Salam dari Eyriqazz,
Status Halal Makanan Di Old Town White Coffee diragui
Entry Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) dirujuk. Selepas masih tertanya-tanya dan mahukan jawapan yang lebih jelas dari pihak JAKIM selepas membaca komen dan entry http://afifplc.blogspot.com/2009/10/oldtown-white-coffee-now-halal.html tahun lepas …..saya menghantar e-mail susulan kepada pihak JAKIM.
Hampa, hampir setengah tahun, ianya tidak berbalas. Akhirnya saya membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan jawapan yang diberikan begitu pantas dan cepat. Kurang daripada seminggu.
Inilah persoalan yang saya ajukan dan adukan kepada Biro Pengaduan Awam dan JAKIM :
TAJUK : TIADA RESPONS DARI PIHAK BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM (STATUS HALAL OLD TOWN WHITE COFFEE)
Ada pihak yang mengatakan Old Town White Coffee (OTWC) adalah halal dan mendapat sijil halal daripada Islamic Food Research Asia Centre (IFRCA). Adakah badan ini diiktiraf oleh JAKIM dan apakah status OTWC yang sebenarnya? Kami sebagai pengguna kadang-kadang dikelirukan dengan hal sebegini.
Telah mengemukakan pertanyaan kepada email kamarudin@islam.gov.my dan Bahagian Hab Halal, JAKIM . Jawapan diterima oleh kamarudin pada 14/12/2009 - Pihak Bahagian Hab Halal, Jakim yang bertanggungjawab. Insya Allah mereka akan memberi jawapannya. Namun, setelah hampir setengah tahun, jawapan masih belum di ketahui dan berbalas. Harap pihak JAKIM dapat membuat siasatan dan maklumkan status sebenar OTWC supaya penggemar/pengguna dikalangan orang Islam tidak tertipu."
Inilah jawapan yang diterima :
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima laporan maklum balas/siasatan daripada Pengarah, Bahagian Hab Halal ,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).
Adalah didapati bahawa WCOT (white coffee old Town) tidak mendapat pengesahan halal Malaysia samada yang dikeluarkan oleh JAKIM atau JAIN .Badan yang memberi pengesahan halal itu (IFRCA) juga tidak pernah disahkan oleh JAKIM.
Scan surat balas sebagai bukti.
Jadi, buat pengguna semua ,tepuk dada tanya selera. Saya perhatikan banyak restoran menggunakan Sijil Halal IFRCA dan sayapun byk tertipu masuk dan makan di restoran tersebut contohnya Teppanyaki, sesetengah Gerai Makan di Midvalley dan banyak lagi. Di harap selepas ini, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih berkesan.
P/s : Terima kasih Biro Pengaduan Awam kerana menjalankan tugas dengan begitu profesional dan pantas.
P/s/s :Apa pula pandangan anda? Pernahkan anda mengalami situasi yang sama macam saya tersilap masuk dan makan di Restoran yang ada letak Sijil Halal dari IFRCA?