So, terjahila stall burger yang tak jauh dari rumah eyriqazz. Dah lama nak terjah stall ni coz time balik kije or memalam selalu nampak orang singgahi. So, nak trylaa juga sendiri :

Burger Ayam Special. Fuhhh, memang sedap...
Jemput Makan...No Wonder satu minah chinese yang order sebelum eyriqazz siap cakap besttt sambil buat aksi best 
Memang Sedap. Rasa tak cukup je sebijik. Yummylicious...
Inilah ownernya.Katanya dia buat part time je memalam...

Believe it or not, dia cakap, jual burger ni boleh dapat dalam RM100-RM500 semalam untung bersih. Wooowww, lumayankan? Saya tak terkejut coz masa sekolah dulu jadi pengawas, kami buat jualan burger time hujung minggu untuk penghuni asrama. Semalam memang untung dalam RM200-300. Banyak cabang rezeki datangnya dari perniagaan, tak gitu?

Saiful Burger, Jalan Langkawi, Setapak

Jom terjah.Kalau dah sampai tu, calling2 laa eyriqazz n belanja eyriqazz sekali. Hik3, tak jauh pun dari rumah eyriqazz stall burger dia ni, within walking distance je....

June 13, 2011

Penangan Baskin Robbins

Baskin Robbins, nampak menggiurkan,rasa sedap, memang terangkat
RM16+. Makan bersama Isteri sebelum menonton wayang cerita Pirates of The Carribean
Action Speak for Itself. Licin...
Muka Kepuasan menikmati Aiskrim yang sedap...Yummy, Aiskrim Baskin Robbins memang Marvellous

P/s : Nak Baskin Robbins? Ble mintakkan Je Jai belanja, dia ada voucher yang belum guna lagi tu... Hik3..

May 17, 2011

Santai di Baskin Robbins, Midvalley

Semalam, sempena Hari Guru, saya bawa Isteri ke Midvalley dan terjahi Baskin Robbins. Sebut Baskin Robbins memang boleh meleleh air liur. Aiskrimnya yang sedap dan menyelerakan. Try sekali, rasa nak lagi. 

Baskin Robbins Aiskrim, TwinPacked Quack untuk kami sekeluarga. Redeem satu dulu
Isteri betul-betul sukakannya, dapat pilih tiga perisa
Alisya pun sama. Yummy,yummy
Sekali sekala apa salahnya kan? Selalu tak elok juga
Pilih je yang berkenan
Senarai Harga Aiskrim Baskin Robbins, Sedap tapi agak mahalla juga
Satu bekas bawa pulang. Yum, yumm, boleh makan hari-hari
Special thanks voucher yang dimenangi ketika Nuffnang Hypp TV Bloggers Party
Baskin Robbins, akan kami terjahi lagi

Baskin Robbins memang sedap. One of the best place to enjoy icecream. Yummy, rasanya yang lain dari yang lain. Harganya pun boleh tahan juga mahal but it was worth it. Rasa rileks dan santai je. 

May 2, 2011

Terjahi Mee Rebus Ramli Ipoh lagi

Percutian di Ipoh, sempatla kami dinner dan terjahi Mee Rebus Ramli lagi. Isteri teringin sangat nak pekena Mee rebus, so, bawalah ke sana. Hik3, sendiri pun teringin makan mee rebus ini. 


Mee Rebus Ramli, Ipoh

Memang sedap dan terbaik. Siap ada ubi lagi. Harganya pun murah, RM3.90 je. Mana nak dapatkan?
Nasi Ayamnya pun boleh tahan juga, RM4.60
Kami teruja...
Harga makanan dan Minuman di Restoran Mee Rebus Ramli, Ipoh

Puas hati, harga berpatutan, makanan pun lazat. Nanti bila singgahi Ipoh lagi, akan saya terjahi lagi. Cuma nak parking je la susah skit area ni, nasib baik masa saya sampai tak ramai orang, so mudahla parking.

P/s : Jauh perjalanan, luas pengalaman, mencuba makanan lazat-lazat, hatipun senang.

April 25, 2011

Tutti Frutti Frozen Yogurt|Sangatlah Sedap

Tutti Frutti Frozen Yogurt, Wangsa Maju, akhirnya kami terjahi juga. Teringin sangat isteri ke sana. Ini gara-gara entry INI la. Su, you owe me RM30. Hik3, just kidding :

Tutti Frutti Frozen Yogurt, depan Wangsa Walk, Wangsa Maju
Instruction. Fuhh, boleh tahan harganya, RM5.30 untuk 100 gram
Pilihjer perisa yang berkenan. Boleh campur2. Ada lebih kurang 8 perisa
Apa Itu Tutti Frutti?
Kelebihan dari sudut Kesihatan
Cookies & Cream dan Vanilla favourite saya
Nyam2, ini saya punya.First time try ni main bedalje
Top up la mana yang berkenan
Buat macam rumah sendiri,tapi kena bayar..Hik3..
Ini saya punya, RM15+..
Pilihan wifey, RM10+
Suasana Memang santai

Santai dan memang sedap. Love it to the fullest. Wife pun sama. Siap tambah lagi satu mangkuk.Ohh, terbang lagi RM10 duit eden. Takper2, untuk Isteri tersayang.


Papa, Alisya nak juga? Alisya pun suka..

Santai,sambil makan boleh layan tv...Apsal memanjang channel sport?kasila remote kat kami,bolehla tukar2 channel..Hik3,demand lebih pulak...

Suggestion : Sila tukar sarung kusyen, nampak dah kotor sangat dengan yogurt2 lama yang tumpah. Nampak macam tak ekslusif la kan?. In term og harga, yupp,memang agak mahal. Juga, ramai yang masih belum tahu pasal Frutti Trutti ni, bolehla mencuba mengiklan di Nuffnang, sure promosi lebih meriah dan lebih dikenali.

Jom balik Mama,besok kita singgah lagi

Hik3, to cut the story short, 2 malam berturut2 kami terjahi Tutti Frutti. Memang sedap dan menggiurkan. Kawan saya cakap, pemilik Tutti Frutti Wangsa Maju ni, Hazman, senior kami masa di kolej dulu. Tak taula betul ke tidak. 
Tutti Frutti Frozen Yogurt, Let's Froyo..
Business Hours,dibuka until 12 malam/1 pagi. Jom terjah....
Related Posts with Thumbnails