Ketuk-ketuk Ramadhan : Peniaga mengambil kesempatan di bulan ramadhan dengan memberikan harga yang agak tidak setimpal dan kualiti makanan tidak begitu memuaskan . - Pemahaman dari Eyriqazz-
Sepatutnya di Bulan Mulia ini, para peniaga mengambil inisiatif bagi 'win-win situation' buat Peniaga dan juga pembeli. Pembeli happy, pembeli akan rekomenkan kepada rakan-rakan. Bigger volume for long term is better dari bigger volume for short term or kerana nila setitik rosak susu sebelanga".
Kadang-kadang tak faham dengan segelintir peniaga di Bazar Ramadhan/Restoran especially peniaga melayu yang mengambil kesempatan di bulan mulia ini. Harga yang mahal dan tidak seperti dijanjikan, makanan yang sudah basi apabila di bawa pulang, rasa masakan yang dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga, dan pelbagai lagi.
Janganlah Asyik di Ketuk-ketuk pengguna di Bulan Ramadhan. Kami pun mencari rezeki bagi membeli makanan/juadah berbuka puasa. Memang kalau Isteri surirumah sepenuh masa, dah disuruh masakkan untuk berbuka puasa.
P.s : Apa pandangan anda tentang Ketuk-ketuk Ramadhan?