Showing posts with label peluang pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label peluang pekerjaan. Show all posts

April 13, 2010

Graduan Lepasan Ijazah vs Graduan Lepasan Diploma

Salam dari Eyriqazz,

Ada apa dengan tajuknya? Kalini saya ingin mengajak anda berkongsi pengalaman dan berbincang mengenai Peluang di Sektor Pekerjaan bagi :

Graduan Lepasan Ijazah vs GraDuan Lepasan Diploma

Inilah pandangan peribadi saya melalui pengalaman, pengamatan dan juga berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain . Di sini saya andaikan both graduan lepasan ijazah dan graduan lepasan diploma mendapat sekurang-kurangnya Second Class Lower.

Peluang pekerjaan untuk graduan lepasan diploma lebih terbuka luas jika dibandingkan dengan graduan lepasan ijazah. Antara faktor penyumbang adalah :

1) Lebih banyak position dibuka untuk lulusan diploma terutamanya di sektor kerajaan.

2)Faktor kabel elektrik,kabel bawah tanah , kabel HSBB, kabel telefon mudah alih di kalangan graduan ijazah terutamanya di sektor kerajaan.Saya tidak dapat mengesahkannya, ini adalah apa yang dikongsi oleh rakan-rakan dan dibaca di Internet.

3)Competition yang lebih sengit di kalangan graduan Ijazah dengan peluang pekerjaan yang lebih sedikit. Ambil contoh Exam PTD (Pegawai Takbir dan Diplomat) di suatu tempat exam, ada lebih kurang beratus-ratus orang, di seluruh malaysia berpuluh ribu yang menghadirinya sedangkan position yang ada hanyalah kurang daripada 100. Ada yang kata, some daripada sudah ada orang untuk mengisikannya (tidak tahu kebenaran juga, apa pendapat anda?)

4) Lack of Communication Skills & Proficiency in English Language terutamanya graduan lepasan Ijazah berbangsa Melayu. Bagi pekerjaan yang memerlukan diploma, syaratnya kurang ketat jika dibandingkan dengan ijazah.

5)Peratusan mengganggur di kalangan rakan-rakan dan juga seperti di baca di media massa,lebih ramai graduan mengganggur dari kalangan graduan lepasan ijazah.

6) Pengalaman peribadi, ramai rakan sekolah berkelulusan Ijazah daripada pelbagai Universiti di Malaysia gagal mendapat kerja yang setimpal dengan Ijazah mereka.Rasanya kurang daripada 50% yang berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazah mereka. Dibandingkan dengan adik saya yang mengambil diploma di Politeknik, 7 daripada 10 rakan-rakan satu politeknik berjaya mendapat pekerjaan dan gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka. Terus terang dikatakan, jika saya tidak 'bertukar kerja' mungkin gaji saya sekarang hampir sama dengan gaji adik saya yang kini selesa bekerja di Sektor kerajaan tanpa bantuan kabel elektrik dan pelbagai kabel lagi.

P/s :Apa pula pandangan anda?Kongsi-kongsila ya?Mungkin berguna bagi adik-adik di luar sana yang masih belajar/bercadang untuk melanjutkan pelajaran.
Related Posts with Thumbnails