May 18, 2009

LAKE CITY CONDOMINIUM - PHASE 3

Alhamdulillah,proses pembelian kondoku berjalan dengan lancar.Pinjaman pun telah pun diluluskan oleh majikanku dan hanya menunggu ianya siap(katanya pertengahan tahun 2011).Ini adalah gambaran kondoku yg ku perolehi dari website pemaju tersebut (Platinum Victory Sdn Bhd) .


Ramai jugak org tanya aku kenapa aku beli kondo ni.Byk lagi pilihan yang boleh dibuat,beli rumah bertanah,beli dari owner dan sebagainya.Ini jawapan aku untuk beberapa persoalan.

Soalan 1 :

Kenapa tak beli rumah bertanah seperti rumah teres,semi-D ke atau yang berkenaan dengannya la.Senang nanti anak-anak nak bermain dan boleh bercucuk tanam ,etc....

Jawapan :

  • Kurang berkemampuan untuk membeli rumah bertanah di KL.Yang dekat dengan ofis dan tempat kije wife, semuanya atas RM300K sedangkan majikanku max ble apply RM300K.Nak beli kat area yang mampu jauh pulak seperti di Rawang,Shah Alam, dan sebagainya.Pikir-pikir balik,dengan jemnya,minyak yang sure naik,tol lagi, tension terperangkap dalam jem lagi,kena bangun awal-awal pagi dan balik pulak koman-koman pun dah nak masuk Maghrib.
  • Keselamatan.Sekarang ni rumah bertanah yang paling mudah dimasuki pencuri.Beli kondo ni hati pun tenang skit.Keselamatan lebih terjamin,ada security 24 jam, access card, dan sebagainya.
  • Senang nak disewakan nanti kalaulah ditakdirkan aku dan isteri bertukar tempat kerja ke negeri lain.Yerla,kondo maintenance nya tak leceh cam rumah teres seperti nak tebas semak samun.

Soalan 2 :

Kenapa beli Kondo kat Wangsa Maju.Kenapa tak beli kat Keramat ke, Jalan Ipohke, dan sebagainya?

Jawapan :

  • Sebab utamanya pemaju tersebut.Pemaju ni dah lebih 2-3 tahun aku survey kondo-kondo yang mereka buat.Majoriti memberikan respons positif dan nilai pasarannya meningkat dari tahun ke tahun.2-3 tahun lepas masa aku first survey aku nak beli kondo yang dah siap dan dalam pembinaan lebih kurang RM180K.Sekarang kondo yang sama tersebut kalau nak beli,paling kurangpun RM250K.Lepas tu dia buat sekali ngan shoplot.Byk juga gerai-gerai famous yg kat situ yg di projek2 mereka sebelum ni,contohnya Nasi Lemak Antarabangsa, Sate Kajang, Old Town White Coffee, dan macam-macam lagila.
  • Harga pasaran.Semalam eden survey lagi kat Midvalley.Kondo yang kitorang beli ni tinggal 15% yang blom jual.Untuk unit yang sama macam eden beli ni harganya sekarang RM292,500.00 .Umm,blom lagi siap dah berbeza RM25K jika nak dibandingkan semasa membelinya/book nya bulan July tahun lepas.
  • Dekat dengan tempat kije eden dan isteri.Lebih kurang 15-30mins ke tempat kije masing-masing.Takdelah stress sgt kalau jam kalau lalulintas pun.
  • Mudah mendapatkan 'public transport'.Dekat lah juga dekat LRT taman melati dan wangsa Maju.Teksi pun selalu lalu kawasan tu.So,apa-apahal takdelah menggelabah kalau kena amik public transport.

Bersambung kembali sekiranya keadaan mengizinkin.


6 comments:

  1. su tau umah ni mahal giler..x mampu i..hehe..byk tul duit korg ni..:-)

    ReplyDelete
  2. saya setuju dgn pandangan saudara, dan saya pon baru jer buat keputusan seprt saudara utk memiliki kondo..;)

    ReplyDelete
  3. ada sebarang update tak mengenai stage utk phase 3 ni sekarang? saya cuba cari dalam internet tapi takde sape post. nak gak tau bila dijangka siap. Sbb sy pun beli jugak rumah ni.

    ReplyDelete
  4. wahh, saya beli kondo yg sama gak, nnt boleh ler kita berjiran...sure punye rumah mcm ni ramai cina...org melayu berapa kerat jer...

    ReplyDelete
  5. saya pon beli kondo yg sama..seronok bile tau ada gak melayu kat situ coz evrytime pi nampak buyer ca ya nun alip jer..huhu..aritu sy try survey utk jual,mmg berbaloi-baloi la..sbb2 beli sy sama ngan GTO ni..tapi org-org keliling sy
    ~keen~

    ReplyDelete
  6. skarang brapa ye PV tu bila dah siap? brapa Square feeet yer ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails