March 11, 2010

Ho Ho.. Balik kampung

Ho Ho.. Balik kampung (Gambar Kredit to Pakcik Hensem )

Gembiranya di dalam hati. Petang hari ini selepas kerja aku akan pulang ke kampung halaman.Cuti selama 6 hari telah pun diluluskan. Sudah beberapa bulan tidak balik kampung, rindu pula kat kampung halaman dan keluarga tersayang.

Ibuku juga tak sabar-sabar menanti kepulangan cucu sulungnya (Alisya). Dalam telefon, beberapa kali menyebut, agak-agak Alisya kenal lagi tak Mak ye? Bolehke Mak dukung dia nanti? Nangis tak? Alisya sudah mula mengenali orang, first time masa bapa mertua datang aritu pun bukan main nangis lagi dia bila ingin didukungnya. InsyaAllah, Alisya masih ingatkan Tok Neknya.

Tak lupa juga, atok dan Nenek ku juga. Mesti dia rindukan cucu sulungnya ini (aku la,hak3,perasan seorang) dan juga Cicit sulungnya (Alisya). Bertuah Alisya, semua orang sayangkan nya, dahla ada 3 bapa ,3 ibu, 3 nenek dan 2 Atok. Kasih sayang tidak terbelah bagi buat anakku, Alisya.

Pulang ke kampung atas urusan :

Kahwin Adik Perempuanku

Sebagai Abang Sulung ,aku doa-doakan semuanya berjalan lancar. Doa-doakanlah juga ya untuk adik tersayang ku ini.

Jadi, cukup dulu kali ini. Mungkin blog ini akan bersawang beberapa hari nanti.  Kalau ada Internet di kampung ,InsyaAllah akan diupdatekan. Kalau tidak, faham-fahamje la ye namun jangan merajuk dengan blogku.Hik3...

Sempena nak balik kampung ni , tak sah kalau tak dengar lagu Balik Kampung daripada Sudirman kan? Dengarkanlah lah nyanyianku ini buat semua :

Sudirman ( Sudirman )

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

P/s :Fuh, tak sabar nak balik kampung bertemu keluarga dan juga menikmati keropok lekor, nasi dagang, laksa terengganu, melawat Masjid Kristal dan lain-lain lagi. Hik3, seronok dapat pulang.

P/s/s : Amcam, korang rindutak kampung halaman ?Jomla.konvoi ramai-ramai balik kampung.

27 comments:

  1. saya dah stay kat kampung..jadi tak terasa sangat..hurmm teringin nak rasa balik kampung hehe tapi baca entry ni boleh rasa gak kemeriahan dan keghairahan nak balik kampung tu hehe

    Tips Buat Freshie Nuffnanger! Jom Muhasabah Survey Nuffnang Korang!

    ReplyDelete
  2. selamat balik kampung yer....
    Hati2 dijalan raya...

    ReplyDelete
  3. bes balik kampung,.

    mcm nk raya plk,.

    waa,.nakbalik,.

    ReplyDelete
  4. yes jom kita balik kg!!!berhai-hati dijalan raya

    ReplyDelete
  5. rindu2..lama x balik ktn..bestnya kopok lekor trgn..lama x makan..uish..kirim boleh..hehe..

    ReplyDelete
  6. bestnye balik kg..have a safe journey

    ReplyDelete
  7. slmt pulang ke kg bro. Berhati-hati di jalan raya.. :) jagang bwak kete laju2 sngt! ehehehehhe...semoga selamat pergi dan selamat pulang.. :)

    ReplyDelete
  8. wah, gembira abg ni nak balik kg.. anyway, slmt balik kg.. pas balik nanti cerita la skit..
    hati2 semasa memandu.. :D

    ReplyDelete
  9. wahhh riang ria dihati.... apapun....drive elok-elok ya bro....

    ReplyDelete
  10. salam. kampung saya kat K.L. dua minggu lepas baru balik. eppy holiday n safe journey...

    ReplyDelete
  11. hati2 memandu..jgn laju sgt...dlm 2180km/j ok la tu..hehe...

    ReplyDelete
  12. Selamat bercuti bro,

    Hati-hati bawak keter...LCD 34inch taknak tinggalkan kat rumah gua ker bro..ahaks3..yelah gua takut nanti 6 hari cuti bersawang lak LCD tuh..hehe

    ReplyDelete
  13. bestnya balik kampung...
    slamat menguruskan majlis..
    smoga majlis berjalan dgn lancarnya..
    have a safe trip and enjoyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  14. oh..rindu kampung halaman..
    T_T

    ReplyDelete
  15. kg halaman ena dekat jea
    dua2 dlm selagor jea
    tiap hujung confirm blk la

    berhati2 dlm perjalanan

    ReplyDelete
  16. of coz la rindu...shaye pun balik kampung diz week..yeay! esok balik umah..(lumpat2)

    ReplyDelete
  17. selamat bercuti!! harap semua nye berjalan lancar!!

    ReplyDelete
  18. wah....bestnye blk kg...x blh la nk ikut blk kg sbb org kg nk datang sini. kg di mana?

    ReplyDelete
  19. Salam singgah,
    seronoknya balik kampung
    rindu kat mak pulak..huhu

    ReplyDelete
  20. slm singgah..kami pun balik kampung.. :)

    ReplyDelete
  21. kem salam orang kampung!hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails