December 10, 2010

Sediakan Payung Sebelum Hujan

48 Hours Sticky Sponsored Post. Scroll Down for the latest entry.

Happy Family

Hidup berkeluarga ini indah. Namun, sebagai seorang bapa/ketua keluarga, saya perlu mempersiapkan diri dalam mengharungi masa depan yang mendatang. Kebajikan Isteri dan anak-anak perlu dititikberatkan . Bak kata pepatah, Malang tidak berbau, hari yang dilalui tidak selalunya indah. Saya kongsikan 3 pengalaman saya dalam meniti kehidupan sebagai anak sulung/ketua keluarga :

1) Ayah Oh Ayah

Ayah saya meninggal dunia 2 bulan lepas atas faktor kesihatan @ masalah buah pinggang (Al-Fatihah). Kedua-dua Buah Pinggangnya rosak. Lebih setahun lebih ayah menderita dan kami sekeluarga terpaksa berulang alik ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan perubatan. Cuci darah, pembedahan dan pelbagai lagi. Agak terkilan kerana saya tidak mampu untuk hantar ayah ke hospital swasta yang mungkin boleh memberikan rawatan yang lebih baik atas faktor kos perubatan yang tinggi .

Di hospital kerajaan pun kosnya habis beribu-ribu ringgit mujurlah sebahagian daripada kos rawatan ditanggung oleh majikan adikku iaitu Kerajaan Malaysia kerana adik kerja kerajaan. Insurans? Ayah tiada insurans dan apabila dah sakit teruk, beli insurans pun tidak akan dicover untuk sakit yang sedia ada i.e. kencing manis, dan darah tinggi.

2) Alisya ketika baru dilahirkan

Alisya mengalami komplikasi masalah pernafasan ketika dilahirkan dan terpaksa ditahan di wad selama seminggu. Tuhan saya yang tahu mahu gugur hati ini,namun Alhamdulillah, kami mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik di Ampang Puteri Medical Hospital dan Alisya sembuh. Bila melihatkan bil perubatan untuk Alisya masa iaitu mencecah RM3,000+ semasa mahu keluar hospital, rasa gugur jantung ini. Mujurlah ianya dicover oleh syarikatku yang telah membelikan Insurans bagi menjaga kebajikan pekerja dan anak-anak. Syukur, kalau tidak mungkin terpaksa saya dan isteri keluarkan duit simpanan.

3) Kemalangan Jalan Raya Saya dan Adik

Kemalangan yang tidak dipinta, both of us dimasukkan ke hospital. Nasib saya baik hanya luka-luka ringan namun adik saya terpaksa ditahan kerana kakinya patah. Hampir sebulan adik saya ditahan dan pembedahan terpaksa dilakukan dan besi dimasukkan ke dalam kaki adikku. Kos rawatan masa itu mencecah RM5 ribu lebih. Nasib baik adikku masih bersekolah ketika itu dan ianya ditanggung oleh takaful yang dibeli oleh sekolah.


Sediakan Payung sebelum hujan, saya tidak mahu Alisya atau keluarga menangis di masa depan. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kos perubatan yang semakin meningkat naik, rasanya setiap keluarga perlu melengkapkan diri. 


Duit Simpanan yang disimpan untuk anak-anak bukannya jaminan masa depannya. Perlu ditambah lagi bagi melindungi insan tersayang di masa depan. Perlindungan perubatan yang di cover oleh syarikatku hanya sehingga aku bersara ,dan bagi anak-anak hanyalah sehingga mereka berumur 21 tahun. Selepas itu bagaimana pula?


Atas kesedaran itu, saya dan isteri telahpun merancang untuk membeli Insurans untuk  Alisya sebagai langkah permulaan .Seterusnya saya dan Isteri bakal menyusul. Surveying around, kami bercadang memilih insurans dari  Prudential yang menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk kami sekeluarga ditambah pula saya begitu selesa dengan agen insurans kami sekarang ini, iaitu Gee dari Prudential BSN yang begitu profesional dalam menerangkan tentang kepentingan insurans dan tidak memaksa kami untuk membuat pilihan. 


Sediakan Payung sebelum hujan dan bagi kami Payung dalam kehidupan sekeluarga ini adalah Insurans. Malang tidak berbau, sekurang-kurangnya jika ditimpa musibah, saya sudah ada perisai untuk memperlengkapkan diri. Belajar dari pengalaman, saya tidak mahu keluarga saya nanti bermasalah andainya berlaku perkara tidak diingini dan dicakap orang, "Sudah Jatuh, Ditimpa Tangga".

Kita tidak meminta perkara yang tidak elok berlaku di masa depan seperti masalah kesihatan dan terpaksa dihantar ke hospital, kemalangan jalanraya (sudah 2 kali saya kemalangan jalanraya) ataupun pembiayaan pelajaran anak-anak ketika mereka meningkat dewasa. Ya, kita tidak minta ianya berlaku, namun jika ianya berlaku, sekurang-kurangnya :

We Already Prepared For It (Credit Picture Here )

P/s : Apa pula kata anda, pentingke  "Sediakan Payung Sebelum Hujan" dalam kehidupan ini?

60 comments:

  1. su amik pru bsn takaful ni. alhmdlh, masa aqil sakit dapat cover sume, plus dpt duit sebab warded lagi. mmg berbaloi. bukan meminta utk sakit, tapi sebagai simpanan pun ye juga. sediakan pyg sblm hujan.

    ReplyDelete
  2. betul bro..
    dari kawin sampai ada anak, macam macam laluan dan dugaan. Ke situ duit, ke sana duit..
    kena laa menyimpan sikit sikit..

    ReplyDelete
  3. Eyriqazz: mmg insurans penting utk kita. saya byk tahu ttg insurans semasa bekerja di syarikat insurans dulu!

    ReplyDelete
  4. setuju bro.. aku pon memang merancang nak cari satu insurans yang terbaik untuk keluarga aku.. insyallah kalau predential ni terbaik.. mungkin menjadi pilihan aku.. aku ada pengalaman 6 bulan lepas apa bila isteri menerima pembendahan akibat apendik dan kos rawatan mencecah RM8k++ nasib baik syarikat wife aku cover insurans tu kalau tidak .. mahu tidak aku g cari along.. so moralnya insurans adalah sgt penting untuk perlindungan keluarga dan yang tersayang...

    ReplyDelete
  5. dlm insuran ni eyriqazz, menurut pakar2 kewangan, kita patut insurans diri kita dahulu baru isteri dan anak2. sebab apa?
    sebab kita ni ketua keluarga, kitalah sumber pendapatan utama, sebab tu kita patut dilindungi.

    fyi aku ambik pru health!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ad takaful,
    insuran as byk faedahny :)

    ReplyDelete
  7. skang pun tengah bercadang2 nak beli insurans.kalo ada sekali dengan saving lagi bagus :)dulu pun pernah kerja di syarikat insurans gak :)

    ReplyDelete
  8. setuju 100%..untuk pendidikan pun perlu jugak..nak belajar bukan murah sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Alhamdullillah =)
    terbuka Hati utuk mengambil insurans =)
    Tetapi, adakah bro tau, insurans yg kite ptt amik perlu berlandaskan syariah islam ? supaya duit yg kita salurkan ke arah islam.. =)
    Cadangan sy, survey dulu syarikat insurans islamic terlebih dahulu .. Seperti takafull....

    p/s : sy agen insurans : Etiqa Takaful =)

    ReplyDelete
  10. Betul tu..kena sediakan payung sebelum hujan..sekarang ni macam2 boleh berlaku..

    ReplyDelete
  11. konsep sediakan payung sblm ujan ni mmg langkah paling bijak...

    ReplyDelete
  12. berfikiran jauh ke hadapan..segalanya berdasarkan pengalaman...

    ReplyDelete
  13. yup sangat berguna bila diperlukan..Gerrard dah ada insurans, anda bila lagi =P

    ReplyDelete
  14. #Suliana:yup,iman pun planning nak amik Prudential Bsn..Islamic dan plannya memang menarik...su dah lama amik kan?dgr feedback su pun nampak plan ni ok untuk alisya juga..

    ReplyDelete
  15. #KiD :simpanan dan perlindungan itu perlu..kos rawatan perubatan skangni memang melambung tinggi..dah beberapa kali pengalaman di hospital,semuanya melebihi rm3K

    ReplyDelete
  16. #azzey;yup,penting..thanks for sharing ur thought..kata orang sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya

    ReplyDelete
  17. #Tn.Punya :tuhla,perlu dicari especially ketua keluarga cam kita bro...insurans dari company sampai bila je kan?dah bersara nanti camne pula?

    ReplyDelete
  18. #Matjoe :thanks bro..bernas idea bro tu...kami plan untuk anak dulu coz itu yang termampu buat masa ni....for us will menyusul, InsyaAllah,tahun depan..

    apapun,setuju ngan bro...semakin meningkat usia,semakin tinggi risiko penyakit especially dengan gaya hidup di kota raya yang tidak begitu sihat

    ReplyDelete
  19. #ahsfantasy24:yup..insurans ni macam rumah...better beli than menyewa kan? (company punya hanyalah sewaan sementara)

    ReplyDelete
  20. #e.l.i.s.s.m.i.e :itula plan saya..nak amik prudential bsn coz ada plan 3 in 1..kematian,kesihatan dan pelaburan..easier..

    ReplyDelete
  21. #kak ina kl (1):setuju kak ina..learn a lot from u...

    ReplyDelete
  22. betul2.menabung amalan mulia haha

    btw,sedih dgr citer abg eyriqazz

    ReplyDelete
  23. bersedia,ini salah satu cara sayang famili

    p/s-netbook pink same la hehe

    ReplyDelete
  24. benar tu... kita tak thau ajal maut kita bila... bila ada persediaan sekurang2 nya.. ada pihak yg bertanggungjawab untuk membantu kita..

    dgn adanya insurans... sekurang2 nya.. kita ada perlindungan...

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  25. #Ms_EIDA :yup,dah semak..prudential bsn yang kami plan ini berlandaskan syariat islam....

    ReplyDelete
  26. #sw33tdarling.com ;chaiyok for?hik3..

    ReplyDelete
  27. #Hajar :setuju..better late than never...

    ReplyDelete
  28. #J.M.R :yup,kalau takde payung,baju hujan pun jadi..hik3...just kidding..

    ReplyDelete
  29. #sfatimahzj :yup,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya..learn from experience too

    ReplyDelete
  30. #Wan Gerrard:wah2,bagusla gerrard ni...

    ReplyDelete
  31. #Nazirul :learn from other experience too bro...

    ReplyDelete
  32. #Peri PiA ;yup..bersedialah..pink memang kegemaran isteri

    ReplyDelete
  33. #Sumijelly :setuju sumi..at least, kita dilindungi...

    ReplyDelete
  34. persediaan untuk masa depan.. sbb kita tak tahu apa yg bakal berlaku. bagus2.. ramai gak dah guna prudential ni..

    psst:: teringat saya masa kecik2 masuk spital kuar spital sbb athma. nasib baik lah majikan ayah tanggung hoho

    ReplyDelete
  35. Penting sngt2!! kita bukan la mintak sst yg buruk terjadi, tp kita tak kan dpt meramal apa yg berlaku esok, lusa,tulat & ..

    p/s: Co. En.Suami kasi PM Care - family package (medical); beli sendiri Takaful - utk education anak2 & life insurance

    adeh, senget la jugak!!

    ReplyDelete
  36. waahhh..adver.. bestnye.. hehe..tahniah bro..btw, en3 ne memang best gile..gigih bace..
    memang patut sediakan payung sblm hujan.. lg2 utk yg ade anak2..

    ReplyDelete
  37. bagus ni tapi lepas kawen kot baru beli insurans.
    skang ada join insurans juga tapi biasa2 punya la.

    ReplyDelete
  38. Setuju bro.. persediaan awal memang sangat perlu.. best tak prudential ni.. nak join jugalah..

    ReplyDelete
  39. sangat setuju..malang tidak berbau..lebih baik, sediakan payung sebelum hujan, walaupun untuk bawak payung tu mungkin perlu korban sedikit tenaga..hehehe..

    New entri :Maila Vote Saya

    ReplyDelete
  40. #azihahisa :yup,sediakan payung sebelum hujan..tuhan saja yang tahu betapa sayu nya hati ini bila tidak dpt mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik untuk ayah sebelum ayah saya meninggal dulu

    ReplyDelete
  41. #MamaYatie :yup,penting..kata pepatah,bersusah susah dahulu, bersenang2 kemudian....

    ReplyDelete
  42. #darkbatman :thanks bro..bukan setakat untuk ibubapa, tapi secepat mungkin..the higher the age semakin tinggi kosnya...

    ReplyDelete
  43. #StellaClaire-Richard:thanks...

    ReplyDelete
  44. #noorafzan:lagi cepat lagi bagus..saya pun tgh nak budgeting semula so saya,isteri dan anak boleh amik insurans semua

    ReplyDelete
  45. #kulanz:setakat ini, a lot of positive feedback yang saya dengar pasal prudential..agen insurans yang saya tgh deal ni pun mmg profesional..come talk, n if u don't want...i want push u...itulah katanya..

    most of my officemate pakai Prudential Insurance juga..and they r happy with it...

    ReplyDelete
  46. my hubby pun carumkan kami sefamili Prudential Insurans.dia ckp, duit utk simpanan tu takdelah..at least klau terjadi apa2 pada dia..insurans ni boleh cover kami sekeluarga. Insya Allah.

    ReplyDelete
  47. #akmafaizal:yup,main purpose of insurans adalah untuk melindungi...memang tak rugi kalau beli insurans,nampak simple tapi byk kelebihannya

    ReplyDelete
  48. alhamdulillah anak sy pun da amik prusdential.. mmg berbaloi aritu cicrit birit kena warded.. dpt masuk gleaneagles ampang ... bilik 1st class. yg penting semua di tanggung oleh prudential tanpa kami membeyar pun..s elain tu boleh saving juga kan...

    ReplyDelete
  49. insya Allah..lieza pon sdg berura2 utk mngambil insurance...

    ReplyDelete
  50. well done!! nice write up..siap dok mentioned my name lagi..thanks so much..mmg niat kami sebenarnya nak tolong org kita jugak..insurance - protection, medical n simpanan ni mmg penting utk masa depan keluarga..bil hospital sekarang makin mahal..20 yrs from now tak tahulah mcm mana..good sharing bro!! nanti i balik dari road show JB ni kita meet up kay..InsyaAllah...
    http://geeasfinancialconsultant.blogspot.com

    ReplyDelete
  51. #@e_da :setuju,sediakan payung sebelum hujan..pengalaman saya bekerja recovery di commercial bank dulu, ada satu customer, terpaksa buat pinjaman ah long kerana anaknya sakit teruk dan perlukan pembedahan segera...memang lepas tu kerja bayar hutang saja,sampaikan rumah hampir kena lelong..beringat sebelum kena, masalah kesihatan ini bagaikan kemalangan jalan raya, u don't want it but sometimes it happened to you..

    ReplyDelete
  52. #Kaseh NazLieza ;baguslah tu...

    ReplyDelete
  53. #gEe:thanks gee..yup, setelah berkali2 masuk hospital, tgk orang masuk hospital timbul kesedaran ini.that's y kami mahu segerakan pembelian insurans..bertangguh bukan langkah yang bijak..the older u are ,the higher the risk...

    ReplyDelete
  54. Pojie pun kne bersedia dari skrg la..
    Prudential cam bagus tapi mahal kann?
    Byk plan plak tuh xtau nk amik yg mana 1..
    Ada utk persaraan pun ada.. Any suggestion?

    ReplyDelete
  55. #||| PöJìé PööH ||| :ada pelbagai plan...cam yang saya nak amik plan 3 in 1..mahal?takla rasanya..standard insurans rasanya lebih kurang samaje...kalau pojie mahu lebih lanjut,pojie boleh contact gee tu...boleh berjumpa dan dia akan terangkan lebih lanjut pakej yang sesuai dengan pojie/budget pojie..no strings attached,lepas dia terangkan n pojie taknak amik insurans pun dia still ok...tiada paksaan..at least u know a little bit about insurans kan?

    ReplyDelete
  56. ALhamdulilah..insuran itu mmg penting..saya bpengalaman apabila membuat rawatan utk ibu sy di hospital pakar baru2 ni..sbb ape pakar? sy memilih sbb slalu mdpt layanan yg xsptutnye dr hosp kerajaan..ini adalah realiti.bygkn doktor mengesahkn ibu sy ade jangkitan paru2 tahap 2.. rawatan saje mencecah hmpir rm3k, bygkn perasaan sy mne nk cekau duit sebnyk tu.. tp alhamdulilah dengan plindungan Medical card pelan 3 in 1 dr etiqa takaful smuanye jadi mudah..alhamdulilah..;) so moralnye: sediakan la umbrealla sebelum basah ye..:)

    ....................
    http://my-familiar.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails