May 22, 2010

Cikgu Kasi Penampar


Rasa Cam Nak Tampar Orang Je!!!

Terbaca di Harian Metro Kisah Cikgu Kasi Penampar , sedikit pasalnya :

"ALOR SETAR: Hanya kerana berebut buku dengan rakan sekelas, seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Mergong di sini mendakwa menerima ‘penampar Jepun’ daripada guru muziknya sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu."

Adushh, bersirat darahku, guru sebegini la yang merosakkan nama baik guru/cikgu. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Banyak lagi kisah cikgu/guru yang melampaui batas seperti cikgu cabul murid, cikgu rogol murid, cikgu ponteng mengajar, cikgu mengajar acuh tak acuh dan macam-macam lagi.

Ni yang buat GTO marah dan angin jer, terasa nak karate je tengkuk dan humban dalam sungai kasi buaya makan .Takpun letak dalam zoo suruh Harimau kejar. Merosakkan nama guru betul , lebih-lebih lagi baru je lepas Hari Guru 2010.

Aku bukan guru, tapi Isteriku seorang guru. Sepatutnya guru sebegini dibuang saja kerja. Ramai lagi insan yang bagus yang mahu pekerjaan ini. Sepatutnya, guru pun perlu melalui proses temuduga seperti bidang pekerjaan yang lain, barulah at least dapat diteliti perwatakan mereka.

P/s : Apa pandangan anda? Adakah guru sebegini patut dibiarkan berleluasa ? Kalau kena kat anak kita sendiri camna?

10 comments:

  1. cikgu mcm ni tk layak pangil cikgu. tk reti handle situation in a good way -.-"

    ReplyDelete
  2. rasenye mase kat maktab/pusat pengajian dulu, cikgu2 tu ade kelas anger management tak? huhhuhhuuu

    ReplyDelete
  3. x sengaja kot terkuattt tu..kdg2 bdk2 skang ni pun kuang ajo sgt..hmmm ntah ler

    ReplyDelete
  4. susah nak kata. saya pun cikgu. kekadang cerita yang sebenarnya lain, media tulis lain...
    apa pun cikgu2 yang tak sabar ni kena belajar banyak tentang cara menyabarkan diri berhadapan kerenah bebudak

    ReplyDelete
  5. err, mesti ada sebab tu!!
    takkan la cikgu yg dewasa lagi
    masuk skolah tinggi tinggi nak
    lempang budak tak tentu ujung
    pangkal kot..

    budak tu ugut nak bg tau guru besar
    tentang kisah cintanyer ngan guru PJK
    ker?

    budak tu kurang hajo n tendang telur
    cikgu muzik tu ker?

    budak tu simply kater bebenda berunsur
    keagaaman or kebangsaan ker?

    kita tak tau.. n guess what?
    tugas media adalah utk menerangkan
    lagi yg kabur. so menambahkan imbuhan
    kat ayat lazim tu memang besh:)

    ReplyDelete
  6. bro sedikit pun xterniat nak jadi guru... sebab takut jadi cam nie la

    bro nie panas baran orngnye...
    orang masuk bro buka langkah je...
    he..23x so mmg xleh nk dok dawah tekanan yang cam nie

    kalau tekanan kerja dimana kite face kerje n bukan manusia yang bermacam2 ragam xpe he..23x


    nk jadi guru kne penyabar..rasanya dorg sume kne amik satu ujian la.. iyaitu ujian kesabaran

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  7. menakutkan jugak sb anak sy tahun 2 mmg sgt nakal dan memeningkan kepala guru. ari tu cuping tinga bdarah agaknya cikgu tonyoh kepala dia xsedar pd tangan ada marker pen. tp sy xmrh sb tau anak kita nakal..jgn bunuh sudah..mmg cikgu mcm ni xpatut ada..

    ReplyDelete
  8. kadang2 kite nak naik suare pun serba salah...sebab orang kate keberkatan tu penting dalam tuntut ilmu..ade je zaman saye cikgu jenis2 yang shoot first ask later ni.. tapi bile budak2 naik suare diorang pakai skill keberkatan pulak..pikir pasal ilmu,hati jadi rheda...nak melawan pun xberani..tadahkan aja...so macam mane tu.

    ReplyDelete
  9. hmm,teringat dulu pernah kene tibai dengan cikgu :(

    ReplyDelete
  10. saya dulu pernah kena pukul kepala, terkejut tetiba dia hentak kepala.. hahaha...

    eryqazz, tngk blog saya jap.. just nak gtau tuan rumah ni,, tak elok puji senyap2...thanks ye sebab blog eryqazz ni banyak memberi manfaat kepada saya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails