Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

January 7, 2012

Review Filem : Alvin And The Chipmunk 3


Minat betul Alisya dengan Chipmunk. Kartun yang dijual di Mcd kami beli dan beberapa kali dah cakap "Papa, nak tengok Chipmunk". So, semalam bawalah Alisya dan Isteri pergi tengok Alvin and The Chipmunk 3 di TGV Wangsa Walk. Selesa betul la tengok wayang di sini, dekat dari rumah dan santai.

Yey, 3 tiket for us... Redeem kupon tiket yang dapat dari Nuffnang before

Senyum-senyum

Papa, Chipmunk. Papa, Chipmunk
Jom Papa tengok wayang. Hik3, baru umur 2 tahun setengah dah biasakan bawa tengok wayang

Overall, filem Alvin and the Chipmunk 3 ni memang best . Lebih-lebih lagi kalau tengok seisi keluarga. Cuma jalan cerita di pertengahan tu bila mereka terdampar di Pulau terpencil yang ada volkano dan survival balik tu, umm, macam kurang best skit la.

In term of lagu-lagu memang layan. Alisya asyik-asyik kalau scene takde chipmunk, "Mama, Mana Chipmunk"? Hik3, filem untuk ditonton bersama anak-anak sangatlah sesuai . Bukan main seronok lagi Alisya, keluar je terus tersenyum dan Jom balik Papa. Sampai rumah terus tertidur... 

So, bawala anak-anak tengok filem ni. Disamping dapat menggembirakan mereka, dapat juga mengeratkan ikatan kekeluargaan. Kalau hari-hari kita spend almost all of our time di ofis, apa salahnya spend time with them dan gembirakan hati mereka kan?

January 2, 2012

Review Filem : Papa I Love You


Semalam, 1 Jan 2012 sempatlah bawa Isteri dan Alisya menonton Filem Papa I Love You lakonan Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Zalif Sidek (Yellow Man, Maskot Digi) sebagai peneraju utama. Di awal tahun ni, apa salahnya bawa family menonton filem komedi romantik kan? Lebih-lebih lagi, Alisya minat sangat dengan Mia Sara Nasuha, eyriqazz pula teruja nak tengok Zalif Sidek berlakon (bukan Lisa Surihani ke??), dan Lisa Surihani, tak perlu sebut laa kan, filem dia berlakon sure ramai yang nak terjah wayang.

Sinopsis Filem Papa I Love YouFilem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Sambung Baca: SINI


Memang tersentuh menonton filem ini, pengorbanan dan cabaran seorang bapa yang menggangur dalam meneruskan perjuangan membesarkan anak tersayang. Dibuang bapa/ibu mertua, kereta ditarik, rumah tak berbayar dan terpaksa keluar, tidur ala-ala khemah di taman permainan, mencari kerja  dan hampir semua kerja tidak menjadi. Sehinggalah Bahar berjumpa dengan :


Elly lakonan Lisa Surihani

Elly yang turut mengalami konflik dalaman dengan bapanya apabila ibunya meninggal dunia, dan mengantoikan bapanya yang mempunyai perempuan simpanan. Merajuk hati, dan membawa diri, Elly membawa diri dan bekerja di tepi jalan. Pertemuannya dengan Mia dan Bahar membuatkan hatinya semakin lembut untuk.....


Sweet je...

Ala, taknak laa spoil kan dengan bercerita habiskan. Korang singgahi la sendiri. Suka dengan lakonan Zalif Sidek ni, membuatkan filem ni lebih berjenaka dengan mimik2 wajahnya dan dialog yang mencuit hati. Juga sikap kasih sayang antara Bapa dan Anak yang sukar ditukar ganti. Memang sweet dan santai menonton filem ini, dan rasanya memang sesuai bawa anak-anak menonton filem ini. 

Yup, bukan mudah menjadi seorang Bapa. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Biasalah, Papa biasanya kurang sikit menunjukkan kasih sayang ke atas anak-anaknya. Miss You Ayah....

Credit pictures to AwanPagi

Feedback Alisya : Akak Mia Nasuha Comel dan Pandai Berlakonn..

Antara ucapan yang menyentuh hati seorang Bapa/Papa, sudah semestinya :


Papa I Love You.
I Love You too Sayangku, Alisya

On the other hand, saya lebih suka menonton di TGV Wangsa Walk ni jika dibandingkan dengan TGV KLCC kerana kerusinya yang lebih selesa dan suasananya lebih santai. Tahniah TGV atas pembaharuan demi kebaikan bersama. Hik3, ni first time singgahi TGV Wangsa Walk ini.

Papa I Love You filem pertama kutonton tahun ini
Menghiburkan hati dan ceria seisi keluarga
Sama-samalah "Spend more time with family''
Kasih Papa Kasih yang sukar diluahkan dengan kata-kata
Related Posts with Thumbnails