Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

March 14, 2012

Logo Halal yang Diiktiraf JAKIM

Semasa shopping di Carrefour beberapa hari yang lepas, ternampakla poster tentang Logo Halal yang diiktiraf jakim. Inilah :


The Only Logo Halal yang diktiraf oleh JAKIM
Logo-logo lain tidak diiktiraf oleh JAKIM
Lebih lanjut bolehla kunjungi laman web http://www.halal.gov.my

P/s : Lepasni kena lebih berhati-hati dalam memilih tempat makan. Kalau was-was, better elakkan, kan?

July 25, 2010

Hanya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadan


Juadah Berbuka Puasa Yang Menyelerakan

Tidak lama lagi bulan Puasa bakal menjelma. Hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan . Antara serba sedikit ulasan di Metro Itu adalah :


1) Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.


2) Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

Oh ya, bolehla jenguk  Senarai Tempat Berbuka Puasa 2010 dan juga  Ramadhan Buka Puasa Buffet Promotion Listing. Oh, tapi saya tak checkla pula status halalnya. Entry seterusnya saya updatekan senarai Hotel Yang Miliki Sijil Halal dari JAKIM ya.

P/s : Lebih baik mencegah dari mengubatikan? Jadi, fikir-fikirlah. Kalau dah was-was dengan Status Halal Hotel Yang menyediakan Berbuka Puasa/Buffet Promotion, elokla dielakkan, kan?

May 19, 2010

Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) | Status Sijil Halal Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

Salam dari Eyriqazz,
Status Halal Makanan Di Old Town White Coffee diragui

Entry Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) dirujuk. Selepas masih tertanya-tanya dan mahukan jawapan yang lebih jelas dari pihak JAKIM selepas membaca komen dan entry http://afifplc.blogspot.com/2009/10/oldtown-white-coffee-now-halal.html tahun lepas …..saya menghantar e-mail susulan kepada pihak JAKIM.
Hampa, hampir setengah tahun, ianya tidak berbalas. Akhirnya saya membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan jawapan yang diberikan begitu pantas dan cepat. Kurang daripada seminggu.

Inilah persoalan yang saya ajukan dan adukan kepada Biro Pengaduan Awam dan JAKIM :

TAJUK : TIADA RESPONS DARI PIHAK BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM (STATUS HALAL OLD TOWN WHITE COFFEE)

Ada pihak yang mengatakan Old Town White Coffee (OTWC) adalah halal dan mendapat sijil halal daripada Islamic Food Research Asia Centre (IFRCA). Adakah badan ini diiktiraf oleh JAKIM dan apakah status OTWC yang sebenarnya? Kami sebagai pengguna kadang-kadang dikelirukan dengan hal sebegini.

Telah mengemukakan pertanyaan kepada email kamarudin@islam.gov.my dan Bahagian Hab Halal, JAKIM . Jawapan diterima oleh kamarudin pada 14/12/2009 - Pihak Bahagian Hab Halal, Jakim yang bertanggungjawab. Insya Allah mereka akan memberi jawapannya. Namun, setelah hampir setengah tahun, jawapan masih belum di ketahui dan berbalas. Harap pihak JAKIM dapat membuat siasatan dan maklumkan status sebenar OTWC supaya penggemar/pengguna dikalangan orang Islam tidak tertipu."

Inilah jawapan yang diterima :

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima laporan maklum balas/siasatan daripada Pengarah, Bahagian Hab Halal ,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

Adalah didapati bahawa WCOT (white coffee old Town) tidak mendapat pengesahan halal Malaysia samada yang dikeluarkan oleh JAKIM atau JAIN .Badan yang memberi pengesahan halal itu (IFRCA) juga tidak pernah disahkan oleh JAKIM.



Scan surat  balas sebagai bukti.

Jadi, buat pengguna semua ,tepuk dada tanya selera. Saya perhatikan banyak restoran menggunakan Sijil Halal IFRCA dan sayapun byk tertipu masuk dan makan di restoran tersebut contohnya Teppanyaki, sesetengah Gerai Makan di Midvalley dan banyak lagi. Di harap selepas ini, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih berkesan.

P/s : Terima kasih Biro Pengaduan Awam kerana menjalankan tugas dengan begitu profesional dan pantas.

P/s/s :Apa pula pandangan anda? Pernahkan anda mengalami situasi yang sama macam saya tersilap masuk dan makan di Restoran yang ada letak Sijil Halal dari IFRCA?
Related Posts with Thumbnails