October 15, 2012

WordPress Private Training Bersama Denaihati Network

Alhamdulillah, minggu lepas (7 Oktober 2012), sempatlah menghadiri WordPress Private Training yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Yup, eyriqazz sudah lama pasang niat untuk beralih kepada wordpress (own hosting + domain), namun atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan, masih belum berkesempatan lagi.

Pucuk dicita, ulam mendatang, seminar ini memberikan lebih peluang untuk eyriqazz belajar selok belok Wordpress dari yang lebih mahir/berpengalaman. Memang excited.

Sesi Introduction dari Denaihati

Sesi Intro, bro denaihati berkongsi sejarah perjalanannya dari blogspot ke Wordpress. Kenapa dia beralih kepada wordpress dan apa kelebihan wordpress etc. Selepas itu, peserta masing-masing memperkenalkan diri. Timeni la Abang Ketak kita mula bercerita kisah Awek-awek Jelita yang berjaya dipancingnya.

Then , Bro Eizil mengambil alih. Bro eizil, seorang programmer, tulang belakang di sebalik Denaihati.com. Dialah yang menyelenggara dan menjadi Admin kepada blog Denaihati.


Objektif training tersebut

Bro Eizil, kagum dengan ilmu yang dimiliknya

Hand on training yang diajarkan memang lebih berkesan. Gaya penyampaian dari bro Eizil, mudah difahami. Sesi soal jawab pun mampu dijawab oleh eizil dengan jelas dan berkesan. Kiranya like myself yang 0 knowledge on Wordpress, memang banyak yang saya dapat belajar selok belok berkenaan Wordpress ini i.e. pemasangan, security, apa yang perlu dibuat, kelebihan, dan pelbagai lagi.


Kusyuk Peserta mendengar
Eizil : Tips-tips untuk memikat gadis
AE : Ehh, kalau tajuk tu, eden lagi pakar..

Just kidding. Bro eizil menerangkan pelbagai fungsi, widget, plugin,theme berkenaan wordpress. Secara peribadi, memang ini antara training terbaik yang pernah saya hadiri bagi memperbaiki ilmu blogging dan maju ke hadapan. Kalau serius mahu jana pendapatan dengan blog, Wordpress mampu menjenamakan blog anda ke arah yang lebih positif.


Sambil belajar, sambil minum Air Biocypress. Bagus untuk sistem percernaan. 
Berkali-kali AE keluar masuk toilet..Hik3
Punca Masalah Keselamatan bersama Wordpress
Sumijelly, take note yang No. 5 tu " Jangan Mulut Cabul"

Banyak yang saya belajar hari tersebut. Sememangnya Wordpress banyak widget dan applikasi yang lebih menarik yang boleh diapplikasikan untuk maju ke hadapan dan nampak lebih profesional dalam berblogging. Yes, eyriqazz sendiri akan beralih kepada Wordpress tak lama lagi.

Wordpress or Blogspot, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tepuk dada, tanya selera, antara sebab Eyriqazz mahu beralih kepada Wordpress (Domain + Hosting sendiri ) adalah :

1) Nampak lebih profesional dan lebih dipandang oleh potential Advertiser. Tengok saja pada Redmummy, Beautifulnara, Denaihati, Rebecca Saw, YanmieOnline, dan ramai lagi. Yup, ramai je bloggers hebat bersama blogspot i.e. Fatin Liyana, Hanis Zalikha,Yuyu Zulaikha etc namun adakah kita ada apa yang mereka ada?
2) Lebih mesra SEO ( Penting bagi blogger yang mahu pergi lebih jauh dan menjana pendapatan sampingan dengan blog)
3) Aura positif dan lebih menawan bloggers yang beralih kepada Wordpress (Antaranya Shakiddo.Com, RabiatulAdawiyah.com, Puanbee.com, dan ramai lagi)
4) Xia Xue (Top Singapore blogger) turut mengatakan dia sendiri menyesal dan teringin untuk beralih kepada WP semasa Nuffnang Blogopolis 2012. 
5) Banyak applikasi menarik yang boleh digunakan bagi menjenamakan blog 

Yup, kekurangan WP pun ada i.e. bandwith limit etc namun bila difikirkan kelebihan dan kekurangan, rasanya WP adalah lebih sesuai dengan eyriqazz untuk lebih maju dalam berblog. Lagipun, who know one day Google pun mungkin mengenakan charge kepada blogspot or tetiba blog tersebut dipadamkan dari google?



Bersama Sifu dan Peserta yang turut hadir
Dari Kiri : Ammar, Eizil, Denaihati, RabiatulAdawiyah, Faizal PJ, Eyriqazz, dan Mamat 6 Pax-
CikLilyPutih balik lebih awal, ada majlis yang perlu dihadiri


Tepuk dada, tanya selera. RM50 yuran penyertaan (harga sebenar RM250), satu pelaburan yang berbaloi dalam memperbaiki mutu berblog dan maju ke hadapan. Who know one day Eyriqazz mampu mengikut jejak langkah AE, Ben Ashaari, Beautifulnara dan menjadikan blog sebagai medium pendapatan utama dan keluar dari "Rat Race" dan bersara dari kerja pejabat di masa hadapan.

Bagi yang berminat menghadiri seminar seperti ini di masa hadapan, bolehla hubungi Denaihati or Eizil terus di saya@denaihati.com or eizil@eizil.com . Oh ya, Eizil la juga yang akan menjadi tulang belakang bagi Eyriqaz.com beralih ke Wordpress soon .

27 comments:

  1. ala..rugi la pulak tak mula dgn wordpress dulu..hmm tapi kalau nak tukar kena beli domain la dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Domain and hosting tak mahal.. masuk www.datakl.com. RM80 (Hosting) + RM40 (Domain .com) per year.

      Delete
  2. memang teringin nak belajar ilmu WP ni,tak kesempatan aritu nak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, nanti bila denaihati anjurkan lagi, bolehla join

      Delete
    2. most hosting provider skand provide free Wordpress push script.. click je, tak smpi 5 min dah deployed wordpress dalam hosting root file..

      Lepas tu just enable plugin untuk import sume port dari blogger.com

      Delete
  3. eh, aku pun baru nak post entry nie gak.

    aku pun nak suruHH eizil convertkan bloG aku Gak nanti.. now tGH survey Harga dulu

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat berkenalan dengan bro dan peserta lain pada hari tersebut... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. abe, put my name in next session deh.. jupe mung di nung... :)

      Delete
    2. Seronok dapat belajar dan bekerjasama dengan bro

      Delete
  5. Menyesal gua duduk tepi lu. Sengaja lu amik gambo lemak badan gua dari kekacakan wajah gua. Cisss...

    ReplyDelete
  6. saya berminat.. saya dah tukar kepada wordpress .baru je bulan lepas,cuma bnyak lagi yang xpaham pasal wordpress ni.. boleh join ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...contactla eizil kot2 ada seminar yang akan dianjurkan dalam masa terdekat

      Delete
  7. arrgghh... jeles gile boleh blajar bende best2... takpe, pasni, eyriqazz lak bukak kelas ajar wp utk nadot yg bute it eh.... tq.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh,tengok blog nadot dan mantap dah,..tuh yang jeless nak bertukar juga..

      Delete
    2. haha..mantap celah mane?.. gune theme free yg ape2 tah je tu... nnt eizil dah tukar eyriqazz punye, mesti lg hebat sangaat.. siyes jeles... hihihi
      buat kelas wp nnt k.. ;p

      Delete
  8. takpe bro.. pindah ke WP.. kompom blog bro meletops!!! bandwidth leh ejas sket dengan gambar2.. okay je

    ReplyDelete
  9. Kalau la tau ada class macam ni dengan harga yang murah, confirm dah pegi dah... Memang untung sape yang dapat pegi tu.

    ReplyDelete
  10. dah boleh pindah tu...terus ke depan :)

    ReplyDelete
  11. Harap2 blh join kursus WP akan dtg ..

    ReplyDelete
  12. Saya berada di Bangi pada hari tersebut. Ingat hendak menjengah sahabat blogger di Al Ansar tetapi ada urusan peribadi yang perlu dilangsaikan. :-(

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails