May 19, 2010

Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) | Status Sijil Halal Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

Salam dari Eyriqazz,
Status Halal Makanan Di Old Town White Coffee diragui

Entry Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) dirujuk. Selepas masih tertanya-tanya dan mahukan jawapan yang lebih jelas dari pihak JAKIM selepas membaca komen dan entry http://afifplc.blogspot.com/2009/10/oldtown-white-coffee-now-halal.html tahun lepas …..saya menghantar e-mail susulan kepada pihak JAKIM.
Hampa, hampir setengah tahun, ianya tidak berbalas. Akhirnya saya membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan jawapan yang diberikan begitu pantas dan cepat. Kurang daripada seminggu.

Inilah persoalan yang saya ajukan dan adukan kepada Biro Pengaduan Awam dan JAKIM :

TAJUK : TIADA RESPONS DARI PIHAK BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM (STATUS HALAL OLD TOWN WHITE COFFEE)

Ada pihak yang mengatakan Old Town White Coffee (OTWC) adalah halal dan mendapat sijil halal daripada Islamic Food Research Asia Centre (IFRCA). Adakah badan ini diiktiraf oleh JAKIM dan apakah status OTWC yang sebenarnya? Kami sebagai pengguna kadang-kadang dikelirukan dengan hal sebegini.

Telah mengemukakan pertanyaan kepada email kamarudin@islam.gov.my dan Bahagian Hab Halal, JAKIM . Jawapan diterima oleh kamarudin pada 14/12/2009 - Pihak Bahagian Hab Halal, Jakim yang bertanggungjawab. Insya Allah mereka akan memberi jawapannya. Namun, setelah hampir setengah tahun, jawapan masih belum di ketahui dan berbalas. Harap pihak JAKIM dapat membuat siasatan dan maklumkan status sebenar OTWC supaya penggemar/pengguna dikalangan orang Islam tidak tertipu."

Inilah jawapan yang diterima :

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima laporan maklum balas/siasatan daripada Pengarah, Bahagian Hab Halal ,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

Adalah didapati bahawa WCOT (white coffee old Town) tidak mendapat pengesahan halal Malaysia samada yang dikeluarkan oleh JAKIM atau JAIN .Badan yang memberi pengesahan halal itu (IFRCA) juga tidak pernah disahkan oleh JAKIM.



Scan surat  balas sebagai bukti.

Jadi, buat pengguna semua ,tepuk dada tanya selera. Saya perhatikan banyak restoran menggunakan Sijil Halal IFRCA dan sayapun byk tertipu masuk dan makan di restoran tersebut contohnya Teppanyaki, sesetengah Gerai Makan di Midvalley dan banyak lagi. Di harap selepas ini, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih berkesan.

P/s : Terima kasih Biro Pengaduan Awam kerana menjalankan tugas dengan begitu profesional dan pantas.

P/s/s :Apa pula pandangan anda? Pernahkan anda mengalami situasi yang sama macam saya tersilap masuk dan makan di Restoran yang ada letak Sijil Halal dari IFRCA?

37 comments:

  1. ohhh..
    ptt la kenapa my mom tak kasi kitorg mkn kt situ. isk..

    ReplyDelete
  2. errkkkk....
    aku pernh mkn kt cnie...

    ReplyDelete
  3. kalau nak makan better tgk sijil yang halal dr malaysia je..sbb skrg ni bnyk yg swasta..kalau tgk malaysia ok terus masuk kedai 2..xpyh pk2 lg..hihi

    ReplyDelete
  4. Naseb baek tak pernah lepak sini.
    err..starbuck sama gak ke cekgu?

    ReplyDelete
  5. dah lama tak lepak kopitiam.
    lebih sedap minum kopi kat kedai mamak, dengan tosei..hehehe

    oh, kedai mamak pun kena pilih juga..sekarang banyak mamak tipu punya!

    ReplyDelete
  6. iskh byk betol skrg ni restaurant tak halal.. riso gak nk men mkn cmtu gak.. kita org islam kena perati sikit. kena alert sokmo..

    10 Tanda Anda Di Lamun Cinta !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak restoran tak halal.Banyak rakyat terkeliru dengan produk2 samada Halal atau tidak. Mana peranan KERAJAAN untuk bantu rakyat terutama orang Islam dalam hal ni?Apa guna negara maju,jenayah makin berlambak.Apa guna badan sihat tapi dok makan makanan HARAM.Di NEGARA ISLAM sendiri(negara kita),kita risau pasal nak cari produk makanan HALAL.tak ke sedih tu.Nauzubillah.

      Delete
  7. member mas pernah bagitahu Halal old town hanya pada coffee bukan pada makanan nya.

    ReplyDelete
  8. this is a good issue. thanks for highlighting it.

    ReplyDelete
  9. huu..patut r mcm pelik jek. sedangkan old town white coffee mmg x nmpak sijil halal. hanya beberapa kopitiam je yg halal.hurmm tp still ramai org islam yg masuk..hurmm =)

    ReplyDelete
  10. Saya tidak pernah ke OTWC sejak membaca entri mengenainya di blog ini..

    ReplyDelete
  11. wah...

    cam tu ker? isu psl ni x abih2 lagi.

    byk lg tmpt yg dah disahkan halal. naper tmpt yg kita x sure tu jugak yg kita tuju.

    ReplyDelete
  12. penah dengar jugak pasal ni
    pasal dorg cuma ada sijil halal untuk minuman tapi bukan makanan..

    ReplyDelete
  13. saya pon penah mkn dkt sini..
    dah tak halal berani pulak ada iklan dkt TV..
    hish..sy tertipu..dasyat betul mereka-mereka ini...

    ReplyDelete
  14. tq for sharing..i memang tak pernah mkn kat situ sbb ragu2 dgn status halal nya...so dh sah lah rupanya

    ReplyDelete
  15. memang pun.kawan saya kerja, dia baru berhenti 3 bulan lepas.dia sekarang bekerja ngan old town white coffe.dia sekarang tengah gigih mengapplykan sijil halal dari jakim untuk old town ni.dorang offer kawan saya kerja kat sana untuk apply sijil dari jakim ni.

    ReplyDelete
  16. semenjak isu halal OTWC nie,
    mmg tak jejak dah kat situ...
    tapi mmg dah byk restaurant mashroomed here & there, siap ada signage halal kan...
    tapi tu laaa how can we be sure sememangnya halal betul2 penyedia food kat these restaurants....

    ReplyDelete
  17. ifrc kan memang tak ngam ngan jakim

    ReplyDelete
  18. aiyakkkkkkkk` pernah dgr jugak pasal white coffe ni x halal..tp tgk ke main ramai lagi melayu/oslam yg dok melepak situ

    ReplyDelete
  19. bagus info nie...izin utk linkkan....tema kasih

    ReplyDelete
  20. Hurkk!! Ai rajin lepak oldtown!
    Ah sudahh..

    >.<

    Knapa xde isu ni media x amk port meluas kan.
    Ramai muslim yg xtau n x jelas ttg status HALAL dkt oldtown ni.

    ReplyDelete
  21. pernah je...

    yang paling teruk kalau kedai itu ada logo halal entah dari celah mana die orang kutip!!!

    ahahahaha

    ReplyDelete
  22. kalau dah sah tu,
    cari la alternative lain
    nak makan,
    err.. tp minum kopinyer plak camana?

    ReplyDelete
  23. sy pn dh agk kopitiam ni xde sjil halal..mak sy ad tgk berita. katenye hanye ade berapa kpitiam shj dlm mlysia ni yg ad sijil halal. dan sbnrnya salah satu kopitiam yg plg femes (WCOT) mmg xde sijil halal. hmmm. sy tgk org2 yg mkn situ mcm bangga je muke..yelah. sy ni hanya mmpu lalu je dpn kopitiam tu..hihihi..

    ReplyDelete
  24. STARBUCKS yang femes tu pun takda sijil halal. ramai org muslim berbaris beli kopi.

    ReplyDelete
  25. @fyna:sayapun pernah..dulu almost every week singgah...

    @maisyara Pot! Pot!:tahu takpe..

    @petisuara:setuju ngan pandangan anda...

    @Kie-yu:starbuck saya tak pasti...

    @From The News:betul2..mamak pun byk bukak time bulan puasa...

    ReplyDelete
  26. @velasrizal:itula..kadang2 tersilap tgk sijil halal tu coz lebih kurang je ngan jakim punya..

    @maslinamansor:haah..itulah yg jakim cakap..

    @toughcookie:sama2la berkongsi..

    @~ain:sayapun walaupun masih rindukan coffeenya yang sedap...

    ReplyDelete
  27. @gooseberries:OTWC ada letak sijil halal ..tapi dari IFRCA....depan2 pintu lagi...

    @SyuQ :yang dilarang2 itulah yang menjadi pujaan ramai orang...

    @Hazzy Ishak :haah,betul...

    @Ilhamny.com :saya pun tertipu dulu dan masih tertipu dengan sijil halal IFRCA...lepas ni kena lebih berhati2

    ReplyDelete
  28. @mama zharfan:halal haram saya tak berani nak ckp..tapi mmg tidak mendapat sijil halal dari JAKIM

    @kak ina mail:oh ye ke?thanks for the info...

    @rasp :betultu..

    @nUR_rOsALiNdA:betul2..kalau saya lalu majoriti melayu yg lepak situ

    ReplyDelete
  29. @a kl citizen:oh ye ke?tak tau pula pasal ni...

    @Kazaztan Team:thanks..silakan link..saya berbesar hati entry ini dikongsi2

    @Dilakochan:dah pernah kuar suratkhabar rasanya tapi bukan muka depan dan kecil saja...

    @hakimfaridzul:haah..samalah saya

    ReplyDelete
  30. @Pocket:umm..tak pastilah pula...hik3..tapi better elakkan kot..

    @windi :oh ye ke?kena elakkan pi starbuck lepas ni..

    @wanie:hik3..betul tu..

    ReplyDelete
  31. Hah, tu la masalah isu-isu penting cenggitu,
    kuar kat paper ciput ciput aje.

    Hok artis cerai berai kuar beso2.

    Nak org cm ai, xalert sgt. Ish, kene tuka haluan minom kopi pehni.

    ReplyDelete
  32. lps ni.. nk lpk mamak pn kene cr mamak yg ada sjl halal...

    ReplyDelete
  33. Tindakah proaktif tuan amat saya kagumi untuk meleraikan segala cakap-cakap mengenai status kehalalannya. Saya juga pernah membuat inkuiri ke atas beberapa pengeluar makanan seperti Wrigleys, Baskin Robbin dan beberapa syarikat lain.
    Mengenai status OTWC ini, saya ingin memohon pandangan terkini tuan memandangkan carian saya di laman Halal Malaysia pada hari ini (7/12/2010) mendapati tiada halangan untuk menikmati produk-produk jenama tersebut. Pautannya boleh dilihat di sini http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=Z&cari=oldtown

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  34. i would like to share this entry at my blog.. :))

    ReplyDelete
  35. ingin tanya tentang status halal restaurant smiley di jalan istana klang, selangor

    ReplyDelete
  36. status halal restaurant smiley di klang

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails