Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

March 13, 2012

Jawapan Balas Surat Cinta dari Telekom Malaysia


Fuhh,memang pantas tindakan diambil bila diadukan kepada pihak yang lebih tinggi i.e. SKMM. Aduan saya Surat Cinta dari Telekom Malaysia yang diadukan kepada SKMM akhirnya mendapat respons dan jawapan balas dari Telekom Malaysia dengan begitu efisien dan pantas sekali.

Pihak Telekom Malaysia telah menelefon saya minggu ini dan memberitahu tunggakan yang RM400+ adalah disebabkan antaranya line Streamyx saya yang tidak di 'terminatekan' dan bil masih incurred. Wtfish??? . Tapi, mereka sudah memberikan jaminan dan meminta maaf yang line streamyx saya itu akan diterminatekan dan akan diwaivekan semua amaun seperti dijanjikan.

Alhamdulillah, good job Customer service dan SKMM. Inilah yang pengguna mahu, tindakan pantas diambil dan mengaku kesilapan bila dah buat silap....

P/s : Yup, don't play-play with Bloggers...Kami antara pengguna setia dan terbesar Internet kategori individu, tak gitu?

March 10, 2012

Surat Cinta dari Telekom Malaysia



Semalam balikje kerja , terima Surat Cinta dari Telekom Malaysia. Dari lawyer mereka iaitu Kudrat Partners & Co. Takper2.. Inilah respons saya :

Dapat surat lawyer dari Telekom. Bil tertunggak streamyx combo sebelum beralih ke unifi. Janjikan nak waivekan semua coz line always disconnect dan tak memuaskan before..But now, kasi surat lawyer pula?Ini sudah main kasar...Don't play-play with me..Aduan telahpun diadukan kepada SKMM... Terimakasih....
Ini aduan ke tiga kot tentang Streamyx diadukan ke SKMM. Refer entri sebelum ini :


Saya memang pantang, apabila janji lain, lain pula yang dikatakan. I'm upgrading my Streamyx Combo to Unifi coz Telekom Malaysia tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan bersama Streamyx Combo. But now almost 3 bulan ngan Unifi, I'm totally happy with it dan bil dibayar seadanya.

Jangan perkotak-katikkan pengguna. Perkhidmatan should be pay according to the service provided. Till then, waiting ur reply...

P/s : Salah satu kata-kata Customer Servicenya ketika datang rumah Eyriqazz, "Aduan dari Blogger jangan diambil ringan"

April 8, 2010

Weeave Mengegarkan Rangkaian Laman Sosial Anda!

Dapat e-mail ini daripada Digi. Nampak cam menarik. Apa pandangan anda? Saya copy pastekan di sini :



Weeave Mengegarkan RangkaiaN LamaN Sosial Anda| Pelik namun Uniknya Nama

Yo geng!

Bersosial di arena internet kini semakin mudah dengan aplikasi terbaru kami,  Weeave.com. Bayangkan kemudahan semua rangkaian kegemaran anda seperti facebook, twitter dan friendster kini disatukan di satu lokasi. Hanya satu login untuk anda berkomunikasi dengan segala rakan-rakan anda di pelbagai laman web sosial anda. Lebih dari itu, anda dapat mengakses update terkini, video dan gambar-gambar menerusi internet dan telefon bimbit. Weeave.com kini mepermudahkan komunikasi laman web sosial anda!

Daftar dengan Weave dan ambil bahagian di dalam peraduan  Weave-Your-Web. Sungguh mudah! Anda cuma perlu mendaftar dan berkongsi bersama rakan-rakan anda mengenai Weeave untuk peluang memenangi hadiah-hadiah istimewa seperti Mackbook ataupun Xbox360! Untuk keterangan lebih lanjut, sila lawati laman web kami sekarang! 

Daftarlah untuk pertandingan Weeave-Your-Web di sini:



P/s : Aku memang suka Contest-Contest ni. Jom Kita Join Beramai-ramai. Nampak Cam Menarik. Adakah Weeave mampu untuk menandingi Facebook,Friendster,mahupun Myspace?

April 1, 2010

If Web Browsers Were Modes of Transportion

What Do You Think? ( Source : Neatorama )
Cartoonist Caldwell Tanner of College Humor suggests that web browsers can be compared to modes of transportion. Are his descriptions accurate?
P/s : No wonder a lot of people using Google Chrome as their main web browser. If not because of my brother , I will be one of those people that still using Internet Explorer as my main browser.

P/s/s : Still using Internet Explorer for updating my blog. For surfing, I am using Google Chrome. I still do not know why. How about you?

March 26, 2010

Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi?

Semalam, terbaca entry ini di Utusan Malaysia : Pakej jalur lebar baru lebih murah – Najib, ingin juga aku meluahkan pandangan peribadi.



Apa itu jalur lebar berkelajuan tinggi/High Speed Broadband (HSBB)?

Inilah yang ku jumpa jawapan selepas menGoogle dan terjumpa di Harimau Malaya :

HSBB ni mengunakan optik cable dan ianya terus kedalam rumah..ianya dipanggil fiber to the home..bermakna ianya direct terus ke TV atau monitor...sudah tentu gambarnya sharp kalau kita tengok IPTV dan dibandingkan dgn kita tengok astro atau tv 3.

Menarik juga, kan?

Antara info menarik di artikel Utusan tu adalah seperti berikut :



  1.  Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.


  2. Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.


  3. HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.


  4. Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.


  5. Pada fasa pertama mulai esok (25 March 2010) , kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.
Pandangan saya, nampak menarik, mengoogle lagi jumpalah pakej Unifi ni :

Fuhh, paling murah pun RM149.00 ?

Adushh, aku masih belum mampu lagi kot nak ambil pakej itu.60 GB Maximum Dowload, boleh tahan besarnya. Namun di masa depan siapa tahu kan?Mungkin masatu Income Nuffnang dah masyuk, bolehla aku upgrade Streamyx aku dan berblog/surf internet dengan lebih pantas dan tuntas.

Untuk info lebih lanjut pasal HSBB TM ni boleh rujuk entry Ariff Shah , menarik kupasan daripada dia :


P/s : Apa pula pandangan anda? Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi ni?

March 25, 2010

Celcom Broadband | Pilihanku Kini

Salam dari Eyriqazz. Ingatkah lagi anda dengan entry saya yang bertajuk Broadband Terbaik . Susulan dari entry dan respons di entry itu, eyriqazz telahpun melanggan dan mendaftarkan untuk isteri :
Broadband Basic Menjadi Pilihan

Inilah sebab mengapa Eyriqazz memilih Celcom Broadband untuk Isteri ( Broadband di rumah masih kekal dengan Streamyx buat masa ini ).

1) Testimonial daripada rakan bloggers di entry Broadband Terbaik seperti : 

Flygurl  -  saya pakai celcom broadband..ok je..nak kate laju sgt tu x lah.. tp sy puas hati la.. lagipun coverage celcom lebih luas berbanding yg lain. p1 wimax pulak- member yg pakai ckp mmg laju..tp tengok tempat jugak la..kalau kt kelantan mmg coverage x de lg.

Mohd Alimie - Setakat ni rasanya yang paling meluas liputannya Celcomlah..kawan guna kat Tumpat, ok je katanya..

Mimpi - Berdasarkan coverage maka Celcom yang terbaik antara keempat-empat pilihan kamu.
Customer service( call ) tidak sebagus P1 Wimax, tapi memang Celcom Broadband pilihan terbaik.


Ingat setiap broadband ada limit. Celcom setahu saya masih lagi 5G.
Maksudnya jika untuk penggunaan download memang tak berbaloi kerana 5G sangat sedikit.

Tanya penjual tentang cap/limit G ini. Biasanya penjual boradband takkan beritahu berkenaan limitation ini.

Daddy ZukiSy guna celcom. mmg line jammed sbb customers dia ramai esp at night. kena dc n rc. kalau nak laju guna la after subuh. tp pakej celcom ni la yg termurah. sy guna gov package, cuma rm50/bln. tp celcom ni ok sbb liputan dia luas esp di kelate n ganu. kalu dok klang valley guna apa2 pun ok. tepuk dada tengok wallet!
Dan ramai lagi dari rerakan bloggers yang lain. Terima Kasih ye. Komen anda membantu saya dalam membuat pilihan.








March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot

Potong, potong, potong, teruja betul bila tengok iklan P1 Wimax. Double meaning , mudah diingat dan menjadi sebutan sehingga ke Parlimen. Memang berkesan iklan yang dihasilkan oleh P1 Wimax sehinggakan Streamyx beberapa kali mengubah iklannya bagi menyaingi kehebatan iklan P1 Wimax  broadband tersebut.

Anda sudah potong? Saya sudah, masa kecil-kecil dulu.Hak3..

Kalau sebut pasal broadband, mesti ramai yang tahu dan teruja terutamanya bloggers.Tanpa broadband mana mungkin boleh berblog kan?Itulah kepentingan broadband. Tidak hairanlah, syarikat broadband terkemuka seperti Streamyx, P1 Wimax, Celcom, Digi, dan sebagainya semakin hebat mempromosikan produk mereka dengan idea-idea dan tawaran yang cukup lumayan dan tertarik.

Kita lupakan seketika pasal broadband ni. Kalau surf internet di mana tempat yang paling best nak surf internet @ My Favourite Surfing Spot. Tempat kegemaranku untuk surf internet, tidak lain dan tidak bukan adalah :

Ruang Tamu (kredit gambar kepada Pakcik Google yang hensem)

Kenapa ruang tamu menjadi pilihanku :

1)Santai. Sambil tengok tv, boleh surf internet. Sambil menyelam sambil minum air. Bestkan?

2)Persekitaran yang selesa. Sambil-sambil tu boleh perhatikan anak kalau anak tengah tidur di ruang tamu, tengok isteri memasak dan pandang ke luar sambil mencari idea untuk menulis.

3) Pantas. Lepasje surf internet,senang nak simpan laptop di dalam bilik sebelahnya.Jadi, takde isteri membebel kalau laptop terlupa disimpan.Hik3..

P/s :Anda pula bagaimana?

Namun, bagiku yang suka bercuti, balik kampung dan jalan-jalan, rasanya lebih mudah kalau ada modem yang  boleh dibawa ke mana-mana kan? Sambil surf-surf internet, ternampak satu modem yang cukup cantik dan menarik. Fuhh, tergoda aku dibuatnya. Nak tahu modem apa?Inilah dia :

P1 Wimax Wiggy

Fuhh, modem dari P1 Wimax ni memang cantik .Pernah pergi kedai dan lihat sendiri. Kecil ,ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Harap-harap bulan 4 nanti bila ada Project Alpha Blogging Contest Season 2', hadiah ini turut ditawarkan. Modem Special Edition Digi telahpun ku perolehi dengan Contest Nuffnang, P1 Wimax Wiggy bila lagi?

Satu pantun untuk P1 Wimax Wiggy :

P1 Wimax Wiggy cantik dan menawan
Hati tergoda aku ingin-inginkan
Sudah semestinya menjadi kegilaan
Potong, potong, potong menariknya iklan

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah sama-sama kita memeriahkan dan menonton Project Alpha Season 2 yang akan dilancarkan secara rasmi bulan April 2010 nanti. Sudah pasti hati kegembiraan dan tertawan dibuatnya. Boleh rujuk di link ini : http://www.projectalpha.com.my/

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

November 28, 2009

Thanks Digi

I just received the prize for Pimp My Broadband Contest by Digi :
DiGi broadband modem AND 3 months of free service!!

Close up : Free modem which have been pimped up with a limited edition skin.

The prize that I won worth more than RM500 and no contract or obligation attached to this prize.I still haven't activate this free service.I think i will activate it at Pavillion this weekend.What I like more is once the 3 months expires, I have an option to continue the service (at a discounted rate), or simply keep the modem and use it with another service of my choice, as the modem are unlocked.How kind are you Digi,and a million thanks to the prize.

I never tried Digi broadband before but  i might give a try for this service provider.I am planning to pimp my Streamyx line as the line is always like chipsmore.It will be ok for a few months after I filed a complaint to SKMM but the problem will occur back a few month after that.I think since I subscribe to Streamyx,I already filed 3 complaint with SKMM and received a rebate of RM300+ (At least Streamyx gave me a rebate) . I might give a try for this service and compare it with Streamyx. If Digi line is better, I will pimp my Streamyx and become Digi subscriber.

When Streamyx and P1 Wimax keep fighting with their advertisement campaign, Potong or Tak Potong, a driver with a P licence, look alike P1 Wimax CEO that forgot to turn on the plug, Digi is so cool with their own advertisement campaign.One of the campaign is Pimp My Broadband contest which gave more than 70+ prize to the winners.Just recently,they launch a new campaign at Pimp My Broadband Contest Part 2 for a new/current subsriber.Congrats and Good Luck Digi.

I think the campaign organized by Digi is very good as the prizes they offered are  without any contract or obligation attached.Like myself,it gave me the opportunity to try the Digi Broadband for 3 months to test the service.If happy I can continue with it,if not I can ditch it. What a great opportunity.I still remember when I was studying in UK, almost all the internet provider gave a free trial for a month or two to try their service.

Anyway,thanks again Digi.For those of you that want to subscribe to the broadband or switch the provider,I think you should try Digi as their campaign is not overpromised, really interesting and have a variety of good offers. Come and check it out here Digi Internet .

P/s : Really like the tagline by Digi, "Always the Smarter Choice" . I will gave a review back after i activated my Digi broadband line.By the way, this is the entry that make me won Digi Broadband : Pimp My Broadband

November 6, 2009

Broadband Advertising War


P1 Wimax .Iklan nya mengujakan.Adik iparku teruja dengan iklan itu.Terus dia Potong Line Celcom dia dan ambil P1 Wimax.Feedback?Baruje pakai ,so takble nak kasi feedback lagi.


Streamyx . Mamat dalam gambar ni rupa dia iras-iras CEO P1 Wimax.Agak-agak apa mesej yang ingin disampaikan?Komenku :Cam Chipsmore,sekejap OK,sekejap tak OK.Once you file a complaint to SKMM,it will be OK for a few months.However,I will still give a try...Need to compare it with my new/free Digi Broadband


Maxis. X pernah ada pengalaman dengan Maxis.Any feedback anyone?


Celcom. Adik iparku baruje potong Celcom.Tentu ada sebabkan?Apapun,lain padang,lain belalang.Lain orang,lain pandangan .Me?Dulu-dulu pernah teringin nak pakai celcom tapi bila modem dia mahal time tu,terpaksa batalkan niattu saje.


Digi. I will follow you.Teringat-ingat toyol kuning ni. Anyway,baruje menang Pimp MyBroadband Contest by Digi.Can't wait to try it.Within 3 months I can make a decision ,which broadband to choose.Thanks for the opportunity Digi.I think this is the best trial I can get.If good ,I will continue,If not,why continue right?Lagipun,byk pilihan yang available.

P/s Apa pendapat anda?Pengalaman anda?Which broadband is the best and why?I still did not decide my broadband provider for long term.Any suggestion is highly appreciated.

September 26, 2009

P1 Wimax Potong Now! Promotion

Tengah-tengah duk surf internet, secara tidak disengajakan masuklah ke website p1 Wimax (www.p1.com.my) . Menarik juga,sekarang ni syarikat ni tengah buat promosi kepada sesiapa yang nak bertukar talian internet broadband.Aku boleh la dikatakan salah seorang yang tengah survey hendak bertukar talian Screamyx ku yang sekarang merangkak mengalahkan kura-kura.Betul-betul tak puas hati dan ingin bertukar ke ''service provider'' yang lain.Untung sekarang, dah byk ''competition'' dan sebagai pengguna,pilihan semakin banyak dan syarikat-syarikat internet berebut-rebut dan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.Apa yang menarik dengan offer ni ye?Jom kita tengok ....


Potong now!!

Yang bestnya,bleh dapat diskaun iaitu percuma bayaran bulanan P1 Wimax secara sebulan dan dapat jimat RM160 ( percuma yuran pendaftaran & yuran pengaktifan) kepada sesiapa yg memilih P1 Wimax dengan membawa bil dari ''servis provider'' yang lain ke mana-mana tempat yang menawarkan perkhidmatan Wimax.Skang dah byk dah,kat Supermarket pun ada.


Plan dan pakej yang ditawarkan 

Menarik juga,pakej yang paling murah ,home plus hanya RM99 dan dowload/upload speed = 1.2MBps/500kbps dan fair usage threeshold lebih kurang 10GB.Banyak tu, dengan fair usage sebanyak tu kita dah boleh :
  • Hantar/terima 4 juta plain e-mail (at 5kbps per e-mail)
  • Download/Upload 6 ribu lagu (at 3MBps per song)
  •  Download/Upload 30 movies (at 700MBps per movies)
  • Surf more than 50,000 website (on an average 350kb per webpage)


FAQ

Ni antara soalan-soalan yg lazim diutarakan.Mmg terperinci juga penerangan yang diberikan.Yerlah,ini barulah namanya ''Customer First, Asked Question Later'',hehehe....

 
Syarat dan Terma 

Jadi,apa lagi.Iman pun dalam perancangan nak angkat ni.Cam menarik dan mengancam je offer dia.Takpelah kontrak setahun pun,kalau tak puas hati ble report kat SKMM kan?Jgn lepaskan peluang kepada sesiapa yang tengah berkira-kira nak tukar ''service provider'' internet ni.X rugi,2 dalam satu lagi,Wimax dan wifi sekali lagi.Modem dia kecil dan ringan pula tu,senang dibawa kemana-mana.Sudah telefon pusat pelanggan tadi,tawaran ni sah sehingga 1 November 2009  sahaja.

P/s :   Belum cuba belum tahu,sudah cuba barulah tahu!! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,lawatlah laman web  P1 Wimax ni .


September 15, 2009

Pimp My Broadband

Hii,my name is Alisya.I dedicated this writing to my beloved "Papa" and Digi. Recently,Papa always not in a good mood and stay at his computer for a few hours a day.I just worried that Papa might have a problem and don't want to share it with anyone.However,as a loving/cute daughter, i just keep quiet and behave properly. Nobody know that i have a "special" power that whenever Papa kiss me, I will know what Papa was thinking but i don't tell it to anyone especially Mama as i don't want her be worry too.

Do you want to know the secret?Yup, I'm gonna tell you today.However, you must promise me that you will vote for me for "Pimp my Broadband" contest by Digi at http://www.pimpmybroadband.com.my/Gallery_Vote_Photo.aspx?ID=1d0e5843-bb80-45d5-948c-da922001ffc9 (under my Papa name : Nor Iman Bin Nazuki) and just give a thumb up to my entry so I will win a prize for my beloved Papa. Last night, Papa kiss me (100 times,as usual)  and I used my ''special power'' . Something bothering papa and he really upset with it.
Are you OK papa?

I looked at papa eyes.His eyes is almost turned red.He really upset with our broadband service provider. This is not the first time this problem happened.Papa was having this problem since i was not born yet.No wonder Papa  need to surf the internet at home for more than an hour per day .It takes quite a long time for papa to load the pages, download his favourite "Naruto Manga", update his blog, read online newspaper,pay bills online and etc. Papa has reported this problem to SKMM before and it turns ok for a few months but this problem surface again.Poor Papa,i wish i can help him to get a better broadband internet connection to save his time to surf the internet and resulting more times he can spend with me.I really like Papa sing and "dodoi" me.It really feel good.
Flush,flush,flush it away!!
Papa reported this problem to SKMM for the 2nd time this month.The respond Papa got quite fast.They (service provider) called and e-mail papa for the instruction/how to solve the problem.They asked papa to do the following step :
  1. Jangan guna "splitter"/"micro filter"/mesin faks/"lightning protector".  (DONE)
  2. Membuat sambungan terus dari modem ke soket dinding (Tanpa "parallel line"). (DONE)
  3. "Flush" DNS (Domain Name Server). (DONE)
  4. All the other steps as provided (ALL DONE)
Fuhh,flush,flush it away and make our internet connection getting better.They gave a link how to check the connection.See the picture below for the result :

Result : i wish Papa don't cry...

The result is really bad.Papa was really mad and angry.Papa kept saying those 4 letters word (I don't know what it mean actually) after seen the result. The download speed is less than 40% than the maximum speed Papa subscribed e year ago (384kbps for download/128kbps for upload .(The service provider informed him that the average/acceptable speed in 70-80% from the maximum speed).Pity Papa,you deserve better than this.


Cool Down Papa....Enjoy your sleep

Voila, Papa is soo upset that night, turn off the pc, speak to me and fall asleep.Look at Papa, even he was sleeping,  he still show his angry face.I have to pat him to cool him down.Be Cool papa,I thought you watch Be Cool movie for a few times already?.It quite good actually as i can spend a quality time with papa.

So,please,please Digi and all the readers,please vote for me.If I win, Papa will get a new broadband from Digi.I wish it will be better than our current service provider.This is the little and smallest things i can do for my beloved Papa.I love Papa very much and if i win, I promise you two things :
 1st : I will make Papa and Mama smile always

2nd : Try to make everyone around me in a good mood and happy always.

So girls and guys,don't forget to vote for me at   http://www.pimpmybroadband.com.my/Gallery_Vote_Photo.aspx?ID=1d0e5843-bb80-45d5-948c-da922001ffc9  (under my Papa name : Nor Iman Bin Nazuki). What is a greater gift than make the people your love "Be Happy". I love you Papa,don't forget to dodoi me again tonite.

September 14, 2009

Streamyx oh Screamyx (Part 2)

Sejak sebulan dua ni,Internet rumahku semakin teruk.Eee,geram betullah.Anda boleh semak speed download/upload anda di website ni (TM Speedometer, http://219.93.175.234/ Ni buktinya :


3/9/09 (Download: 81kbps,Upload:249kbps).21% untuk download speed dan upload speed mengancam?200% dari limit 128kbps.Utk apa upload speed tinggi??


12/9/09 (lebih kurang je,Menghampakan!!)


14/9/09 (lagi-lagi menghampakan!!)


sumber :ww.digi.com.my

Sekarang aku dalam proses untuk terminate line dengan streamyx.Laporan pun telah aku adukan sekali lagi ke SKMM.Memang tersangat menghampakan sepanjang setahun pakai line streamyxni.Konon-konon ble ada wifila,tapi kalau speed pun tak sampai 50% daripada apa yg dijanjikan,buat apa?Seperti di digi,byk pilihan lagi yg lebih menarik.Skang aku tgh mempertimbangkan antara Digi,Celcom, dan P1 Wimax.Any recommendation?

P/s:Sengaja tukarkan tajuknya.Yerlah,buat aku menjerit saja dengan perkhidmatan yang menghampakan.Streamyx oh Screamyx

September 13, 2009

Streamyx oh Streamyx

Internet.Mudahkan kalau di rumah ada kemudahan internet.Senang nak buat kerja,baca berita online,buat transaksi perbankan,bayar bill,baca gosip terkini, hantar e-mail dan sebagainya.Bagi aku dah hampir setahun rasanya aku pakai streamyx kat rumah bagi memudahkan aku melayari internet,download dan sebagainya.

Tetapi,yang tak puashatinya apabila kemudahan internet kita asyik mengalami masalah.Sure bengangkan?Nih aku pun tengah tension dan bengang jugani,jadi nak berkongsiler cerita ni supaya dapat dijadikan pedoman dan kalau sesiapa yg tengah mencari service provider untuk internet korang,pilihlah betul-betul,bak kata pepatah,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.

Tersebutlah kisah,pada tahun 2008,adalah seorang mamat ni yang tengah survey untuk mendapatkan kemudahan internet.Pergilah dia survey ke merata tempat.Maxis,Celcom,Streamyx dan sebagainya.Dipendekkan cerita, setelah memerhati dan dengan budget yg difikirkan,mamatni pun membuat keputusan untuk mengambil streamyx atas sebab-sebab berikut :


1.Murah,Pakej combo yang paling murah hanya RM60 ,Download speed;384kbps,upload speed :128kbps

2.Tak perlu bayar untuk modem tapi dengan syarat kena kontrak selama 1 tahun.Mula-mula tu berminat gak ngan Celcom,tapi modem/USB dia mahal sangat,time tu paling murah RM399 + 1 tahun kontrak.

3.Unlimited download (yeker?ni kurang pasti,rasanya la kot/Fair Usage Policy)

Jadi,dengan hati gumbiranya,mamatni dapatlah streamyx combo dia tu seperti yg dia mahukan dlm masa 2 minggu selepas sign contract dan buat pembayaran apa yg patut,Akupun(aka mamattu) dptla menikmati kemudahan streamyx combo internet.



Gembiranya hati.Puas hati dengan speed dan kelajuaan internet streamyx combo.Kusangkakan panas sampai ke petang namun,hujan di tengah hari.Keindahan itu hanya sementara.3 bulan lepas tu,internet rumah aku mula ada problem.Langsung tak ble masuk dan bila masuk mmg lembab tahan penyu nak merangkak ke pantai.Fuhh,sakit hati betul dibuatnya.

Disebabkan aku ni pengguna yg peka,aku pun telefon la khidmat bantuan tmnet(telefon 100).Mesra pelanggan betul,sila tekan 1 untuk bahasa Melayu,sila tekan X utk Y, Sila tekan A untuk B.Dekat setengah jam barulah dapat bercakap dengan ''customer service'' dia.Macam-macam nasihat yg dibagi dan dijanjikan akan ada technician yang akan dtg untuk memperbetulkan talian internetku.Namun,janji tinggal janji,hampir 2 minggu masih belum menampakkan perubahan.

Ini sudah lebih ni.Apa lagi,belajar dari pengalaman,lebih mudah buat aduan kepada pihak yang patut diadukan.Akupun membuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (
http://aduan.skmm.gov.my) . Laman webnya ialah www.skmm.gov.my ataupun aduan boleh dibuat melalui e-mail di aduanskmm@cmc.gov.my.



Laman web Aduan SKMM

Fuhh,mmg pantas dan tuntas tindakan yang diambil oleh SKMM.Memang tabik la SKMM. Aduanku mula diambil serius dan dipendekkan cerita ini balasan e-mail yg aku dpt daripada streamyx(aka tmnet) ,setelah beberapa kali tertangguh dan berbalas-balas e-mail :

En. Xxx,

Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang tuan alami.Saya telah cuba menghubungi tuan beberapa kali pada 18/3/09 dan hari ini tetapi gagal(langsung tiada misscall dari telefonku). Ini adalah untuk saya membuat pengesahan bagi tindakan baikpulih yang telah dijalankan oleh pihak teknikal kami.

Untuk pengetahuan tuan, kami telah membuat pelarasan kedua bagi akaun Streamyx tuan sebanyak RM 215.43 ke atas akaun Streamyx tuan bernombor ( abcxxxxx). Pelarasan ini akan dicatatkan di dalam bil TM tuan yang akan datang.Tarikh akhir pelarasan adalah berpandukan kepada laporan yang telah ditutup oleh pihak teknikal kami iaitu pada 18/3/2009 sebaik sahaja tindakan baikpulih selesai. Adalah penting bagi pihak kami untuk mengetahui status sambungan Streamyx tuan untuk tindakan pihak kami seterusnya. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan boleh mengesahkan tahap sambungan Streamyx tuan dengan membalas e-mail ini.

Kami sekali lagi memohon maaf di atas segala kesulitan yang tuan alami. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama tuan.

Akhirnya,selesai juga dan internet tu kembali kepada normal dan siap dapat gantirugi lagi.Kepada SKMM,terimakasih atas tindakan pantas dan cekap anda.

P/s :Akan bersambung di Part 2 utk paparan dan cerita yg lebih menarik...Hehehehe....

Related Posts with Thumbnails