May 16, 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil Sibu Ke-11 | BN Menang



Saya tidak minat/suka politik. Saya tidak pernah case vote lagi sepanjang hidup saya. Bagi saya politik ini terlalu sukar dimengertikan yang mana satu yang betul ataupun silap. Ini entry pertama saya pasal politik. Silap boleh jadi betul, betul boleh jadi silap di dalam Politik ini. Namun, pandangan peribadi saya mengikut perkembangan politik semasa, inilah yang saya rasa bakal berlaku walaupun keputusan Pilihan Raya Sibu ke-11 hanya akan diketahui malam ini :

BN Menang Pilihan Raya Kecil Sibu Ke-11 2010

Kubu BN di Sarawak terlalu kuat untuk diruntuhkan ditambah pula dengan perkembangan kurang memberansangkan dari parti politik pembangkang terutamanya dari PKR. Saya sehingga sekarang masih belum teruja dan terasa untuk mengundi lagi.
P/s :Ini adalah testing entry. Entry ini dibuat selepas mendapat inspirasi dari My Wonderful Experience | Coffee With Nuffies . InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar, akan saya kongsi-kongsikannya nanti.

P/s/s : Seronok tak mengundi? Nampak macam teruja juga beratur panjang tengok di TV setiap kali ada Pilihan Raya.

15 comments:

  1. Sama la ngan gwa.. X pernah mengundi.. Dgr perkataan politik pun dah geli.. Hahah..

    ReplyDelete
  2. Blogger sehebat anda tidak case vote.
    Agak-agak ada kesan pada blogger lain tak? Seperti ada yang menyokong anda dan tidak sokong anda.

    ReplyDelete
  3. Mmm..ada sesuatu akan terbang malam ini..adakah ia burung,adakah ia superman..yang pasti ia akan terbang malam ini..ahakss..

    ReplyDelete
  4. saya pun tidak pernah mengundi, tetapi kali ini saya akan mengundi kerana sikap kurang ajar DAP yg menghina ALLAH

    ReplyDelete
  5. uiks!!!
    x mgundi lagikah??
    hekhek!

    ReplyDelete
  6. satu hari Allah akan bertanya: siapakah yang menbenarkan judi bolasepak di negara Islam ini?

    "DAP..."... jawab rakyat.

    ReplyDelete
  7. Pengundi Cina (majoriti pengundi di Sibu) merupakan pengundi yang bijak. Apa2 saja boleh berlaku

    ReplyDelete
  8. Anonymous said...May 16, 2010 4:05 PM
    aku kata...alaaaa...sesetengah yang Islam menghina ALLAH dengan cara pergaulan, berpakaian, percakapan dll tak de ler plak orang bising2..tu ahli2 sukan beragama Islam dan ada sesetengah dah p Mekah masih berseluar pendek. Ikut logik akal aku itu lagi besar dosa dari orang yang bukan islam menghina ALLAH

    ReplyDelete
  9. Kaum Cina adalah paling maju di Malaysia. So mereka akan memilih parti yang mampu bawa kemakmuran yang berpanjangan hingga ke anak cucu mereka. Sebab itulah ramai kaum Cina memilih Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  10. Orang Cina adalah bijak dan berpandangan jauh. Mereka juga inginkan kemakmuran yang berpanjangan. Jadi kemungkinan besar mereka akan menyokong pembangkang

    ReplyDelete
  11. CONFIRM DAP MENANG

    ReplyDelete
  12. Pasal pilihan raya sibu....hancur semua kalo silap pilih...nasib aku tak balik mengundi...biarlah dia orang dengan bayang2 dan jnji kosong pemimpin.SEMUA TU DUNIA....

    ReplyDelete
  13. kenapa la korang kata DAP kurang ajar??
    kenapa korang suma diam bila BN lulus lesen judi??
    kenapa suma mufti kerajaan berdiam diri???
    whats wrong with Muslim in Malaysia??
    Bukala mata wahai blogger yg bernama Islam!!

    ReplyDelete
  14. Adalah rugi menjadi manusia yg x mengundi kerna hidupnye mementingkan diri sendiri yg x memikirkan masa depan generasi akn dtg tp nk bersuara ibarat tin kosong,tin kosong pn kire baik dari dia kerna leh jual jd duit..pergi lh mengudi x kire lh parti anda ape,menag kalah x usah gusar kerna masa itu lh suara kite yg umpama nyamuk pada mereka leh menyedarkan mereka sebab kuasa bukan ditangan PM kuasa mutlak ditangan kite rakyat jelata..

    ReplyDelete
  15. ha...kita rakyat yg ada hak mengundi kena tahu tanggungjawab..baik buruknya negara kita adalah ditangan penggundi sendiri.jgn salahkan politik..ia satu dunia yg perlu dilalui.yg tak baiknya org yg terlibat dgnnya..kita lah yg patut menentukan siapa orgnya.Kalau tidak habisla...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails