August 10, 2010

Berita Sedih Dari Kampung | Sumbangan Anda Diperlukan

Semalam saya menerima perkhabaran sedih dari kampung. Semasa saya menelefon ibuku, suara tangisannya kedengaran dengan jelas. Al-Fatihah, adik ipar ibuku (pakcik ku) meninggal dunia petang semalam ketika di tempat kerja terkena serangan sakit jantung.

Cukup sedih hatiku dan terasa begitu bersalah kerana tidak dapat pulang ke kampung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pagi ini, jenazah Ayah Ngahku akan dikebumikan di kampung (Terengganu). InsyaAllah, jika tiada aral melintang weekend ni aku akan pulang ke kampung.

Di entry ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon :

Sumbangan Ikhlas Dari Pembaca dan Semua

Serba sedikit pasal keluarga Mak Ngahku (Adik ibuku yang suaminya meninggal dunia semalam). Husbandnya dulu bekerja sebagai tukang rumah dengan gaji lebih kurang RM300-400 dan tidak menentu bergantung kepada permintaan. Mak Ngahku bekerja sebagai "Pump Attendant'' dengan gaji lebih kurang RM400. Mak Ngahku mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Yang sulung, kembar kedua-duanya belajar di Politeknik Dungun. Sedih hatiku, setiap hujung minggu mereka akan pulang ke rumah dan bekerja di Kedai Makan yang tidak jauh dari rumah mereka untuk menampung pembelajaran mereka.

Rumah Mak Ngah didirikan berdekatan dengan rumah nenek di atas tapak tanah nenekku. Memang sedih bila melihat keadaan mereka yang serba kekurangan. Pernah sekali saya belanja pasar malam, begitu berselera melihat mereka makan . Ditambah pula sekarang kehilangan tempat bergantung dan sumber rezeki utama. Semakin hari semakin kurus Mak Ngahku dan berkali-kali dia terpaksa memajak barang kemas, dan meminjam untuk keperluan keluarga.

Saya ada menolong serba sedikit dan apa yang termampu. Besok mungkin bermulanya bulan Ramadhan, ketika orang lain sedang mengerjakan ibadat yang mulia ini, mereka terpaksa berpuasa tanpa kehadiran Insan tersayang. Pergi buat Selama-lamanya dan dengan raya sebulan lagi, tentu semakin pening/bercelaru kepala Mak Ngahku untuk mempersiapkan persiapan raya nanti.

Jadi, di kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon Sumbangan Ikhlas dari pembaca . Sekadar yang termampu, walaupun hanyalah RM1. Sikit-sikit serba sedikit membantu juga. Saya bercadang untuk mengumpulkan sumbangan ini dan akan diberikan kepada Keluarga Mak Ngah saya seminggu sebelum raya , dan semoga dengan sumbangan ini akan meringankan beban mereka dan raya dapat disambut dengan lebih gembira. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

I believe in the concept, the more you give, the more you will get dan itulah yang saya perolehi kini. InsyaAllah, sayapun akan turut menyumbang sama. Hari ini hari dia, entah esok lusa hari kita pula?

Al-Fatihah buat Mak Ngah Sekeluarga. Sekiranya ada yang bermurah hati untuk menyumbang,just drop personal e-mail to me at iman1237@hotmail.com . InsyaAllah, bila sumbangan diberikan nanti kepada Mak Ngah , saya akan buat satu entry beserta gambar .

UPDATED :

Sumbangan bolehla dibuat di sini :

Maybank Acc : 158088020263  ( Nor Iman Nazuki, Akaun Saya)
CIMB Acc : 13020117598528 (Nor Azlin Nazuki, Akaun Adik Saya)
E-mailkan kepada iman1237@hotmail.com selepas transaksi dibuat agar senang kami mengira jumlah yang didermakan. InsyaAllah, sumbangan yang diberikan akan sampai kepada penerimanya .

Terima kasih kepada Sinar Harian (Suara Cakna Komuniti Anda) di atas keprihatinan mereka. Sayu dan sebak hati saya bila menerima e-mail dari mereka :


Salam,

Harap dapat emelkan alamat penuh rumah emak saudara berkenaan dan lokasi landmarknya.


Wakil saya akan hantarkan keperluan pakaian hari raya kepada mereka.


Terima kasih.

Sudah saya e-mailkan balasan kepada mereka. Alhamdulillah, makin ramai yang menolong, sumbangan diterima dan semoga hari raya tahun ini Ahli keluarga Mak Ngah saya dapat beraya dan berpuasa dengan gembira .

P/s : Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

67 comments:

  1. Salam bro Eryqazz,
    turut bersimpati dengan makcik bro.. harap bersabar dengan digaanNYA..

    Bro, ada number akaun maybank/CIMB.. saya nak derma tru online boleh kan?

    yours
    SH

    ReplyDelete
  2. Salam Eyriqazz..
    semalam baru je tgk tv pasal merisik khabar.
    lebih kurang macam konsep bersamamu jugalah.

    hari ni baca pula kisah keluarga Allahyarham pakcik Eyriqazz..

    semoga hidup mereka sekeluarga dipermudahkan.
    Aaamin..

    ReplyDelete
  3. takziah buat anda sekeluarga...
    semoga roh arwah dicucuri rahmat ye...

    ReplyDelete
  4. Salam takziah kepada keluarga abg dan Mak Ngah, Gerrard cuba untuk membantu mana yang mampu.
    Gerrard prihatin..

    ReplyDelete
  5. semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama org beriman, Al-Fatihah

    ReplyDelete
  6. Salam bro..
    Al-fatihah untuk Allahyarham dan takziah untuk bro sekeluarga..
    semoga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  7. semoga dimurahkan rezeki.Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  8. Insya Allah, i nak derma ikut kemampuan. nanti i email u. tq

    ReplyDelete
  9. harap bersbar bro.. balik kampung tak??

    ReplyDelete
  10. @Shahrul Shaharuddin:salam shahrul..terimakasih atas keprihatinan shahrul..saya dah publishkan no akaun kami...Semoga Allah membalas jasa baik bro..InsyaAllah, balik kampung Jumaatni saya akan sampaikan sumbangan pertama kepada Mak Ngah saya...

    ReplyDelete
  11. @noor afzan:terima kasih afzan..teringat masa susah kecil2 dulu..tapi mereka lagi susah....makan pun kadang2 berebut2..

    ReplyDelete
  12. @MX :terima kasih MX...Amin...

    ReplyDelete
  13. @Wan Gerrard:Terimakasih wan gerrard..semoga tuhan membalas jasa baik anda..Amin..

    ReplyDelete
  14. @Sharinginfoz:thanks bro..Amin...semoga anak2nya membesar menjadi Insan yang berjaya...

    ReplyDelete
  15. @ kulanz: thanks kulanz..semoga Allah membalas jasa bro...

    ReplyDelete
  16. @e.l.i.s.s.m.i.e :amin..thanks eliss...

    ReplyDelete
  17. @mama zharfan ;thanks mama zharfan...semoga Allah memurahkan rezeki anda..

    ReplyDelete
  18. @Hamzah Ian;thanks bro..InsyaAllah, jumaat ni balik..plan smalam dah nak balik tapi ada hal yang tak dpt dielakkan...Harap2 mak ngah saya tak berkecil hati dengan saya

    ReplyDelete
  19. salam bro... izin aku panjangkan entri ni yer ..

    http://www.benashaari.com/2010/08/sahabat-blogger-mohon-bantuan-kita.html

    ReplyDelete
  20. al fatihan buat arwah...nanti saya akn email...

    ReplyDelete
  21. Al fatihah..sempena ramadhan ni marilah kita sama2 berbuat amal kebaikan..

    Jemputan Berbuka Puasa Bersama Nuffnang !

    ReplyDelete
  22. salam takziah...al-fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  23. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN SAUDARA UNTUK MEMBANTU KELUARGA MAKCIK SAUDARA...

    ReplyDelete
  24. salam takziah.. insylah akan ku bantu :-)

    ReplyDelete
  25. al-fatihah...
    moga roh arwah dicucuri rahmat...
    akan cuba membantu insyaallah...

    ReplyDelete
  26. salam.

    takzian diucapkan, semoga makngah eyriqazz tabah menghadapinya.insyaAllah akan beri sedikit bantuan.

    ReplyDelete
  27. Salam Takziah Iman , Al Fatihah kepada Arwah.

    Harap Allah mempermudahkan urusan Semua.

    Amin

    ReplyDelete
  28. salam GTO,
    takziah wat keluarga arwah dan juga brother GTO..
    insyaAllah, saya turut memberikan bantuan yang saya mampu..
    semoga roh arwah dicucuri Rahmat. amin~

    ReplyDelete
  29. huh....dekat puase dah nie..
    al fatihah!

    ReplyDelete
  30. Salam takziah..

    Saya tahu dan faham perasaan anak-anak arwah berpuasa kali pertama tanpa ayah tercinta. Saya pun pernah melaluinya.

    Nak hulurkan sumbangan, tapi rasa macam tak mampu nak beri banyak..

    ReplyDelete
  31. Salam Takziah...

    InsyaALLAH.. :)

    ReplyDelete
  32. takziah untuk keluarga mak saudara bro..

    bro, kalau tolak GTO point bagi derma boley tak? huhu

    klu boley bro tolak lah semua GTO point sy tu kay. klu tak boley tak pe.huhu sy sedekahkan doa sahaja semoga mereka beroleh kesenangan. :)

    ReplyDelete
  33. alhmdulillah..masih rmai lg manusia yg prihatin..insya Allah sy teringin jg utk mbntu...nti sy pm bro ea..

    ReplyDelete
  34. @BEN ASHAARI:salam saudara ben..terimakasih atas entry itu...semakin byk sumbangan yang diterima...

    ReplyDelete
  35. @Faizal Fredley:thanks faizal...

    ReplyDelete
  36. @joijoi80:terimakasih,...dipermudahkan juga..Alhamdulillah,setakat entry ini ditulis sudah lebih RM800+ sumbangan diterima...

    ReplyDelete
  37. @Suliana:thanks su atas bantuan

    ReplyDelete
  38. @aReaL:thanks bro for the entry...

    ReplyDelete
  39. @LyNn HaMzAh;terimakasih..moga tuhan membalasnya

    ReplyDelete
  40. @farhana_aziz :thanks farhana...

    ReplyDelete
  41. @Melz ;thanks melz atas bantuan tidak mengira masa dan waktu

    ReplyDelete
  42. @jajarina:terimakasih dan amin...

    ReplyDelete
  43. @Anip™ :sayu bila anak2 kehilangan bapa tersayang beberapa hari sebelum bulan puasa

    ReplyDelete
  44. salam kenal.... bca dr blog matt gebu


    memang perit rasanya kehilangan org yg tersayang. Sy kehilangan arwah ayah 13 thn yg lalu. memang pedih smpai skang masih terasa.

    Insyaallah sy akan trf kat akaun mbb. semoga dgn sedikit sumbangan ini akan mengembirakan mereka di aidilfitri

    sy juga kehilangan pakcik pada 7/8 yg lalu....Al-Fatihah

    ReplyDelete
  45. @khaizarien:terimakasih for the wish

    ReplyDelete
  46. @Rara:takpe rara..doa2kan semoga mak ngah saya tabah menghadapinya..juga anak2nya

    ReplyDelete
  47. @Anne Boleyn:thanks anne..saya dah transferkan kesemua 9 pointz itu...thanks again..

    ReplyDelete
  48. @Kaseh NazLieza:thanks nazlieza...Ramai yang sudi membantu,saya hati saya....semoga mak ngah sumbangan ini serba sedikit mengurangkan beban di hatinya

    ReplyDelete
  49. salam takziah buat keluarga allahyarham..

    al-fatihah saya sedekahkan kepada allahyarham..

    InsyaAllah, saya cuba membantu..

    ReplyDelete
  50. alfatihah... ALLAH akan bela nasib mereka

    ReplyDelete
  51. Al fatihah untuk arwah pak ngah kamu.

    ...tentu berat penderitaan mak ngah kamu...dengan pendapatan yang tak seberapa dan bilangan anak yang ramai, tentulah beliau tidak boleh memenuhi impian anak-anak untuk beraya pada tahun ni dan tahun akan datang.

    Semuga sumbangan yang di terima oleh beliau mencukupi .

    ReplyDelete
  52. Salam,

    Al-fatihah...

    nak tanya, ada kah sumbangan lain boleh di beri sebagai cth baju2 kurung yg masih elok di pakai boleh x di beri...?

    ReplyDelete
  53. Salam,

    Al-fatihah...

    nak tanya, ada kah sumbangan lain boleh di beri sebagai cth baju2 kurung yg masih elok di pakai boleh x di beri...?

    ReplyDelete
  54. Salam bro Eryqazz,

    saya telah membuat sumbangan melalui M2U, biarlah sumbangan itu menjadi rahsia antara saya dan Allah... =)

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  55. Al-Fatihah kepada arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  56. @tengkorakemas:thanks bro..semoga Allah membalas jasa baik bro

    ReplyDelete
  57. @kak ina kl:berat bahu yang memandang,berat lagi bahu yang memikul..thanks kak ina...

    ReplyDelete
  58. @cobcom :sebarang sumbangan di alu2kan..ini alamat rumah mak ngah saya :

    Azizah Binti Said
    c353 kg. rhu rendang
    21600 marang ,terengganu

    P/s :anak2 perempuannya sedang belajar di tingkatan 4,tingkatan 1,darjah 5, dan tadika...

    ReplyDelete
  59. @Shahrul Shaharuddin :thanks bro..semoga bro dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  60. @maslinamansor:amin..thanks mas..

    ReplyDelete
  61. Salam eyri..harap dah terima..itu je yang mampu kami sumbang..semoga keluarga makngah bergembira dihari raya nanti walaupun tanpa insan tersayang.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails