March 11, 2010

Benarkah Wanita Tempatan Lebih Sukakan Lelaki Warga Asing

Petang tadi (ketika entry ini ditulis pada malam Rabu) , semasa dalam perjalanan mengambil Isteri pulang dari sekolah, saya terdengarlah satu topik yang dibincangkan di Hot Fm iaitu :

Benarkah Wanita Tempatan Lebih Sukakan Lelaki Warga Asing?

Fuhh, memang berselera aku mendengarnya. Panggilan telefon dan sms dari pendengar radio dikongsikan bersama. Antara kata-kata pendengar yang sempat ku ingati adalah seperti berikut :

Pendengar A (Wanita ) : Haahla. Kebanyakan wanita tempatan lebih sukakan lelaki warga asing kerana lelaki warga asing lebih romantik, caring, dan pandai jaga hati wanita. Lelaki tempatan panas baran, cepat melenting dan tak romantik.

Pendengar B (Wanita ) : Lelaki warga asing sanggup menangis depan kita. Saya dulu pernah berkawan dengan lelaki warga asing, memang caring dan boleh cair dibuatnya.

Artis Wanita pun ramai kahwin dengar warga asingkan? (I.e. Serina anak Chef Wan )

Itu respon wanita , apa pula respons dari lelaki ? Meh kita dengarkan :

Pendengar C : Wahai kaum wanita. Berpijak la di bumi yang nyata

Pendengar D : Saya sudah kahwin. Bila saya cuba nak beromantik, Isteri kata, buang tebiat ke? Camne tu? (Hik3, tergelak juga mendengarnya )

Pendengar E : Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Ramai saja lelaki tempatan yang romantik di luar sana cuma kenalah pandai mencarinya. Lagipun mana yang anda mahu? Romantik ataupun Bertanggungjawab? Ramai artis kahwin warga asing, namun ramai juga yang bercerai akhirnya .

Dussh,tak dapat nak menolong. Majoriti pendengar wanita menyokong dan majoriti pendengar lelaki membangkang.

Ning Baizura bersama pasangan

Pandangan peribadi saya pula , melalui pengalaman semasa belajar di UK, warga asing (saya fokuskan Mat Salleh) lebih romantik dan pandai memikat.  Sebabtu ramai pelajar Malaysia yang jatuh hati dan bercinta dengan warga asing semasa di sana.  Ada pula yang sampai sanggup mengorbankan **** untuk si dia.Kalau Minah Mat Salleh pula, lelaki Melayu ni pandang sebelah mata pun diorang tak nak. Hak3...

Kalau ditengokkan cerita romantik di filem, mana yang lebih romantik dan menarik ditonton ya? Kalau filem melayu, mesti ada yang beranggapan, alah Jiwang karatje cam filem 'Cinta Kolesterol' lakonan Erra Fazzira dan Yusri KRU.Filem asing pula seperti '10 Things I Hate About You' pula, memang mengujakan dan tengok berkali-kali. Apapun , hanyalah pandangan peribadi.

Apapun, ramai saja lelaki tempatan yang romantik di luar sana, kan?

P/s :Apa pula pandangan anda? Benarkah Wanita Tempatan Lebih Sukakan Lelaki Warga Asing?Ladies and gentleman, kemukakan hujah-hujah anda.

54 comments:

  1. bercinta ngan warga asing..
    ikot balik lombok.. pastu setaun dua..
    kuar kat front page suat khabar mintak ehsan nak balik malaysia..

    so apa pekdahnya?? huhuhu

    ReplyDelete
  2. Nape den x minat ngn mat salleh? Sbb mostly pangai xley "pakai"

    Ptut cri la lelaki yg ade agame bley bimbing kite 1 hari nnt. Bkn kite yg bmbing die sbb kite sndri pn blOm cukOp elOk g pangai

    Ops* terlebeyh sude

    -sekian-

    ReplyDelete
  3. Rasanya tak semua wanita tempatan nak kawin warga asing...payah oooo...bawa balik kampun nak speaking ngan mak ayah pun payah...belum bab lain2 lagi tu...Orang tempatan lagi memahami budaya kita rasanya...

    ReplyDelete
  4. prasan tak? nampak romantik masa bercinta kan? kenapa? lelaki asing - romantik sbb agama dia tak kesah pun, lelaki melayu masih ada adab n ingat agama ingat dosa, sbb tu la kontrol romantik... hubi Maria masa zaman kawan2 dulu mmg tak romantik langsung tp dah kawen dia pernah hantar hadiah sejambak bunga ros ke opis masa beday... romantik ke tak sebenarnyer? Romantik lepas kawen itu lebih manis...

    ReplyDelete
  5. slalu jmp yg indon,bangla,myanmar,nepal ngan vietnam je kat sini...omputih blom jmp lg...
    wat ms ni sy xsuka warga asing lg hahahha

    ReplyDelete
  6. btol bro..ni isu hangat gk skng nih..aku br nk wt n3 psl nih..saje nk dgr pndapat2 laki melayu nih..kalo tgk kt KL la, dh biasa tgk pmpuan mlayu berkepit ngn mat salleh..lg parah,mat saleh tu takde la hensem sgt..

    ReplyDelete
  7. selera masing2... kita tak boleh nak halang...

    ReplyDelete
  8. saya suka lelaki melayu...ahakz!

    ReplyDelete
  9. Adey..itulah pasal bro,cita rasa masing2,negro pun buleh..adeyy..hehehe

    ReplyDelete
  10. mungkin kot..tapi klu sy x kot..cukuplah ramai lelaki2 malaysia yg tampan2 wt pe nk yg asing...

    ReplyDelete
  11. tepuk dada, tanye selera.. hape2 pon, yg penting hati mau bersih..

    ReplyDelete
  12. sy ader mak sedara yg kawen mat saleh skrg dok australia. katanya, setiap hari husband dia yg masak, dr mula kawen sampai la husband dia tu dah jatuh sakit. bila dah sakit takde la nk masak2 lagi kan?

    anak dia pon ceritakan perkara yg sama.. husband dia juga yg memasak, mengemas rumah etc.

    kadang2 heran kan? kemas rumah & memasak tu pon sebenarnya tanggungjawab suami (menyediakan makanan & tpt tinggal) tapi kat sini benda tu dianggap keje isteri.

    ada jugak husband yg sgt manjakan isterinya sampaikan si isteri langsung tak pernah isi minyak kete, tau bawak jer & langsung tak pernah kuarkan duit sendiri utk belanja rumahtangga.. tapi itu la, nk dpt dgr citer mcm ni setahun sekali pon susah!

    heran heran...

    ReplyDelete
  13. tak penah plak couple dgn mat saleh
    ada benarnya mereka lebih romantik & caring berbanding lelaki tempatan

    ReplyDelete
  14. x benar..saya suka lelaki tempatan kerana :
    1) saya suka org melayu sahaja sbg suami
    2) senang nak balik kg
    3) gaduh dalam bahasa melayu
    4) makan makanan melayu
    5) nanti kalau ter pisah..wat lari anak ke luar ke luar negara..x rela i..

    banyak la alasannya..pendek dan aku kata..
    aku suka lelaki tempatan, melayu yg mmg lagi macho..haha..( merujuk pada laki aku la tu..hik2..)

    ReplyDelete
  15. tak minatlah..kalau buley, biarlah sama melayu. tak la berbeza adat..:)

    ReplyDelete
  16. "Ada pula yang sampai sanggup mengorbankan **** untuk si dia"

    hmm, mamat ompotih ni sure betting, sapa lagi banyak pecahkan **** . At the end yang pecahnya adalah **** wanita melayu. kesudahan? kene balik Malaysia, mamat omputih tu dpt pecahkan ****

    nyampah aku dgn penggunaan asterik 4 kali ni :PP

    ReplyDelete
  17. apa saja yang namanya filem mat salleh semua orang pun minat, tak kira filem romantik ke action ker... naper erk??
    sweetdarling79.com

    ReplyDelete
  18. Kahwin saja dengan siapa pun. Yang penting ciri utama yang diambil kira agamanya. Elok agamanya, elok semuanya insyallah.

    Cabaran kepada orang kita. Siapkan diri dengan ilmu agama, ilmu masakan, ilmu romantik kerana persaingan semakin kuat. hehehe :)

    ReplyDelete
  19. kenapela berangan nak kawen ngan orang asing..
    kte je xnmpak mne romantiknya lelaki tempatan nih..kalaw y da jumpe ngn orang asing tuh, truz xnmpk kt mne baeknyer laki tmpatan nih.

    lagipun org asing even dia masuk islam, bukannya dpt pimpin kte ke arah lebih baek. what i mean is,cthnyer cm dr freehair ke pakai tudg ke..ha..but i'm not saying dat smue laki tmpatan baek n ley tegur smue 2. at least kte pilihla y tbaek ntuk pasangan idop kte..

    erk.terpanjang lak membebel..ampun2.;p

    ReplyDelete
  20. lelaki melayu :

    x jadik masalah, pegi la kahwin ngn indon ke, mat salleh ke, negro ke, bangla ke, filipina ke, org jepun ke. Klu pompuan dah suka orang macam tu, lantak korg lah. Dah jodohkan

    ReplyDelete
  21. saya suke perempuan iran sekarang...macam manaye...

    ReplyDelete
  22. sy pon rasa pelik knpla wanita zamn skg lebih suka lelaki asing..lelaki tempatan x bgs ke??

    ReplyDelete
  23. ntah la
    kata org lelaki mat saleh ni gentle

    ReplyDelete
  24. Pendapatku....Hanya wanita yg pentingkan keseronokan dunia je akan kawin lelaki asing.
    Sapa bilang jejaka melayu x romantik? tiap kali besday dan anniversary, mesti ada kejutan.

    ReplyDelete
  25. SIAPA NAK TENGOK SLIP GAJI I??


    elloww.. please la, berapa juta rakyat malaysia tapi berapa o.sumthing % je yg kawen dengan warga asing? & golongan artis memang perkara biasa bagi mereka. nama pon artis kan.


    funny la tengok gambar second tu.. i ingatkan skirt serina dlm pasu bunga -_-"

    ReplyDelete
  26. hmm... frankly.. memang ade betulnye. ramai wanita tempatan lebih prefer lelaki asing (educated foreigner la mostly, bukan BANGLA ke ape ke..)

    saya tak nafikan, majoriti mat salleh ni pandai nak pikat pompuan, bukan pakai ayat jiwang karat yang buat telinge geli dengar, tapi ayat yang buat kite sebagai wanita rasa dihargai.

    Klu yang betul2 ikhlas sayang kekasih atau isteri, mereka tak sorok2, they say it OUT LOUD! :) contohnye: roses on any ocassion, kalaupun dah tua, cinta tu makin tebal, kasih sayang makin mendalam.

    Sorry, walaupun saya kawin dengan lelaki tempatan (melayu, dah jodoh kan, saya redha dan bersyukur sebb ditemukan dengan yang baik)

    majoriti lelaki melayu ni, chauvinis, tradisional (mcm, tolong isteri amik pinggan ke set table pun tak mau. to them isteri memang utk serve diorg totally) romantik jauh sekali. masa bercinta bukan main, but once dah nikah, suddenly hilang semua kata2 manis.

    klu nak dikira agama, memang la.. tapi adakah majoriti lelaki melayu skrg mengamalkan amalan agama sebagai muslim yang tulen?

    saya ade ramai kawan yang kawin dgn foreigner di Dubai, suami 'asing' ni lagi patuh waktu sembahyang dari org Melayu kite. amacam?

    kesimpulannya, ade pros and cons, dan memang susah nak carik lelaki baik2 skrg ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt2..mereka sangat hormati wanita..(educated foreigner la ye)...bukan macam lelaki melayu...baru kenal nak pegang2 menggatal..dan agamanye lebih patuh..dia berusaha mendekati islam daripada melayu yang semakin menjauhi islam..

      Delete
  27. nnti dpat anak yg comel... yey!!!!

    ReplyDelete
  28. Pd saya, kalau sekadar nak kata warga asing ni romantik, ada je lelaki melayu yg romantik.. kalau lelaki tu takde nak sibuk mikir mana nak cari duit halal nak bagi anak dara org mkn, mmg la masa dia bole diguna utk beromantik je slalu. patutnya pompuan tu fikir, romantik mcm mana yg dia nak? nak bunga? coklat? bwk trip around the world? sume tu bkn free la.. kalau pompuan tu anak org kaya takpe gak.. dia boleh sponsor bf dia.. atau adakah kejujuran lg penting?

    sbrnarnye besar tanggunggjawab bersama dgn warga asing ni sbb terang2 kita lain cara dibesarkn, lain agama, lain pergaulan.. bkn saya takde kwn2 pompuan yg tergila2 warga asing.. pompuan melayu la kebykannya (sorry my fellow malay girl friends..) yg senang je bagi free *tut* kat lelaki2 ni pastu kena tgl.. pd dorg stakat dpt berteman kejap, tayang2 dgn member2 kejap cukuplah.. eiii apa mcm tu.. mana pergi kehormatan wanita melayu ni??

    dan kebykan yg kawin tu akn mengakhiri dgn penceraian.. nape? sbb cara pemikiran n pembesaran yg berbeza tu la.. mmg tak nafi ada yg tertulis jodoh.. alhamdulillah kalau yg camtu.. moga berkekalan..

    bottomline, pilih krn keihklasan org tu (sama la warga asing ke tak) dan bkn pd paras rupa atau romantik2 ni je.. benda2 gni bila2 bole ilang..

    p/s:slalu btul tglkn esei.. HAHA

    ReplyDelete
  29. tidak benar sebab saya sukakan lelaki asia :) hee~ tp ada gak wanita yg juga mat saleh nie..sbb kononnya mat salleh berkulit putih..

    ReplyDelete
  30. aku prefer org tmpatan..
    tp btol jugak..bf aku pns baran..
    tp kami bertahan 5 thun dh.

    ReplyDelete
  31. romantik ke org putih ni?org melayu pun romantik gak kot!!hua3..
    rata2 yg kawen dgn warga asing sume nye bercerai berai,nauzubillah la kan..(tak baik kutuk org,insaf insaf)
    sebenarnye kawen dgn melayu pun ade je org cerai berai, tapi org yg duk kawen dgn warga asing ni,kes2 cerai lagi nmpak ketara kan.
    actually, mat salleh2 ni dh biasa kehidupan yg sosial seblum masuk islam, mayb die tak biasa dgn kihidupan islam, then ceraii kot..who knows kan?

    ReplyDelete
  32. tak semua wanita sini yg suka warga asing...
    byk benda harus dipikirkan masak2 ....
    soal agama, budaya, keserasian famili dll...
    byk ooooo..
    tapi kalo dpt yg warga asing yg betul2 mendalami agama baru nye, memahami budaya kita dll
    leh trima gak pe kan....

    ReplyDelete
  33. cnth plg mudah adelah aus..
    lelaki msia plg romantik abad ni..
    hahahak..

    isk2..
    ala ,
    senang je..
    apabila luar dari bidang kita
    smue dikatekan bagus
    yg depan mate buat2 xtahu je.


    kalau lelaki mat salleh buat sme2 tu dikatekan romantik

    tp kalau lelaki melayu buat perkare same dikatekan jiwang..

    so , tepuk dada tnye selera , pikir gune mata hati bukan nafsu diri .


    p/s : aus masih mencari . hahahak .

    ReplyDelete
  34. sy pun suka lelaki tempatan je dr dulu. tapi sblm kawin dulu, parents pulak kalau boleh nak ore kelate je. camne pulak tu? last2 dah mmg jodoh dgn my hubby. dah 3 thn duduk di NZ ni, tak pernah suka pun tengok mat2 saleh kat sini (org2 kiwi). ramai yg busuk tau sbb tak mandi. hehe

    ReplyDelete
  35. syok la baca komen-komen korang semua

    ReplyDelete
  36. lelaki tempatan bukannya x romantik, cuma sebagai org timur kita ada batasan yg dipanggil 'malu' tapi kalau kn gayanya mereka akan buat kejutan2 romantik yang kita x jangka(pglaman sndiri)huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  37. Asal asyik isu perempuan kawin dengan warga asing aje?
    Kenapa isu lelaki kawin ngan warga asing tak ado ?
    Tifa pun denan isu ni kat hot fm semalam :)

    ReplyDelete
  38. tak nak ahh komen panjang2

    nk lelaki tempatan

    tu je

    ReplyDelete
  39. Bagi Pojie, it's just a trend..
    "Oh anak si Abu kawen dgn matsaleh"
    Xker ko bangga dgr kan..
    So actually klo nk kira romantik la caring la, hello, bukan lelaki warga asing jer yg ada, yg tempatan pun ada..
    u just don't want to explore..
    u don't want to open up ur mind and giving chance..
    Depa mmg dah diasuh sejak kecil, tapi kita maybe psekitaran xmacm tuh.. Kan leh discus..

    ReplyDelete
  40. bagi pendapat i, mungkin itu dah jodoh mereka, tapi pelik, yg asyik org bualkan ialah kahwin warga asing tu kahwin dgn mat salleh, habis kalau kawin pak arab, mamat dari afrika, lelaki jepun semua tu, takde pulak di kalutkan/

    cuma kalau jodoh dgn warga asing tak lama, isu perebutan anak tu lah yg membimbangkan, lelaki warga sing bwk lari anak ke luar negara, mulalah si bekas isteri di m'sia merayu-rayu masuk tv, ishh. :)

    ReplyDelete
  41. suka kat tunang aku je (lelaki melayu) ^_^

    ReplyDelete
  42. saya masih suka lelaki melayu
    yeahhh

    ReplyDelete
  43. saya suka lelaki melayu tulen. diulangi, TULEN ok! xsuke la lelaki putih ni. xmatch sbb kita gelap. hahahah :D

    ReplyDelete
  44. onestly..sye nie jiwang romantik..sbb sye pnh kerat name awek sye kat lengan sye nie n sye pnh jugak lukakan tgn sye n tulis srt mnggunakn drh sye sndiri...apa2 pun..jika ingin memenangi hati wanita,lelaki hendaklah sentiasa mngalah..

    ReplyDelete
  45. it depends... saya pernah date dgn lelaki inggeris dan saya tahu kenapa ramai local girls pilih jejaka foreigner nie...
    but as for me... sya lebih prefer lelaki melayu ISLAM... boleh bimbing saya...
    Bayangkan mcm ner nak bimbing saudara baru kalu kiter sendiri pun tak betul???

    ReplyDelete
  46. klu pompuan nak cari laki asing ni, rasa macam nafsu je semata-mata. Masa depan dan keluarga belakang kira.
    Dah la mat salleh tu convert Islam sbb nak kawin, bukan sebab nk dekat dgn Allah atau tertarik dgn keindahan Islam. Sebaliknya tertarik dengan keindahan dan kemontokan bakal isterinya.
    Kalu tak sampai dua tahun dah cerai aku tau senyum je, nak gelak pun dh tak larat. :)

    Tp its depends la kan, lain padang lain belalang. ni hanya komen peribadi aku je, klu nk attack aku attack je. hihi

    ReplyDelete
  47. rasenye...lelaki melayu yg lbh minat kat wanita asing nie berbanding wanita melayu...cuma yg brpendidikan jer yg dpt pikat awek mat salleh nie...hehek..

    ReplyDelete
  48. Maaflah saya mencelah,
    Kekdng jgn mudah kter menghentam org yg kawin warga asing..jodoh itu di tangan Allah...mungkin dh jodoh die..n 1 thing tiada orang nak kawin pastu nak bercerai....even sesama bangsa bole bercerai..inikan plak org yg berlainan bangsa budaya.tp pokok pangkal.. anggap saje perkahwinan tu sbg tanggungjawab n bkn platform utk bersuka ria..so perkara mcm nie anggap saje sebagai cabaran..dn yg penting bertolak ansur...dlm Islam pun tiada larangan untuk berkahwin dgn warga asing..tp seeloknya carilah yg seagama....tanggungjawab besar tu..klau sendiri tk terdidik mcm mane nak didik org..so bg yg nak kawin warga asing buat persediaan minda dn mental...kaji btul2 kemampuan kter bknnye ikut nafsu....

    ReplyDelete
  49. Besa la tu..yang nak kawen mat salleh ni pmpuan tu mempunyai citarasa tinggi.. nak kulit putih la..nak macoh la...nak badan sasa la..nak besar la...nak panjang la...nak romantik la...eeeeee..xkuase i...i pun ade cita rasa mat salleh gak tp bila pk balik..takut kena aniaya..so..better pilih melayu..lg hebat...

    ReplyDelete
  50. menarik bro...macam nak tergelak aku bc entri n komen2 yg ada kat sini ... =)

    ReplyDelete
  51. apa salahnye kahwin orang luar?setiap manusia ada jodoh masing-masing.takkan nak paksa-paksa pulak.kita kenelah menjadi masyarakat dan muslimin yang universal.pasal memimbing nih,mcm la org lelaki melayu ni kuat sngt pegangan.takkan nk harap diorang je membimbing kita.

    ReplyDelete
  52. Jadilah matang dari setiap sudut..jodoh itu dtangan Tuhan..suka lelaki melayu or mat saleh, semua tu citarasa masing2..tiada yg sempurna di sisi Allah SWT..sy telah berkenalan dan bertunang dgn 'mat saleh'....dia memeluk Islam 2 thn sebelum mengenali sy..alhamdulillah, sy betul2 bersyukur kerana dia seseorg yg btul2 mencintai Islam, bukan kerana wanita semata-mata..ade satu hari tu, sy berdebat dgnnya mengenai Islam..dier dgn sungguh2 menyatakan ape yg dier cakap tu btul dgn bukti lagi letak Surah ape, ayat ke berapa dlm Quran..sy plak masih terkial2 cari terjemahan Quran..kat situ sy sedar, sy yg dah lame, dari lahir menjadi Islam, banyak sgt kekurangannya berbnding dia yg baru berapa thn memeluk Islam..ya, dia seorg yg sgt penyayang, blum penah sekalipun berkasar dgn sy..setia, alhamdulillah..

    So kat sini, janganlah menilai mat saleh atau mat melayu hanya dari satu sudut..dan satu lagi,mengenai polygamy..mat saleh, sgt jarang sy berjumpa dgn mereka yg mengamalkan konsep polygamy, kerana mereka hanya setia pada seorang isteri..tiada salahnya berpolygamy tapi banyak syaratnya..bukan kerana nafsu semata-mata..so renung-renungkanlah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails