July 23, 2012

Ketuk-Ketuk Ramadhan


Siakap Bakar, Size kecil, RM40


Ketuk-ketuk Ramadhan  : Peniaga mengambil kesempatan di bulan ramadhan dengan memberikan harga yang agak tidak setimpal dan kualiti makanan tidak begitu memuaskan . - Pemahaman dari Eyriqazz-

Sepatutnya di Bulan Mulia ini, para peniaga mengambil inisiatif bagi 'win-win situation' buat Peniaga dan juga pembeli. Pembeli happy, pembeli akan rekomenkan kepada rakan-rakan. Bigger volume for long term is better dari bigger volume for short term or kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

Kadang-kadang tak faham dengan segelintir peniaga di Bazar Ramadhan/Restoran especially peniaga melayu yang mengambil kesempatan di bulan mulia ini. Harga yang mahal dan tidak seperti dijanjikan, makanan yang sudah basi apabila di bawa pulang, rasa masakan yang dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga, dan pelbagai lagi.

Janganlah Asyik di Ketuk-ketuk pengguna di Bulan Ramadhan. Kami pun mencari rezeki bagi membeli makanan/juadah berbuka puasa. Memang kalau Isteri surirumah sepenuh masa, dah disuruh masakkan untuk berbuka puasa.

P.s : Apa pandangan anda tentang Ketuk-ketuk Ramadhan?

33 comments:

  1. SEDIH GAKLA KALAU DPT MAKANAN YG ROSAK... KALAU KURANG SEDAP TAKPE LAGI, KALAU MAKANAN BASI...SEDIH LA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,memang sedih..rasa membazir giler....

      Delete
  2. ingatkan rancangan sheila rusly tadi :) yg tu suka tengok. kena ketuk memang tak suka. kadangkala harga di psar ramadhan pun x munasabah, maklumlah peniaga instant ni, bulan puasa jer meniaga katakan.kalau sedap tak per jugak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya..ada juga dengar cerita,ada yang dapat jadi peniaga bazar coz ulur bawah table..tak tau la betoi or tidak..

      Yerlah, bisness bazar ni untung besar..kawan saya berniaga mee goreng dan air soya pun kata,sehari boleh untung minimum RM300..sebulan tak ke dah RM9K tu?

      Delete
  3. hmm tula su tak berapa suka beli lauk pauk ni. kadang2 menghampakan. harga pun sangat tak berbaloi.. masak je simple2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sempat memang dah masak..tapi tak berkesempatan...

      Delete
  4. memang tak patut... harga mestilah setimpal dgn kualiti... kalau harga mahal siapa nak beli??? betul tak??? biarlah harga berpatutan dgn makanan yg dijual...

    ReplyDelete
  5. Mana-mana tempat memang ada saja peniaga yang jenis ambil kesempatan.. orang macam tu memang jenis yang nak untuk jangka masa singkat tapi tak fikir jangka panjang.. kalau aku jumpa peniaga macam tu, memang aku tak akan datang semula ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang akan saya buat juga..Restoran ini dlm my blacklisted restoran

      Delete
  6. hehe setiap kali menjelang Ramadhan, memang dah get ready nak kena ketuk...hehe..akak setakat dah 4 tahun ni alhamdulillah belum ketuk lagi harga tudung, murah dari harga asal tu biasa...syukur..sebab tu customer tak lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,Isteri pun cakap puas hati beli tudung kak siti..Lembut dan sejuk memakainya...harga pun setimpal dengan kualitinya

      Delete
  7. Peniaga "instant" yang mahu cepat kaya begitulah modus operandinya. Ketuk selagi boleh!

    ReplyDelete
  8. macam2 dah jumpa juga. kalau hari tak habis ikan goreng, esok buat ikan sambal pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umm,macam2..tuh blom campur kuah kari etc recycle balik utk kebesokan harinya

      Delete
  9. kesian kau bro jadi mangsa.. kenapa ye tak survey dulu sebelum terjah tempat tu.. selamat bukan aku yg bagi cadangan makan dekat situ.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla silapnya eyriqazz..terjah last minute dan restoran yang nak pergi mula2 tu tutup pula....tak sangka pula kena ketuk sampai camni

      Delete
  10. selalu mmg mcm ni la..
    bulan puasa ni seme makanan tetiba2 naik
    nak2 klw kat param

    ReplyDelete
  11. pastu kuih2, even dalam nilai yg kecil tapi nampak noo peniaga nak kaut untung...hmmmm..selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  12. Kite ketuk dia balikkk!!..huhuhu..
    Takpe la..padan muke dia..dia tatau dia messed up dgn eyriqazz si blogger hebat..hehe
    kan sume org tau dah.. :)

    ReplyDelete
  13. Tapi harga barang2 semua dah mencanak naik eyriqaz..semuanya dah kena 6% GST..mak saya jual paceri terung..terung modal kt pasar pun rm4 sekilo..so paling2 kena jual sebatang RM 2 sebatang..barulah blh utg sikit..belum masuk kos2 lain..mnyk kete..harga ikan x usah cerita eyriqaz..Kalo perasan bil api dah mencanak naik..ohhh..yg jual terpaksa jual mahal..yg nak beli gaji mmg takat tu x naik2..tp still kena beli..jadilah perbelanjaan melebehi pendapatan..harap2 dptlah sama berjimat..beli yg perlu..bantu yg termampu..Selamat Berpuasa!

    ReplyDelete
  14. Aku rasa kamu terlalu emosi. Tersilap masuk kedai yg mahal, nk wat canme.

    ReplyDelete
  15. ha a naik harga jugak kot.. kuih dah 40sen sebiji.. dulu 3 seringgit je. semalam beli cempedak pun 3 ketul rm2.. mungkin sebab cempedak madu kot xtahulah. ayam percik rm3.50 dulu rm2.50 (ecewah siap compare2 harga lagi kan HAHA) tapi kalau sedap, tak pe la. jgn super mahal sudah.

    ReplyDelete
  16. semua harga naik pada pasar ramadhan nih..
    kuih skrg dah macam x patut!
    sbb tu malas nak ke pasar ramadhan..
    baik pergi kedai biasa singgah mkn

    ReplyDelete
  17. sebab tu saya tak suka pergi pasar ramadhan , rela search resepi dan cuba buat sendiri ..

    ReplyDelete
  18. betul, situasi itu berlaku di mana-mana. harga makanan tinggi, tapi kualiti tidak seberapa. Terlalu kejar untung. Situasi serupa turut berlaku di Kota Kinabalu ni.

    ReplyDelete
  19. Saya serik membeli juadah berbuka di pasar Ramadan.

    ReplyDelete
  20. hati kecil tentu rasa sakit hati, tapi hmmmmm kita doakan saja supaya mereka insaf dan tidak menipu pembeli/pengguna lagi....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails