Showing posts with label mia sara nasuha. Show all posts
Showing posts with label mia sara nasuha. Show all posts

January 11, 2012

Pengaruh Mia Sara Nasuha

Entri ini bolehla dikatakan entri nukilan Isteri Eyriqazz. Eyriqazz just copykan gambar dan ayat-ayat dari Isteri di FB nya :


Intro Pengaruh Mia Sara Nasuha....dalam Papa, I Love U.....sya nak gi sekolah sama mcm kak mia, sya nak hari2 pakai baju mcm kak mia,...dan setiap masa sya nak sepit rambut mcm kak mia..... ;-)

Mama, sya dah siap nak gi sekolah ni
Lama betul tunggu Mama make-up.....posing dulu lah

"Malam ni, sya ada tuisyen Mama...."
"Sya nak dinner dulu....."
Tau malu anak papa ni bila Mama tanya.....

"Sya bawa buku ker aper dalam beg tu???"....
Gaya jer lebih....padahal penuh dgn mainan.......hihihihihii

Mama, sya bawa bas sendiri gi sekolah ok???
Mama, Sya nak siapkan homework cikgu bagi kat sekolah tadi dulu.....pahtu baru sya minum susu dan tido ok????"
Dah lebih 10 ORANG bertanyakan pada SAYA, knp Azwa@Akak x buat BLOG gak???
PUJUKAN suami saya,...."Mama x yah lah berBLOG2....byk cabarannya, nanti KESIAN lak kat anak2 Papa x der org tengokkan.....lgpn, Mama dah PENAT mengajar kat sekolah, kdg2 pun bawa balik kerja ke rumah....biar Papa jer, yg carikan EXTRA MONEY utk Sayang dan anak2...".......

*Padahal, saya dapat RASAkan.....SUAMI saya, Eyriqazz tu sebenarnya RISAU......kalau saya pun ada BLOG gak,....mesti BLOG saya lagi FAMOUS dr blognya.....hihihihiii*

P/s : Indeed, Can't Agree more with this word..Rasanya kalau Isteri jadi Blogger, dia lagi bagus/famous dari Eyriqazz. Maybe I pula akan Jadi Macam Sirman Redmummy or Laling MadamMondoq.

January 2, 2012

Review Filem : Papa I Love You


Semalam, 1 Jan 2012 sempatlah bawa Isteri dan Alisya menonton Filem Papa I Love You lakonan Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Zalif Sidek (Yellow Man, Maskot Digi) sebagai peneraju utama. Di awal tahun ni, apa salahnya bawa family menonton filem komedi romantik kan? Lebih-lebih lagi, Alisya minat sangat dengan Mia Sara Nasuha, eyriqazz pula teruja nak tengok Zalif Sidek berlakon (bukan Lisa Surihani ke??), dan Lisa Surihani, tak perlu sebut laa kan, filem dia berlakon sure ramai yang nak terjah wayang.

Sinopsis Filem Papa I Love YouFilem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Sambung Baca: SINI


Memang tersentuh menonton filem ini, pengorbanan dan cabaran seorang bapa yang menggangur dalam meneruskan perjuangan membesarkan anak tersayang. Dibuang bapa/ibu mertua, kereta ditarik, rumah tak berbayar dan terpaksa keluar, tidur ala-ala khemah di taman permainan, mencari kerja  dan hampir semua kerja tidak menjadi. Sehinggalah Bahar berjumpa dengan :


Elly lakonan Lisa Surihani

Elly yang turut mengalami konflik dalaman dengan bapanya apabila ibunya meninggal dunia, dan mengantoikan bapanya yang mempunyai perempuan simpanan. Merajuk hati, dan membawa diri, Elly membawa diri dan bekerja di tepi jalan. Pertemuannya dengan Mia dan Bahar membuatkan hatinya semakin lembut untuk.....


Sweet je...

Ala, taknak laa spoil kan dengan bercerita habiskan. Korang singgahi la sendiri. Suka dengan lakonan Zalif Sidek ni, membuatkan filem ni lebih berjenaka dengan mimik2 wajahnya dan dialog yang mencuit hati. Juga sikap kasih sayang antara Bapa dan Anak yang sukar ditukar ganti. Memang sweet dan santai menonton filem ini, dan rasanya memang sesuai bawa anak-anak menonton filem ini. 

Yup, bukan mudah menjadi seorang Bapa. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Biasalah, Papa biasanya kurang sikit menunjukkan kasih sayang ke atas anak-anaknya. Miss You Ayah....

Credit pictures to AwanPagi

Feedback Alisya : Akak Mia Nasuha Comel dan Pandai Berlakonn..

Antara ucapan yang menyentuh hati seorang Bapa/Papa, sudah semestinya :


Papa I Love You.
I Love You too Sayangku, Alisya

On the other hand, saya lebih suka menonton di TGV Wangsa Walk ni jika dibandingkan dengan TGV KLCC kerana kerusinya yang lebih selesa dan suasananya lebih santai. Tahniah TGV atas pembaharuan demi kebaikan bersama. Hik3, ni first time singgahi TGV Wangsa Walk ini.

Papa I Love You filem pertama kutonton tahun ini
Menghiburkan hati dan ceria seisi keluarga
Sama-samalah "Spend more time with family''
Kasih Papa Kasih yang sukar diluahkan dengan kata-kata

December 22, 2010

Gambar Lisa Surihani Cium Mulut

Hik3, tengok je tajuk (Gambar) Aksi Panas Lisa Surihani Cium Mulut, OMG! , sepantas kilat eden mengklik. Memang hangat gambarnya :
Lisa Surihani Cium Mulut Mia Sara Nasuha

Sweet je kan? Memang serasi la mereka berdua berlakon. Suka sangat tengok lakonan mereka especially Drama Bersiri AdaMaya .

Hik3, Cium Pipi Alisya pun best juga

P/s : Bila la agaknya Lisa Surihani akan bergandingan dan berlakon dengan Hanis Zalikha? Tentu meletup kan? Hik3....

August 4, 2010

Episod 2 Epilog Syurga Cinta Tidak Mengecewakan

Episod 1 Epilog Syurga Cinta membuatkan saya merempit lagi hari ini untuk menonton episod kedua/2 pula. Firstly, saya teruja dengan lakonan adik Mia Sara Nasuha yang comel. Secondly, dapat balik awal harini, jadi sempatlah layan. Inilah review saya untuk episod kedua ini.

Kenapa Cikgu Siti Syuhadah Bersedih?
Orang Yang Jahat pun boleh Jadi Baik. Contohnya tak semua Monster Jahat. Ramai yang baik especially Monster Jambu @ JE JAI
Cikgu Syuhadah bercerita kisah silamnya
Semasa kecil dia seorang budak yang nakal. Dipendekkan cerita, kedua ibubapanya meninggal dunia kerana kenakalannya dan ketika mengejarnya di jalanraya
Pandai nya Mia bodek nak minta Cikgu Syuhadah hantarnya pulang
Di rumah Mia. Seganlah nak masuk rumah. Hik3
Bila Mata Bertentang Mata . Apakah yang akan terjadi

Bolehla juga menonton Online di sini : EPILOG SYURGA CINTA | EPISOD 2

Episod 2 much more better than episod satu. Lepasni kalau tak sempat layan, bolehlah tengok online siaran ulangan. Thanks TV3. Sayang TV3.

P/s : Teringat kenangan My First Love. Kenapa Cinta Pertama Sukar dilupakan, ya?

August 3, 2010

EPILOG SYURGA CINTA | Slot Akasia TV3

Ini semua gara-gara entry Kak Yanmie yang bertajuk Epilog Syurga Cinta TV3 – Sinopsis Epilog Syurga Cinta . Bestker Cerita Epilog Syurga Cinta ini? Tepuk dada, tanya selera. Kena layan sendiri barulah tahu cerita itu best atau tidak kan? Jadi, saya mengambil keputusan untuk pulang awal dan merempit seperti Zaman ADAMAYA dulu untuk menonton drama bersiri ini. Inilah pandangan dan komen saya untuk episod pertama/1 kali ini :

Mia ( Adik Mia Sara Nasuha) comel dan cute seperti selalu. Suka sangat tengok dia berlakon
Comelnya Adik Mia Sara Nasuha dengan begnya

Beriya-iya benar dia mahukan Cikgunya, Syuhadah ( Fida Pantene) untuk menjadi teman lelaki Abangnya , Irham (Zizan Nin)

Inilah Salah Seorang Teman Wanita Irham

Wanita oh wanita, kalau dah sayang apa pun sanggup. Sanggup nak bunuh tu? Hak3, Kerana Cinta Apapun Jadi walaupun tergadai body. Ada kata mengatakan " Women Give Sex To Get Love and Men Give Love To Get Sex" . Betulke? Lu Fikirlah Sendiri.

Cikgu Syuhadah bersama Datuknya

Kedua ibubapanya telah meninggal dunia dan dia dijaga datuknya yang sangatlah penyayang. Dalam episod ini, dia telahpun bertunang.

Inilah Tunang Cikgu Syuhadah, takdelah Hensem Manapun. Hensem lagi Bro SharingInfoz
Sweetja Cikgu Syuhadah kan? Ada Iras-Iras Datuk Siti Nurhaliza pun Ada kan? Tapi tetap tidak boleh menandingi Kecantikan Isteri Imam Muda, tak gitu?

Serba Pink? Diorang Kahwin ke Bertunang? Hik3, kenalah tonton sendiri. Tak feel la kan bercerita habis.

Keseluruhannya, episod pertama ini tidak mengecewakan dan saya boleh katakan ceritanya best walaupun mungkin tak sebest Drama ADAMAYA. Salah satu faktornya adalah hero dan heroin yang bagi saya kurang daya penarik jika dibandingkan dengan Drama ADAMAYA. Apapun, don't judge book by it cover kan? Baruje episod pertama kan?

Oh ya, Untuk Sinopsis Drama 28 Episod Ini, bolehlah terjah Entry INI :

Firstly, Kredit Picture to YanmieOnline

Kisah Cinta 28 Episod baru bermula
OK juga layan sebelum berbuka puasa
Timingnya bagus sahaja
Ceritanya pun nampak menarik dan buat aku teruja

Kalau Nak Menonton Online Episod 1 Ini, Bolehla tonton di sini :


P/s : Korang sempat layan tak citer ni tadi? Apa komen anda pula? Bestke Cerita Epilog Syurga Cinta ni?

June 17, 2010

Kisah Dhia Fara Yasmin



Dhia Fara Yasmin
Vs

Mia Sara Nasuha (Amani ADAMAYA)

Selingan di pagi khamis. Berkongsi cerita kisah Dhia Fara Yasmin (sepupu Isteri) ketika di dalam kereta perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Perlis.

Yasmin : Kak Anin, Min belajar di Sekolah Cina. Tadika.

Isteri : Iyer? Cuba Min nyanyi lagu cina.

Yasmin : Tak pandai.

Isteri : Abis, min reti nyanyi lagu apa?

Yasmin : Min reti lagu Inggeris.

Isteri : Umm,cuba Min nyanyi

Yasmin : Bangun Pagi, Gocok Gigi, Cuci Mukaa...(dengan muka yang sangat comel)

Satu Kereta : ( Gelak sakann....)

P/s :Comel tak Yasmin? Tgk wajah dia ketika bercuti di Pulau Langkawi teringat wajah Mia Sara Nasuha yang comel tu.

May 13, 2010

Live Blogging | Akasia Adamaya Episod Terakhir

Salam dari Eyriqazz,

Punyalah teruja dan bila dapat tahu dari entry Episode Akhir Adamaya – Adam Mati dari Kak Yanmie , balik je kerja walaupun hujan lebat, aku merempuh hujan,merempit dan basah kuyup semata-mata tidak mahu melepaskan kesudahan episod ini. Walaupun sudah ditegur Isteri aku gagahkan jua dan aku teruja untuk menyaksikan Akasia Adamaya Episod Terakhir hari ini, 13 Mei 2010.

Keterujaanku ini akan kuteruskan dengan  Live Blogging pasal drama ini. Mungkin ada yang masih di ofis boleh membaca entry ini dan mendapat update dan berkongsi keterujaan ini. Akan saya updatekan dari masa ke semasa.Fuhh, dah lama tak buat Live Blogging , terasa teruja la pula.
Ini Episod Semalam | Sedihnya Maya bila Adam kata mereka mungkin berpisah
640 petang
Dani terkejut Mika (kawan karibnya) bakal berkahwin dengan bekas Isterinya.

Dani menyerang rumah Maya dan menamparnya . Maya marah-marah dan mengamuk dengan Dani kerana Dani pernah berbuat kasar dengan anaknya Amani (Adik Mia Sara Nasuha)

Maya terkejut apabila diminta 'sign' dokumen dari Adam (adakah dokumen untuk Adam kahwin satu lagi? Hak3....)

7 malam


Maya 'sign' surat Commision pameran sulung Adam. Sayang betul ADAM dekat MAYA. I Love my wife too.Hik3...

Maya cakap kat Dani dia tidak mahu jumpa dia lagi namun Dani menggugut akan mencarinya sehingga ke lubang cacing  dan andainya dia tidak dapat hidup bersama Maya, Adam pun tidak layak untuknya.

Amani sangatlah comel ketika berbual-bual dengan Adam di dalam kereta.

Adam menghadiahkan satu kotak hadiah buat Maya. Satu surat dari Adam meluahkan perasaan hati. Maya menitikkan air mata membaca surat dari suami. Adam meluahkan perasaan akan cita-cita Maya.

Adam memohon maaf atas impian Maya yang tidak dapat dipenuhi. Sungguh romantik membaca surat dari Adam. Dush2,teruja dan tersentuh jiwa kelakianku. Satu novel turut dihadiahkan kepada Maya yang bertajuk ''Kembara Mencari Cinta"

Memori silam mengungkai kembali diri Maya dan dia semakin merindui Adam dan air matanya semakin jatuh bercucuran.

715 malam

Dani melutut di kaki Maya dan memohon maaf. Terhenti seketika perbualan mereka.
Pameran sulung Adam mendapat sambutan hangat. Dani memujuk Maya kembali dan inginkan peluang diberikan kepadanya lagi. Maya memaafkan Dani namun mengatakan yang dia tidak akan bersama dengan Dani. Bukan soal berubah, hatinya masih setia dengan Adam dan menyesal kerana menjadi Isteri yang derhaka, ego kepada suami sendiri walhal dia sayangkan suaminya.
Maya mengatakan Dani tidak layak menjadi bapa buat Amani. Dani mengatakan yang dia mampu buat yang lebih baik daripada Adam. Omongan kosong namun Amani sudah tidak mempercayainya lagi. Kini, Adam yang bertakhta di hatinya. Syurga di kaki Suami.
Dani merayu-rayu dan menangis (buruknya perangai!!!) dan masih terkial-kial mahu memujuk Maya namun sudah tidak diendahkan Maya lagi. Maya pergi meninggalkan Dani yang kecewa dengan muka yang sangatlah kesedihan. Kuat sungguh penangan Cinta Maya buatnya sampaikan Isteri sendiri diceraikan dan anak-anak diabaikan.
Maya muncul di pameran Adam dan berjumpa Adam . Maya meluahkan perasaan hati buat suami tersayang. Maaf dipohon dan mengaku salah silapnya. Adam tidak mahu mendengar hujah-hujah Maya. Maya menyesal dan terus memohon kemaafan dari Adam. Bodoh dan buta diperkatakan.
Let's Go Maya. Fuhh,keras juga hati Si Adam. Yerlah, sudah lama disimpan inilah jadinya. Maya menangis dan air mata Maya pula yang jatuh bercucuran. Fuhh, sayu aku dibuatnya.

730 malam

Adam hampir menangis. Maya melutut dan memohon kemaafan dari Adam. Adam mengatakan dia sudah lama mengampunkan Maya. Mereka berpeluk kegembiraan tiga keluarga, Adam + Maya + Amani = Nurul Alisya Ilyani. Hak3, or my family....Ok tak?

Cerita Melayu mestilah happy ending kan? Kalau tak mesti orang marahnya.

Dani mengelamun keseorangan , nak bunuh diri ke? Itulah balasan orang yang desperate dan mengejar isteri orang, kenangan diingat pun sudah tidak berguna lagi.

Angau Dani dibuatnya, semua wanita disangkakan Maya.

THE END, HAPPY ENDING, One of the best Drama I ever watched.

Drama Adamaya turut menjadi the only drama yang saya menulis entry berkenaannya melebihi 5 entry.  Entry-entry yang lain bolehlah singgah di sini :







P/s :Mahu jadi suami yang hebat dan bagus seperti Adam juga. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Wish me Luck!!

May 5, 2010

Slot Akasia Adamaya TV3 | Saya Mahu Cerai

Salam dari Eyriqazz,

Setelah agak begitu lama tidak sempat menonton Slot Akasia Adamaya di Tv3 atas kesibukan kerja, semalam berkesempatan menontonnya setelah merempit dengan lajunya . Sampai rumah elok-elok pukul 625 dan terus meneruskan menonton  :


Adussh, Episod 2 dan Episod 3 yang sempat kutonton sebelum ini memang menusuk kalbu. Harini dah tak tahu episod ke berapa, lepas ni kena buka website TV3 untuk lebih lanjut, nak tengok online internet slow macam siput.

Episod hari ini cukup sedih dan menyentuh jiwaku. Sedikit rumusan cerita hari ini :

1) Maya minta Cerai dengan Adam. Terkedu hatiku bila Maya luahkan ''Saya Mahu Cerai". Adush,terlepas episod sebelum ini dan jadi tidak keruan kenapa perhubungan yang bahagia tiba-tiba jadi begini.Why,why this things happened?

2) Maya ditangkap basah dengan bekas kekasih lamanya iaitu Dani . Dani telah berpisah dengan isterinya namun dia asyik melarikan diri untuk tuntutan nafkah anak bekas isterinya di mahkamah. Apa punya bapa laa, Pandai buat jer, tanggung tak pandai.

3) Maya mengatakan hubungan mereka sudah tidak gembira. Dani memujuk Maya supaya terus memaksa Adam menceraikannya. Aku respek ngan Adam, cool dan rileks saja menghadapi situasi genting sebegitu.

4) Wajah Maya sudah tidak seceria dulu. Huk3, nampak lain dan nampak macam jahat skit.

5) Cerita dah semakin sedih. Huk3, memang cerita melayu betul la. Sedih tapi mesti happy ending aku rasa nanti.


Umm, layan gambar Amani @ Adik Mia Sara Nasuha dan Lisa Surihani lagi best


Layan Lagu Yang Terindah pun best juga

P/s : Korang layan ADAMAYA lagi tak ? Apa komen ya?

P/s/s : Tak suka cerai-cerai ini. Minta-minta dijauhkan. I Love My Wife and Alisya Sooo Mucchhhh....Muahhhs Sayang n Alisya
Related Posts with Thumbnails