July 5, 2012

Diapers Bagus, Anak Selesa

Pentingke pemilihan diapers yang bagus untuk bayi/anak-anak? Bagi eyriqazz, sudah semestinya penting. Diapers yang bagus akan memberikan lebih keselesaan buat anak-anak dan menyenangkan tugas ibu/bapa.

Si Manja Tidur Lebih Lena dengan diapers yang bagus 
Nak bercuti pun senang, tidakla Si Manja merengek-rengek minta ditukarkan diapersnya akibat kurang selesa

Masih teringat lagi ketika Alisya baru dilahirkan. Masatu kami beli diapers yang tidak berjenama/murah yang dibeli di Chow Kit. Yerlah, faktor harga dan memikirkan semua diapers ni lebih kurang sama je. Branding etc yang membezakan. Faktor harga memainkan peranan juga ketika itu. Rupa-rupanya kami membuat percaturan yang silap.

Diapers yang dibeli kurang sesuai dengan Alisya. Tidak begitu tebal, mudah bocor dan punggung Alisya naik ruam-ruam dan buatkan Alisya asyik menangis bila diapersnya penuh. Yup, diapers yang bagus amatlah penting bagi keselesaan anak-anak dan memastikan kulitnya sentiasa sihat dan tidak mudah terkena jangkitan apabila buang air kecil/besar.

Hampir tiga tahun berlalu, Alhamdulillah, Isteri sudah lebih pandai memilih diapers yang sesuai buat Alisya. Juga buat bayi yang baru kami, Azim. Faktor yang diambilkira adalah keselesaan, ketebalan, dan keserasian. 

Diapers Mana Satu Pilihan Kami? . Berkongsi pengalaman, antara jenama Diapers yang memuaskan dan kami pilih kini, adalah :

Cuba teka? 
Dah ada XL dan XXL? Umm, memang sesuai untuk Alisya
Bayar time.. Alang-alang dah shopping, belije terus
Yup, Jenama Drypers yang menjadi pilihan kami. Time Motherhood Expo 2012, tak lepaskan peluang rembat banyak-banyak, harga murah time ini..

Faktor utama kami memilih drypers adalah kerana harganya yang within our budget, selesa, dan anak-anak pun selesa memakainya. Sayapun mudah nak pakaikan diapers buat anak-anak ... I.e :
Drypers Wee Wee Dry untuk Alisya time berada di rumah
Diapers bagus, anak pun Selesa

Eyriqazz pun mudah memakaikannya buat Alisya. Ruam-ruam dan ketidakselesaan berkurang. Alisya pun nampak selesa memakainya. Kalau time berjalan jauh i.e. bercuti di Pulau Pinang seperti beberapa minggu lepas, biasanya kami akan pakaikan :
Diapers Drypers Drypantz

Senang nak disarungkan .Dalam kereta, di hotel, etc . Yup, time bercuti faktor masa memang penting. Alisya pun selesa memakainya. Jarang sangat dia merengek-rengek dan menangis kerana tak selesa dengan diapersnya kalau time bercuti/balik kampung. Bila anak mood happy, ibu bapa pun lebih seronok untuk bercuti/pulang ke kampung. 

Perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 5-6 jam last time. Pulang ke rumah, nak mandikan Alisya :

Mood masih happy. Selesa agaknya dengan Diapers Drypantz yang dipakainya
Siap boleh nyanyi-nyanyi lagi... 
Anak Papa...
Azim pun sama. Tidur memanjang je sepanjang perjalanan

2 minggu lepas, sempatlah singgahi AEON Wangsa Maju. Wahh, drypers berwajah baru, nampak lebih anggun dan menarik :

Drypers Wee Wee Dry
Drypers Drypantz

Agak menarik dan nampak lebih moden designnya. Hik3, first impression penting kan? Designnya yang lebih menarik ditambah dengan kamipun agak serasi menggunakan diapers jenama drypers ini..Antara kelebihan Drypers design baru ini adalah ianya lebih selesa dengan kulit anak-anak, design lebih menarik, lebih selesa anak-anak untuk bergerak, dan kulit sentiasa rasa kering/selesa  .. Dipendekkan cerita :

Belila Untuk Alisya dan Azim

Bagi kami, selain faktor harga, faktor keselesaan, dan harga memainkan peranan juga. Sepanjang menggunakan Diapers Drypers ini, bolehla kami katakan, ini antara jenama yang menjadi pilihan kami sejak Alisya lahir hinggalah Alisya dan hampir 3 tahun dan terus setia buat anak kedua pula. 

Lebih lanjut berkenaan Diapers Drypers ini, bolehla kunjungi laman web http://www.drypers.com.my atau official Fanpagenya di http://on.fb.me/L0tVBC

Diapers Bagus, Anak Selesa dan Drypers memenuhi citarasa dikehendaki
Sudah semesti, ianya menjadi pilihan kami

70 comments:

  1. mmg bagus drypers. harga + tak bocor + senang pakai = lampin pilihan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yieza, Itu pandangan Bapa yang ada 2 orang cam saya... Bro, bila nak kasi pinjam eden bawak motor WWW tu?

      Delete
  2. Eee..Alisya tidak malu tutup sikit. :-)

    Betul keserasian lampin pakai buang untuk kulit bayi dan anak perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik3..kecik lagi...

      yup..kalau kurang sesuai, memang pening kepala dibuatnya...

      Delete
  3. Replies
    1. Terimakasih...Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

      Delete
  4. anak saya pun gunakan drypers...puashatikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Samalah kita..salah satu jenama diapers yang puas hati setakat ini

      Delete
  5. saya pun pakaikan dia drypers. pelekat dia dulu kuat, skang lagi bagus sebab boleh cabut dan lekat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi2,..Papanya yang agak malas ni utk pakaikan lampin pun rasa rajin je nak pakaikan..hik3...mudah,...

      Delete
  6. hm.. tak tau nak bagi ulasan..takde pengalaman. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Haa baru dapat komen ,

    sy pun agak suka drypers sebenarnya , kain lembut tu boleh elak macam2 , ruam lah , luka lah .. kadang2 ada pampers yang berbau , kencing sikit bau teruk sangat , tp drypers tak de bau .. penting tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....selesa kalau perjalanan jauh...

      Delete
  8. Wah.. memang selesa sampai terlena sungguh diaorag tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak2 tidur time jalan2 tu,ikut perangai mama dia..hihihihi...

      Delete
  9. Tak berani nak komen.. Sebab Anak-anak saya tak pernah pakai Diapers ni.. Tapi tengok keadaan anak-anak Eyriqazz pakai nampak ok.. Dan selesa..

    Biasanya akan-anak saya pakai Mamy Poko dan Huggies.. Kemudian pakai Baby Land Cloth Diapers.. Sekarang ni kedua-dua anak saya sudah tidak memakai Pampers lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, yang penting anak2 selesa..... Alisya dan Azim both masih pakai diapers.

      Delete
  10. drypers yang warna oren tu selalu pakaikan untuk anak angkat umi... memang tengok dia selesa je...lagi-lagi time tidur memang selesa, harga berpatutan dengan keselesaanya... yang penting punggung bebudak tak ruam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...anak selesa, mak bapa pun rasa tenteram....especially bila tengok diorang tidur dengan nyenyak

      Delete
  11. setuju.. dlm hal pemakaian diapers ni hal keselesaan anak memang penting. bonus lagi kalau harganya murah dan berpatutan.. so anak ceria mak bapak pun gembira...

    hal yg saya titik beratkan dlm pemilihan diapers anak anak adalah cutting peha. tape pelekat yg mudah disesuaikan dan jenis fabric yg tak mcm plastil supaya tak jadi ruam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..dan rasanya drypers memenuhi citarasa tersebut...

      Delete
  12. dulu anak kecil pun akak suka pakai diapers brand ni sebab utama ianya berbaloi dengan harga yang di tawarkan. itu yang kita cari ..tak semestinya mahal tu bagus dan murah tak bagus..betul tak? Janji kulit anak tak ada masalah seperti ruam dan timbulnya bintik ..dan tak ada langsung alahan kulit bila menggunakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....bila nak ada cucu pula ni kak ina?

      Delete
  13. Nice baby happy parents also happy as long they comfortable

    ReplyDelete
  14. masa adik2 saya kecik pon pakai drypers gak.saya la tukang tukar drypers diorang.hahaha..memang selama diorang pakai dulu cukup puas hati.tak sabar nak pakaikan untuk anak sendiri nanti.hihi

    ReplyDelete
  15. hah! macam mana kita nak komen ni? dah la tak ada anak! LOL, tapi jenama diapers ni memang dah sinonim dengan masyarakat kita, tengok jela muka riang ria Alisya tu...kekeke =D Ntah-ntah kite pun time kecik pernah pakai tapi lupa... *garu2 kepala

    ReplyDelete
  16. info yg akan diikut selepas dah ada anak nt :)

    ReplyDelete
  17. ciktom wlpn xkawin lg tp ramai anak buah dan mmg akak-akak ipar ciktom pakai jenama drypers ni especially kerana 1st pelekatnya yg kuat...

    before this diorg guna diapers yg jenama lain mudah tercabut sbb budak2 kecik biasanya aktif..tp dgn drypers alhamdulillah aktif mcm mn pun still melekat dan xtercabut...

    yg plg utama ialah budak2 selesa nak pakai serta harga yang berpatutan utk ibubapa beli...alah membeli menang memakai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciktom dah boleh kahwin ni...

      p.s : jangan lupa kad untuk saya ya...

      Delete
  18. haaa even sy nie xde anak sy ade anak2 buah n diorg pn dipakaikan dgn drypers nie la.. Sy pn pernah beli drypers utk diorg. Drypers mmg selesa tu yg diorg suka pakai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang selesa..saya yang agak malas skit ni pun senang nak pakaikan untuk alisya...hahaha..

      Delete
  19. Sejak harraz di lahirkn memang pampers dari jenama drypers je yg menjadi pilihan.. Tiada masalah pada kulit punggung ank.. Sekaranf baru je bertukar saiz dari M ke L..

    Kami ni pantang ada jual offer drypers.. Kalau ada mesti borong punya... Pernh ksmi beli 7 beg saiz m.. Sekali gus.. He3 gila tak gila..

    Anak selesa daddy n mama pun ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh,dah L bro? Alisya pun still pakai L walaupun dah 3 tahun...cepat anak bro membesar...

      Hahaha..perasan bro selalu borong drypers...

      Delete
  20. erm, saya plak masa lepas bersalin tu pakaikan jugak drypers ni tapi malangnya anak saya tumbuh ruam-ruam lampin... terpaksala tukar ke brand lain... (dulu, cuma kenal drypers jer sb ramai orang pakai brand tu..hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain padang,lain belalang kan?for us, setakatni memang puas hati

      Delete
  21. sejak lahir mmg belikan my baby kaisara dgn petpet..drypers pakai juga tp jarang2 je sbb bocor.tp sejak drypers tukar pelekat baru macam petpet mmg nak setia dgn drypers aje la..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik3...tryla cuba..so far, for us,memang memuaskan...

      Delete
  22. bila anak happy mak bapa pon happy...biar mahal skit dari yg tiada kualiti kerana itu merupakan pengorbanan dari segi masa, bila mereka tak tenang, kita yg haru...masa kita juga terbuang utk layan kerenah mereka.

    ReplyDelete
  23. geramnya kat baby azim :)

    comel cam alisya juger..hihihi

    damia masih pakai huggies ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak sha..ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

      Delete
  24. alolor, besar dah Azim, comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nia....anak nia pun tentu dah makin membesar skang kan?

      Delete
  25. mmm.. anak ila pahai dd & cd.. kalau dd drypers pilihannya kecuali kalau ila mennag contest baru pakai pampes yg menang tue hihi

    ReplyDelete
  26. aku pun macam tu juga bro pantang ada offer pasti dan beli, err tapi jenama whoopi pun ok gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik3..time offer la time bagus untuk membeli kan? save budget skit

      Delete
  27. sop pakai brand lain sejak dari zaman azfar dan azwar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama anak bro, sama ngan nama wifey n adik ipar saya... azwa dan azfar....

      Delete
  28. sekarang zaman dah semakin mudah, kalau lagi murah itu lebih baik, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah dan berkualiti, itu yang ibubapa inginkan, kan?

      Delete
  29. Sebelum beralih kepada cloth diapers satu masa dulu, anak-anak saya memang menggunakan Drypers. Kurangnya ilmu tentang breasfeeding menyebabkan anak kami terpaksa minum susu formula dan seterusnya menjadi heavywetter. Kalau tersalah memilih diapers, alamatnya berlagu-lagulah dinyanyikan untuk membasuh toto, selimut dan lain-lain yang berkenaan :P. Oleh itu, memanglah pemakaian diapers yang sesuai amat penting supaya anak-anak selesa dan parents juga tak merana membasuh hasil kebocorannya nanti ;)

    ReplyDelete
  30. I not really sure about the Diapers brand, but i still remember when I'm little kid.. My mum always let my younger bro and sister to use the cloth type of diapers. Maybe because it is wash-able and cost saving, rather than buying diapers in the market. That's why. My opinion is that these use & throw diapers are really useful for those that going to bring their children out as it more convenience, but if inside the house, maybe I'll just stick to the cloth diapers heheh..Jimat-cermat amalan murni (bukan kedekut oh!) Hahah^^

    http://maxloon120.blogspot.com

    ReplyDelete
  31. Alisya,cekci la...hahaha
    Yup! saya memilih jenama yg sama Drypers..dari anak sulong smp anak ke 3..cuma skrg stop la sbb si kecik dah diapersfree.Insyaallah next year, baby baru sambung lagi..hahaha

    My review:
    6thn dulu, masa br dapat anak sulong, seriously kita org pun main taram jer..beli hak murah2 jer..tp anak kami ni 'demanding' sket..kulit dia alah, asyik naik ruam. Then, kakak saya suggest Drypers. Bila cuba, ok. No more ruam, lebih tebal dan selesa. Lagi satu saya suka material yg digunakan kat bahagian luar, lembut dan menyerupai kain (ada sesetengah diapers tu jenis plastik & licin). Jadi, ianya selesa dipakai & serap peluh. Yang penting tak de lagi kebocoran,Mama & Papa pun tidor dengan aman hik3x. Paling suka design utk newborn, selesa utk baby yg belum tanggal tali pusat. Selalu part ni mmg buat Mama & Papa susah hati kan :)
    Kalau kita bandingkan harga dgn jenama lain, mungkin ada yg rasa mahal tp bg kami harganya sepadan dengan kualiti. Orang kata, alah membeli menang memakai. :)
    Menjadi pengguna tegar sejak 2006, saya nampak drypers dah byk improvement. Jujurnya, sblm ni satu kekurangan drypers adalah pelekatnya yg tak boleh lekat semula dan menggunakan material jenis keras sket. Kadang2 kalo tak dipakai dengan betul, alamatnya melecet la kulit anak. Alhamdulillah, skrg punya dah ok kan..

    ReplyDelete
  32. nnti dah ada anak, sy akan pilih jenama ni ye.. hehe ~

    ReplyDelete
  33. i'm phreaklady:):-keselesaan anak menjadi utama..faktor lain diketepikan,dengan adanya drypers menambat hati para ibu & bapa..anak gembira,kita sama2 ketawa.:)

    ReplyDelete
  34. alisya kenapa tak pakai seat belt atau child carseat?

    ReplyDelete
  35. Drypers pilihan anak-anak jagaan yang dihantar kepada saya....memang tiada kebocoran...ibu suka pengasuh anak pun suka....kerja pun senang...hujung bulan dapat gaji...tiada masalah...

    ReplyDelete
  36. Tiada ruam, tiada bocor, Kekal Aktif bersama Drypers!

    ReplyDelete
  37. Lebih kurang sama macam pengalaman kami..Now, drypers antara brand pilihan kami untuk diapers...

    ReplyDelete
  38. hidup anak2 ceria bersama drypers..ibu bapa pun senang hati..

    ReplyDelete
  39. BABY TERSENYUM RIANG DENGAN DIAPERS TIADA LAGI TANGISAN..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails