Showing posts with label tv show. Show all posts
Showing posts with label tv show. Show all posts

November 11, 2009

Nur Kasih



Aku pun dah turut terjebak dan menggemari cerita Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 pada setiap hari Jumaat,pukul 9 malam ini.Bagiku,cerita ini lain dari yang lain dan sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

Pelakon-pelakonnya pula pandai melakonkan watak yang diberikan.Memang berkesan.Aku cukup menggemari watak Aidil lakonan Fizz Fairuz dan Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah.Pandai si Fizz melakonkan watak lelaki alim.

Susunan ceritanya pula memang menarik dan membuatkan penonton ternanti-nanti episod seterusnya.Sesuai ianya ditayangkan pada hari Jumaat.Memang santai dan besoknya pula hujung minggu.Jadi,ramai yang dapat menyaksikankan.

Inilah sinopsis Episod yang bakal ditayangkan pada minggu ini :

Episod 24 (Episod Minggu ini)

Nur Amina melihat berita yang disiarkan di televisyen tentang hotel di Mumbai di tawan. Nur Amina teringatkan Adam yang menginap di sana. Hajjah segera memanggil Aidil yang ketika itu baru keluar dari rumah.

Dato’ ingin membantu Aidil dan Nur Amina mencari maklumat tentang Adam di Mumbai.

Aliya pulang dari seminar lebih awal dari yang dijadualkan. Setibanya di rumah, Aliya melihat Nur Amina dan Aidil di dapur.Aliya berang kerana menyangka Aidil mempunyai hubungan dengan Nur Amina.

Sumber : http://www.tv3.com.my

P/s : Teringat-ingat zaman Cinta Monyet bila tengok cerita Nur Kasih ni.Hehehe....Haa,ingat senang ke hidup berumahtangga ni?
Related Posts with Thumbnails