January 2, 2012

Review Filem : Papa I Love You


Semalam, 1 Jan 2012 sempatlah bawa Isteri dan Alisya menonton Filem Papa I Love You lakonan Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Zalif Sidek (Yellow Man, Maskot Digi) sebagai peneraju utama. Di awal tahun ni, apa salahnya bawa family menonton filem komedi romantik kan? Lebih-lebih lagi, Alisya minat sangat dengan Mia Sara Nasuha, eyriqazz pula teruja nak tengok Zalif Sidek berlakon (bukan Lisa Surihani ke??), dan Lisa Surihani, tak perlu sebut laa kan, filem dia berlakon sure ramai yang nak terjah wayang.

Sinopsis Filem Papa I Love YouFilem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Sambung Baca: SINI


Memang tersentuh menonton filem ini, pengorbanan dan cabaran seorang bapa yang menggangur dalam meneruskan perjuangan membesarkan anak tersayang. Dibuang bapa/ibu mertua, kereta ditarik, rumah tak berbayar dan terpaksa keluar, tidur ala-ala khemah di taman permainan, mencari kerja  dan hampir semua kerja tidak menjadi. Sehinggalah Bahar berjumpa dengan :


Elly lakonan Lisa Surihani

Elly yang turut mengalami konflik dalaman dengan bapanya apabila ibunya meninggal dunia, dan mengantoikan bapanya yang mempunyai perempuan simpanan. Merajuk hati, dan membawa diri, Elly membawa diri dan bekerja di tepi jalan. Pertemuannya dengan Mia dan Bahar membuatkan hatinya semakin lembut untuk.....


Sweet je...

Ala, taknak laa spoil kan dengan bercerita habiskan. Korang singgahi la sendiri. Suka dengan lakonan Zalif Sidek ni, membuatkan filem ni lebih berjenaka dengan mimik2 wajahnya dan dialog yang mencuit hati. Juga sikap kasih sayang antara Bapa dan Anak yang sukar ditukar ganti. Memang sweet dan santai menonton filem ini, dan rasanya memang sesuai bawa anak-anak menonton filem ini. 

Yup, bukan mudah menjadi seorang Bapa. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Biasalah, Papa biasanya kurang sikit menunjukkan kasih sayang ke atas anak-anaknya. Miss You Ayah....

Credit pictures to AwanPagi

Feedback Alisya : Akak Mia Nasuha Comel dan Pandai Berlakonn..

Antara ucapan yang menyentuh hati seorang Bapa/Papa, sudah semestinya :


Papa I Love You.
I Love You too Sayangku, Alisya

On the other hand, saya lebih suka menonton di TGV Wangsa Walk ni jika dibandingkan dengan TGV KLCC kerana kerusinya yang lebih selesa dan suasananya lebih santai. Tahniah TGV atas pembaharuan demi kebaikan bersama. Hik3, ni first time singgahi TGV Wangsa Walk ini.

Papa I Love You filem pertama kutonton tahun ini
Menghiburkan hati dan ceria seisi keluarga
Sama-samalah "Spend more time with family''
Kasih Papa Kasih yang sukar diluahkan dengan kata-kata

15 comments:

  1. alisya oo alisya..syok tengok wayang ye..hehe :P

    ReplyDelete
  2. cadang nak tengok wayang esok..review ni sedikit sebanya memabantu membuat pilihan..tq ;)

    ReplyDelete
  3. tak sempat nak tengok pon sebab minggu ni dah start final. huu. sedeh!

    ReplyDelete
  4. nk tau cite selanjutnye,hukhuk...hmmm boleh tgok nie.

    ReplyDelete
  5. wowww..best ek cter ninape ade yang rivew kate cter ni bosan? kite pon teringin nak tengok !!

    ReplyDelete
  6. di astro first dah kuar kan? boleh tengok situ je sbb di kelate x de cinema. huhuhuhuuh

    Jangan Beri Ruang Malaysia Jadi Syurga

    ReplyDelete
  7. mcm dah besar yer alisya bila duduk dlm panggung tue...hihi

    wah dari cara bro review citer nie macam best jerrr...

    ReplyDelete
  8. tahun 2012 ni tak berpeluang lagi masuk panggung.. lagi2 ada bby ni.. hehehe.. tunggu bby besar sikit bro.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. cite ni layan..,dia main jiwa bapa tu sedih.., tp die selitkan lawak so tak jd nangis yer dak? =)

    http://azfar9897.blogspot.com/2011/12/review-filem-papa-i-love-u.html

    ReplyDelete
  10. dapat tengok the making nya kat tv smlm pun dah rasa best sgt... tp nak ke hubbyku nak pergi tgk wayang citer ni... alahaiii...

    ReplyDelete
  11. #casablander :hik3..memang syok

    #syazana amira:tengokla..tapi don't think to seriously.....

    #cikgu Naman :Selamat menonton..

    #mr_right:aiseh...

    #Abu Mansur :tengokla ya...

    ReplyDelete
  12. #mama rifQy :bosanke? Umm,lain padang,lain belalang..for me i enjoy it..memangla citer ni nampak macam banyak yang tak logik..hik3, dah nama pun filem,bukan kisah benar kan? so..i just take it lightly and enjoy....

    #Daddy Zuki :ohh..tak pasti la pula dah kuar blom di astro first

    #misz_eyza :hik3..dah nak masuk tiga tahun alisya..nak jadi kak long..

    ReplyDelete
  13. #Myvitrd :takpela...family come first kan?

    #Ujang9897:betoi2....enjoy,rileks n have fun...

    #Izan Ishak :pujukla dia..memang sesuai utk bapa2 tengok..

    ReplyDelete
  14. alamak ayt last tu cweetnye....bestnye jd alisya....
    dpt papa caring...heeeee....super daddy lak eyriqazz ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails