June 30, 2010

PTPTN Oh PTPTN | Mana Janji Manismu?

Gaji baruje masuk beberapa hari yang lepas .Gembiranya hati. Usually bila gaji masuk saya akan turut buka website PTPTN untuk menyemak baki Pinjaman pelajaran Isteri. Pasal nak Log In semuanya ,password telah pun saya perolehi. Namun, kali ini saya masih kecewa dan inilah yang saya mahu kongsikan :

PTPTN Oh PTPTN

Beberapa tahun lepas seperti dihebah-hebahkan di suratkhabar,media ,dan laman webnya bahawa kadar interest 3% akan diturunkan kepada 1% kepada yang membayar dengan tepat. Saya sejak berkahwin memang tolong bayarkan untuk Isteri RM200 setiap bulan tanpa gagal namun hampa sampai sekarang kadar nya masih belum diturunkan lagi.


Mana Janji Manismu?

Kali ini, saya terdetik untuk membuat semakan online untuk menyemak Baki Pinjaman PTPTN, dan inilah hasilnya :

 Masih belum diturunkan (Jika diturunkan, Kadar faedah/kredit hanyalah lebih kurang RM24 sahaja )

Tahun lepas dalam bulan March 2009 kami pernah buat aduan ini dan turut diadukan kepada Biro Pengaduan Awam dan inilah jawapannya :

KES XXX CAJ PENTADBIRAN 1% PTPTN

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada aduan tuan mengenai perkara di atas.


2. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati bahawa, perlaksanaan Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan kaedah Ujrah atau upah telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008. Penawaraan pembiayaan ini telah dilaksanakan kepada peminjam baru bagi kelulusan 1 Disember 2008 dan akan dipanjangkan kepada semua peminjam sediada.

Surat tawaran tersebut akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat kepada peminjama yang layak setelah urusan migrasi data dari sistem sedia ada kepada sistem baru disiapkan. Dengan tawaran ini, semua peminjam dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang merupakan salah satu syarat bagi memenuhi kehendak syariah.

Pengiraan upah satu peratus akan diselaras ke belakang bermula 1 Jun 2008 selepas perjanjian baru ditandatangani oleh peminjam. Penjelasan berhubung perkara ini telahpun dimaklumkan kepada pihak puan oleh PTPTN melalui surat bertarikh 4 Mac 2009.


3. Dengan penjelasan ini diharap pihak puan mendapat gambaran sebenar terhadap pemasalahan yang dihadapai oleh pihak PTPTN dalam melaksanakan dasar baru ini. kerjasama pihak peminjam untuk bersabar diperlukan bagi membolehkan PTPTN melaksanakan dasar ini secara berperingkat-peringkat kerana ianya melibatkan jumalah peminjam yang ramai.

Sekarang, sudah lebih setahun berlalu dan adakah migrasi data belum lagi selesai? Lamanya masa yang diambil untuk migrasi data?

Oh PTPTN, mana janji-janji manismu. Memang pinjaman ini menguntungkan pelajar dan memberikan banyak kelebihan, tapi bila tak bayar dapat surat saman dan dihalang ke luar negeri, namun dah bayarpun janji tidak dikota. Dua rangkap pantun buatmu :

Mana janji manismu
Yang pernah kau janjikan dulu?
Menurunkan interest dari 3% kepada satu
Sampai sekarang masih belum berlaku

Aku dan Isterikah yang ditipu
Anda pula bagaimana pula aku pun tak tahu
Menanam tebu di tepi bibir rasaku
Oh, kenapa begitu?

Tahniah buat adik saya kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam. Sambung buat degree pula selepas mendapat keputusan cemerlang Diplomanya di Uitm Sri Iskandar, Perak.  Weekend ni saya akan pergi hantar, bolehla merasa pergi dan melawat Uitm. Dulu bercita-cita nak belajar Uitm namun hajat tak kesampaian.

Lepasni, giliran adik pula yang memohon PTPTN lagi . Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN ini bagus dan harap-harap cepatlah approve dan reimburse duitnya . Kesian bila dengar pengalaman adik , isteri dan rakan-rakan tentang selalu lewat Pinjaman PTPTN dimasukkan.Sampai nak makan pun terpaksa ikat perut.  Masa sebelum terima pun makan hati, dah bayar pun turut makan hati dan tak tunai janji?

P/s : Kancilbiru dan Kak Elissmie, Sabtu ni kerja tak? Saya nak pi Uitm Shah Alam Sabtu ni, bolehla korang tunjuk-tunjukkan jalan dan belanja makan. Hik3...

P/s/s :Apa pula pengalaman anda? Kongsi-kongsilah. Saya akan cuba push sekali lagi dan hantarkan entry ini kepada mereka.

30 comments:

  1. sedih betul bila cakap pasal ptptn ni.. janji manis sahaja...

    ReplyDelete
  2. nak menunggu dapat ptptn adalah 1 seksaan..

    rupanya nk bayar pon turut terseksa???

    ado!!

    ReplyDelete
  3. selamat datang ke uitm shah alam buat adik..hehehe

    ReplyDelete
  4. sy pun baru mohon PTPTN ni..kenapalh ptptn macam xbuat kerja betul2 ni??haishh=(

    ReplyDelete
  5. sblm ni lewat byr sbb blm dpt kerja, sampai surat nak saman, surat tiap2 dua bln smpai mintak byr htg, skrg dah hbs byr, mintak surat pelepasan hutang, diorg kt tgu 21 hr bekerja, skrg dah nk msk 4 bln tp langsung x dapat berita..mmg org ptptn mls buat kerja..ada 4 no.telefon, semua x jawab..mana operator?? x kan pegi ofis tdo je..saya jugak nk kena jwb ngan bos sbb byr melalui potongan gaji..

    ReplyDelete
  6. biasalahh ptptipu :P
    kene push kes ni kat tv3 baru nak gerak kot..

    ReplyDelete
  7. ptptn sangat complicated kan?
    huh..
    tak mau apply bole kan? Huhuhu

    ReplyDelete
  8. bini aku pun sama...
    macam cangkul bukit. tgn dh naik kematu peluh jgn ingat la... tapi bukit dok mcm tu jugak.. hish!

    nasib baik aku x amik ptptn masa study dulu. susah senang duit sendiri. kalau tak mau menangis nak bayar hutang huhu

    ReplyDelete
  9. PTPTN dah tukar jd PTPT-PU..(penipu)

    ReplyDelete
  10. caj pentadbiran dia mmg nak makan orang..
    terseksa hidup nak bayar balik..
    bayar RM100, tgk je next month naik balik..
    mcm tak bayar la..
    nak bayar banyak2 mana de duit..

    ReplyDelete
  11. baru je dpt offer further study kat ipta... and terfikir nak amik ptptn... adoiii, payah ke nak dapat duit dari ptptn ni? nak membayarnya pun satu hal lagi...

    ReplyDelete
  12. ptptn..ptptn..ptptpu...hahaha...

    wow eyriqazz nak datang UiTM???? jemput datang yer. tapi sayang, Sabtu memang tidak bekerja tapi Kancilbiru pegi sekolah da....:P

    ReplyDelete
  13. hmmmmmm macam mana ni.... takkan benda macam ni pun pelu bertahun2. at least bagi tahu le dalam newspaper ke apa ke sebab ditangguhkan....

    Alasan Apa Nak Tengok Piala Dunia???

    ReplyDelete
  14. aku geram sangat sampai bayar setahun sekali ajer..hehehe

    sabtu tak kerja tapi my hubby adalah kerja,
    patah kaki lah dirumah tak der kereta,
    boleh ajer nak belanja,
    singgahlah dulu di rumah hamba :)

    ReplyDelete
  15. PTPTN. :)

    Maaf saya terpaksa senyum terlebih dahulu. Sebelum mula meminjam PTPTN lagi saya sudah pening bagaimana hendak membayarnya.

    Tetapi tuan, mengenai caj perkhidmatan 3% itu, saya pernah bertanyakan kepada pegawai PTPTN di sebuah ekspo pendidikan di PWTC. Katanya, caj 1% itu hanya diberikan kepada peminjam yang membayar secara tetap setiap bulan.

    Sebaliknya jika kita menyambung pelajaran dan meminta penangguhan bayaran pinjaman, maka caj 3% akan digunakan semula.

    Wallahualam. (Senyum sekali lagi)
    :)

    ReplyDelete
  16. su dah pernah call ptptn, dia kata buat berperingkat2. tapi, nnti dia tolak balik stat dari bulan yg dia kata nak tolak tu.. tak sabar nak tengok baki berkurangan.. hehe

    ReplyDelete
  17. sama macam saya, saya igtkan saya sorang je perasan isu ni. Saya pernah call seorang kawan saya yg kerja di PTPTN tentang isu ni dan jawapan dia "mmg la PTPTN dah janji nak turunkan ke 1%, tp masa kerajaan buat pengumuman tu, kami masih tak de hitam putih lagi, ko igt senang nak turunkan mcm tu je?? tapi budak2 baru, mmg charge derang 1% je la" hampa betul dgr jwpn dari kawan sendiri ni..huhuhu

    ReplyDelete
  18. 1stly, kepada semua yg baru berniat nk pinjam PTPTN, kalo bley elakkan lah..better pinjam MARA or kerajaan negeri..interest pon cket & xde..sy pon dh mcm tertipu jgk..sbb yela..mula2 smbg degree dlu, xmsok universiti lgpon, PTPTN dh bg cek RM1500 kt kte, utk wang pndahuluan..padehal xpnh ec form pape pon lg..n at that time mmg terpakse jgk la terima kn..sbb time 2 pon tgh bulan..so..mmg mule2 masok IPTA mmg PTPTN dh kejar student dlu, nk bg 'duit' la katekn..so, hrp jgn mudah tertipu la dgn kata2 manis PTPTN..Sekian..

    ReplyDelete
  19. PTPTN masa nak bagi pinjam asyik dapat lewat, mmg ada pengalaman ikat perut sbb kawan serumah semua dapat, hanya saya seorang sj yg terlewat, geram betul..

    sy pun bayar setahun sekali, malas nak fikir dah 3% ker 1% ker, mcm dipermainkan sahaja..

    ReplyDelete
  20. wife aku dok potong gaji utk bayar ptptn.

    ReplyDelete
  21. ishk...makan interest tul PTPN nie..
    x pernah tahu benda2 nie..tp kene gak abmik tahu..
    sbb ada anak kan..nanti watnya dpt PTPN br nak mencari segala info..hu3

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  22. haha eh tergelak pulak,,cikhel dulu keje ptptn abg cikhel sampai skng keje ptptn sebab tu kalau kawan2 ade masalah jek dok call kita tanye..nak tergeleak rasa ..

    cikhel baru stat bayar 2kali kot..hehehe

    ReplyDelete
  23. Aku sungguh terasa tertipu dengan ptptn.
    dulu-dulu, pihak universiti jual student kat ptptn.
    Uni: Ini budak mahu belajar, ptptn u bayarkan ek?
    PTPTN: Ok, u handle semua dokumen. I hantarkan cek pendahuluan RM1500. nanti i caj la student u.
    Uni: Kalau mcm tu kitorang antar surat tawaran lah. Nanti kita proses pinjaman student kitorang buat u.
    Student: Wah, betul ke x perlu risau kos pelajaran Encik Universiti?
    Uni: Betul jgn risau, semua student keluaran kita wajib dapat kerja sebab kita terbaik di Malaysia. Amik nie borang sign sahaja. Lain kita tolong proses.

    Damn, aku dah jadi penghutang PTPTN dalam x sedar. Yela, dulu manada kemudahan internet semua nak dptkan maklumat. Org kampung plak.. apa tau. Pi tanya pihak Uni la,tapi itula situasinya dulu-dulu. Skrg dah ada byk blog bgtau kes negatif mcm ni. So jg terjebak dik-dik oi.

    ReplyDelete
  24. ptptn pemalas! kalau di telefon, tak di angkat, surat aduan/pertanyaan tak berbalas, tapi kalo bab nak minta duit laju je..adoii..

    ReplyDelete
  25. Wah gitew pantunnya!
    Da macam lirik lagupun ada..^_^

    ReplyDelete
  26. kalau cerita bab ptptn ni mmng sakit hati.
    suami saya penah kena blcklist dn dihalang untuk ke luar negara w/pun hutang SUDAH dibayar sepenuhnya..kira hutang dh langsai la kan..
    dan akibatnya, kami terpksa membayar denda kepada MAS sebab tunda penerbangan dan bila dituntut balik duit yg dah kena denda tu kat ptptn, sampai hari ni x der balasan...
    wahh.. diorg ni kalau mintak hutang bukan main, tp bila turn kita nk claim plak, terus senyap mcm tu jer...
    sgt sakit hati.. (sori, lepas geram kat sini plak)..

    ReplyDelete
  27. skang semua nak buat online...
    tapi servis or server lembab sekali..
    kejap2 server down..
    memalukan betul servis internet nih..
    bila ntah malaysia nak ada servis internet yg sempurna ntah

    ReplyDelete
  28. PTPTIPU...ape nk buat..ms sy study dl..tiap sem bank amik rm100 utk pengurusan..pastu ade bunga lagi ape ni?tu sume mcm helah kerajaan kn?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails